Selasa, 13 Oktober 2009

Khairy Jamaluddin Meniti Hari - Hari Terakhir

Apa signifikannya pilihanraya kecil Bagan Pinang yang dimenangi oleh Isa Samad kepada KJ. Tentu kita kata takda dan ada yang kata ada. Bagi saya ada. Kesannya tentu terasa.

KJ sekarang ini dilihat sudah tidak berguna kepada Umno. Suaranya semakin sepi dan akan terus sepi selama - lamanya. Jika dahulu ketika bapa mertuanya masih ada, suara dialah yang paling nyaring kedengarang. Beruk, monyet semua akan keluar. Benar ada yang kata, kerja - kerja ganas yang dilakukan oleh pemuda Umno adalah atas arahan beliau. Namun bagi saya, jika itulah hanya kerja KJ alamat tanda - tanda awal kemunduran akal pemikiran beliau yang datang dari Oxford akan hilang tidak lama lagi.

Sebagai ketua pemuda beliau patut tampil memberi idea yang lebih yakin untuk menarik kembali sokongan anak muda Malaysia kepada Umno. Bagan Pinang bukan Umno yang menang. Isa Samad yang menang (Pakatan Rakyat jangan terima alasan ini, kalau terima juga ermmm selamat membangkang seumur hidup).

Terus terang saya katakan, KJ pasti terasa dengan langkah - langkah yang diambil Najib untuk mengnyahkan orang - orang beliau di persada politik Umno.

Tapi atas sebab TAKUT hilang kuasa dan wang....beliau tidak berani menyatakan bantahan terbuka kepada Najib. Jika Mukhriz berani melawan bapa mertua KJ, inikan KJ yang "gagah berani". Takkan tak berani kot.

Entahlah, KJ semakin sepi dari arus politik Malaysia.

KJ...Sayonara...

4 ulasan:

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.