Memaparkan catatan dengan label Anak Muda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak Muda. Papar semua catatan

Khamis, 23 September 2010

Dahulu Khairy Sekarang Rosmah

Dahulu Khairy sekarang Rosmah. Apa kena - mengena watak ini dalam politik Malaysia. Apa yang mereka telah lakukan sehingga wujud persamaan antara mereka berdua ini. Seorang lelaki seorang wanita. Seorang menantu bekas perdana menteri seorang lagi isteri perdana menteri.

Dahulu Khairy ketika baru muncul dalam alam politik Malaysia setelah mendapat sijil nikahnya amat angkuh. Semua orang dilanggarnya. Habis orang lama dalam Umno dipijaknya. Khairy mengangkat dirinya menjadi manusia paling agong dalam Malaysia. Berita dalam media eletronik dan cetak dipaksa menyiarkan apa sahaja aktiviti yang dilakukannya. Dari isu kemanusiaan hinggalah hebatnya Khairy menyerang seteru parti politiknya.

Khairy mula dibenci setelah dia mula menunjukkan kurang ajarnya di Pilihanraya Kecil Ijok. Dia dibenci kerana menggerakkan ratusan kumpulan gangster yang berlesen untuk membuat aksi ganas terhadap penyokong PAS dan keADILan. Masih segar dalam ingatan ada seorang penyokong PAS berusia awal 40an dibelasah hingga berdarah kepala penyokong PAS tersebut di Ijok. Akibat peristiwa itu rakyat Malaysia mula membuka mata. Inikah orang yang patut disokong menjadi pemimpin kita nanti. Hasilnya, BN hampir lingkup pada pilihanraya Mac 2008.

Sekarang Khairy mula menerima bahangnya. Apabila bapa mertuanya sudah tiada sebagai pemimpin nombor satu Malaysia. Dia mula terasa bahang apabila kata - katanya sudah tidak laku. Hasil kajian yang langsung tak memberi makna kepada Najib dan BN. Mereka yang dahulu menjilat bontotnya sudah mula menghilangkan diri. Mereka dahulu bersungguh membela Khairy akhirnya hilang. Khairy mula berseorangan dalam apa jua isu. Inilah bahananya apabila terlalu menonjol dalam semua bidang. Khairy dilihat ada masanya berlagak seolah - olah dialah pemimpin nombor satu negara.

Itu cerita tahun 2004 hinggalah 2008. Cerita disaat BN memperolehi undi popular yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia dan juga undi paling teruk juga dalam sejarah Malaysia. Cerita tahun 2009 mula menunjukkan simptom yang sama. Watak baru mula muncul. Namun watak ini rakyat mula menyedarinya ketika suaminya masih belum menjadi Perdana Menteri. Watak yang mula menyibukkan diri dalam apa jua urusan suaminya. Menyibuk hingga menimbulkan bibit - bibit kebencian rakyat terhadap dirinya. Siapa dia? Rosmah Binti Mansur.

Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, isteri Perdana Menteri mengaku dirinya Wanita Pertama atau First Lady. Dari isteri Tunku Abdul Rahman hingga ke Pak Lah. Hatta Dr. Mahathir pun isterinya tidak pernah mengaku dirinya sebagai Wanita Pertama. Mereka semua tahu, Wanita Pertama adalah pemaisuri Yang Dipertuan Agong. Semua orang faham. Walaupun pemimpin paling zalim iaitu Mahathir sekali pun tidak pernah membiarkan isterinya menjadi Wanita Pertama. Tapi Rosmah, begitu angkuh sekali mengangkat dirinya menjadi Wanita Pertama.

Ketika Permaisuri Agong masih hidup dan ada, Rosmah telah melanggar protokol yang sekian lama diamalkan dalam negara kita ini. Rosmah gila kepada populariti. Bagi dirinya, dia mahu wajahnya sentiasa keluar di dada akhbar dan di dalam media eletronik. Selagi mana dirinya masih beristerikan kepada Najib, wajib bagi diri Rosmah untuk mempopularkan diri sendiri. Tidak pernah dalam sejarah politik Malaysia dan tamadun negara ini, isteri Perdana Menteri menyibuk dalam ucapan hari kebesaran sebagai contoh Hari Raya. Namun Rosmah telah memecah tradisi ini. Selain daripada menyibuk disebelah Najib, dia juga turut menyampaikan ucapan. Oh Rosmah, aku jijik melihat kelakuan mu.

Terbaru Rosmah sekali lagi mengangkat dirinya menjadi Wanita Pertama. Tanpa segan - silu menolak tepi peranan Wanita Pertama sebenar negara ini. Malaysia makin lama makin merapu perjalanannya. Bayangkan perkara sekecil ini Rosmah boleh melanggarnya. Bukannya tiada dalam perlembagaan mengenai siapakah Wanita Pertama ini. Tapi demi dunia popular Rosmah sanggup merendahkan kedudukan orang lain. Tapi apa yang perlu dihairankan kalau anak perempuan sendiri sanggup dicederakan agar rakyat Malaysia menganggap Rosmah masih dara ketika mengahwini Najib.

Perkara yang sama sedang berulang kembali. Ada suara - suara kecil mengatakan, tanah KTM diserahkan kepada Singapura kerana campur tangan Rosmah. Sama saja ketika Khairy tengah popular satu ketika dahulu. Menjual tanah negara kepada orang asing di hujung Johor atas nama pembangunan.

BN musnah kerana campur tangan ahli keluarga yang melampau. Contoh terdekat Khairy. Nah sekarang Rosmah pula yang cuba menghancurkan BN sekali lagi. Pakatan Rakyat selain daripada terus - menerus menyerang dasar - dasar yang merugikan rakyat, mereka juga mendapat isu yang kecil tapi menyengat iaitu penglibatan secara langsung Rosmah dalam dasar menghancurkan negara. Oh ya, Najib sama sahaja dengan Pak Lah.

Selasa, 29 Disember 2009

Dr MAZA - Seruan Untuk PRU 13

“Pertama saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada sebahagian besar rakyat Malaysia, terutama generasi muda yang memberikan sokongan yang tidak putus-putus kepada usaha-usaha tajdid. Namun, saya agak kecewa kerana ada saluran media yang tidak bersikap positif dengan usaha tajdid yang sedang berlaku. Mungkin ada gangguan pihak tertentu.

Pihak TV3 telah menjemput saya juga Tuan Hj Uthman Muhammady dalam rancangan al-Kulliyyah secara langsung. Malang sekali apabila tiba waktu siaran, dimaklumkan kononnya tidak mendapat ‘lampu hijau’ untuk disiarkan secara langsung. Janji mereka rakaman tersebut akan disiarkan, namun tidak muncul sehingga kini. Alhamdulillah, nasib baik ada pihak yang merakamkan program dan ia telah disiarkan dalam internet serta mendapat sambutan.

Pihak RTM 1, pula semalam (28 Disember 2009) menyiarkan siaran langsung Hj. Uthman Muhammady dan seorang penceramah yang tidak dikenali membuat tafsiran yang salah terhadap perbezaan pendapat dan usaha pembaharuan. Sepatutnya, mereka hendaklah terbuka pada zaman ini dengan menjemput secara adil kedua-dua pihak memberi pendapat. Masyarakat kini sudah bijak untuk menilai.

Alhamdulillah, walaupun RTM 1 membuat demikian, survey yang mereka buat dalam rancangan tersebut tetap menunjuk majoriti penonton menganggap positif perkembangan pemikiran atau yang mereka istilah sebagai pertembungan.

Saya berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan yang memberikan pentas terbuka yang dihadiri ribuan orang di Kota Bharu baru-baru ini. Ia memberi ruang untuk saya yang tidak berparti berforum secara terbuka dengan Dato’ Nik Amar (PAS), Datuk Nakhaei (UMNO) dan Ustaz Afendi (Pemuda UMNO). Rakyat dapat melihat dan menilai.

