Sabtu, 22 Ogos 2009

Permatang Pasir : Simbol Penolakkan Pengkhianat Sebenar

Permatang Pasir sememangnya penting buat Malaysia. Kenapa ianya penting. Ianya penting kerana ianya menjadi simbol penolakan kepada mereka yang kononnya jaguh dalam membela orang Melayu.

Pengundi Permatang Pasir harus menolak mereka ini. Tanya diri sendiri, jika benar Umno pembela Melayu kenapa mereka gadaikan 30% saham BERNAS kepada tauke HONGKONG.

Tanya diri sendiri, jika benar Anwar Ibrahim pengkhianat Melayu siapa yang telah merampas kuasa raja - raja MELAYU pada tahun 1993.

Tanya diri sendiri, jika benar PAS sudah lupa matlamat asal kerana lembut dalam isu arak, siapa yang memerintah 52 tahun tapi tiada langsung tindakan mengharamkan arak. Siapa yang membina kilang arak Guiness Anchor Beer di Selangor? Siapa?

Tanya diri sendiri, siapa yang menjual pasir JOHOR kepada Singapura?

Sebenarnya banyak lagi isu yang boleh diutarakan. Tapi cukup sekadar ini, saya mahu pengundi Permatang Pasir sedar dan berfikir. Apa perlu kita memberi mandat kepada calon BN yang terkenal dengan skandal penipuannya yang berjumlah RM 161,000 dan hilang kelayakkan menjadi peguam.

Kita harus menolak calon sebegini. Jika dia pernah ada rekod menipu, PERCAYALAH anda semua pasti ditipu jika calon sebegini dipilih.

Anda semua perlu menolak mereka ini.

Merekalah pengkhianat Melayu yang sebenar. Merekalah yang menggadai ketuanan Melayu.

Bukan Anwar Ibrahim, bukan DAP, bukan PAKATAN RAKYAT.

Umno yang meruntuhkan maruah orang Melayu.

HUKUM Umno semahu - mahunya.

TOLAK UMNO ke LUBANG JAMBAN!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.