Selasa, 8 Disember 2009

Mentaliti Anak Muda (2)

Anak muda mentaliti mereka pantas. Teramat pantas adakalanya terbabas. Tapi dalam dunia sekarang, siapa yang dapat menyampaikan maklumat dengan pantas kepada anak muda maka dialah juara. Mereka yang lambat menyampaikan maklumat mereka akan terus tertinggal.

Dalam politik yang sedang menuju ke sistem dua parti, kepantasan dalam menyebarkan informasi atau maklumat amat penting. Kepantasan itu umpama perlumbaan drag 400 meter. Siapa yang dapat sampai ke garisan penamat dialah juara. Juara yang bakal merebut hadiah yang teramat lumayan. Jika di Sepang harganya mencecah ribuan tapi dalam alam politik harganya dapat mentadbir satu negara.

Pakatan Rakyat harus pantas menyebarkan maklumat. Jangan lambat menyebarkan maklumat. Bn mereka bersenang - lenang kerana semua media perdana bersama mereka. Sekali mereka berbicara 27 juta rakyat Malaysia akan mendengarnya (walaupun tak semua yang percaya). Pakatan Rakyat dalam keadaan yang cukup terhad penggunaan medianya harus sentiasa aktif dan kreatif dalam memikirkan bagaimana kita mahu menyampaikan sesuatu isu atau maklumat dengan pantas.

Aku sengaja memberikan contoh perlumbaan drag kerana inilah adalah satu - satu sukan yang diminati oleh anak muda sekarang. Satu sukan yang dapat menghimpun puluhan ribu peminat perlumbaan ini. Tujuannya hanya satu, siapa yang paling pantas menuju ke garisan penamat. Siapa yang cekap membawa jentera yang mempunyai kuasa yang menakjubkan ke garisan penamat dan siapa di belakang tabir sesuatu jentera itu.

Pakatan Rakyat, kuasanya sekarang boleh dikatakan besar. Sokongan padu anak muda Malaysia kepada gabungan ini cukup kuat. Hasilnya Pakatan Rakyat umpama satu jentera lumba drag yang baru tiba ke litar akhirnya secara tiba - tiba mendapat kemenangan yang bergaya walaupun bukan juara keseluruhan. Sebuah jentera yang selama ini dipandang lekeh dan dipandang rendah telah memberi satu kejutan yang mantap. Sokongan yang selama ini ada akhirnya telah dijelmakan dan akhirnya beberapa negeri tumbang.

Nah, itu cerita tahun lepas. Tahun manis buat Pakatan Rakyat. Tahun yang menyebabkan Bn murung seketika. Namun sekarang anak muda melihat siapakah yang mampu menerajui sokongan yang teramat padu ini. Siapakah yang mampu jentera yang mempunyai kuasa kuda 1000hp? Masihkah kita ingat PRK Manik Urai, pengarah pilihanraya PRK waktu itu mengatakan anak muda mudah disogok dengan janji manis BN? Ketika kalah anak muda dikeji sehabis - habisnya. Ketika menang hanya pujian yang lebih kurang sahaja. Anak muda menyatakan protes kepada sesetengah pihak agak jangan berselingkuh dengan Umno. Caranya...hukum mereka di Pilihanraya agar jangan sesekali berunding dengan Umno. Anak muda waktu itu melihat mampukah Pakatan Rakyat memandu sokongan kearah baik namun malangnya ada segelintir pihak gagal memahami inspirasi rakyat. Maka hasilnya jentera Pakatan Rakyat hampir tewas.

Sekarang Bn pasti sedang sibuk menyediakan jenteranya yang sudah lapuk ditelan zaman. Cuba menambah dengan meletakkan alat - alat tambahan baru. Anak muda melihat dengan penuh minat. Tapi minat mereka masih tetap kepada jentera Pakatan Rakyat. Mampukah Pakatan Rakyat mengekalkan rekod kemenangan bergaya dan menjadi juara keseluruhan perlumbaan ke-13 nanti? Terima kasih kepada mereka yang benar - benar mahu melihat Pakatan Rakyat menjadi juara baru. Aku dan majoriti anak muda Malaysia yang KONONNYA MUDAH DISOGOK melihat dengan penuh minat langkah Pakatan Rakyat yang sedang cuba meningkat imej mereka. Terbaru usaha menguatkan pakatan tersebut dengan mengadakan Konvesyen Pertamanya di Selangor. Anak muda melihat kesungguhan jentera Pakatan Rakyat yang mahu menang pusingan seterusnya telah mencetuskan satu keyakinan yang teramat tinggi. Anak muda semangat semakin lonjak naik. Jentera buruk yang selama ini memegang rekod kemenangan yang cukup lama seharusnya diajar dan tinggalkan litar perlumbaan ini. Kamu semua sudah menjadi bahan muzium bukannya berlumba lagi. Terus - terang aku katakan jika beginilah sikap yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dan kesungguhan begini yang ditunjukkan percayalah dengan izin Ilahi, PRU seterusnya Bn hilang terus. Tapi dengan syarat jangan sesekali meminggirkan kuasa anak muda. Jangan sakiti hati anak muda dengan kata - kata nista. Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais, TG Nik Aziz, mereka menunjukkan penghargaan kepada anak muda. Tidak pernah mereka menyerang anak muda, yang menyerang anak muda kerana mentaliti mereka masih PURBA...teramat PURBA. Mereka lupa kemenangan yang mereka kecapi selama ini hasil daripada perubahan undi anak muda Malaysia.

