Pihak TV3 telah menjemput saya juga Tuan Hj Uthman Muhammady dalam rancangan al-Kulliyyah secara langsung. Malang sekali apabila tiba waktu siaran, dimaklumkan kononnya tidak mendapat ‘lampu hijau’ untuk disiarkan secara langsung. Janji mereka rakaman tersebut akan disiarkan, namun tidak muncul sehingga kini. Alhamdulillah, nasib baik ada pihak yang merakamkan program dan ia telah disiarkan dalam internet serta mendapat sambutan.
Pihak RTM 1, pula semalam (28 Disember 2009) menyiarkan siaran langsung Hj. Uthman Muhammady dan seorang penceramah yang tidak dikenali membuat tafsiran yang salah terhadap perbezaan pendapat dan usaha pembaharuan. Sepatutnya, mereka hendaklah terbuka pada zaman ini dengan menjemput secara adil kedua-dua pihak memberi pendapat. Masyarakat kini sudah bijak untuk menilai.
Alhamdulillah, walaupun RTM 1 membuat demikian, survey yang mereka buat dalam rancangan tersebut tetap menunjuk majoriti penonton menganggap positif perkembangan pemikiran atau yang mereka istilah sebagai pertembungan.
Saya berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan yang memberikan pentas terbuka yang dihadiri ribuan orang di Kota Bharu baru-baru ini. Ia memberi ruang untuk saya yang tidak berparti berforum secara terbuka dengan Dato’ Nik Amar (PAS), Datuk Nakhaei (UMNO) dan Ustaz Afendi (Pemuda UMNO). Rakyat dapat melihat dan menilai.
Sila dapatkan rakaman program tersebut yang saya rasa banyak pihak merakamkannya. Demikian saya berterima kasih kepada beberapa saluran media seperti Mingguan Malaysia, Akhbar Sinar, MSTAR, Majalah i dan banyak media yang lain yang selalu memberikan laporan yang positif dan adil.
Saya dengan ini menyeru para pencinta perubahan, penyokong keluasan minda dan usaha-usaha tajdid terutama generasi muda, agar mula menilai parti politik yang mana yang lebih meraikan keluasan pendapat dan memberi ruang serta hak bersuara kepada rakyat secara adil. Nilailah juga parti mana yang tidak mesra dengan perkara ini. Dengan arus yang ada ini, pastikan undi anda pada pilihanraya ke-13 membantu ke arah semangat perubahan dan keluasan pendapat yang kita harapkan”.
–dr maza
Sumber : drmaza.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buat anak muda Malaysia, usah takut dan gentar melakukan perubahan. Perubahan adalah hak kita. Jangan sesekali takut untuk berbicara. Mereka yang anti kepada gerakan reformasi/tajdid/islah adalah mereka yang mahu melihat rakyat mundur kebelakang dan sentiasa mengharapkan mereka. Lihat Iran membantai rakyat dan menutup ruang demokrasi di sana. Lihat Malaysia membantai rakyat dan juga menutup ruang untuk berbicara.
Berubah untuk Malaysia...lawan!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.