Sila dapatkan rakaman program tersebut yang saya rasa banyak pihak merakamkannya. Demikian saya berterima kasih kepada beberapa saluran media seperti Mingguan Malaysia, Akhbar Sinar, MSTAR, Majalah i dan banyak media yang lain yang selalu memberikan laporan yang positif dan adil.

Saya dengan ini menyeru para pencinta perubahan, penyokong keluasan minda dan usaha-usaha tajdid terutama generasi muda, agar mula menilai parti politik yang mana yang lebih meraikan keluasan pendapat dan memberi ruang serta hak bersuara kepada rakyat secara adil. Nilailah juga parti mana yang tidak mesra dengan perkara ini. Dengan arus yang ada ini, pastikan undi anda pada pilihanraya ke-13 membantu ke arah semangat perubahan dan keluasan pendapat yang kita harapkan”.

–dr maza

Sumber : drmaza.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat anak muda Malaysia, usah takut dan gentar melakukan perubahan. Perubahan adalah hak kita. Jangan sesekali takut untuk berbicara. Mereka yang anti kepada gerakan reformasi/tajdid/islah adalah mereka yang mahu melihat rakyat mundur kebelakang dan sentiasa mengharapkan mereka. Lihat Iran membantai rakyat dan menutup ruang demokrasi di sana. Lihat Malaysia membantai rakyat dan juga menutup ruang untuk berbicara.

Berubah untuk Malaysia...lawan!!

Selasa, 8 Disember 2009

Mentaliti Anak Muda (2)

Anak muda mentaliti mereka pantas. Teramat pantas adakalanya terbabas. Tapi dalam dunia sekarang, siapa yang dapat menyampaikan maklumat dengan pantas kepada anak muda maka dialah juara. Mereka yang lambat menyampaikan maklumat mereka akan terus tertinggal.

Dalam politik yang sedang menuju ke sistem dua parti, kepantasan dalam menyebarkan informasi atau maklumat amat penting. Kepantasan itu umpama perlumbaan drag 400 meter. Siapa yang dapat sampai ke garisan penamat dialah juara. Juara yang bakal merebut hadiah yang teramat lumayan. Jika di Sepang harganya mencecah ribuan tapi dalam alam politik harganya dapat mentadbir satu negara.

Pakatan Rakyat harus pantas menyebarkan maklumat. Jangan lambat menyebarkan maklumat. Bn mereka bersenang - lenang kerana semua media perdana bersama mereka. Sekali mereka berbicara 27 juta rakyat Malaysia akan mendengarnya (walaupun tak semua yang percaya). Pakatan Rakyat dalam keadaan yang cukup terhad penggunaan medianya harus sentiasa aktif dan kreatif dalam memikirkan bagaimana kita mahu menyampaikan sesuatu isu atau maklumat dengan pantas.

Aku sengaja memberikan contoh perlumbaan drag kerana inilah adalah satu - satu sukan yang diminati oleh anak muda sekarang. Satu sukan yang dapat menghimpun puluhan ribu peminat perlumbaan ini. Tujuannya hanya satu, siapa yang paling pantas menuju ke garisan penamat. Siapa yang cekap membawa jentera yang mempunyai kuasa yang menakjubkan ke garisan penamat dan siapa di belakang tabir sesuatu jentera itu.

Pakatan Rakyat, kuasanya sekarang boleh dikatakan besar. Sokongan padu anak muda Malaysia kepada gabungan ini cukup kuat. Hasilnya Pakatan Rakyat umpama satu jentera lumba drag yang baru tiba ke litar akhirnya secara tiba - tiba mendapat kemenangan yang bergaya walaupun bukan juara keseluruhan. Sebuah jentera yang selama ini dipandang lekeh dan dipandang rendah telah memberi satu kejutan yang mantap. Sokongan yang selama ini ada akhirnya telah dijelmakan dan akhirnya beberapa negeri tumbang.

Nah, itu cerita tahun lepas. Tahun manis buat Pakatan Rakyat. Tahun yang menyebabkan Bn murung seketika. Namun sekarang anak muda melihat siapakah yang mampu menerajui sokongan yang teramat padu ini. Siapakah yang mampu jentera yang mempunyai kuasa kuda 1000hp? Masihkah kita ingat PRK Manik Urai, pengarah pilihanraya PRK waktu itu mengatakan anak muda mudah disogok dengan janji manis BN? Ketika kalah anak muda dikeji sehabis - habisnya. Ketika menang hanya pujian yang lebih kurang sahaja. Anak muda menyatakan protes kepada sesetengah pihak agak jangan berselingkuh dengan Umno. Caranya...hukum mereka di Pilihanraya agar jangan sesekali berunding dengan Umno. Anak muda waktu itu melihat mampukah Pakatan Rakyat memandu sokongan kearah baik namun malangnya ada segelintir pihak gagal memahami inspirasi rakyat. Maka hasilnya jentera Pakatan Rakyat hampir tewas.

Sekarang Bn pasti sedang sibuk menyediakan jenteranya yang sudah lapuk ditelan zaman. Cuba menambah dengan meletakkan alat - alat tambahan baru. Anak muda melihat dengan penuh minat. Tapi minat mereka masih tetap kepada jentera Pakatan Rakyat. Mampukah Pakatan Rakyat mengekalkan rekod kemenangan bergaya dan menjadi juara keseluruhan perlumbaan ke-13 nanti? Terima kasih kepada mereka yang benar - benar mahu melihat Pakatan Rakyat menjadi juara baru. Aku dan majoriti anak muda Malaysia yang KONONNYA MUDAH DISOGOK melihat dengan penuh minat langkah Pakatan Rakyat yang sedang cuba meningkat imej mereka. Terbaru usaha menguatkan pakatan tersebut dengan mengadakan Konvesyen Pertamanya di Selangor. Anak muda melihat kesungguhan jentera Pakatan Rakyat yang mahu menang pusingan seterusnya telah mencetuskan satu keyakinan yang teramat tinggi. Anak muda semangat semakin lonjak naik. Jentera buruk yang selama ini memegang rekod kemenangan yang cukup lama seharusnya diajar dan tinggalkan litar perlumbaan ini. Kamu semua sudah menjadi bahan muzium bukannya berlumba lagi. Terus - terang aku katakan jika beginilah sikap yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dan kesungguhan begini yang ditunjukkan percayalah dengan izin Ilahi, PRU seterusnya Bn hilang terus. Tapi dengan syarat jangan sesekali meminggirkan kuasa anak muda. Jangan sakiti hati anak muda dengan kata - kata nista. Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, TG Nik Aziz, mereka menunjukkan penghargaan kepada anak muda. Tidak pernah mereka menyerang anak muda, yang menyerang anak muda kerana mentaliti mereka masih PURBA...teramat PURBA. Mereka lupa kemenangan yang mereka kecapi selama ini hasil daripada perubahan undi anak muda Malaysia.

Namun untuk menyediakan jentera yang berkualiti dan kuat bukannya mudah. Pakatan Rakyat harus sentiasa kelihatan segak dan gagah kerana dengan kelihatan sebegitu, sokongan pasti tidak akan berubah. Anggap saja kemenangan tipis di Manek Urai dan kekalahan di Bagan Pinang sebagai adat dalam perlumbaan. Pakatan Rakyat mungkin akan menyertai perlumbaan di Kota Seputih. Itu pun kalau pencacai Umno iaitu SPR tidak berjaya dalam rayuannya. Jika ada sertainya dan berlumbalah dengan sungguh - sungguh. Kenal pasti kerosakan kecil dan baikinya. Ingat, anak muda perhatikan tingkah - laku kalian semua. Jangan ingat kami hanya tahu berseronok dan berpesta sahaja. Kami sentiasa mengambil tahu cuma tidak mahu menunjukkannya. Macam aku beritahu artikel dahulu jika semboyan ditiupkan, jangan risau kami akan turun dan bertempur dengan gayanya. Ini janji anak muda cuma buat masa sekarang, sila tunjukkan kesungguhan dalam berjuang.

