Memaparkan catatan dengan label Mansuhkan ISA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mansuhkan ISA. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Mac 2010

Badut Buat Lawak Lagi

Kumpulan NGO pro-ISA akan melancarkan kempen balas terhadap Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang mahukan akta tersebut dimansuhkan dan bukan dipinda.

Menggelarkan kempen itu sebagai “GMI, sabar dulu”, Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang pro-ISA - akan memulakan kempen mereka Isnin ini, bersempena dengan permulaan sidang parlimen sesi baru.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini betul - betul buat lawak Lawak yang menyebabkan aku ketawa sampai keluar airmata.

Masih wujud lagi kumpulan ini. Ingat dah berkubur dah.

Tapi aku suka ada kumpulan macam itu sebab bila ada orang tak sokong kita nanti pasti akan ada perlawanan hujah. Aku yakin rakyat Malaysia sudah cerdik. Tak bodoh macam sesetengah orang Umno dan kumpulan - kumpulan PRO ISA ini.

Akhir kalam,
Buat mereka yang digelar pro ISA. Baguslah tak mahu turun padang lagi dah. Sebab kami yang anti ISA ini rasa geli tengok hangpa setakat turun 500 orang sahaja.

Kami?

Tak usah tanya la. Bila - bila masa sahaja ratusan ribu rakyat boleh turun ke jalanraya.

MANSUHKAN ISA!!!!

Selasa, 20 Oktober 2009

Oh Anak Muda, Bersedia Turun Ke Jalan Raya

Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana undang-undang itu masih relevan dan terpakai dalam suasana keselamatan dan ketenteraman awam semasa negara, kata Hishammuddin Hussein.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.
“Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

“Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

“Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

p/s kenyataan keras dari bekas Mufti Perlis, Dr.MAZA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oh anak muda Malaysia,
Bersedia turun ke jalanraya sekali lagi,

Perjuangan ini masih panjang

Mereka akan tetap mempertahankan akta ini kerana ini boleh memanjangkan lagi hayat politik mereka.

Kita harus perjuangkan pemansuhan akta zalim ini hinggalah kerajaan mendengar tuntutan kita dan memastikan ianya dimansuhkan sepenuhnya.

Kita sudah bosan mendengar "kerajaan akan mengkaji akta ini".

BOSAN

BOSAN

BOSAN

Anak muda Malaysia...bersedialah..jalanraya memanggil kita..bangun dan terus bangun!!!


Selasa, 15 September 2009

Tahniah Kak Laila dan Ratusan Ribu Pejuang Anti-ISA

Tahniah kak Laila kerana usaha selama 7 tahun membuahkan hasil.

Usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa.

Kesedihan yang kakak alami dan doa selama 7 tahun ini telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t



KEPADA RATUSAN RIBU PEJUANG ANTI - ISA...LIHATLAH...SUARA RAKYAT MAMPU MENAKUTKAN MEREKA..

SUARA RAKYAT YANG TIDAK TAKUT KEPADA SETIAP HENTAKAN COTA, GAS PEMEDIH MATA DAN PANCUTAN AIR KIMIA FRU..AKAN MEMBUAHKAN HASIL!!

MANSUHKAN ISA

Rabu, 12 Ogos 2009

Penghargaan Buat Pejuang Anti ISA



BANGKITLAH ANAK MUDA MALAYSIA!!

BANGKITLAH....

TERUSKAN PERJUANGAN KITA!!!!

JALANRAYA TERBENTANG LUAS..ITU MEDAN KITA!!

Jumaat, 7 Ogos 2009

Cakap - cakap gangster yang tadak OTAK

"Saya bukan racist. Buatlah di kawasan lain, buatlah di Petaling Street, kalau berani. Kenapa buat di Masjid India, kawasan Melayu ramai di situ."

sumber : Malaysiakini

buat kekanda dan ayahanda yang cakap tak pakai otak...Bangunan PAS tu kat dekat jalan mana? Kami diserang dengan air kimia dan dibantu balik oleh makcik yang berbangsa cina di jalan Chow Kit. Jalan Chow Kit tu banyak Melayu ke?? Korang je duduk dalam kelompok melayu lama. Wei 13 Mei dah lama la....korang je dok kecoh tarikh tu. SEbok dengan isu tu. Kami nak hidup aman dengan Cina, India, Iban, Kadazan dan lain - lain. Yang ramai ditahan orang Melayu la NGOK..Melayu Islam...wei PRO-ISA..korang paham tak...paling ramai kena tahan adalah bangsa Melayu Islam..!! atau korang ni memang BODOH!!

