Ahad, 12 Julai 2009

Manik Urai (23) : Janji, Janji, Janji..Habuk Pun Tarak

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Masa PRK Pengkalan Pasir serupa juga. Janji, janji, janji tapi satu pun tak dapat. Bila dah BN menang, satu apa janji masa PRK Pengkalan Pasir apa pun tak dapat.

Dah la tu Muhyiddin oiii...dulu gadai Melayu JOHOR!! Sekarang nak bela rakyat Manik Urai. Gagal.......

Buat pengundi Manik Urai...dulu Pak Lah kita sokong pastu dia tipu kita...habis barang naik.

Sekarang Najib buat benda sama. Nak percaya lagi??

Muhyiddin nak tipu rakyat Manik Urai...suruh dia teropong Pengkalan Pasir dulu

Nate!!!

Manik Urai (22) : Rayuan Buat Pengundi Di Sana

Saya dan seluruh rakyat Malaysia merayu kepada pengundi Manik Urai agar menyokong calon Pakatan Rakyat yang diwakili PAS iaitu Abe Uji.

Jangan terpengaruh dengan janji manis Najib. Ingat kita pernah tertipu dengan Abdullah Ahmad Badawi. Apabila kita memberi sokongan kepada beliau, dengan tenang beliau menipu dan mengkhianat amanah rakyat.

Percayalah Najib sama sahaja dengan Pak Lah. Janji manis ditaburkan. TAPI AWAS perlaksanaannya belum tentu. Apabila Manik Urai mula memberikan kemenangan kepada BN, maka percayalah segala janji manis yang Najib taburkan akan lenyap.

Selagi namanya pemimpin itu datang dari BN, tipu dan terus tipu rakyat Malaysia kerjanya.

Orang Melayu, jangan tertipu lagi. Cukup sudah kita memberi peluang kepada mereka. Mahukah kita diperbodohkan lagi??

Manik Urai, kawasan ini istimewa. Pengundinya akan menentukan hala tuju politik negara lepas ini.

UNDILAH PAS......

Sabtu, 11 Julai 2009

Sokong Rosmah Digugurkan Dari UNISEL!!!

Saya menyokong tindakan pelajar - pelajar UNISEL untuk menghumban keluar Rosmah daripada menjadi Canselor UNISEL. Apa sumbangan beliau kepada dunia intelek. Cukupkah dengan kahwin dengan isterinya Najib?

Saya juga menyokong gesaan agar Dr.Wan Azizah menjadi Canselor baru untuk UNISEL. Secara peribadi saya mahu orang lain menjadi Canselor UNISEL. Mereka yang banyak menghasilkan buku. Secara peribadi saya mahu saudara Hishamuddin Rais jadi Canselor UNISEL. Berapa banyak buku yang telah beliau dihasilkan. Beliau mampu bicara soal ekonomi, politik, seni, dan lain - lain.

Buat Tan Sri Khalid, tidak kisah mana - mana Tan Sri mahu pilih..tolak ROSMAH!!!!!!

Jumaat, 10 Julai 2009

Manik Urai (21) : Nampak Muhyiddin Cakap "WOI Pengkhianat Orang Melayu Johor"

KUALA KRAI, 9 Julai (Hrkh) - Masihkah anda ingat siapa yang bertanggungjawab memberi ruang lebih besar kepada penduduk dari Singapura memilik banyak hartanah di Johor. Akibat daripada dasar terbuka itu menyebabkan banyak tanah rezab Melayu di daerah Johor Bahru tergadai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat petugas - petugas Pakatan Rakyat dan pengundi Manik Urai, kalau jumpa Muhyiddin Yassin pergi jerit kat muka dia...WOI Pengkhianat..jangan datang Manik Urai.

Jangan nak gadai tanah orang - orang Manik Urai...cukup orang Johor tertipu dengan kau.

Buat pengundi Manik Urai, kalau TPM kita ni dah ada perangai suka mengkhianat, apatah lagi Tuan Aziz calon Umno tu.

Fikir elok - elok yeee..

Khamis, 9 Julai 2009

Dalam Saat Berpolitik Jangan Dilupa Penderitaan Saudara Kita Di Luar Sana

Sedih, masih terdapat segelintir manusia yang berfikiran seperti binatang. Kenapa perlu diperlakukan sedemikian. Marwa Al-Sharbini telah dibunuh oleh seorang lelaki di Russia. Apa salah gadis ini.

Aku bukanlah Al-Qaeda, tapi isu seperti ini bagi aku cukup bangsat!! Sedih

Teramat sedih..