Namun untuk menyediakan jentera yang berkualiti dan kuat bukannya mudah. Pakatan Rakyat harus sentiasa kelihatan segak dan gagah kerana dengan kelihatan sebegitu, sokongan pasti tidak akan berubah. Anggap saja kemenangan tipis di Manek Urai dan kekalahan di Bagan Pinang sebagai adat dalam perlumbaan. Pakatan Rakyat mungkin akan menyertai perlumbaan di Kota Seputih. Itu pun kalau pencacai Umno iaitu SPR tidak berjaya dalam rayuannya. Jika ada sertainya dan berlumbalah dengan sungguh - sungguh. Kenal pasti kerosakan kecil dan baikinya. Ingat, anak muda perhatikan tingkah - laku kalian semua. Jangan ingat kami hanya tahu berseronok dan berpesta sahaja. Kami sentiasa mengambil tahu cuma tidak mahu menunjukkannya. Macam aku beritahu artikel dahulu jika semboyan ditiupkan, jangan risau kami akan turun dan bertempur dengan gayanya. Ini janji anak muda cuma buat masa sekarang, sila tunjukkan kesungguhan dalam berjuang.

Jika tidak, dengan berat hati Bn pasti akan menang kembali. Memberi kemenangan kepada Bn bukan bererti Bn bagus, tapi hanya memberi sedikit pengajaran kepada segelintir pemimpin PR agar jangan perangai macam mereka dan menyakitkan hati supaya pusingan seterusnya mereka akan berubah.

Ingat Pakatan Rakyat umpama sebuah jentera perlumbaan drag. Jika kuasanya hilang maka kekalahan yang dialaminya. Pasukan Pakatan Rakyat jika sentiasa lupa daratan maka jangan terkejut jika peminat anda semakin berkurangan. Jika pemandu yang bagus yang memandu jentera Pakatan Rakyat ini tiada dan tiada penggantinya pula maka jentera ini akan terus tertinggal pada gear pertama lagi.

Ingat, persembahan anda merupakan kunci kepada kejayaan semua ini. Drag Racing atau perlumbaan drag jika salah satu ini tiada jangan harap kemenangan anda yang bergaya anda kecapi. Begitu juga PRU..........

TEPUK DADA TANYA SELERA...HIDUP ANAK MUDA!!

2 ulasan:

  1. walaupun entri ini byk menyentuh tentang jentera parti, tapi bagi aku, aspirasi anak muda tetap tidak dilepas pandang.

    aku nak komen dari sudut mentaliti pengundi muda yg dikatakan mudah terpengaruh ngan janji manis itu. tak kira laa kami nak digelar sebagai lalang ke, atas pagar ke, tapi aku rase segalanya takde makna kalo kami tidak dididik dengan ilmu politik yang baik.

    kerana berdasarkan pengalaman, anak muda hari ini jauh tersimpang dari objektif politik asal iaitu pentadbiran yang adil, saksama dan harmoni. ketika malam 8 mac 2008, ketika selangor dimenangi pakatan, seorang kenalan aku menghantar mesej "habislah kita lepas neh dah takde jomheboh di selangor"

    kita boleh berbicara mengenai analisis statistik atau trend pengundi muda. tapi kalo ilmu di dada masih belum sampai sejengkal, hakikatnya undi ini masih sia-sia dan tidak mampu membantu melahirkan Malaysia yang lebih baik esoknya.

    oh ye, sempat lagi aku nak mengeji neh, MENTALITI DAHSYAT ANAK MUDA YANG ASYIK PIKIRKAN DUNIA, DATANGNYA DARI PAK-PAK TUA UMNO CELAKA YANG TAK SEDAR DIRI KUBUR DAH MEMANGGIL MEREKA.

    sekian.

    BalasPadam
  2. betol...aku sokong...nnt aku tulis pasal aspirasi anak muda..

    p/s pehh keras statement dan aku sokong hahaha

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.