“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).
Tahun 1998 kita dikejutkan dengan berita pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet Mahathir. Gegak - gempita sekalian alam. Penghinaan terhadap Anwar Ibrahim berterusan. Media perdana terdiri daripada RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain - lain, menjalankan tugas menghina Anwar tanpa jemu - jemu.
Tahun 2010 sekali lagi Anwar dihina. Sekali lagi dunia terkejut. Kerajaan Turki menawarkan perlindungan politik terhadap Anwar. Media perdana sekali lagi memainkan peranan sebagai tukang fitnah yang hebat. Saban hari tanpa penat. Penghinaan yang berterusan hinggalah ke tahun 2011.
Tahun 2011 bermula lagi satu penghinaan yang baru. Video seks yang ditontonkan kepada wartawan. Atas tujuan untuk memperlihatkan betapa kejinya Anwar bin Ibrahim. Serangan bertali - arus dari media perdana juga seperti biasa tidak jemu - jemu. Serangan yang bertali - arus dijangka akan berterusan. Imej Anwar bin Ibrahim pasti akan terjejas di kalangan masyarakat yang tidak mahu memikir dengan baik. Kenapa? Belum sempat Anwar menuding jari kepada Umno dan polis. Najib terus menafikan penglibatan polis. Pemimpin Umno terus menafikan penglibatan mereka. Seolah - olah mereka dalam keadaan gabra tak kena gaya.
Kenapa aku meletakkan tajuk sedemikian rupa sedangkan kesahihan video tersebut belum dikenal - pasti. Mungkin benar imej lelaki itu Anwar atau mungkin tidak. Aku memilih buat sementara waktu untuk tidak percaya. Kerana aku memegang prinsip jika ada berita yang disampaikan oleh mereka yang fasik dan penipu, aku harus berhati - hati menerimanya. Itu yang diajar oleh Islam. Malah dalam isu Chua Soi Lek pun aku pada mulanya diam sehinggalah video itu disahihkan oleh mereka yang pakar dan bebas dari pengaruh politik.
Aku meletakkan tajuk sebegitu kerana memikirkan, andainya aku ditempat Anwar dan aku tidak bersalah dan terus - menerus dihina dan difitnah apakah mampu aku berdiri lagi? Anwar masih mampu tersenyum dan terus melawan. Terbaru Anwar pergi membuat laporan polis untuk melaporkan video tersebut sebagai satu niat jahat untuk memfitnah beliau. Anwar masih terus memperkuatkan azamnya untuk terus menggempur Umno. Bayangkan kalau aku di tempatnya. Sudah pasti aku akan terduduk jatuh. Lemah untuk meneruskan perjuangan ini. Sudah pasti aku akan tidak meneruskan aksi penentangan terhadap Umno. Aku akan biarkan saja Malaysia terus hancur ditangan Umno.
Ya, kita harus menunggu kesahihan video tersebut. Tapi buat sementara waktu, aku akan terus memikirkan apakah aku punya kekuatan untuk terus berjuang jika aku berada di tempat Anwar Ibrahim. Buat sementara waktu, aku tidak menerima berita video seks tersebut. Bukan bererti aku taksub dengan Anwar, tetapi aku tidak mahu terus menerima berita tersebut kerana melihat kekalutan dari pihak Umno khasnya Najib dalam isu ini dengan cepat - cepat mengeluarkan kenyataan menafikan pihak polis terbabit dan aku agak susah menerima kata - kata dari mereka yang merampas tanah orang Melayu dan merompak duit rakyat.
In my shoes just to see
What it’s like to be me
I’ll be you, lets trade shoes
Just to see what it be like to
Feel your pain, you’ll feel mine
We’ll go inside each other’s minds
Mampukah kita berada disituasi tersebut?
A Day Out In London With Two Theon Design Porsche 964s
8 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.