Ahad, 2 Ogos 2009

Himpunan Mansuhkan ISA : Dari Pengalaman Sendiri

Semalam satu sejarah moden telah tercetus. Puluhan - puluhan ribu rakyat telah berhimpun untuk menyatakan rasa protes mereka kepada akta yang jahat ini iaitu akta ISA. Saya antara di celah - celah puluhan ribu rakyat yang turut berhimpun di Sogo. Umum ketahui keganasan pihak polis di semua tempat yang sepatutnya kita berhimpun.

Saya mula bergerak keluar dari rumah tepat pada jam 8.30 pagi untuk memastikan tak terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas yang teruk yang dicipta oleh POLIS dan Najib. Aku sampai di Shah Alam tepat pada jam 9.30 pagi. Tetap lambat disebabkan sekatan jalan raya yang gila.

Aku mula menaiki LRT Kelana Jaya pada jam 11.50 pagi dan terus menghala ke stesen Pasar Seni. Rancangan asal turun di Masjid Jamek, tapi ada info kata jangan sebab si KELDAI tunggangan Najib buat spot check berbaris di pintu keluar stesen Masjid Jamek dan aku ambil keputusan untuk turun di Pasar Seni. Memang tenang saja. POLIS tak ada di kawasan tersebut terasa amat tenang.

Mula berjalan ke Sogo melalui jalan Masjid India, disitu telah kelihatan ada seorang dua orang gadis telah ditahan oleh polis kerana disyaki membawa banner, poskad untuk demo Anti-ISA. Kasihan pada mereka. Aku teruskan perjalanan lagi untuk ke Sogo. Sampai di sana aku terus berkumpul di depan KFC. Sementara menunggu jam 2 petang, POLIS yang muda ini cukup angkuh menghalau orang ramai supaya jangan berhimpun. Angkuh dengan naikkan suara. Menengking. Tapi mereka silap. Jika tahun 1998, kelibat polis sudah cukup menakutkan hati kita tapi sekarang tidak lagi. Buat tak reti je. Oh ya, lagi beberapa minit jam 2 petang pembantu khas Cikgu Bad ditahan bersama - sama 20 orang sahabat yang datang dari Rembau.

Tepat pada jam 2 petang, Cikgu Bad dan Jonah mula melaungkan reformasi dan slogan - slogan rakyat. Segera ribuan rakyat berlari dan berhimpun. Jika saudara - saudari dapat saksikan umpama tentera yang berlari untuk menyertai peperangan. Polis - polis muda yang perangai sombong dan berlagak nak mampus tu, mula kelam - kabut. Mula terdiam dan mula gelabah macam monyet. Ribuan rakyat mula bergerak ke Jalan TAR, segera dihalang oleh polis - polis ini. Sewaktu mereka menghalang, ribuan lagi para pejuang yang muncul dari arah Masjid India segera keluar ke Jalan TAR. Kemunculan mereka amat dinanti - nantikan kerana kemunculan mereka dapat merempuh benteng yang dibuat oleh polis. FRU mula mengganas dibelakang namun kami tetap juga mara dan akhirnya.....

Kami dapat bergabung...segera kehadiran kami mula bertambah...puluhan ribu rakyat telah berjaya dihimpunkan..


Kami mula bergerak ke Pertama Kompleks sekali lagi, tapi kali ini sebahagian dari kumpulan kami dalam lingkungan 5,000 orang telah mula bergerak ke Jalan Mahameru yang dipimpin oleh Cikgu Bad dan Fariz Musa. Kami berhimpun dan mendengar ucapan - ucapan dari pemimpin Pakatan dan presiden GMI. Di sini telah berlaku kesilapan, jika dinamakan perarakan ke mana - mana tempat, JANGAN SESEKALI membuat ucapan umpama ceramah perdana. Jika kita tersangkut dengan ceramah, confirm kita akan gagal untuk ke tempat yang dituju. Ya benar, sewaktu selesai ucapan Tian Chua kami mula bergerak ke jalan Raja Laut. Sebelum itu sewaktu kami mahu bergerak ke Pertama Kompleks FRU mengganas, saya sendiri turut dipijak oleh FRU, namun anak muda Malaysia SEKARANG sememang berani. Saya dirampas oleh mereka dan FRU yang memijak saya tentu tidak dapat tidur lena. Kerana apa?? Lu pikirlah sendiri. Polis muda yang kononnya hebat siap melutut di jalan meminta ampun kepada para pejuang muda ini, tapi tak dilayan. Apa yang mereka buat?? Lu pikirlah sendiri.

Ketika kami mula masuk ke jalan Raja Laut, kami terperangkap. FRU dengan satu pasukan yang cukup kuat telah bersedia menunggu kehadiran kami. Sewaktu itu, DSAI, Lim Kit Siang dan TG Hadi telah sampai. Semangat lagi bertambah berkobar - kobar. Sewaktu kami mengambil keputusan untuk patah balik dan untuk mara ke jalan Mahameru, water cannon dengan kelajuan penuh datang menyerang kami. Air kimia dihamburkan. DSAI hampir tumbang, TG Hadi jatuh, Lim Kit Siang buat pertama kalinya kena air kimia tersebut. Saya hampir pengsan kerana garam yang diberi tidak dapat menghilangkan air kimia tersebut. Saya dipimpin oleh abang yang berbaju oren untuk membasuh muka. Buat abang yang membantu saya dan membawa saya ke kedai makan di Pertama Kompleks, saya ucapkan terima kasih.

