Isnin, 20 Julai 2009

Ciri - ciri anak muda Malaysia Baru : 2

Ketika waktu aku berumur 15 tahun, tahun pada waktu itu adalah tahun 1998. Aku baru saja akhil baligh (mimpi basah layan wooo). Suara baru nak pecah. Baru pandai nak pandang - pandang kawan sekelas atau kawan satu sekolah yang berlainan jantina. Tapi bukan itu yang aku nak beritahu. 1998 merupakan tahun penting dalam sejarah moden dalam negara kita. Tahun yang telah menggegarkan politik Malaysia sehingga sekarang. Tidak pernah senyap dan tidur. Semenjak tahun itu beberapa aksi kekejaman regim Zionis BN mula terserlah.

Baik, pada awal tahun tersebut aku masih ingat aku dipaksa oleh Allahyarham ayah aku untuk pergi ke Rembau, katanya ada benda penting dan aku kena ikut. Biasalah, umur 15 tahun, bulu ketiak baru nak tumbuh mana nak ikut sangat kan. Tapi ayah punya pasal aku pun ikutlah. Dalam perjalanan ke Rembau aku tanya pada Allahyarham ayah aku, "Pasaipa kita nak pi Rembau ni, ada apa - apa ka?". Ayah aku cakap, kawan baik dia bakal menghadapi masalah besar. Apa masalahnya tak mahu pula dia beritahu. Kawan Allahyarham ayah aku ini bernama Dato' Apandi Johan bekas ADUN di dalam kawasan Rembau.

Sampai saja di rumahnya, aku pun tengok la ramai la juga insan - insan yang merupakan penyokong setia beliau dan Umno berkunjung ke rumah beliau. Selamba badak aku tanya kat ayah aku, "Papa penyokong Umno ka?" Pannggggg sedas dapat. Ayah aku anti Umno. Tapi atas dasar persahabatan dia datang juga. Selidik punya selidik rupanya ada solat hajat nak dibuat. Tanya lagi rupanya kawan ayah aku ini orang DSAI. Waktu aku mentah lagi dalam berpolitik.

Lepas habis solat hajat dan pelbagai lagi masa perjalanan pulang aku tanya sekali lagi dekat ayah aku, apa benda semua nie. Dia cakap DSAI akan kena pecat. Aku tanya lagi sebab apa nak kena pecat bukan dia ok ka? Sebab dia nak lawan Mahathir.

Memang benar terjadi tepat 2 September 1998, DSAI dipecat daripada Umno dan kerajaan Malaysia. Aku dah mula minat dengan politik Malaysia. Ceramah DSAI aku ikut sampai la dia kena tangkap.

Dekat sekolah aku dan rakan - rakan buat gila. Berdiri tepi balkoni sekolah masa perhimpunan hari Isnin, naik syeikh jerit REFORMASI ramai - ramai. Ramai juga la yang ikut. Pangggg sedas aku dapat dari cikgu displin. Tapi yang syoknya cikgu yang lempang aku tu aku jumpa dia tengah berlari kena hambat dengan FRU masa kes ARSENIK.

Jadi kelompok tahun 1998 hingga tahun 2000 masih kuat pegangan reformasinya. Aku dan sahabat - sahabat masih yakin dengan perjuangan REFORMASI. Seronok sebab dapat lawan polis. Seronok sebab dapat baling plastik air kat kereta Mahathir waktu dia tengah ronda - ronda dengan Pajeronya di kawasan sekitar Sogo.

Tapi dalam tempoh itu, ayah aku sedih. Sahabatnya yang ADUN tadi tu penakut. Tidak mahu melawan Mahathir. Takutkan kuasanya hilang, wang tiada, kena tangkap.

Tahun 1999 merupakan tahun yang paling seronok dalam hidup aku. Mau tak seronok berarak untuk penamaan calon di Pandan Indah untuk DUN Pandan dimana sekarang ini DUN Cempaka yang telah dimenangi oleh Iskandar Samad (sorry kalau salah nama bapak dia). Beribu orang datang. Aku macam biasa dengan ditemani kira - kira 30 orang kawan sekolah duduk barisan depan pegang bendera PAS dan KeADILan jerit REFORMASI kuat - kuat. Puas hati aku. Siang malam aku berkempen untuk calon KeADILan tu. Tapi terus - terang aku katakan, masa tu gabungan pembangkang masih tahap telur mentah. Ada sebahagian ahli PAS yang wujud pada tahun 1998 memperlecehkan DSAI dan partinya. Masa itu Sivarasa Rasiah bertanding di Parlimen Ampang (kalau tak silap). Ada tindakan biadap ahli PAS, gunting gambar kepala kerbau tu (lambang PRM) pastu lekatkan muka Sivarasa Rasiah kat situ dan bangga kata " Ni tempat kau". Tak percaya, lantak pi kat hangpa. Benda ini memang wujud.

Sebab itu kenapa anak - anak muda Malaysia baru ini sekarang kurang selesa dengan PAS sebab isu - isu bodoh macam ini. Mereka sokong PAS sebab muka DSAI dan memang bencikan Umno dan hasilnya 8 Mac 2008 terduduk Umno.

Ahli PAS yang perangai macam itu, sila ambil perhatian!!!

bersambung...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.