Jika tidak, dengan berat hati Bn pasti akan menang kembali. Memberi kemenangan kepada Bn bukan bererti Bn bagus, tapi hanya memberi sedikit pengajaran kepada segelintir pemimpin PR agar jangan perangai macam mereka dan menyakitkan hati supaya pusingan seterusnya mereka akan berubah.

Ingat Pakatan Rakyat umpama sebuah jentera perlumbaan drag. Jika kuasanya hilang maka kekalahan yang dialaminya. Pasukan Pakatan Rakyat jika sentiasa lupa daratan maka jangan terkejut jika peminat anda semakin berkurangan. Jika pemandu yang bagus yang memandu jentera Pakatan Rakyat ini tiada dan tiada penggantinya pula maka jentera ini akan terus tertinggal pada gear pertama lagi.

Ingat, persembahan anda merupakan kunci kepada kejayaan semua ini. Drag Racing atau perlumbaan drag jika salah satu ini tiada jangan harap kemenangan anda yang bergaya anda kecapi. Begitu juga PRU..........

TEPUK DADA TANYA SELERA...HIDUP ANAK MUDA!!

Isnin, 7 Disember 2009

Mentaliti Anak Muda (1)

Aku syukur kehadrat Ilahi, kerana mengizinkan aku melalui usia muda. Usia muda yang aku akan gunakan sehabis - habisnya. Dari keseronokan hidup hingga cubaan merapatkan diri pada yang Esa.

Aku tidak mahu menjadi mat belia 4B, mat skema, mat perasan intelek. Aku nak jadi anak muda yang cool. Ya, ada pernah pengomen memberi komen "Tak tinggal solat lagi cool," apa pun terima kasih kerana saling mengingati.

Apa yang cool?

Cool dalam bahasa Inggeris, tapi dalam makna bahasa Melayu pasar adalah gempak. Gempak yang macam mana. Ramai anak muda sekarang sering dituduh tidak mempunya idealisma perjuangan. Kena tuduhan hanya tahu berseronok, tak nak ambil tahu hal isu semasa dan macam - macam lagilah.

Tapi ada tak orang ambil tahu yang kaki seronok, yang konon tak nak ambil tahu keadaan sekeliling inilah apabila ada demonstrasi besar merekalah yang berada barisan hadapan. Yang membaling semula kanister gas pemedih mata adalah mereka. Ada tak orang ambil tahu, semasa pilihanraya umum 2008, pengundi mudalah yang memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.

Anak muda sekarang adalah generasi baru. Bukan zaman 70an. Anak muda sekarang mengambil sikap tunggu dan lihat. Apabila sesuatu isu itu dilihat tidak adil kepada masyarakat dan perlu disuarakan dengan lebih keras, jangan risau. Kami akan membantah sekeras - kerasnya. Tidak perlu kata nista berbagai. Apabila semboyan lawan ditiup, datanglah 1000 FRU sekali pun kalau kami nak hadap, kami hadap!

Aku masih ingat lagi, semua orang risau melihat gelagat anak muda sebelum PRU 2008. Ada yang keluarkan kata - kata "Susah nak menang ni", "Nurul Izzah kalah", "Tak boleh menang, budak - budak muda tak ramai datang tolong kita". Tapi apabila keputusan diumumkan. Semua terbelalak biji mata. Sokongan padu dari anak muda benar - benar mengejutkan semua pihak. Siapa sangka dilihat tidak bermaya namun apabila disuruh membuat keputusan, semua orang terperanjat.

Mentaliti anak muda sekarang bukan boleh diukur semata - mata dengan penglibatan secara serius dalam perjuangan. Mentaliti anak muda bagi aku, adalah mentaliti yang sukar dibaca. Anak muda sekarang lebih berminat membaca dan menganalisa sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Anak muda tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu isu tanpa usul periksa (khasnya yang atas pagar, yang dah memang hardcore PR atau BN takyah cakap la).

Aku ada masa tertanya - tanya, kenapa blog tukartiub cukup popular. Sudah menjadi satu blog yang cukup klasik. Kenapa blog PerakExpress sudah menjadi salah satu blog yang menarik perhatian ramai anak - anak muda. Sebabnya kedua - dua blog ini membicarakan sesuatu isu dengan penuh santai. Mudah difahami tambah - tambah kalau dalam blog PerakExpress Mat Saman Kati yang menjadi salah satu penulis didalam blog tersebut, tulisan beliau sering ditunggu - tunggu. Kenapa? Sebab tulisannya apabila mengulas sesuatu isu cukup mudah dan cerita - cerita pengalaman hidup beliau menyebabkan setiap penulisan beliau begitu dekat dengan anak muda. Begitu juga TukarTiub a/k/a Hishamuddin Rais. Penulisan beliau ketika mahu membalas isu - isu semasa teramat mudah. Bahasa yang gempak, cool, segar dan tidak terikut dengan rentak sesetengah blogger. Maka itulah menyebabkan blog TukarTiub paling popular dikalangan anak muda.

Ramai kawan - kawan aku menjadi pembaca setia blog TukarTiub dan mereka dahulunya menyokong BN telah mula mengalih sokongan kepada PR kerana PR dilihat buat masa sekarang membela rakyat. Sebab TukarTiub cool atau gempak. Semua isu dia jawap. Politik sampailah ke Beyonce (hahaha). Maka anak muda senang dengan dia. Apabila senang maka semua isu - isu yang diberi oleh BN dapat dibuang jauh - jauh oleh anak muda. Anak muda sekarang melihat siapa yang mampu memberi hujah dengan lebih baik. Tidak perlu sangat kata - kata retorik semata - mata.

Tanyalah kepada anak muda yang tinggal di bandar - bandar besar, apakah mereka hanya menerima bulat - bulat setiap isu yang dibangkitkan? Tidak...tidak sama sekali. Lihat sahaja kes blogger Kickdefella yang dipecat akibat dituduh penyalahgunaan kuasa. Ada sebahagian blogger yang dengan senang hati tanpa usul periksa memberi sokongan padu pada Kickdefella. Nah sekarang mereka yang menyokong Kickdefella terdiam kerana sudah melihat keghairahan blogger berkenaan menyerang TG Nik Aziz. Tidak salah mengkritik, tapi apabila jawatan sudah hilang, gaji sudah tiada maka serangan bertali - arus terhadap TG Nik Aziz dilancarkan. Ini serupa kes Ezam dan rakan - rakan. Tiada tempat di dalam PKR maka serangan terhadap Anwar Ibrahim dilancarkan. Semuanya sama.

Mentaliti anak muda sukar dibaca tapi senang untuk difahami. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan isu - isu sensasi semata - mata. Mereka menganalisa dengan cara yang paling mudah dan paling senang. Ketika isu kerajaan Perpaduan dibangkitkan, mereka masih diam dan meneliti setiap hujah yang diberikan oleh pihak yang menyokong dan menentang kerajaan perpaduan. Apabila dillihat hujah yang diberikan oleh pro kerajaan perpaduan begitu lemah maka cadangan kerajaan perpaduan ditentang habis - habisan. Maknanya apa? Anak muda sekarang tidak mudah meloncat. Jika ada isu yang mahu dibangkitkan, sila kemukakan hujah dengan baik dan penuh dengan fakta. Itu sahaja. Teramat mudah.

Bersambung........

Khamis, 27 Ogos 2009

Ciri - Ciri Anak Muda Malaysia Baru (5)

Macam aku selalu cakap tahun 2004 merupakan tahun yang paling buat Barisan Alternatif. Kalah teruk, Terengganu hilang, undi jatuh dan macam – macam lagi. Kita rakyat yang memperjuangkan kebenaran hanya mampu melihat dari jauh. Melihat dengan penuh rasa kecewa. Kecewa kerana kita yang mampu mengulangi sejarah 1999 tapi gagal kerana ego, ketaksuban oleh parti – parti tua ini.