Buat anak muda, esok kalau ada orang yang datang lobi suruh korang masuk group gangster ni toksah layan. Bagi dorang Petaling Street sijil keberanian samseng jalanan. Cakap berdegar - degar.

Lain kali nak membohong pakailah otak sikit.

Dasar racist...dasar pembela umno Totok!!

cakap jela kami PRO UMNO!!! Takde nak pro ISA....


Biar Hishamuddin Si Lidah Kontot Tau!!

Buat semua pejuang rakyat..

Sila pergi ke http://www.ikdn.gov.my/ untuk mengundi mengenai keburukan ISA...

Biar dia tahu rakyat bencikan ISA..

Dia ingat Pro-ISA ni ramai sangat..ayuh mari mengundi


MANSUHKAN ISA!!!

Selasa, 4 Ogos 2009

Pro-ISA Macam Budak - budak 2

Hahahahahaha..apa - apa hak mari kita gelak dulu hahaha..

Aku letih dengan orang yang suka cabar - mencabar nie. Dulu cabar nak bertembung. Bukan main nak kumpul 70,000 (APASAL TAK 100,000 je kan senang). Ahli Silat Lincah berbagai. TAPI HABUK PUN TARAK. 70 orang ja mai tengok aksi hang hahahahaha..

Pastu dengki tengok rakyat sokong gerakan mansuhkan ISA. 50,000 orang datang berhimpun. hahahaha...Pastu ngadu kat SUHAKAM. Pastu ngadu kat POLIS.

PASTU CABAR DSAI BERDEBAT?? APA?? DEBAT?? hahahahahahahahaha...
Cermin muka dulu...dulu masa Pengerusi GMI ajak berdebat hang bukan main takut lagi...hahahaha..jangan buat lupa...

masuk blog nie..Norlaila (isteri Tahanan ISA yang masih belum dibebaskan)..bulan 5 dulu...bacala...

apa pun baca statement kat bawah nie..pastu pakat GELAK ramai - ramai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mohd Khairul Azam yang mendakwa dirinya ahli PAS kawasan Sungai Ramal, Kajang turut mencabar Anwar berdebat berhubung kewajaran penggunaan ISA.

Sumber : Malaysiakini

Isnin, 3 Ogos 2009

Pro-ISA Macam Budak - budak

"Ayah..tgk la Abu ayah..dia malukan saya..baik ayah marah dia"

"Mana Abu, ooo kau malukan anak ye...kau tahu anak aku tak mampu lawan kau yang kau malukan dia kenapa?"

Itu adalah dialog anak yang manja dan bacul. Anak yang manja dan bacul selalunya memang akan buat perangai macam itu. Tambah kena ayahnya sayangkan anak yang terlampau maka kehendak anak pun dibuat.

Macam itu jugaklah Pro-ISA. Tapi yang bestnya. Mula kata bela ISA..last - last jadi peniaga jamu, burger hahahaha....wei takde benda lain ke nak jaga. Tu duit kapal selam macam mana.

hahahahhah...HUHUHUHU....heheheheh..HOHOHOHOOH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh serta tiga pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran penganjuran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.

Selain Syed Ibrahim dan Anwar, mereka juga menggesa polis menahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang.


Gesaan itu dibuat oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keempat-empat individu itu patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu kelmarin.

"Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi.

"Polis kena jaga kami, bukan memberi muka kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam GMI. Tangkap mereka ini! (Ini) hak kami," kata Mohd Khairul Azam dalam sidang media di ibu negara petang ini.


Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Semalaysia (Pekida) Selangor, Zainal Hashim hadir sama.

Sumber : Malaysiakini

Pro-ISA Menipu Hahaha

KUALA LUMPUR: Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) sama sekali tidak menyerahkan memorandum mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Istana Negara sebagaimana didakwa oleh kumpulan pro-ISA kelmarin, kata polis semalam.

Sumber : Mstar

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kencing kuat la korang nie. Dahlah target tak sampai. Kata nak himpun 70,000 orang tak dapat. 70 orang je yang datang. Dah kantoi kat situ.

