Khamis, 24 Mac 2011

Anwar Ibrahim, Jangan Hilang Tumpuan!

Angin fitnah seolah - olah tidak mahu berhenti. Dari 2008 hingga sekarang fitnah jahat Umno terhadap Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim tidak pernah berhenti. Dari Perlis hingga ke Sabah. Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim digambarkan tidak bermoral. Jahat dan keji. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat menjadi pemain pertahanan. Ketua pemuda Pakatan Rakyat semuanya kecut. Kita rakyat gelisah menanti bila agaknya serangan bakal dilancarkan.

Tidak lama lagi Pilihanraya Negeri Sarawak akan berlangsung. Nah, fitnah peribadi yang ketiga buat Anwar Ibrahim timbul. Gegak - gempita sekalian alam dengan keriuhan video lucah. Video yang belum tentu benarnya. Video yang tidak ditonton oleh rakyat dan keluarga Anwar. Video yang pada mulanya tidak mahu melibatkan polis sekarang melibatkan polis.

Kita semua terjerumus ke kancah video lucah yang belum tentu sahihnya. Kita lupa tumpuan kita. Anwar Ibrahim lupa tumpuannya. Pakatan Rakyat lupa tumpuannya. Tumpuannya hanya satu, MELANGGAR SARAWAK!! MEMBEBASKAN SARAWAK! Itu tumpuan kita. Benar, Anwar Ibrahim pemimpin dan kita harus membantu beliau dalam saat ini. Tapi saya yakin Anwar Ibrahim juga tidak mahu terikut dengan rentak bodoh Umno ini. Ini kerana Anwar Ibrahim sedar, tugas yang lebih besar berada di Sarawak. Membebaskan rakyat Sarawak daripada kemiskinan. Ini tanggungjawap Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Menghalang Anwar Ibrahim daripada sibuk berkempen di Sarawak adalah misi Umno dan Barisan Nasional. Jika Anwar Ibrahim berkampung disana maka bermulalah sedikit demi sedikit rumah kekuasaan regim Taib akan roboh. Ini yang ditakuti oleh BN. Jika Pakatan Rakyat berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di Sarawak nanti, maka bermulalah detik cemas BN pada Pilihanraya Umum kelak. Maka mahu tidak mahu, Anwar Ibrahim harus disibukkan dengan isu tolol ini.




Bangun Anwar Ibrahim! Bangun dari serangan bertali - arus Umno dan Barisan Nasional! Bangun dan bangkitlah Anwar Ibrahim! Rakyat Malaysia memerlukan kehadiranmu di Sarawak! Kami sudah tidak sanggup melihat kerakusan Umno dan BN merampas duit rakyat!

Yakinlah, ALLAH BERSAMA KITA! ALLAH PASTI TOLONG KITA!

Apabila Datang Berita Siasat Dulu

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).



Pernah terlibat dengan kes merogol budak dibawah umur pada tahun 1995. Kes yang cukup gempar hingga menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang LIM GUAN ENG dipenjara kerana nak BELA GADIS MELAYU YANG DIPERKOSA!!

P/s cukup sekadar peringatan buat kita semua.

Selasa, 22 Mac 2011

Kalau Aku Di Tempat Anwar

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).

Tahun 1998 kita dikejutkan dengan berita pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet Mahathir. Gegak - gempita sekalian alam. Penghinaan terhadap Anwar Ibrahim berterusan. Media perdana terdiri daripada RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain - lain, menjalankan tugas menghina Anwar tanpa jemu - jemu.

Tahun 2010 sekali lagi Anwar dihina. Sekali lagi dunia terkejut. Kerajaan Turki menawarkan perlindungan politik terhadap Anwar. Media perdana sekali lagi memainkan peranan sebagai tukang fitnah yang hebat. Saban hari tanpa penat. Penghinaan yang berterusan hinggalah ke tahun 2011.