Aku mendiamkan diri semenjak tahun itu. Mana taknya, dengan kewafatan ayahanda tercinta benar – benar mengubah kehidupan peribadi aku. Rakan – rakan seperjuangan juga sudah mula senyap kerana sibuk dengan tugasan masing – masing. Ada yang sudah berkahwin, pergi Korea, ada di Felda, sambung belajar dan lain – lain. Tapi semangat perjuangan tetap utuh. Semangat mahu melihat Umno dan Bn tumbang tetap berkobar – kobar.

Anak muda Malaysia pada hari ini tidak mengharapkan pelukan mesra daripada parti pembangkang atau Pakatan Rakyat, anak muda hari ini tidak mengharapkan pujian, tidak mengharapkan mereka yang mempunyai nama besar menegur mereka, tidak langsung mengharapkan apa – apa pangkat daripada orang – orang politik. Kami tetap manusia biasa yang ada teman wanita, kereta, kerja, tanggungjawap kepada keluarga (yang paling penting) dan sebagainya. Tapi apabila semboyan perjuangan ditiupkan kami datang, kami hadir, kami berada di barisan hadapan. Kami tidak gentar dengan gas pemedih mata, kami tidak gentar dengan air kimia FRU, kami tidak gugur semangat apabila melihat keberangkatan anggota FRU yang lengkap bersenjata. Sumpah atas nama Tuhan Kaabah, kami tidak takut. Tapi kami tetap manusia yang biasa. Walaupun aku secara peribadi pernah diperli oleh seorang sahabat dalam perjuangan, “Hey, kau ni asyik demo ja, cuba jadi organizer”. Tapi aku tetap aku. Aku tetap anak muda biasa yang ada di jalanan. Tidak pernah mengharapkan muka aku masuk suratkhabar HARAKAH, Suara Keadilan, Malaysiakini, dan lain – lain. Semua anak muda begitu.

Ketika demo anti – kenaikkan minyak di KLCC, ribuan anak muda yang tidak pernah ditegur oleh Husam Musa, Cikgu Bad, Dr. Dzulkifli Ahmad, Anwar Ibrahim, dan lain – lain berada di barisan hadapan. Tapi niat kami hanya satu. Di mana ada syaitan, di situ mata petir kami rejamkan. Di mana ada Bn di situ ratusan ribu anak muda akan ada. Ketika demo BERSIH 2 tahun lepas yang bertempur dengan FRU di Masjid Jamek adalah anak – anak muda yang datang dari seluruh negara (anak muda bererti bawah 40 tahun kalau ikut definisi yang aku faham). Ketika demo anti PPSMI, anak – muda yang bertempur dengan FRU, yang memegang cota FRU, yang merempuh halangan FRU. Sila tanya mereka, pernahkah ahli politik Pakatan Rakyat menegur mereka? Pernahkah mereka menjadi organizer sesuatu demo? TIDAK..niat mereka hanyalah satu. Perjuangan yang ikhlas, perjuangan yang tidak perlu diberi perhatian, perjuangan yang tidak perlu dibalas dengan belaian mesra Anwar Ibrahim. Cukup hanya Tuhan yang Maha Mencipta membalasnya. Anak muda Malaysia tetap menjalani kehidupan biasa. Melepak di KLCC, melepak di Hartamas, melepak di SS15 Subang dan sebagainya. Tapi niat mereka tetap seperti mana yang aku beritahu tadi, PERJUANGAN SUCI MENENTANG BN.

Anak muda Malaysia cukup pantang apabila kegiatan di sebalik tabir mereka dihendap. Sebagai contoh artikel aku mengenai anak muda yang cool, aku ditegur dengan mengatakan “kalau solat tak tinggal lagi COOL”. Benar nasihat itu baik. Teramat baik, tapi aku berani cakap kerana tempat yang aku tunjuk itu menjurus kepada persepsi negatif oleh mereka yang konon baik sangat terus ditajinya aku. Itu yang berlaku di luar sana juga. Apabila melihat mereka yang berambut panjang, berseluar jeans, minum – minum di kafe – kafe terus dilihat tidak baik. Tidak solat, tidak Islamik. Walhal belum tentu yang berkata sedemikian apabila berhujah dengan mereka yang kononnya tidak baik ini mampu menangani kepetahan mereka. Kadang – kala aku tergelak seorang diri, apabila melihat mereka yang mudah menilai mereka yang berpakaian tidak seperti mereka. Ya benar, anak muda sekarang ini ramai yang dah tonggang – langgang, rosak moralnya tapi jangan dipukul rata sehingga membabitkan mereka yang tidak berdosa ini. Aku teringin nak tanya, kalau hangpa boleh lepak dekat kedai mamak minum teh tarik lepas itu sembang politik sampai pukul 12 malam itu, kira bagus sangat ke?? Dont Judge A Book By Its Cover...tu pepatah orang putih.

Ketika pilihanraya 2008, mereka yang dilihat yang tidak islamik, tidak bermoral, tak solat kononnya dan sebagainya, mereka inilah yang memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Mereka inilah yang membenam Sharizat Jalil, mereka inilah menggodam KJ di Rembau, mereka inilah yang meranapkan kerajaan angkuh peroboh kampung Melayu di Selangor, mereka inilah yang meruntuhkan kerajaan Kedah, mereka inilah yang telah merampas Perak. Kenapa ketika pilihanraya baru mereka ini yang KONON dilihat macam tak Islamik diburu untuk memberi untuk tapi apabila sudah kami di kutuk dengan kata – kata yang tak masuk? Sebab itu rata – rata anak muda Malaysia mengangkat DSAI, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, TG Nik Aziz, dan seangkatan dengan mereka kerana mereka ini meraikan anak muda. Mereka yang ini yang mendidik anak muda supaya berfikiran kritis, tidak jumud, tidak taksub dengan mana – mana pendapat. Anak muda Malaysia bukannya bodoh. Bukan taksub kepartian tak tentu pasal. Kami mahu yang terbaik buat Malaysia.

Inilah ciri – ciri anak muda Malaysia. Mereka tidak sesekali mahu menonjol dalam seni tempur ahli politik Malaysia. Mereka sudah boleh berfikir. Siapa yang jahanam, perangai macam musibat dan siapa yang baik di mata mereka. Mereka tetap meneruskan kehidupan normal. Macam aku dan kawan – kawan yang lain, sebulan sekali (kecuali Ramadhan) mesti ke Sepang tengak perlumbaan DRAG. Ada yang melilau di The Curve, melepak di OU Shopping Complex beli baju baru dan macam – macam lagi. Tapi jangan diselongkar peribadi mereka. Jangan sesekali cuba mengatakan mereka ini tidak Islamik. Macam aku habaq kat hangpa semua, bila semboyan berbunyi, mereka inilah berlari ke hadapan. Mereka inilah yang akan menjadi TENTERA RAKYAT yang berada di barisan yang paling hadapan bersama – sama Unit Amal PAS.

Kami berbeza pendapat sesama sendiri. Dari muzik hingga ke politik. Tapi niat tetap satu. Zionis BN mesti dihapuskan. Hapus sama sekali. Kami tidak taksub dengan pegangan politik kami. Aku ada teman yang tebal dengan perjuangan Islamnya, ada yang tebal dengan sosialisnya. Tapi apabila saat berdepan dengan musuh iaitu teman yang TOTOK Umno, kami tutup segala bibit – bibit perdebatan yang mampu memberi ruang sahabat yang lagi seorang itu membelasah kami. Kami tidak BODOH untuk memberi ruang walaupun seinci kepada pihak musuh untuk membelasah kami. PAS dan DAP harus ambil pendekatan sebegini. Kedua – dua parti tua di Malaysia. Pengalaman yang banyak. Keperitan ketika berjuang teramat tinggi. Tapi jangan lupa EGO antara mereka juga amat tinggi. Ambil contoh isu arak, kenapa Hassan Ali tidak bawa berbincang dulu. Kenapa harus mengambil tindakan yang cukup drastik dan kelam – kabut sehinggakan orang luar menganggap Islam agama yang tidak boleh dibawa berbincang. Ambil lagi satu contoh, DAP ketika isu ladang ternakan babi haram di Kedah. Mereka menjunjung undang – undang. Suruh kita patuh pada undang – undang tapi apabila isu ini terjadi, lihatlah kebodohan yang ditunjukkan. Ya benar, MB Kedah melakukan kesilapan juga kerana tidak menyediakan tempat sebelum kawasan itu dirobohkan. Anak muda benci dengan perkara – perkara sengal macam nie. Kami menaruh harapan tinggi agar Pakatan Rakyat dapat menumbangkan BN. Dapat membuang mereka di laut dan benam mereka ke dalam lubang TAIK. Tapi apabila melihat kegopohan sesetengah ahli politik dalam PR..aduhaiii...kenapa bodoh sangat nie.