Sekarang nak tipu orang kata dah serahkan memorandum kat Istana. hahahahaa

Wei penipu Melayu. Dah dah la tu nak tipu orang pun oiii..Cukup la nak menipu orang Melayu. Orang Melayu dah cerdik. Hahahaha

Adoiyai...sedih aku tengok korang nie.

Silakan Untuk Soal Siasat Pemimpin PR..Kalau Nak Tumbang PRU 13

ALOR GAJAH, Aug 2 — The government is investigating the involvement of Pakatan Rakyat (PR) leaders in the 'Abolish the ISA Movement's illegal rally in Kuala Lumpur yesterday.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein said the investigation to determine whether opposition leaders masterminded the rally was ongoing.

Sumber : TheMalaysianInsider

Buat Hishamuddin Hussein, tolong siasat mereka dan PENJARAKAN sekali. Bagi aku itu yang terbaik. Kenapa terbaik? Lagi kerap kau buat macam itu lagi rendahlah sokongan yang kau bakal dapat.

Kau dah lupa ke BN dah hilang 2/3 majoriti. Jangan perasan kerana dapat merendahkan majoriti PR di Manek Urai. Ya, kau berjaya tapi kau kalah dalam peperangan. Berapa juta kau dah habiskan?

Kau tolong la tangkap dan siasat mereka. Tambah - tambah DSAI. Ingat...PERMATANG PASIR BAWAH PARLIMEN PERMATANG PAUH!!

Ingat tu!!

Ohh ya..bawa sekali KJ..dia datang mesti PR menang!!

Kesian PEWARIS..Dah Kalah Perang Ngadu Kat Mak Pulak!!

Kumpulan penyokong akta ISA akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung demonstrasi kumpulan anti-ISA kelmarin yang didakwanya "banyak menyusahkan rakyat".

Sumber : Malaysiakini

Kah kah kah kah kah......

Dah kalah perang ngadu kat mak...macam budak budak..

"Ayah...saya kalah main bola huaaaaaa"

"Sabarlah anak..dah tau kau tu tak kuat gatal mencabar apasal"

HAHAHAHAHAHAHHAHAHHAHAHHHA

Tulah..jangan perasan lain kali...budak - budak yang korang jemput tu pon dah goyang..nak berdepan dengan puluhan ribu rakyat mau tak takot.

Lain kali jangan cakap berdegar sangat

Ahad, 2 Ogos 2009

Bukti Keganasan POLIS!!


Kanister Gas Pemedih Mata Yang Dilepaskan Secara Tepat...

FRU JAHAT DAN ZALIM...ERA PEMERINTAHAN NAJIB YANG KEJAM SUDAH BERMULA...NAJIB...KAMI AKAN TERUS BERTEMPUR!!

Himpunan Mansuhkan ISA : Dari Pengalaman Sendiri

Semalam satu sejarah moden telah tercetus. Puluhan - puluhan ribu rakyat telah berhimpun untuk menyatakan rasa protes mereka kepada akta yang jahat ini iaitu akta ISA. Saya antara di celah - celah puluhan ribu rakyat yang turut berhimpun di Sogo. Umum ketahui keganasan pihak polis di semua tempat yang sepatutnya kita berhimpun.

Saya mula bergerak keluar dari rumah tepat pada jam 8.30 pagi untuk memastikan tak terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas yang teruk yang dicipta oleh POLIS dan Najib. Aku sampai di Shah Alam tepat pada jam 9.30 pagi. Tetap lambat disebabkan sekatan jalan raya yang gila.

Aku mula menaiki LRT Kelana Jaya pada jam 11.50 pagi dan terus menghala ke stesen Pasar Seni. Rancangan asal turun di Masjid Jamek, tapi ada info kata jangan sebab si KELDAI tunggangan Najib buat spot check berbaris di pintu keluar stesen Masjid Jamek dan aku ambil keputusan untuk turun di Pasar Seni. Memang tenang saja. POLIS tak ada di kawasan tersebut terasa amat tenang.

Mula berjalan ke Sogo melalui jalan Masjid India, disitu telah kelihatan ada seorang dua orang gadis telah ditahan oleh polis kerana disyaki membawa banner, poskad untuk demo Anti-ISA. Kasihan pada mereka. Aku teruskan perjalanan lagi untuk ke Sogo. Sampai di sana aku terus berkumpul di depan KFC. Sementara menunggu jam 2 petang, POLIS yang muda ini cukup angkuh menghalau orang ramai supaya jangan berhimpun. Angkuh dengan naikkan suara. Menengking. Tapi mereka silap. Jika tahun 1998, kelibat polis sudah cukup menakutkan hati kita tapi sekarang tidak lagi. Buat tak reti je. Oh ya, lagi beberapa minit jam 2 petang pembantu khas Cikgu Bad ditahan bersama - sama 20 orang sahabat yang datang dari Rembau.

