Khamis, 30 Julai 2009

Tinggal 2 hari Sahaja Lagi, Debaran Semakin Memuncak

Tinggal 2 hari sahaja lagi, perhimpunan raksasa Rakyat Menentang ISA semakin hampir. Saya sebagai individu yang bakal turut serta dalam perhimpunan tersebut berasa teramat teruja untuk menyertai perhimpunan. Anak muda tanpa pemberontakan dan penentangan adalah anak muda yang skema habis.

Membayangkan ratusan ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara. Gelombang merah dan hitam berarak umpama TSUNAMI. Amarah rakyat terhadap akta zalim dari suduh kemanusiaan dan agama. Laungan demi laungan akan dilaungkan.

JANGAN PEDULI sama PEWARIS dan PEKIDA, mereka lupa dalam ISA insan yang paling ramai ditahan di bawah akta ini adalah MELAYU...MELAYU...kalau ada ahli PEKIDA baca blog ini. Tolong sedarkan diri...MELAYU yang paling ramai kena tahan.

Pastikan kita berada di dalam sejarah moden ini. BERSIH kita berjaya. PPSMI kita berjaya. Sekarang akta kejam ini menunggu kejayaan kita untuk memprotesnya.

HIDUP RAKYAT!!
MANSUHKAN ISA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.