Penutup untuk episod ini, aku, engkau, hang, semua anak muda Malaysia sentiasa bersatu menentang kezaliman. Kami tidak perlu rakan yang mengaku rakan tapi hanya digunakan untuk berdemo sahaja atau kegiatan politik mereka. Kami tidak perlu kepura – puraan yang jijik macam itu. Kami secara tidak sengaja akan menjadi satu pasukan yang mantap apabila sesuatu demo terjadi. Medan kami di jalanraya. Kami percaya jalanraya mampu menumbangkan BN. Pilihanraya hanya sebahagian alat kosmetik dalam dunia demokrasi yang boleh dimanipulasi oleh Zionis Bn. Ingat kepada semua ahli politik Malaysia khasnya PR, kami anak muda tidak perlu menjadi ahli parti kalian semua, kami tidak perlu menjadi organizer demo. Tidak perlu!!

SEBAB ANAK MUDA MALAYSIA BERSATU DI JALANRAYA

ANAK MUDA MAHU MENUMBANGKAN BN

ANAK MUDA TIDAK BERPARTI TAPI TAHU YANG MANA BENAR YANG MANA ZALIM

ANAK MUDA MALAYSIA BERSATU..MENENTANG UMNO DAN ZIONIS BN!!

Jumaat, 7 Ogos 2009

Ciri - ciri anak muda Malaysia Baru : 5

Minta maaf lama tak menulis panjang. Sibuk dengan MANSUHKAN ISA dan juga demam yang agak panjang. Tapi tak mengapa sudah pun sembuh.

Seperti mana yang pernah aku beritahu dahulu, tahun 2004 merupakan tahun sial buat rakyat Malaysia. Mana taknya, kami terpaksa mengundi si zalim BN. Kenapa kena mengundi BN? Kerana melihat perpecahan Barisan Alternatif waktu itu. Bayangkan ketika waktu penamaan calon untuk satu kawasan DUN di Taman Medan, kesepakatan untuk memberi laluan kepada calon KeADILan waktu itu telah dipersetujui. Namun pada saat - saat akhir datang calon PAS yang telah dibenarkan oleh Setiausaha Agong Pas waktu itu Ustaz NASHARUDDIN MAT ISA (agen kerajaan perpaduan). Kebenaran itu telah menyebabkan calon PAS ketika itu dibenarkan membawa logo partinya itu.

Ini semua terjadi selepas Allahyarham Ustaz Fadhil Noor meninggalkan dunia ini buat selama - lamanya. Maka sifat pembuli parti tua ini mula tercetus. Rakyat Malaysia khasnya golongan merasa jijik dan menyampah dengan sikap PAS, PKR dan DAP waktu itu. Semua gilakan kuasa. Cara terbaik untuk mengajar parti - parti pembangkang tak sedar diri ini adalah dengan cara mengundi pihak lawan agar ini dapat memberi satu tamparan hebat buat mereka.

Kemegahan PAS dengan 27 kerusinya senyap. PKR dengan satu kerusi sahaja. DAP dengan 10 kerusi. Kemenangan besar buat BN. Tapi gelisah rakyat Malaysia tidak lama. Ditakdirkan oleh Allah, DSAI dibebaskan. Pembebasan beliau disambut dengan penuh keriangan dan kegembiraan yang tiada taranya. Tangisan dan pelukkan dapat dilihat waktu itu. Harapan rakyat telah kembali. Namun masih ada suara - suara sumbang dapat parti pembangkang mengatakan, kita tak boleh terima peliwat jadi pemimpin kita. Parti mana? biarkan ianya menjadi sejarah. Orang itu pun dah tak pegang jawatan parti tersebut.

Aku masih ingat, aku bersama Black, Jonah, Cikgu Bad, Tian Chua dan ramai lagi turut serta dalam himpunan menghantar DSAI ke German untuk rawatan pinggangnya. Puluhan ribu rakyat menyertai pesta itu. Semangat rakyat yang selama ini tidur kerana kegagalan parti pembangkang bersatu telah mula bangkit. Suara rakyat yang selama ini rehat dan tidur mula mengaum sekuat - kuatnya. Slogan SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT mula berkumandang.

Cerita mengenai DSAI di Jerman amat ditunggu - tunggu. Tahap kesihatan beliau dinanti - nantikan. Tahap demi tahap ditunggu. Beberapa orang besar mula singgah untuk bertanya mengenai beliau. Selang beberapa bulan DSAI kembali ke Malaysia. Sekali lagi puluhan ribu rakyat berhimpun untuk menyambut harapan rakyat ini. Malangnya polis telah menyekat laluan masuk ke KLIA. Tapi kuasa rakyat hanya Allah saja mampu menghalangnya. Rempuhan terhadap polis bantuan berjaya dilaksanakan. Saat yang ditunggu - tunggu telah tiba. DSAI tiba dengan langkah yang cukup bertenaga. Beliau disambut lagi secara meriah di kediaman beliau. Puluhan ribu berhimpun. Dari Cameron Highlands, Penang (sudah pasti), dan lain - lain tempat.

Namun, semangat rakyat agak sedikit pudar apabila beliau tak nak berapa ada sangat dalam bumi Malaysia ini. Teguran dan kritikan terhadap beliau telah mula kedengaran. Namun teguran itu semua diam apabila awal tahun 2007, DSAI menyatakan bahawa beliau telah bersiap - sedia untuk meneruskan perjuangan rakyat di Malaysia. Pak Lah dan KJ dan juga konco - konco Yahudi Umno mula gelabah. Pelbagai gelaran yang diberi. Pengkhianat, penderhaka, penjahat dan macam biasa peliwat.

Peperangan pertama DSAI adalah di Ijok. Peperangan untuk menguji kekuatan partinya dan menguji kesepaduan rakan - rakan parti yang lain. Memang benar Ijok kita kalah. Tapi kalah kita dengan bermaruah. Mereka terpaksa menipu dan berkempen dengan menggunakan media perdana. Hari - hari mereka berkempen dengan menggunakan media perdana. Apabila kalah, DSAI sedar rakyat masih bersama perjuangan gerakan REFORMASI!! Maka strategi mula bersama parti - parti tua ini mula digerakkan untuk menyatupadukan mereka. Anak muda Malaysia menunggu dengan penuh sabar.

Memang ada segelintir umat tak gemarkan DSAI. Memang wujud. Tapi mereka tak boleh nafikan anak muda sememangnya bersama DSAI. PAS kalah teruk kerana kesinambungan perjuangan gerakan Reformasi tidak ada dalam tahun 2004. Reformasi merupakan nadi anak muda. Nadi anak muda merupakan penggerak kepada kejatuhan BN. Jika ada pimpinan PAS mahupun DAP merasa yakin anda akan berjaya tanpa bantuan generasi gerakan Reformasi anda gagal.....

bersambung...............

