Selepas kemenangan agak besar yang diperolehi oleh Barisan Alternatif (ketika itu), boleh dikatakan ramai yang sedaya – upaya menangkis tohmahan dari Zionis Umno. PAS ketika itu bermati – matian menentang tindakan kejam Zionis BN yang menarik kembali royalty minyak yang dilaksanakan oleh Mahathir.
Namun kemenangan itu tidak dikongsi bersama. Minta maaf kalau ada orang terasa, tapi inilah hakikatnya. Kerajaan Terengganu tidak disebut sebagai kerajaan Barisan Alternatif sebaliknya kerajaan PAS. Aku tak nafikan, ramai kawan – kawan nakal aku ketika sekolah dulu agak pelik sampai timbul satu persoalan di kalangan rakan – rakan..kata BA..mana BA nya.
Tahun 2000, aku dan rakan – rakan mula sibuk untuk menghadapi SPM. Dalam sibuk – sibuk, sempat lagi aku menghadiri perhimpunan The Judgement Day 2000. hari dimana DSAI dijatuhkan hukuman untuk 9 tahun penjara. Hukuman itu disebabkan fitnah paling bangsat iaitu liwat. Aku ingat lagi ramai yang berucap. Perhimpunan itu diadakan depan Bangkok Bank. Hampir 5,000 orang berhimpun. Ucapan demi ucapan diberikan. Suasana pilu waktu saat – saat terakhir hukuman terhadap DSAI akan diumumkan. Bila umum saja, terus FRU, SB dan polis – polis yang lain datang serang. Berterabur orang lari. Water Cannon digunakan. Aku masa itu pelajar sekolah lagi nak ambil SPM lagi. Maka kena lari dengan kawan baik aku seorang ni, Zali namanya. Seronok juga masa itu. Sampai aku kena kantoi dengan ayah aku di LRT Masjid Jamek. Tapi nasib baik dia ok.
5 Nov 2000, puluhan ribu rakyat berhimpun di lebuhraya KESAS. Hari dimana aku masuk hospital. Demam takut nak ambil SPM hahaha. Ayah aku macam biasa mesti pergi punya demo tu. Aku ambil laporam pun dari dia dan harakah. Semangat membuak – buak. Panas saja hati aku bila tengok polis jadi jahat.
Habis SPM, aku mula enjoy sana – sini. Biasalah anak muda kan. Tak nak enjoy, budak skema la. Sampai tahun 2001 tak silap aku pertengahan 2001, aku hadiri himpunan untuk menghantar laporan rasuah yang diketuai oleh abang kotak lompat Ezam dan Mahfuz. Masa itu, gandingan mereka berdua ini mantap. Perut masing – masing tak BOROI. Bukan macam Shamsul Iskandar dan Nasharuddin. BOROI. Jangan marah. Ini hakikat. Kalau anak muda BOROI siapa nak ikut. Anak muda kena kelihatan cergas. Bukan BOROI. Sebab BOROI Nampak malasnya. Serius, memang masa itu, Ezam dan Mahfuz ikutan anak muda ketika itu. Ucapan berapi. Dengar depa berucap, pehhh naik bulu roma.
Ok patah balik cerita demo tu. Hari itulah aku kenal apa itu U.B.U. Hari itulah mereka yang terlibat dengan U.B.U aku mula kenal. Mereka inilah yang menjadi mentor dalam gerakan anak muda..bagi aku la. Insan pertama aku kenal adalah Khairil. Aku ingat lagi, dia tengok ja aku terjerit – jerit sorang – sorang kat depan bangunan SOGO. Lepas itu dia himpit aku, tanya nama. Lepas itu ajak aku pergi BANGSAR UTAMA. Di sana aku kenal pula Jonah (Khairul Anuar) sekarang merupakan pimpinan Pemuda KeADILan Selangor, Koy, Din Petai, Ejan (ISA 7), dan mamak – mamak yang kerja di restoran Maidin 22 jam. Selang dua hari aku mula mengenal Rahmat.
Lepas itu tangkapan ISA mula dilaksanakan. Mahathir sudah mula takut dengan kebangkitan anak muda Malaysia. Sepuluh tahanan ISA. Salah seorangnya Hishamuddin Rais dan Jonah. Lepas itu anak muda Malaysia khasnya mahasiswa mula bangkit. Perhimpunan terbesar mereka adalah di Masjid Negara. Kira – kira 500 orang berhimpun. Sekali lagi kekerasan dilaksanakan. Ejan dan rakan – rakan di tahan.
Semenjak saat itu, gerakan reformasi boleh dikatakan lumpuh sama sekali. Semua senyap. keADILan senyap. PAS mula buli rakan – rakan dalam BA. DAP keluar BA. Rakyat terhimpit. Semua senyap. Rakyat mula menjauhi pembangkang. Rakyat mula tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku sama pembangkang. Tumpuan mereka hanya satu, penuhkan poket dan DSAI macam mana. Itu adalah realiti.
Semua orang harus sedar, perpecahan sesama pembangkang menguntungkan BN. BN lemah sebenarnya. Tapi pembangkang yang telah memberi ruang kepada mereka. Anak muda Malaysia menyampah dengan perangai macam ini. Sebab itu kenapa pakatan pembangkang ketika itu mula dijauhi.
Bersambung.............
An Electric Atmosphere: Rywire’s EV Civic Debut With CSF Race
8 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.