Moga Allah merahmati mu Marwa Al-Sharbini



Rabu, 8 Julai 2009

Manik Urai (20) : Pentingnya Manik Urai Buat Rakyat Malaysia

Sebelum saya menaip apa - apa sila tatap dua wajah utama ini.



MB Perak PAS (Pakatan Rakyat) Yang diGULINGKAN OLEH BN





Insan yang berusaha merapatkan kembali perpaduan parti pembangkang yang suatu ketika dahulu berpecah.

Buat pengundi Manik Urai. Undi anda akan menyelamatkan maruah mereka berdua ini dan sekali gus menyelamatkan maruah rakyat PERAK dan MALAYSIA.

DS Nizar telah dihina seteruk - teruknya oleh BN. DS Nizar dihalau dari jawatan MB secara paksa walaupun rakyat Perak yang memilihnya.

Sanggupkah kita membiarkan DS Nizar dibiarkan berseorangan dalam menghadapi kejahatan BN. Sanggupkah kita membiarkan maruah rakyat negeri PERAK dipijak, diludah dan dihina oleh BN.

DS Anwar Ibrahim (DSAI), insan satu ketika dahulu menjadi pencetus kepada gelombang kebencian BN pada tahun 1998. Gelombang yang tidak pernah dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Gelombang itu buat pertama kali kita melihat ratusan ribu rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk menyatakan rasa benci mereka kepada Mahathir dan melaungkan RE-FOR-MA-SI!!

Gelombang inilah punca kepada kejatuhan BN pada hari ini. Gelombang yang cuba dipadamkan dengan penahanan aktivis - aktivis politik di bawah ISA. Gelombang ini cuba dimusnahkan dengan memecahkan Barisan Alternatif.

Namun gerakan itu tidak berjaya selepas bebasnya DSAI. Lama menyepi, DSAI kembali menyerang BN habis - habisan. Keputusannya BN hilang 2/3 majoriti (tak lupa juga sumbangan besar BLOGGERS!!!)

Sekarang cubaan untuk mematikan gelombang kedua ini berjalan. Kerajaan Perpaduan, Wacana Ilmiah, BABI, Liwat dimainkan. Tujuannya hanya satu. Musnahkan Pakatan Rakyat. Namun memecahkannya, DSAI harus dipenjara.

Manik Urai, penting!! Jika menang Manik Urai, Nizar dan rakyat negeri Perak akan dapat semangat baru kerana tahu masih ada lagi yang bersama mereka.

Menang Manik Urai, Pakatan Rakyat akan bertambah mantap perpaduannya. Jika tertangkapnya DSAI, usaha lelah beliau sudah pasti akan disambung oleh mereka yang sayangkan Pakatan Rakyat.

Pengundi Manik Urai, tanggungjawab anda besar. Selain mempertahankan tempat dan maruah TG Nik Aziz. Tanggungjawab anda teramat besar kerana tidak kira apa keputusannya, kesannya teramat besar terhadap negara kita ini.

Saya menyeru dan merayu sebagai insan yang berada di luar kawasan tersebut, amat mengharapkan anda semua membuat satu keputusan yang bijak..

UNDILAH PAS(Pakatan Rakyat)

Si Bodoh Yang Dah Menggelabah Nak Menjawap

Exco kerajaan negeri Selangor dan Setiausaha Agung KeADILan antara individu yang disaman oleh Adun Sementa, Dato' Abdul Rahman Palil kerana mengaitkan nama beliau dengan kontroversi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Laporan ini ada unsur berat sebelah kerana ada 20 lagi ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tetapi mengapa hanya saya yang dikaitkan," katanya.

Sumber : harakah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

YB, kalau nak menjawap tu biar nampak cerdik sikit boleh tak...betul ada 20 ahli pengarah. Tapi masalahnya, kau tu je yang ada jawatan YB.

Nampak sangat kau tu dah salah guna kuasa.

Pastu menggelabah saman sana-sini. Buat malu je.

Dah la...pilihanraya kecil tengah dok jalan nie...malu Umno kang dapat pemimpin sengal macam nie..

Puih!!

Manik Urai (19) : Tolak Umno Zionis Yang Sombong

Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka.

Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Sumber : Malaysiakini

--------------------------------------------------

WAJIB PENGUNDI MANIK URAI MENOLAK UMNO..PENGHINA KERJAYA NELAYAN

PENGHINA KERJAYA PERAIH IKAN..

BIADAP!!

TOLAK UMNO

UNDI PAS