Saya hampir pengsan kerana air yang dilepaskan pada permulaannya umpama kita menyiram pokok. Tapi setelah sasaran mereka iaitu DSAI dapat dilihat...segera satu tembakan air yang cukup padu dilepaskan. Kebetulan saya berada di belakang DSAI dan saya memaling kebelakang, nahhh satu gelen air kimia aku telan kerana tembakan tersebut cukup padu kena di muka saya. Hasilnya, baju aku rosak!! Damn FRU!!

Dalam keadaan kelam kabut sempat lagi aku mengambil gambar. Suasana sewaktu air kimia dilepaskan...


Selepas selang beberapa saat, tentera rakyat mula berkumpul kembali, ketika itu amarah rakyat mula memuncak..Cabaran kepada pihak FRU dibuat agar buang semua senjata, mari berentap tangan kosong....Ahhh mereka ini penakut. Beberapa das tembakan gas pemedih mata dilepaskan. Waktu inilah saya melihat keberanian anak muda tonjolkan. Dengan tangan kosong mereka ambil kanister gas pemedih mata, mereka lemparkan kembali kepada polis. Mereka cukup berani. Saya tabik kepada mereka. Ada yang telah memakai sarung tangan, menunjukkan mereka benar - benar sudah bersiap - sedia. Anak muda tersebut!! Anda pejuang sebenar.


Ada yang berundur ke Sogo dan bertempur sekali lagi dengan polis. FRU datang dengan water cannonnya yang kedua. Lepaskannya sekali kepada para pejuang rakyat ini. Mereka memang gagah dan berani. Kemudian kesemua puluhan ribu rakyat ini, mula berkubu di pejabat PAS. Himpunan bakal ditamatkan di situ. Puluhan ribu rakyat bersemangat untuk mendengar kata - kata dari pimpinan mereka dan sudah tentu hero rakyat iaitu DSAI ucapannya dinantikan. Saya sempat bersama - sama mereka ini. Ya, semangat ketika itu cukup kental, andai kata pimpinan mengatakan teruskan lagi, sudah pasti himpunan itu akan bawa sampai kemalam. Saya cukup kagum dengan himpunan kali ini. Dah sudah terbukti, rakyat sudah tidak gentar dengan ancaman bodoh dari Najib dan FRU!! Jika dulu bolehlah..sekarang tidak!!

Waktu saya sedang duduk bersama - sama Cikgu Bad di tangga depan pintu masuk pejabat PAS, keadaan mula kecoh. FRU telah datang untuk menyuraikan kami semua. Walhal arahan telah dikeluarkan dan kami patuh. Segera Unit Amal dan pejuang rakyat menghalang semua kenderaan agar jalan sesak untuk menghalang kemaraan FRU. Akibat sudah tak tahan, FRU melepaskan gas pemedih mata. Akibat sudah lali, kami berjalan dengan perlahan - lahan masuk ke kedai Cyber Cafe. Selepas pedih mata yang tak seberapa itu, kami keluar sekali lagi ke jalan raya. Kali ini kami mencabar sekali lagi kepada FRU untuk mara ke arah kami. Yang seronoknya itu, nak pula FRU dengar cakap kami. Diarahnya sebuah water cannon meluru kearah kami hahaha dia ingat kami bodoh apa..segera kami berlari ke celah - celah lorong. Tapi kena juga sikit. Pedih juga.

Selepas keadaan tenang, tapi sebab tak puas hati datang sekali lagi KELDAI muda ini menghalau kami semua. Disebabkan jumlah kami sikit, terpaksa kami berundur. Namun bukan sebarang undur. Cikgu Bad pergi ke Campbell untuk melaksanakan tanggungjawabnya bertempur dengan polis sekali lagi. Saya, Jonah dan rakan - rakan lain bergerak berasingan. Sewaktu tiba di Maju Junction, tangkapan secara rambang dibuat oleh polis atau KELDAI muda ini. POLIS bantuan di Maju Junction pun sibuk siap keluar senapang. Kurang AJAR!!!

Selepas keadaan tenang, kami pun bersurai dengan tenang dan aman....

Sejarah hari ini telah tercipta...ANAK MUDA Malaysia sekarang sudah berani bertempur. Seni pertempuran juga semakin berubah. Benar cakap Black (aminiskandar.com)...Jika kekuatan cecah sahaja 20,000 orang, polis sudah pasti kelam kabut. Tahniah!!

Anak muda yang menyepak dan mebaling semula gas pemedih mata kepada FRU...Salute!!!

HIDUP RAKYAT!!

3 ulasan:

  1. memang tabik la kat korang..!! inilah tanda kesedaran anak muda...ini bukan golongan yang mudah dilalaikan dengan hiburan...

    BalasPadam
  2. salam..
    tabik!!berani btol ank2 muda skrg. n sy pun trasa cam nk jer ada kt tmpt tu, lwn polis2 yg pengecut tu.

    BalasPadam
  3. wasalam,
    ank muda sekarang dah mula berani macam zaman ayah - ayah kita dulu..

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.