Ketika Jonah dan Fuad ditahan di bawah akta zalim in, aku bersama – sama rakan terasa kebangkitan mahasiswa akan kembali. Tidak dapat gaya tahun 70an pun takpa janji kebangkitan itu telah ada. Namun nyata kebangkitan itu senyap dan terus senyap. Tahun 2001 sampai ke tahun 2004 merupakan tahun malang buat rakyat. Macam tulisan siri nombor 4, rakyat mula menjauhi pembangkang dan menjauhi apa yang berlaku di dalam Malaysia ini.
Aktiviti berdemo lumpuh sama sekali. Berdemo hanya ketika bila ada isu antarabangsa. Aku masih ingat, aku diberi peluang untuk menghadiri sidang akhbar di sebuah kolej Cina di Kajang. Mengenai isu serangan Amerika kepada Iraq dan serangan Yahudi Umno opsss Zionis keatas bumi Palestin. Bangga wei..muka masuk akhbar. Akhbar Cina la. Beli siap simpan dalam almari. Pengalaman hidup itu, tiada siapa yang boleh bagi. Lepas demo besar – besaran di KLCC. Ribuan manusia membanjiri KLCC. Hujan turun renyai – renyai. Bila mula nak berarak macam biasa, polis halang. Aku ingat lagi salah seorang pimpinan KARISMA kalau tak salah la, Suffian namanya hampir ditahan, Khairil UBU sempat menarik dia. Terlepas!! Nasib baik kau Suffian. Lepas tolak – menolak mula berlaku. Biasalah anak muda, darah panas, hampir bertumbuk aku dengan OCPD Cheras waktu tu. Gasak punya gasak, CID datang cuba nak tahan aku. Bagi kuntau sekali, terlepas, aku terjun kearah orang ramai. Sampai kat bawah, tuppp aku nampak Jonah pun sama. Hahahaha...kesian polis tak dapat tahan kami. Sorry arrr...jangan marah abang – abang polis.
Pada tahun 2002, UBU kelihatan sepi. Insan yang selama ini menjadi rujukan buat mereka hilang kerana telah ditahan di bawah akta bangsat ini. Aku telah diberi peluang untuk mengutuskan surat kepada Hishamuddin Rais. Selang 2 minggu beliau membalas kembali. Apa lagi kecoh satu taman. Aku tayang surat tu kat semua kawan – kawan. Semua seronok. Individu yang cukup sinonim dengan anak muda boleh balas surat aku. Ayah aku, mak aku, abang aku pun tumpang seronok. Tapi macam biasa, ada juga suara kat taman aku kata “Wei, dia sosialis!” memang siot la diorang nie. Tahun 2003, Pak Lah macam biasa buat tradisi kalau PM baru naik takhta. Semua tahanan ISA yang ditahan ketika era Mahathir khasnya tahanan reformasi dibebaskan. Aku masih ingat aku, Black (AminIskandar.com), Jonah, Din Petai, Ariff Abdul, Koy berkumpul di Mahkamah untuk menantikan detik – detik pembebasan Hishamuddin Rais dan Tian Chua. Aku berpeluang masuk ke mahkamah dan buat pertama kali aku dapat berjabat tangan Hishamuddin Rais. Akhirnya mereka dibebaskan. Sorakan reformasi berkumandang. Sorakan keseronokan di sana – sini.
Selepas itu pada tahun 2003, ada usaha untuk mengembalikan kebangkitan rakyat. Aku masih ingat ada usaha untuk membela mangsa – mangsa kezaliman Mahathir yang terdiri daripada mahasiswa yang telah ditangkap waktu perhimpunan anti-ISA di Masjid Negara tak silap aku pada hujung tahun 2001. Masih ingat bagaimana usaha untuk memobilasikan mahasiswa untuk turun sekali lagi ke jalanraya. GAMIS, UBU, DEMA, KARISMA, dan banyak lagi datang bermesyuarat untuk memastikan usaha ini berjaya. Tarikh yang dipilih ketika perbicaraan untuk tujuh orang pahlawan muda ini akan dibicarakan. Setelah sesi penerangan dibuat keseluruh negara dibuat maka tarikh yang ditunggu – tunggu akhirnya tiba.
Selesai solat Jumaat di Masjid Negara, kira – kira 300 orang mahasiswa datang berhimpun. Ratusan mahasiswa mula berkumpul di depan bangunan JAWI. Macam biasa, polis dah ada. Juak – juak Umno pun ada siap suruh kami balik. Tapi kami buat tak endah. Maka perarakan pun bermula. Slogan kepada ISA 7 dilaungkan sekuat – kuat hati. Sampai depan bangunan Dayabumi, maka datanglah polis – polis yang memakai vest warna kuning. Berdepan saja dengan mereka, maka kami terus duduk. Tapi arahan dari pihak atasan telah dikeluarkan, maka tangkapan pun berlaku. Perhimpunan tersebut Berjaya!! Matlamat untuk parti politik jangan mensia – siakan mereka ini akhirnya dapat perhatian.
Jika aku pandang sepanjang tahun 1998 – 2003, jiwa anak muda hanyalah satu. Penentangan, pemberontakan, demonstrasi adalah darah dan jiwa mereka. Tanpa semua itu, anak muda akan gagal. Anak muda jika parti politik itu takut berdemo, maka parti itu akan dijauhi. Anwar Ibrahim disukai oleh anak muda, kerana lagenda beliau hebat berdemo. Hishamuddin Rais disukai kerana itu juga.
Anak muda tanpa demonstrasi umpama Adam tanpa Hawa...Keinginan mereka untuk berdemo cukup tinggi. Tapi berdemo hanya pada isu yang HAQ dan benar!! Itu ciri – ciri mereka!!
bersambung...............
An Electric Atmosphere: Rywire’s EV Civic Debut With CSF Race
8 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.