Selasa, 29 Disember 2009

Jadikan 2010 Tahun Kebangkitan Semula Harimau Rakyat (2)

Tahun 2009 juga menyaksikan pasang surut kekuatan Pakatan Rakyat. Manik Urai, Permatang Pasir dan juga tindakan biadap Najib merampas PERAK dari kehendak rakyat!! Satu tindakan yang sewajarnya kita anak muda dan rakyat Malaysia kena ingat dan tidak sama sekali boleh melupakannya. Ini tindakan Zionis Yahudi yang merampas tanah Palestin. Sama jugalah BN yang merampas hak rakyat di Perak. Zionis Yahudi sama saja dengan Zionis BN. Penjajah ini harus kita balas apabila tiba masanya nanti. Kita harus mengumpul segala kekuatan dan jadikan 2010 sebagai tahun melancarkan serangan yang lebih agresif. Pastikan Najib tidak dapat tidur dengan amannya. Pastikan Zambry tidak boleh memerintah dengan lebih tenteram. Perbanyakkan sepanduk menentang pemerintahan Zambry. Banjirkan Bandaraya Ipoh dan negeri Perak dengan sepanduk - sepanduk menentang pemerintah Zambry MB Sesumpah. Jangan biarkan dia bernafas dengan selesa. Pejuang - pejuang di negeri Perak harus mengambil inisiatif macam ini ohh ya jangan lupa melayari PerakExpress...blog yang cool hahaha.

Tahun 2009 juga menyaksikan Pakatan Rakyat boleh dihukum jika lambat melakukan perubahan dan sering bertelagah sesama sendiri. Hasilnya Manik Urai. Jangan sampai Terengganu 2004 berulang kembali. Kepada yang masih nak bersama Umno tolonglah, kasihanilah rakyat. Jangan khianat amanah rakyat. Kami menyokong Pakatan Rakyat atas nama keadilan dan kebebasan dan pembaharuan. Bukannya kekerapan sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang gemar mengeluarkan kenyataan yang mengecewakan. Hassan Ali, Zulkifli Noordin, Nasharuddin Mat Isa dan mereka yang sewaktu dengannya antara watak yang bakal menyebabkan Pakatan Rakyat tumbang satu masa nanti. Mungkin 2010 menyaksikan kemunculan mereka yang sudah berubah. Apa pun anak muda Malaysia yang bakal mengundi sekali lagi akan mengawasi secara rapat Pakatan Rakyat.

Tahun 2009 juga diperhatikan, Zionis BN mula melaksanakan dasar - dasar menekan rakyat. GST umpamanya menekan poket rakyat. Rakyat akan menjadi lebih susah jika dasar ini dilaksanakan pada tahun depan. Habis semua barang keperluan akan dikenakan caj tambahan. Rakyat yang bergaji kecil akan paling teruk menderita. 2010 akan menyaksikan rakyat akan mengeluh dengan nasib mereka kerana kerajaan yang ada pada hari ini tidak pernah memikirkan masalah rakyat. Duit makin kurang, harga barang semakin naik, tambang itu naik, tambang ini naik, dan semuanya naik. Tahun inilah sepatutnya kita gunakan untuk mengumpul kekuatan untuk menggerakan sesuatu yang lebih mega.

Tahun 2009 juga telah menyebabkan aku akan mengingati tokoh - tokoh yang akan dianggap cool sepanjang tahun ini. Tokoh yang sentiasa menyebabkan aku berfikiran terbuka dalam menerima apa sahaja hujah tidak lain tidak bukan Hishamuddin Rais aka TukarTiub. Sewaktu pertama kali berkenalan dengan beliau benda pertama sekali kita kena ada dalam diri adalah membaca. Jangan sesekali berhenti membaca. Aku masih remaja masa itu, ikutlah saranan beliau. Saranan beliau itu akhirnya membawa aku kepada seorang lagi tokoh anak muda yang sedang menyinar iaitu Dr Mohd Asri. Aku kagum kerana semangat beliau yang mahu membersihkan agama kita dari unsur - unsur khurafat yang menyebabkan umat di Malaysia semakin ketinggalan dan mahu kita berubah. Penting untuk membersihkan sesuatu benda jika ianya sudah lama dan mula dicemari maka wajib kita meletakkan ia kembali kepada dasar yang sebenar.

Tahun 2009 banyak kenangan pahit dan manis. Aku menulis panjang lebar kerana mahu berkongsi pengalaman hidup sepanjang tahun ini. Pengalaman yang mengajar aku agar jangan sesekali terkongkong minda dengan mendengar sebelah pihak sahaja. Baik Pakatan Rakyat mahupun Zionis Bn. Tahun 2009 sepatutnya sudah menyedarkan kita betapa pilihanraya di Malaysia hanyalah barangan kosmetik kerana jika pilihanraya itu tidak menguntungkan Bn pasti sudah lama diharamkan. Sebagai contoh DUN Kota Siputih, Kedah. Tahun 2009 membuktikan Malaysia berada dalam keadaan lemah. Pertahanan yang lemah dengan kehilangan enjin jet. Nyawa rakyat macam tiada harga. Stadium runtuh, jambatan runtuh, terminal bas runtuh.

Jadi aku berharap sangat pada tahun 2010, satu gelombang baru akan muncul. Gelombang yang mampu menyebabkan para pembesar (penindas) rakyat lemas. Tidak dapat tidur lena dengan aksi penentangan secara berterusan oleh rakyat. Tahun 2010 aku mengharapkan agar rakyat tidak lagi boleh ditipu oleh ahli - ahli politik keparat tidak kira sama ada ianya datang dari Zionis Bn mahupun Pakatan Rakyat.

Tahun 2010 aku menantikan suara rakyat yang sekarang ini sedang berehat kembali bergema. Suara rakyat selepas demo anti-ISA tidur sebentar kembali berkemundang. Suara rakyat suara keramat yang amat ditakuti akan kembali mengancam penindas rakyat ini.

Jangan takut...kerajaan zalim memang sentiasa wujud. Dari zaman Nabi Adam kepada Rasulullah s.a.w hinggalah ke saat ini. Kerajaan zalim akan sentiasa wujud. Jangan terpengaruh dengan slogan 1Malaysia (perompak duit rakyat), Ya Ali Ya Hussein (padahal pembunuh utama pejuang rakyat hingga hari ini). Mereka ini zalim. Menghalalkan perbuatan mereka dengan menjual agama dan atas nama perpaduan kaum.

Zalim harus ditentang habis - habisan....

JADIKAN 2010 tahun harimau - harimau rakyat kembali bangun...

Bangunlah...bangkitlah...

HIDUP RAKYAT!!

2 ulasan:

  1. ironinya di sini:

    aku suka tulisan zulkifli nordin.

    zulkifli nordin suka tulisan asri.

    ko suka tulisan asri.

    aku tak suka tulisan asri.

    ko tak suka tulisan zulkifli nordin.

    asri tak suka tulisan politik berpartisan.

    hoho!

    BalasPadam
  2. dan itu menyebabkan kita cool hahaha...
    apa ada hal...hahaha

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.