Tahun 2011 bermula lagi satu penghinaan yang baru. Video seks yang ditontonkan kepada wartawan. Atas tujuan untuk memperlihatkan betapa kejinya Anwar bin Ibrahim. Serangan bertali - arus dari media perdana juga seperti biasa tidak jemu - jemu. Serangan yang bertali - arus dijangka akan berterusan. Imej Anwar bin Ibrahim pasti akan terjejas di kalangan masyarakat yang tidak mahu memikir dengan baik. Kenapa? Belum sempat Anwar menuding jari kepada Umno dan polis. Najib terus menafikan penglibatan polis. Pemimpin Umno terus menafikan penglibatan mereka. Seolah - olah mereka dalam keadaan gabra tak kena gaya.

Kenapa aku meletakkan tajuk sedemikian rupa sedangkan kesahihan video tersebut belum dikenal - pasti. Mungkin benar imej lelaki itu Anwar atau mungkin tidak. Aku memilih buat sementara waktu untuk tidak percaya. Kerana aku memegang prinsip jika ada berita yang disampaikan oleh mereka yang fasik dan penipu, aku harus berhati - hati menerimanya. Itu yang diajar oleh Islam. Malah dalam isu Chua Soi Lek pun aku pada mulanya diam sehinggalah video itu disahihkan oleh mereka yang pakar dan bebas dari pengaruh politik.

Aku meletakkan tajuk sebegitu kerana memikirkan, andainya aku ditempat Anwar dan aku tidak bersalah dan terus - menerus dihina dan difitnah apakah mampu aku berdiri lagi? Anwar masih mampu tersenyum dan terus melawan. Terbaru Anwar pergi membuat laporan polis untuk melaporkan video tersebut sebagai satu niat jahat untuk memfitnah beliau. Anwar masih terus memperkuatkan azamnya untuk terus menggempur Umno. Bayangkan kalau aku di tempatnya. Sudah pasti aku akan terduduk jatuh. Lemah untuk meneruskan perjuangan ini. Sudah pasti aku akan tidak meneruskan aksi penentangan terhadap Umno. Aku akan biarkan saja Malaysia terus hancur ditangan Umno.

Ya, kita harus menunggu kesahihan video tersebut. Tapi buat sementara waktu, aku akan terus memikirkan apakah aku punya kekuatan untuk terus berjuang jika aku berada di tempat Anwar Ibrahim. Buat sementara waktu, aku tidak menerima berita video seks tersebut. Bukan bererti aku taksub dengan Anwar, tetapi aku tidak mahu terus menerima berita tersebut kerana melihat kekalutan dari pihak Umno khasnya Najib dalam isu ini dengan cepat - cepat mengeluarkan kenyataan menafikan pihak polis terbabit dan aku agak susah menerima kata - kata dari mereka yang merampas tanah orang Melayu dan merompak duit rakyat.

In my shoes just to see
What it’s like to be me
I’ll be you, lets trade shoes
Just to see what it be like to
Feel your pain, you’ll feel mine
We’ll go inside each other’s minds


Mampukah kita berada disituasi tersebut?

Isnin, 21 Mac 2011

Kedah Wajib DiPertahankan

Bumi Kedah bumi bertuah. Tempat bermulanya sejarah Malaysia. Sejarah Malaysia yang ada pendapat mengatakan bumi Kedah sebagai sebuah tempat yang mula - mula menerima kedatangan Islam di Asia Tenggara.

Hari ini Kedah sedang diperintah oleh mereka yang benar - benar mahu melaksanakan keadilan buat semua kaum. Kebebasan mereka untuk beragama. Benar - benar mahu meletakkan keadilan di tempat sewajarnya. Benar - benar mahu memastikan rakyatnya yang beragama Islam menghayati Islam sepenuhnya.

Hari ini Kedah sedang mula diasak oleh aparat - aparat APCO. Mereka ini adalah mereka yang sudah hilang punca pendapatan yang bernilai jutaan ringgit. Mereka rimas, cemas dan gelisah kerana mereka sudah tidak punya tempat mencari rezeki. Kedah bagi mereka harus dirampas pada pilihanraya kali ini. Walau apa jua sekali pun.

