Rabu, 8 Julai 2009

Manik Urai (20) : Pentingnya Manik Urai Buat Rakyat Malaysia

Sebelum saya menaip apa - apa sila tatap dua wajah utama ini.



MB Perak PAS (Pakatan Rakyat) Yang diGULINGKAN OLEH BN





Insan yang berusaha merapatkan kembali perpaduan parti pembangkang yang suatu ketika dahulu berpecah.

Buat pengundi Manik Urai. Undi anda akan menyelamatkan maruah mereka berdua ini dan sekali gus menyelamatkan maruah rakyat PERAK dan MALAYSIA.

DS Nizar telah dihina seteruk - teruknya oleh BN. DS Nizar dihalau dari jawatan MB secara paksa walaupun rakyat Perak yang memilihnya.

Sanggupkah kita membiarkan DS Nizar dibiarkan berseorangan dalam menghadapi kejahatan BN. Sanggupkah kita membiarkan maruah rakyat negeri PERAK dipijak, diludah dan dihina oleh BN.

DS Anwar Ibrahim (DSAI), insan satu ketika dahulu menjadi pencetus kepada gelombang kebencian BN pada tahun 1998. Gelombang yang tidak pernah dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Gelombang itu buat pertama kali kita melihat ratusan ribu rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk menyatakan rasa benci mereka kepada Mahathir dan melaungkan RE-FOR-MA-SI!!

Gelombang inilah punca kepada kejatuhan BN pada hari ini. Gelombang yang cuba dipadamkan dengan penahanan aktivis - aktivis politik di bawah ISA. Gelombang ini cuba dimusnahkan dengan memecahkan Barisan Alternatif.

Namun gerakan itu tidak berjaya selepas bebasnya DSAI. Lama menyepi, DSAI kembali menyerang BN habis - habisan. Keputusannya BN hilang 2/3 majoriti (tak lupa juga sumbangan besar BLOGGERS!!!)

Sekarang cubaan untuk mematikan gelombang kedua ini berjalan. Kerajaan Perpaduan, Wacana Ilmiah, BABI, Liwat dimainkan. Tujuannya hanya satu. Musnahkan Pakatan Rakyat. Namun memecahkannya, DSAI harus dipenjara.

Manik Urai, penting!! Jika menang Manik Urai, Nizar dan rakyat negeri Perak akan dapat semangat baru kerana tahu masih ada lagi yang bersama mereka.

Menang Manik Urai, Pakatan Rakyat akan bertambah mantap perpaduannya. Jika tertangkapnya DSAI, usaha lelah beliau sudah pasti akan disambung oleh mereka yang sayangkan Pakatan Rakyat.

Pengundi Manik Urai, tanggungjawab anda besar. Selain mempertahankan tempat dan maruah TG Nik Aziz. Tanggungjawab anda teramat besar kerana tidak kira apa keputusannya, kesannya teramat besar terhadap negara kita ini.

Saya menyeru dan merayu sebagai insan yang berada di luar kawasan tersebut, amat mengharapkan anda semua membuat satu keputusan yang bijak..

UNDILAH PAS(Pakatan Rakyat)

1 ulasan:

  1. Saya berpandangan untuk semua rakyat mencuba pucuk pimpinan yang baru. Tak pernah bertukar pemimpin dari pembangkang, tak pernah merasa tergugat. Kita cuba baru kita tahu bezanya. Lagipun, corak pimpinan Islam UMNO adalah seperti sekular. Mahu tidak mahu, sebagai orang Islam, kita perlu terima 100% hukum Islam. Apabila ugama diutamakan, tentu dunia akhirat akan berjaya. Agama menjamin keberadaban tamadun sains dan teknologi, dan moral sahsiah. Lihat-lah polymath yang dilahirkan dizaman 100% hukum Islam, walaupun antara kerajaan tersebut ada banyak kelemahan.

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.