Rabu, 29 Julai 2009

Ciri - Ciri Anak Muda Malaysia Baru : 4

Ketika Jonah dan Fuad ditahan di bawah akta zalim in, aku bersama – sama rakan terasa kebangkitan mahasiswa akan kembali. Tidak dapat gaya tahun 70an pun takpa janji kebangkitan itu telah ada. Namun nyata kebangkitan itu senyap dan terus senyap. Tahun 2001 sampai ke tahun 2004 merupakan tahun malang buat rakyat. Macam tulisan siri nombor 4, rakyat mula menjauhi pembangkang dan menjauhi apa yang berlaku di dalam Malaysia ini.

Aktiviti berdemo lumpuh sama sekali. Berdemo hanya ketika bila ada isu antarabangsa. Aku masih ingat, aku diberi peluang untuk menghadiri sidang akhbar di sebuah kolej Cina di Kajang. Mengenai isu serangan Amerika kepada Iraq dan serangan Yahudi Umno opsss Zionis keatas bumi Palestin. Bangga wei..muka masuk akhbar. Akhbar Cina la. Beli siap simpan dalam almari. Pengalaman hidup itu, tiada siapa yang boleh bagi. Lepas demo besar – besaran di KLCC. Ribuan manusia membanjiri KLCC. Hujan turun renyai – renyai. Bila mula nak berarak macam biasa, polis halang. Aku ingat lagi salah seorang pimpinan KARISMA kalau tak salah la, Suffian namanya hampir ditahan, Khairil UBU sempat menarik dia. Terlepas!! Nasib baik kau Suffian. Lepas tolak – menolak mula berlaku. Biasalah anak muda, darah panas, hampir bertumbuk aku dengan OCPD Cheras waktu tu. Gasak punya gasak, CID datang cuba nak tahan aku. Bagi kuntau sekali, terlepas, aku terjun kearah orang ramai. Sampai kat bawah, tuppp aku nampak Jonah pun sama. Hahahaha...kesian polis tak dapat tahan kami. Sorry arrr...jangan marah abang – abang polis.

Pada tahun 2002, UBU kelihatan sepi. Insan yang selama ini menjadi rujukan buat mereka hilang kerana telah ditahan di bawah akta bangsat ini. Aku telah diberi peluang untuk mengutuskan surat kepada Hishamuddin Rais. Selang 2 minggu beliau membalas kembali. Apa lagi kecoh satu taman. Aku tayang surat tu kat semua kawan – kawan. Semua seronok. Individu yang cukup sinonim dengan anak muda boleh balas surat aku. Ayah aku, mak aku, abang aku pun tumpang seronok. Tapi macam biasa, ada juga suara kat taman aku kata “Wei, dia sosialis!” memang siot la diorang nie. Tahun 2003, Pak Lah macam biasa buat tradisi kalau PM baru naik takhta. Semua tahanan ISA yang ditahan ketika era Mahathir khasnya tahanan reformasi dibebaskan. Aku masih ingat aku, Black (AminIskandar.com), Jonah, Din Petai, Ariff Abdul, Koy berkumpul di Mahkamah untuk menantikan detik – detik pembebasan Hishamuddin Rais dan Tian Chua. Aku berpeluang masuk ke mahkamah dan buat pertama kali aku dapat berjabat tangan Hishamuddin Rais. Akhirnya mereka dibebaskan. Sorakan reformasi berkumandang. Sorakan keseronokan di sana – sini.

Selepas itu pada tahun 2003, ada usaha untuk mengembalikan kebangkitan rakyat. Aku masih ingat ada usaha untuk membela mangsa – mangsa kezaliman Mahathir yang terdiri daripada mahasiswa yang telah ditangkap waktu perhimpunan anti-ISA di Masjid Negara tak silap aku pada hujung tahun 2001. Masih ingat bagaimana usaha untuk memobilasikan mahasiswa untuk turun sekali lagi ke jalanraya. GAMIS, UBU, DEMA, KARISMA, dan banyak lagi datang bermesyuarat untuk memastikan usaha ini berjaya. Tarikh yang dipilih ketika perbicaraan untuk tujuh orang pahlawan muda ini akan dibicarakan. Setelah sesi penerangan dibuat keseluruh negara dibuat maka tarikh yang ditunggu – tunggu akhirnya tiba.

Selesai solat Jumaat di Masjid Negara, kira – kira 300 orang mahasiswa datang berhimpun. Ratusan mahasiswa mula berkumpul di depan bangunan JAWI. Macam biasa, polis dah ada. Juak – juak Umno pun ada siap suruh kami balik. Tapi kami buat tak endah. Maka perarakan pun bermula. Slogan kepada ISA 7 dilaungkan sekuat – kuat hati. Sampai depan bangunan Dayabumi, maka datanglah polis – polis yang memakai vest warna kuning. Berdepan saja dengan mereka, maka kami terus duduk. Tapi arahan dari pihak atasan telah dikeluarkan, maka tangkapan pun berlaku. Perhimpunan tersebut Berjaya!! Matlamat untuk parti politik jangan mensia – siakan mereka ini akhirnya dapat perhatian.

Jika aku pandang sepanjang tahun 1998 – 2003, jiwa anak muda hanyalah satu. Penentangan, pemberontakan, demonstrasi adalah darah dan jiwa mereka. Tanpa semua itu, anak muda akan gagal. Anak muda jika parti politik itu takut berdemo, maka parti itu akan dijauhi. Anwar Ibrahim disukai oleh anak muda, kerana lagenda beliau hebat berdemo. Hishamuddin Rais disukai kerana itu juga.

Anak muda tanpa demonstrasi umpama Adam tanpa Hawa...Keinginan mereka untuk berdemo cukup tinggi. Tapi berdemo hanya pada isu yang HAQ dan benar!! Itu ciri – ciri mereka!!


bersambung...............

Jumaat, 24 Julai 2009

Ciri - ciri Anak Muda Malaysia Baru : 3

Selepas kemenangan agak besar yang diperolehi oleh Barisan Alternatif (ketika itu), boleh dikatakan ramai yang sedaya – upaya menangkis tohmahan dari Zionis Umno. PAS ketika itu bermati – matian menentang tindakan kejam Zionis BN yang menarik kembali royalty minyak yang dilaksanakan oleh Mahathir.

Namun kemenangan itu tidak dikongsi bersama. Minta maaf kalau ada orang terasa, tapi inilah hakikatnya. Kerajaan Terengganu tidak disebut sebagai kerajaan Barisan Alternatif sebaliknya kerajaan PAS. Aku tak nafikan, ramai kawan – kawan nakal aku ketika sekolah dulu agak pelik sampai timbul satu persoalan di kalangan rakan – rakan..kata BA..mana BA nya.

Tahun 2000, aku dan rakan – rakan mula sibuk untuk menghadapi SPM. Dalam sibuk – sibuk, sempat lagi aku menghadiri perhimpunan The Judgement Day 2000. hari dimana DSAI dijatuhkan hukuman untuk 9 tahun penjara. Hukuman itu disebabkan fitnah paling bangsat iaitu liwat. Aku ingat lagi ramai yang berucap. Perhimpunan itu diadakan depan Bangkok Bank. Hampir 5,000 orang berhimpun. Ucapan demi ucapan diberikan. Suasana pilu waktu saat – saat terakhir hukuman terhadap DSAI akan diumumkan. Bila umum saja, terus FRU, SB dan polis – polis yang lain datang serang. Berterabur orang lari. Water Cannon digunakan. Aku masa itu pelajar sekolah lagi nak ambil SPM lagi. Maka kena lari dengan kawan baik aku seorang ni, Zali namanya. Seronok juga masa itu. Sampai aku kena kantoi dengan ayah aku di LRT Masjid Jamek. Tapi nasib baik dia ok.

5 Nov 2000, puluhan ribu rakyat berhimpun di lebuhraya KESAS. Hari dimana aku masuk hospital. Demam takut nak ambil SPM hahaha. Ayah aku macam biasa mesti pergi punya demo tu. Aku ambil laporam pun dari dia dan harakah. Semangat membuak – buak. Panas saja hati aku bila tengok polis jadi jahat.

