Isnin, 7 Disember 2009

Mentaliti Anak Muda (1)

Aku syukur kehadrat Ilahi, kerana mengizinkan aku melalui usia muda. Usia muda yang aku akan gunakan sehabis - habisnya. Dari keseronokan hidup hingga cubaan merapatkan diri pada yang Esa.

Aku tidak mahu menjadi mat belia 4B, mat skema, mat perasan intelek. Aku nak jadi anak muda yang cool. Ya, ada pernah pengomen memberi komen "Tak tinggal solat lagi cool," apa pun terima kasih kerana saling mengingati.

Apa yang cool?

Cool dalam bahasa Inggeris, tapi dalam makna bahasa Melayu pasar adalah gempak. Gempak yang macam mana. Ramai anak muda sekarang sering dituduh tidak mempunya idealisma perjuangan. Kena tuduhan hanya tahu berseronok, tak nak ambil tahu hal isu semasa dan macam - macam lagilah.

Tapi ada tak orang ambil tahu yang kaki seronok, yang konon tak nak ambil tahu keadaan sekeliling inilah apabila ada demonstrasi besar merekalah yang berada barisan hadapan. Yang membaling semula kanister gas pemedih mata adalah mereka. Ada tak orang ambil tahu, semasa pilihanraya umum 2008, pengundi mudalah yang memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.

Anak muda sekarang adalah generasi baru. Bukan zaman 70an. Anak muda sekarang mengambil sikap tunggu dan lihat. Apabila sesuatu isu itu dilihat tidak adil kepada masyarakat dan perlu disuarakan dengan lebih keras, jangan risau. Kami akan membantah sekeras - kerasnya. Tidak perlu kata nista berbagai. Apabila semboyan lawan ditiup, datanglah 1000 FRU sekali pun kalau kami nak hadap, kami hadap!

Aku masih ingat lagi, semua orang risau melihat gelagat anak muda sebelum PRU 2008. Ada yang keluarkan kata - kata "Susah nak menang ni", "Nurul Izzah kalah", "Tak boleh menang, budak - budak muda tak ramai datang tolong kita". Tapi apabila keputusan diumumkan. Semua terbelalak biji mata. Sokongan padu dari anak muda benar - benar mengejutkan semua pihak. Siapa sangka dilihat tidak bermaya namun apabila disuruh membuat keputusan, semua orang terperanjat.

Mentaliti anak muda sekarang bukan boleh diukur semata - mata dengan penglibatan secara serius dalam perjuangan. Mentaliti anak muda bagi aku, adalah mentaliti yang sukar dibaca. Anak muda sekarang lebih berminat membaca dan menganalisa sesuatu perkara dengan lebih mendalam. Anak muda tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu isu tanpa usul periksa (khasnya yang atas pagar, yang dah memang hardcore PR atau BN takyah cakap la).

Aku ada masa tertanya - tanya, kenapa blog tukartiub cukup popular. Sudah menjadi satu blog yang cukup klasik. Kenapa blog PerakExpress sudah menjadi salah satu blog yang menarik perhatian ramai anak - anak muda. Sebabnya kedua - dua blog ini membicarakan sesuatu isu dengan penuh santai. Mudah difahami tambah - tambah kalau dalam blog PerakExpress Mat Saman Kati yang menjadi salah satu penulis didalam blog tersebut, tulisan beliau sering ditunggu - tunggu. Kenapa? Sebab tulisannya apabila mengulas sesuatu isu cukup mudah dan cerita - cerita pengalaman hidup beliau menyebabkan setiap penulisan beliau begitu dekat dengan anak muda. Begitu juga TukarTiub a/k/a Hishamuddin Rais. Penulisan beliau ketika mahu membalas isu - isu semasa teramat mudah. Bahasa yang gempak, cool, segar dan tidak terikut dengan rentak sesetengah blogger. Maka itulah menyebabkan blog TukarTiub paling popular dikalangan anak muda.

Ramai kawan - kawan aku menjadi pembaca setia blog TukarTiub dan mereka dahulunya menyokong BN telah mula mengalih sokongan kepada PR kerana PR dilihat buat masa sekarang membela rakyat. Sebab TukarTiub cool atau gempak. Semua isu dia jawap. Politik sampailah ke Beyonce (hahaha). Maka anak muda senang dengan dia. Apabila senang maka semua isu - isu yang diberi oleh BN dapat dibuang jauh - jauh oleh anak muda. Anak muda sekarang melihat siapa yang mampu memberi hujah dengan lebih baik. Tidak perlu sangat kata - kata retorik semata - mata.

Tanyalah kepada anak muda yang tinggal di bandar - bandar besar, apakah mereka hanya menerima bulat - bulat setiap isu yang dibangkitkan? Tidak...tidak sama sekali. Lihat sahaja kes blogger Kickdefella yang dipecat akibat dituduh penyalahgunaan kuasa. Ada sebahagian blogger yang dengan senang hati tanpa usul periksa memberi sokongan padu pada Kickdefella. Nah sekarang mereka yang menyokong Kickdefella terdiam kerana sudah melihat keghairahan blogger berkenaan menyerang TG Nik Aziz. Tidak salah mengkritik, tapi apabila jawatan sudah hilang, gaji sudah tiada maka serangan bertali - arus terhadap TG Nik Aziz dilancarkan. Ini serupa kes Ezam dan rakan - rakan. Tiada tempat di dalam PKR maka serangan terhadap Anwar Ibrahim dilancarkan. Semuanya sama.

Mentaliti anak muda sukar dibaca tapi senang untuk difahami. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan isu - isu sensasi semata - mata. Mereka menganalisa dengan cara yang paling mudah dan paling senang. Ketika isu kerajaan Perpaduan dibangkitkan, mereka masih diam dan meneliti setiap hujah yang diberikan oleh pihak yang menyokong dan menentang kerajaan perpaduan. Apabila dillihat hujah yang diberikan oleh pro kerajaan perpaduan begitu lemah maka cadangan kerajaan perpaduan ditentang habis - habisan. Maknanya apa? Anak muda sekarang tidak mudah meloncat. Jika ada isu yang mahu dibangkitkan, sila kemukakan hujah dengan baik dan penuh dengan fakta. Itu sahaja. Teramat mudah.

Bersambung........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.