Seperti mana yang pernah aku beritahu dahulu, tahun 2004 merupakan tahun sial buat rakyat Malaysia. Mana taknya, kami terpaksa mengundi si zalim BN. Kenapa kena mengundi BN? Kerana melihat perpecahan Barisan Alternatif waktu itu. Bayangkan ketika waktu penamaan calon untuk satu kawasan DUN di Taman Medan, kesepakatan untuk memberi laluan kepada calon KeADILan waktu itu telah dipersetujui. Namun pada saat - saat akhir datang calon PAS yang telah dibenarkan oleh Setiausaha Agong Pas waktu itu Ustaz NASHARUDDIN MAT ISA (agen kerajaan perpaduan). Kebenaran itu telah menyebabkan calon PAS ketika itu dibenarkan membawa logo partinya itu.
Ini semua terjadi selepas Allahyarham Ustaz Fadhil Noor meninggalkan dunia ini buat selama - lamanya. Maka sifat pembuli parti tua ini mula tercetus. Rakyat Malaysia khasnya golongan merasa jijik dan menyampah dengan sikap PAS, PKR dan DAP waktu itu. Semua gilakan kuasa. Cara terbaik untuk mengajar parti - parti pembangkang tak sedar diri ini adalah dengan cara mengundi pihak lawan agar ini dapat memberi satu tamparan hebat buat mereka.
Kemegahan PAS dengan 27 kerusinya senyap. PKR dengan satu kerusi sahaja. DAP dengan 10 kerusi. Kemenangan besar buat BN. Tapi gelisah rakyat Malaysia tidak lama. Ditakdirkan oleh Allah, DSAI dibebaskan. Pembebasan beliau disambut dengan penuh keriangan dan kegembiraan yang tiada taranya. Tangisan dan pelukkan dapat dilihat waktu itu. Harapan rakyat telah kembali. Namun masih ada suara - suara sumbang dapat parti pembangkang mengatakan, kita tak boleh terima peliwat jadi pemimpin kita. Parti mana? biarkan ianya menjadi sejarah. Orang itu pun dah tak pegang jawatan parti tersebut.
Aku masih ingat, aku bersama Black, Jonah, Cikgu Bad, Tian Chua dan ramai lagi turut serta dalam himpunan menghantar DSAI ke German untuk rawatan pinggangnya. Puluhan ribu rakyat menyertai pesta itu. Semangat rakyat yang selama ini tidur kerana kegagalan parti pembangkang bersatu telah mula bangkit. Suara rakyat yang selama ini rehat dan tidur mula mengaum sekuat - kuatnya. Slogan SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT mula berkumandang.
Cerita mengenai DSAI di Jerman amat ditunggu - tunggu. Tahap kesihatan beliau dinanti - nantikan. Tahap demi tahap ditunggu. Beberapa orang besar mula singgah untuk bertanya mengenai beliau. Selang beberapa bulan DSAI kembali ke Malaysia. Sekali lagi puluhan ribu rakyat berhimpun untuk menyambut harapan rakyat ini. Malangnya polis telah menyekat laluan masuk ke KLIA. Tapi kuasa rakyat hanya Allah saja mampu menghalangnya. Rempuhan terhadap polis bantuan berjaya dilaksanakan. Saat yang ditunggu - tunggu telah tiba. DSAI tiba dengan langkah yang cukup bertenaga. Beliau disambut lagi secara meriah di kediaman beliau. Puluhan ribu berhimpun. Dari Cameron Highlands, Penang (sudah pasti), dan lain - lain tempat.
Namun, semangat rakyat agak sedikit pudar apabila beliau tak nak berapa ada sangat dalam bumi Malaysia ini. Teguran dan kritikan terhadap beliau telah mula kedengaran. Namun teguran itu semua diam apabila awal tahun 2007, DSAI menyatakan bahawa beliau telah bersiap - sedia untuk meneruskan perjuangan rakyat di Malaysia. Pak Lah dan KJ dan juga konco - konco Yahudi Umno mula gelabah. Pelbagai gelaran yang diberi. Pengkhianat, penderhaka, penjahat dan macam biasa peliwat.
Peperangan pertama DSAI adalah di Ijok. Peperangan untuk menguji kekuatan partinya dan menguji kesepaduan rakan - rakan parti yang lain. Memang benar Ijok kita kalah. Tapi kalah kita dengan bermaruah. Mereka terpaksa menipu dan berkempen dengan menggunakan media perdana. Hari - hari mereka berkempen dengan menggunakan media perdana. Apabila kalah, DSAI sedar rakyat masih bersama perjuangan gerakan REFORMASI!! Maka strategi mula bersama parti - parti tua ini mula digerakkan untuk menyatupadukan mereka. Anak muda Malaysia menunggu dengan penuh sabar.
Memang ada segelintir umat tak gemarkan DSAI. Memang wujud. Tapi mereka tak boleh nafikan anak muda sememangnya bersama DSAI. PAS kalah teruk kerana kesinambungan perjuangan gerakan Reformasi tidak ada dalam tahun 2004. Reformasi merupakan nadi anak muda. Nadi anak muda merupakan penggerak kepada kejatuhan BN. Jika ada pimpinan PAS mahupun DAP merasa yakin anda akan berjaya tanpa bantuan generasi gerakan Reformasi anda gagal.....
bersambung...............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.