Tepat pada jam 2 petang, Cikgu Bad dan Jonah mula melaungkan reformasi dan slogan - slogan rakyat. Segera ribuan rakyat berlari dan berhimpun. Jika saudara - saudari dapat saksikan umpama tentera yang berlari untuk menyertai peperangan. Polis - polis muda yang perangai sombong dan berlagak nak mampus tu, mula kelam - kabut. Mula terdiam dan mula gelabah macam monyet. Ribuan rakyat mula bergerak ke Jalan TAR, segera dihalang oleh polis - polis ini. Sewaktu mereka menghalang, ribuan lagi para pejuang yang muncul dari arah Masjid India segera keluar ke Jalan TAR. Kemunculan mereka amat dinanti - nantikan kerana kemunculan mereka dapat merempuh benteng yang dibuat oleh polis. FRU mula mengganas dibelakang namun kami tetap juga mara dan akhirnya.....

Kami dapat bergabung...segera kehadiran kami mula bertambah...puluhan ribu rakyat telah berjaya dihimpunkan..


Kami mula bergerak ke Pertama Kompleks sekali lagi, tapi kali ini sebahagian dari kumpulan kami dalam lingkungan 5,000 orang telah mula bergerak ke Jalan Mahameru yang dipimpin oleh Cikgu Bad dan Fariz Musa. Kami berhimpun dan mendengar ucapan - ucapan dari pemimpin Pakatan dan presiden GMI. Di sini telah berlaku kesilapan, jika dinamakan perarakan ke mana - mana tempat, JANGAN SESEKALI membuat ucapan umpama ceramah perdana. Jika kita tersangkut dengan ceramah, confirm kita akan gagal untuk ke tempat yang dituju. Ya benar, sewaktu selesai ucapan Tian Chua kami mula bergerak ke jalan Raja Laut. Sebelum itu sewaktu kami mahu bergerak ke Pertama Kompleks FRU mengganas, saya sendiri turut dipijak oleh FRU, namun anak muda Malaysia SEKARANG sememang berani. Saya dirampas oleh mereka dan FRU yang memijak saya tentu tidak dapat tidur lena. Kerana apa?? Lu pikirlah sendiri. Polis muda yang kononnya hebat siap melutut di jalan meminta ampun kepada para pejuang muda ini, tapi tak dilayan. Apa yang mereka buat?? Lu pikirlah sendiri.

Ketika kami mula masuk ke jalan Raja Laut, kami terperangkap. FRU dengan satu pasukan yang cukup kuat telah bersedia menunggu kehadiran kami. Sewaktu itu, DSAI, Lim Kit Siang dan TG Hadi telah sampai. Semangat lagi bertambah berkobar - kobar. Sewaktu kami mengambil keputusan untuk patah balik dan untuk mara ke jalan Mahameru, water cannon dengan kelajuan penuh datang menyerang kami. Air kimia dihamburkan. DSAI hampir tumbang, TG Hadi jatuh, Lim Kit Siang buat pertama kalinya kena air kimia tersebut. Saya hampir pengsan kerana garam yang diberi tidak dapat menghilangkan air kimia tersebut. Saya dipimpin oleh abang yang berbaju oren untuk membasuh muka. Buat abang yang membantu saya dan membawa saya ke kedai makan di Pertama Kompleks, saya ucapkan terima kasih.

Saya hampir pengsan kerana air yang dilepaskan pada permulaannya umpama kita menyiram pokok. Tapi setelah sasaran mereka iaitu DSAI dapat dilihat...segera satu tembakan air yang cukup padu dilepaskan. Kebetulan saya berada di belakang DSAI dan saya memaling kebelakang, nahhh satu gelen air kimia aku telan kerana tembakan tersebut cukup padu kena di muka saya. Hasilnya, baju aku rosak!! Damn FRU!!

Dalam keadaan kelam kabut sempat lagi aku mengambil gambar. Suasana sewaktu air kimia dilepaskan...


