Rabu, 29 Julai 2009

Buat PEKIDA..Ingat Lagi Wajah Ini??


Ini merupakan wajah yang selalu mengangkat imej PEKIDA di mata rakyat Malaysia. Daripada PEKIDA tiada siapa pun kenal hinggalah orang kenal sekarang ini. Insan ini di belakang kad keahlian PEKIDA ada tandatangannya.

Sekarang insan ini mahu ISA dimansuhkan. Sekarang insan mengatakan ISA zalim...

Jadi atas tujuan apa yang kamu semua mahu mempertahankannya lagi. Dia yang sanggup menurunkan tandatangan di belakang kad keahilan PEKIDA juga membantah ISA. Tarik diri himpunan PERWARIS...ikutilah himpunan GMI!!

MANSUHKAN ISA

2 ulasan:

  1. Masa aku baiah hari tu, dia orang cakap... dah masuk tak leh nak keluar... sudahlah, aku dah keluar pun dah... tak sanggup nengok yang kata power-power rupanya kaki dangdut, kaki minum, kaki nombor lagilah... bila sembang pasal agama, ngalahkan Mufti... yang kesiannya budak-budak motor contohnya kat Pertama Komplek kena kerah... dia orang diangap macam batu, kalau tak nak guna, biarlah 'batu'tu tepi jalan tapi bila-bila masa perlu seperti kena kacau atau nak mengacau, 'batu' nilah jadi senjata... nasihat saya pada yang ahli-ahli yang baik-baik, apakah masih lagi perlu kita berada di dalamnya...

    BalasPadam
  2. pekida?? apa ada dengan pekida sekarang?? hanya kaki judi, kaki perempuan, kaki botol dan segala macam kaki lagi...insaflah wahai melayu akhir zaman...dunia ini hanya sementara...janganlah kita berpuak-puak....di dunia ini kita semua sama sahaja, hanya makhluk yang lemah lagi hina di sisi Tuhan...

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.