Habis SPM, aku mula enjoy sana – sini. Biasalah anak muda kan. Tak nak enjoy, budak skema la. Sampai tahun 2001 tak silap aku pertengahan 2001, aku hadiri himpunan untuk menghantar laporan rasuah yang diketuai oleh abang kotak lompat Ezam dan Mahfuz. Masa itu, gandingan mereka berdua ini mantap. Perut masing – masing tak BOROI. Bukan macam Shamsul Iskandar dan Nasharuddin. BOROI. Jangan marah. Ini hakikat. Kalau anak muda BOROI siapa nak ikut. Anak muda kena kelihatan cergas. Bukan BOROI. Sebab BOROI Nampak malasnya. Serius, memang masa itu, Ezam dan Mahfuz ikutan anak muda ketika itu. Ucapan berapi. Dengar depa berucap, pehhh naik bulu roma.

Ok patah balik cerita demo tu. Hari itulah aku kenal apa itu U.B.U. Hari itulah mereka yang terlibat dengan U.B.U aku mula kenal. Mereka inilah yang menjadi mentor dalam gerakan anak muda..bagi aku la. Insan pertama aku kenal adalah Khairil. Aku ingat lagi, dia tengok ja aku terjerit – jerit sorang – sorang kat depan bangunan SOGO. Lepas itu dia himpit aku, tanya nama. Lepas itu ajak aku pergi BANGSAR UTAMA. Di sana aku kenal pula Jonah (Khairul Anuar) sekarang merupakan pimpinan Pemuda KeADILan Selangor, Koy, Din Petai, Ejan (ISA 7), dan mamak – mamak yang kerja di restoran Maidin 22 jam. Selang dua hari aku mula mengenal Rahmat.

Lepas itu tangkapan ISA mula dilaksanakan. Mahathir sudah mula takut dengan kebangkitan anak muda Malaysia. Sepuluh tahanan ISA. Salah seorangnya Hishamuddin Rais dan Jonah. Lepas itu anak muda Malaysia khasnya mahasiswa mula bangkit. Perhimpunan terbesar mereka adalah di Masjid Negara. Kira – kira 500 orang berhimpun. Sekali lagi kekerasan dilaksanakan. Ejan dan rakan – rakan di tahan.

Semenjak saat itu, gerakan reformasi boleh dikatakan lumpuh sama sekali. Semua senyap. keADILan senyap. PAS mula buli rakan – rakan dalam BA. DAP keluar BA. Rakyat terhimpit. Semua senyap. Rakyat mula menjauhi pembangkang. Rakyat mula tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku sama pembangkang. Tumpuan mereka hanya satu, penuhkan poket dan DSAI macam mana. Itu adalah realiti.

Semua orang harus sedar, perpecahan sesama pembangkang menguntungkan BN. BN lemah sebenarnya. Tapi pembangkang yang telah memberi ruang kepada mereka. Anak muda Malaysia menyampah dengan perangai macam ini. Sebab itu kenapa pakatan pembangkang ketika itu mula dijauhi.

Bersambung.............

Isnin, 20 Julai 2009

Ciri - ciri anak muda Malaysia Baru : 2

Ketika waktu aku berumur 15 tahun, tahun pada waktu itu adalah tahun 1998. Aku baru saja akhil baligh (mimpi basah layan wooo). Suara baru nak pecah. Baru pandai nak pandang - pandang kawan sekelas atau kawan satu sekolah yang berlainan jantina. Tapi bukan itu yang aku nak beritahu. 1998 merupakan tahun penting dalam sejarah moden dalam negara kita. Tahun yang telah menggegarkan politik Malaysia sehingga sekarang. Tidak pernah senyap dan tidur. Semenjak tahun itu beberapa aksi kekejaman regim Zionis BN mula terserlah.

Baik, pada awal tahun tersebut aku masih ingat aku dipaksa oleh Allahyarham ayah aku untuk pergi ke Rembau, katanya ada benda penting dan aku kena ikut. Biasalah, umur 15 tahun, bulu ketiak baru nak tumbuh mana nak ikut sangat kan. Tapi ayah punya pasal aku pun ikutlah. Dalam perjalanan ke Rembau aku tanya pada Allahyarham ayah aku, "Pasaipa kita nak pi Rembau ni, ada apa - apa ka?". Ayah aku cakap, kawan baik dia bakal menghadapi masalah besar. Apa masalahnya tak mahu pula dia beritahu. Kawan Allahyarham ayah aku ini bernama Dato' Apandi Johan bekas ADUN di dalam kawasan Rembau.

Sampai saja di rumahnya, aku pun tengok la ramai la juga insan - insan yang merupakan penyokong setia beliau dan Umno berkunjung ke rumah beliau. Selamba badak aku tanya kat ayah aku, "Papa penyokong Umno ka?" Pannggggg sedas dapat. Ayah aku anti Umno. Tapi atas dasar persahabatan dia datang juga. Selidik punya selidik rupanya ada solat hajat nak dibuat. Tanya lagi rupanya kawan ayah aku ini orang DSAI. Waktu aku mentah lagi dalam berpolitik.

Lepas habis solat hajat dan pelbagai lagi masa perjalanan pulang aku tanya sekali lagi dekat ayah aku, apa benda semua nie. Dia cakap DSAI akan kena pecat. Aku tanya lagi sebab apa nak kena pecat bukan dia ok ka? Sebab dia nak lawan Mahathir.

Memang benar terjadi tepat 2 September 1998, DSAI dipecat daripada Umno dan kerajaan Malaysia. Aku dah mula minat dengan politik Malaysia. Ceramah DSAI aku ikut sampai la dia kena tangkap.

Dekat sekolah aku dan rakan - rakan buat gila. Berdiri tepi balkoni sekolah masa perhimpunan hari Isnin, naik syeikh jerit REFORMASI ramai - ramai. Ramai juga la yang ikut. Pangggg sedas aku dapat dari cikgu displin. Tapi yang syoknya cikgu yang lempang aku tu aku jumpa dia tengah berlari kena hambat dengan FRU masa kes ARSENIK.

Jadi kelompok tahun 1998 hingga tahun 2000 masih kuat pegangan reformasinya. Aku dan sahabat - sahabat masih yakin dengan perjuangan REFORMASI. Seronok sebab dapat lawan polis. Seronok sebab dapat baling plastik air kat kereta Mahathir waktu dia tengah ronda - ronda dengan Pajeronya di kawasan sekitar Sogo.

Tapi dalam tempoh itu, ayah aku sedih. Sahabatnya yang ADUN tadi tu penakut. Tidak mahu melawan Mahathir. Takutkan kuasanya hilang, wang tiada, kena tangkap.

Tahun 1999 merupakan tahun yang paling seronok dalam hidup aku. Mau tak seronok berarak untuk penamaan calon di Pandan Indah untuk DUN Pandan dimana sekarang ini DUN Cempaka yang telah dimenangi oleh Iskandar Samad (sorry kalau salah nama bapak dia). Beribu orang datang. Aku macam biasa dengan ditemani kira - kira 30 orang kawan sekolah duduk barisan depan pegang bendera PAS dan KeADILan jerit REFORMASI kuat - kuat. Puas hati aku. Siang malam aku berkempen untuk calon KeADILan tu. Tapi terus - terang aku katakan, masa tu gabungan pembangkang masih tahap telur mentah. Ada sebahagian ahli PAS yang wujud pada tahun 1998 memperlecehkan DSAI dan partinya. Masa itu Sivarasa Rasiah bertanding di Parlimen Ampang (kalau tak silap). Ada tindakan biadap ahli PAS, gunting gambar kepala kerbau tu (lambang PRM) pastu lekatkan muka Sivarasa Rasiah kat situ dan bangga kata " Ni tempat kau". Tak percaya, lantak pi kat hangpa. Benda ini memang wujud.

Sebab itu kenapa anak - anak muda Malaysia baru ini sekarang kurang selesa dengan PAS sebab isu - isu bodoh macam ini. Mereka sokong PAS sebab muka DSAI dan memang bencikan Umno dan hasilnya 8 Mac 2008 terduduk Umno.