Selepas selang beberapa saat, tentera rakyat mula berkumpul kembali, ketika itu amarah rakyat mula memuncak..Cabaran kepada pihak FRU dibuat agar buang semua senjata, mari berentap tangan kosong....Ahhh mereka ini penakut. Beberapa das tembakan gas pemedih mata dilepaskan. Waktu inilah saya melihat keberanian anak muda tonjolkan. Dengan tangan kosong mereka ambil kanister gas pemedih mata, mereka lemparkan kembali kepada polis. Mereka cukup berani. Saya tabik kepada mereka. Ada yang telah memakai sarung tangan, menunjukkan mereka benar - benar sudah bersiap - sedia. Anak muda tersebut!! Anda pejuang sebenar.


Ada yang berundur ke Sogo dan bertempur sekali lagi dengan polis. FRU datang dengan water cannonnya yang kedua. Lepaskannya sekali kepada para pejuang rakyat ini. Mereka memang gagah dan berani. Kemudian kesemua puluhan ribu rakyat ini, mula berkubu di pejabat PAS. Himpunan bakal ditamatkan di situ. Puluhan ribu rakyat bersemangat untuk mendengar kata - kata dari pimpinan mereka dan sudah tentu hero rakyat iaitu DSAI ucapannya dinantikan. Saya sempat bersama - sama mereka ini. Ya, semangat ketika itu cukup kental, andai kata pimpinan mengatakan teruskan lagi, sudah pasti himpunan itu akan bawa sampai kemalam. Saya cukup kagum dengan himpunan kali ini. Dah sudah terbukti, rakyat sudah tidak gentar dengan ancaman bodoh dari Najib dan FRU!! Jika dulu bolehlah..sekarang tidak!!

Waktu saya sedang duduk bersama - sama Cikgu Bad di tangga depan pintu masuk pejabat PAS, keadaan mula kecoh. FRU telah datang untuk menyuraikan kami semua. Walhal arahan telah dikeluarkan dan kami patuh. Segera Unit Amal dan pejuang rakyat menghalang semua kenderaan agar jalan sesak untuk menghalang kemaraan FRU. Akibat sudah tak tahan, FRU melepaskan gas pemedih mata. Akibat sudah lali, kami berjalan dengan perlahan - lahan masuk ke kedai Cyber Cafe. Selepas pedih mata yang tak seberapa itu, kami keluar sekali lagi ke jalan raya. Kali ini kami mencabar sekali lagi kepada FRU untuk mara ke arah kami. Yang seronoknya itu, nak pula FRU dengar cakap kami. Diarahnya sebuah water cannon meluru kearah kami hahaha dia ingat kami bodoh apa..segera kami berlari ke celah - celah lorong. Tapi kena juga sikit. Pedih juga.

Selepas keadaan tenang, tapi sebab tak puas hati datang sekali lagi KELDAI muda ini menghalau kami semua. Disebabkan jumlah kami sikit, terpaksa kami berundur. Namun bukan sebarang undur. Cikgu Bad pergi ke Campbell untuk melaksanakan tanggungjawabnya bertempur dengan polis sekali lagi. Saya, Jonah dan rakan - rakan lain bergerak berasingan. Sewaktu tiba di Maju Junction, tangkapan secara rambang dibuat oleh polis atau KELDAI muda ini. POLIS bantuan di Maju Junction pun sibuk siap keluar senapang. Kurang AJAR!!!

Selepas keadaan tenang, kami pun bersurai dengan tenang dan aman....

Sejarah hari ini telah tercipta...ANAK MUDA Malaysia sekarang sudah berani bertempur. Seni pertempuran juga semakin berubah. Benar cakap Black (aminiskandar.com)...Jika kekuatan cecah sahaja 20,000 orang, polis sudah pasti kelam kabut. Tahniah!!

Anak muda yang menyepak dan mebaling semula gas pemedih mata kepada FRU...Salute!!!

HIDUP RAKYAT!!

Salute Buat Anak Muda Malaysia

Salute pada mereka...

Aku baru balik dari demo ANTI-ISA tadi..

Kenapa aku memberi tabik kepada mereka? Kerana benar - benar pembela rakyat.

Aku sudah berumur 25 tahun dan aku lahir generasi 1998. Tapi tahap keberanian dan seni berdemo mereka lebih tinggi dari aku. Ya benar aku turut bertempur dengan FRU.

Tapi kesenian mereka tidak ada tolok bandingnya.