Serangan yang bodoh telah dilancarkan. Mereka rela digelar bodoh asalkan niat mereka untuk memperbodohkan orang Melayu berjalan lancar. Sasaran utama mereka adalah mereka yang berada di kampung yang tidak terdedah dengan maklumat sebenar. Manakala yang dibandar mereka cuba melagakan kaum bukan Melayu. Mereka sanggup melihat rakyat Kedah bermusuhan sesama sendiri. Bagi mereka yang penting Kedah harus dirampas!

Sekarang ini Kedah umpama 190 tahun dahulu. Diserang bertubi - tubi oleh pihak musuh. Jika mengikut kajian sejarah sekarang, Kedah pada tahun 1821 diserang dengan begitu teruk oleh Tentera Thailand sambil dibantu oleh British. Tahun itu digelar oleh pengkaji sejarah tempatan sebagai Tahun Musuh Bisik. Tahun 2011, kerajaan negeri Kedah juga sedang mengalami peristiwa Musuh Bisik. Musuh yang sedang cuba sedaya - upaya menyerang segenap penjuru Kedah untuk memastikan kemenangan berada di tangan mereka. Jika tahun1821 pengkaji sejarah mengatakan tumbangnya kerajaan besar Kedah waktu itu disebabkan pembelotan sesetengah individu yang dahagakan kuasa pada waktu itu. TIDAK mustahil, peristiwa pengkhianatan akan berlaku sekali lagi. Individu yang mudah tergoyah dengan habuan wang ringgit dan kuasa. Awas buat Menteri Besar Kedah, jangan alpa kerana mereka yang lemah pegangan mereka berada di keliling anda. Perhatikan gerak - kerja mereka. Sesungguhnya mereka ini pasti akan membantu proses menjatuhkan kerajaan negeri ini. Jika dahulu Thailand dibantu oleh British, hari ini Umno dibantu oleh APCO.

Buat anak - anak Kedah diperantauan dan di dalam negeri. Bangunlah dan bangkitlah. Pertahankan bumi Kedah. Lakukan dengan sepenuh tenaga. Pertahanakan setiap penjuru negeri. Baik di kampung dan di daerah, pertahankan dari serangan musuh aparat APCO. Wajib kita pertahankan sebuah kerajaan yang benar - benar ikhlas mahu membantu rakyat. Wajib kita mempertahanakan sebuah kerajaan yang benar - benar melaksanakan keadilan dan yang paling penting buat kita yang beragama Islam, WAJIB kita pertahankan sebuah kerajaan yang benar - benar mahu mengangkat agama ini ditempat sewajarnya.

Saya akan mempertahankan bumi HIJAU KUNING ini! Bagaimana dengan saudara - saudari sekalian?

Selasa, 1 Mac 2011

Undilah Barisan Nasional

TEMERLOH 27 Feb. - Kerajaan dijangka membelanjakan lebih RM14 bilion bagi subsidi barangan keperluan termasuk petrol dan diesel tahun ini berbanding RM10.3 bilion tahun lepas. - Bernama
________________________________________________________

PRK Merlimau dan Kerdau nanti tolonglah kepada pengundi di kedua - dua kawasan terbabit. Jika mahu barang terus naik undilah Barisan Nasional. Jika kemenangan diberikan kepada BN maka naiklah harga barang.

Kerajaan sudah memberi gambaran bahawa harga barang pasti akan naik. Tapi dengan syarat undilah Barisan Nasional. Jika pengundi - pengundi tidak mengundi Barisan Nasional maka jangan mimpilah harga barang akan naik. Mula sekali harga minyak petrol dan diesel akan naik. Maka dengan segeranya harga barangan runcit lain akan turut meningkat. Syaratnya, UNDILAH BARISAN NASIONAL.

Tapi kalau tak undi Barisan Nasional, jangan mimpi harga barang akan naik. Jangan mimpi harga petrol akan naik. Ini kerana ianya umpama para pengundi sekalian tidak mahu melihat harga barang naik. Kalau tak nak harga barang naik, silalah undi Pakatan Rakyat nanti yang diwakili PAS. Jangan merungut kalau harga barang tak naik.

UNDILAH BARISAN NASIONAL.. MENJAMIN KENAIKKAN HARGA BARANG SECARA MENDADAK!!