Ahli PAS yang perangai macam itu, sila ambil perhatian!!!

bersambung...........

Ahad, 19 Julai 2009

Anak Muda Malaysia Mendesak..Tubuhkan Segera Suruhanjaya Siasatan Diraja

Anak muda Malaysia hari ini wajib bangkit mendesak kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib agar segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock.

Isu ini telah melepasi sempadan perkauman. Isu ini bukan isu mencabar ketuanan Melayu. Isu ini bukan isu mencari publisiti murahan. Isu bagaimana seorang anak muda yang tidak berdosa dibunuh oleh didalam tahanan SPRM.

Hatta Islam sendiri melarang umatnya meragut nyawa orang yang tidak berdosa tidak kira apa agamanya.

Anak muda Malaysia harus bersatu. Teruskan desakan kita untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Jangan putus asa.

Buat Najib dan khasnya Muhyiddin. Jika kamu gagal untuk menubuhkannya. Tidak perlu tunggu pada pilihanraya seterusnya. Jalanraya telah terbentang luas. Di sana merupakan medan anak muda Malaysia.

Anak muda Malaysia tidak sesekali melupakan kekejaman regim Zionis BN.

Ingat peristiwa Memali!!

Ingat peristiwa petugas PAS Allahyarham Othman yang dibunuh!!

Ingat peristiwa Mata Lebam DSAI dan racun arsenik!!

Sememangnya Negara kita Umpama negara Zionis!!

BERSATU ANAK MUDA!!

JANGAN BIARKAN LAGI ADA NYAWA YANG TERKORBAN!!




Rabu, 15 Julai 2009

Ciri - ciri anak muda Malaysia Baru : 1

Hari ini rata - rata yang baru memulakan hidup di Malaysia kebanyakkannya generasi yang lahir pada tahun 1980an. Dari yang berumur 29 - 22 tahun sudah mula bekerja di sektor awam mahupun swasta. aku tergolong dalam kelompok ini. Umur aku baru mencecah 25 tahun. Jika diadakan sambutan ulang tahun, aku baru masuk kategori sambutan jubli perak.


Aku lahir dalam kelompok masyarakat bawahan. Walaupun Allahyarham ayah aku merupakan antara orang - orang besar di sebuah syarikat swasta, namun Allahyarham tidak pernah mengajar aku dengan kemewahan yang melampau kerana dia mahu aku mengenal erti kesusahan. Aku sedar, keluarga kami dulu pernah menetap rumah setinggan di Pantai Dalam. Semuanya kerana kegilaan ekonomi kapitalis yang menyerang seluruh dunia yang menyebabkan ayah aku dibuang kerja pada tahun 1987.


Aku bersyukur apabila diajar untuk mengenal erti kesusahan kerana dengan cara macam itu, aku boleh mengenal siapa sebenarnya rakyat Malaysia. Dari rumah setinggan hingga ke rumah banglo. Ramai kawan - kawan aku berasal dari kelompok sedemikian rupa. Pelbagai jenis kelakuan yang dapat aku saksikan. Aku pernah bermain dengan anak - anak setinggan di Pantai Dalam. Aku pernah singgah bermain video game di rumah anak orang kaya di Bukit Bangsar ketika aku masih kecil dulu.

Apabila aku meningkat remaja, aku mula bergaul dengan kawan - kawan yang tinggal di dalam kawasan bandar yang sedang pesat membangun. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah. Kawasan baru. Berjiran dengan kawasan - kawasan kampung di situ. Kampung Cheras Baru antaranya. Perbezaan kelas dapat dilihat ketika itu. Kawan sekolah yang datang dari kawasan tersebut kebanyakkannya cukup meminati MAT MOTOR (dulu pada tahun 1996 - 1999 jarang orang sebut Mat Rempit). Kawan yang datang dari rumah teres, meminati kumpulan - kumpulan rock seperti Nirvana, Metallica manakala yang berangan nak jadi lebih cool akan meminati kumpulan atau artis solo muzik HIPHOP. Antaranya Tupac Amaru Shakur (2Pac), Snoop Dogg, Dr.Dre, NWA, Wu-Tang Clan, Kriss Kross, Dogg Pound, Eminem, Jay-Z, The Notorious B.I.G dan sebagainya.


Pertembungan kelas ini cukup ketara, aku yang menjadi budak skema habis di sekolah dulu, selalu dapat tengok, budak motor hina budak hiphop sebab seluar londeh. Hinaan ini kadang - kala boleh menyebabkan pergaduhan sesama mereka. Pergaduhan yang melibat kumpulan masing - masing. Sebagai budak skema habis, tergelak pun ada, seram pun ada, menyampah pun ada. Sampai aku tertanya dalam kepala otak aku ini, apa la yang seronok sangat mempertahankan ideologi identiti macam ini sampai nak bergaduh sakan.


Namun jangan terperanjat, dengan tindakan pantas Pengetua Sekolah ketika itu, budaya gangsterisme di sekolah pada waktu aku sempat dibendung. Mereka yang pernah bergaduh sesama sendiri telah menjadi sahabat baik ketika itu. Antara kata - kata Pengetua Sekolah iaitu Cikgu Zakiah aku waktu itu cakap, "Lantak kat hangpa la, hiphop ka, mat mot (mat motor) ka, ingat kita ini satu sekolah. Ketepikan perbezaan bodoh macam ini, kita harus pertahankan maruah sekolah." Haaaaaaaa, yang ini PAS dan DAP kena belajar dari aku dan rakan - rakan. Perbezaan harus diketepikan, yang penting tumbangkan BN dulu.

bersambung.............

Khamis, 11 Jun 2009

Gerakan Melumpuhkan Pakatan Rakyat Bermula Bulan 7

Anwar's trial will run starting from July 1 to 24.

The 61-year-old father of six is charged with sodomising Mohd Saiful Bukhari Azlan at Desa Damansara Condominium in the leafy enclave of Damansara Heights in June last year.

If found guilty, he can be jailed up to 20 years and whipped under Section 377B of the Penal Code.


Ini merupakan hukuman yang bakal diterima oleh DSAI
-------------------------------------------------------------
Sankara noted the PP seemed to be repeating tired methods to deny Anwar a fair trial, employing an “ambush prosecution” tactic used in the Sodomy I case back in 1998/ 99.

Among the documents asked for are testimonies from witnesses, the original DNA samples sent for testing, medical notes, photographs and CCTV (closed circuit television) recordings showing Anwar with his accuser, a 23-year-old former male aide.

Sankara claimed that he had written to the PP asking for copies of the various pieces of proof as early as Sept 8 last year.

Several reminders sent out since January have been largely ignored, Sankara said.

“Save for the earlier delivery of just one statement and a few photo prints picked out of a purported CCTV recording, nothing else that was requested by us have been supplied,” he said.

He added that the last they heard from the PP was on June 6, when they received a letter rejecting their requests except to provide the results of the DNA tests.

DSAI bakal dikenakan hukuman kelak. Semua prosedur mahkamah tidak memihak kepada beliau. Pakatan Rakyat jika mahu ditumbangkan DSAI hari disumbat didalam penjara. PAS harus bersifat pembuli di dalam Pakatan Rakyat. Ini perancangan Zionis BN. Rakyat Malaysia khasnya anak muda harus bersiap - sedia. Jika Pakatan Rakyat tumbang, jangan gusar jalanraya terbentang luas. Di situlah medan perjuangan kita kelak.

Isnin, 1 Jun 2009

Ciri - Ciri Anak Muda Yang COOL


Sebulan sekali pada malam minggu tengok drag racing dekat Litar Sepang



Malam minggu lepak dekat Hartamas Square



Bila tiba pilihanraya PAKATAN RAKYAT jadi PILIHAN

Itu lah ciri - ciri anak muda yang COOL pada masa kini...