Sewaktu aku berumur seperti mereka aku hanya berani menendang jauh - jauh Canister gas pemedih mata.

Tapi mereka...dengan tangan kosong mereka campakkan kembali kepada FRU. Mereka sudah bersedia dengan sarung tangan tebal untuk membalingkan kembali kepada FRU.



Wahhh....aku penat...tunggu ulasan lengkap dari aku nanti...TUNGGUUUUUUUU

Sabtu, 1 Ogos 2009

Hari Yang Ditunggu Telah Tiba..MARI BERHIMPUN!!




1/8/2009 Telah Tiba...

Mari Berhimpun...

Pastikan Ratusan Ribu Rakyat BerhimpunUntuk Menyatakan Bantahan Kepada Akta ISA

Saya pasti hadir!! Saya akan berada di Sogo...Jumpa anda di sana!!

Bagaimana anda semua??

HIDUP RAKYAT!!

MANSUHKAN ISA!!!!!!

Jumaat, 31 Julai 2009

Umpama Yahudi Lari Bertempiaran Bila Jumpa Tentera Rasulullah s.a.w

Umpama Yahudi bertempiaran lari apabila melihat tentera Rasulullah s.a.w di pintu masuk kota Khaibar.



Begitulah dengan mereka ini...



"Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) membatalkan tempat pertemuan penyokongnya di Masjid Negara tetapi mengekalkan dua lagi lokasi - di Padang Merbok dan di Pasar Seni.Timbalan Pengerusi 11 Pewaris, Rahimuddin Md Harun berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat terakhir malam tadi."



lepas itu



"Kita lebih memfokuskan kepada hendak menjaga keharmonian. Yang berkumpul di situ, sepatutnya budak-budak silat, boleh kalau nak bertembung, tetapi kesucian tempat ibadat itu lebih penting dipertahankan"



Sumber : Malaysiakini



Orang benar senantiasa digeruni oleh mereka yang jahat.



Bagilah pelbagai alasan macam mana sekali pun..mereka akur..kehadiran mereka tidak dapat menandingi puluhan ribu rakyat yang berhimpun di Masjid Negara...jika dikumpulkan ketiga - tiga lokasi ini..InsyaAllah..ratusan ribu akan berhimpun..



MANSUHKAN ISA!!

Khamis, 30 Julai 2009

Sedih Dan Pilu...Khas Buat PEWARIS dan PEKIDA..Bacalah

Jika mereka yang tersangat - sangat mahu membela ISA ini. Renungkanlah, ramai anak - anak tahanan tidak dapat berjumpa dengan ayah mereka. Bertahun lamanya.

Sudahlah ditahan namun pendakwaan masih tiada.

Bacalah kepada ahli PEKIDA, PEWARIS dan PERKASA..bayangkan jika ini berlaku kepada saudara mara kamu atau diri kamu sekelian..

Harakahdaily telah mengeluarkan komen daripada salah seorang anak tahanan ISA....

Buka minda dan hati anda untuk membacanya....

Ya Harakah lidah rasmi PAS...tapi kepada siapa lagi mereka mahu mengadu??

MANSUHKAN ISA!!!

Dah Tau Perhimpunan Haram..Yang Korang Nak Buat Juga Apa Hal!!!

"Perhimpunan haram seperti ini hanya akan menyusahkan rakyat dan bantahan beribu orang adalah hanya suara minoriti sahaja berbanding dengan majoriti rakyat yang muak dengan demonstrasi dan perjuangan yang tidak berasas serta tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia," tegas kanyataan bersama itu.

baca seterusnya : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nampak tak kebebalan puak - puak pembela ISA ni...dah nampak benda ni perhimpunan haram yang korang nak buat juga apahal...kata suruh patuh undang - undang. Ni hangpa pun tak patuh..

Cakap macam ulaq (ular)...aku dah kata..depa ni bela ISA untuk Umno bukan untuk MELAYU..tak percaya..dari dulu lagi depa hina Melayu..nah buktinya!!




Membohong ja kerja depa!!

Jangan jadi bodoh boleh tak??

Satu Suara Satu Matlamat...MANSUHKAN ISA!!




Kenangan BERSIH 2007..mampukah kita ulanginya?? Ya kita mampu





BANGKITLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA

REFORMASI!!

MANSUHKAN ISA!!!!

Tinggal 2 hari Sahaja Lagi, Debaran Semakin Memuncak

Tinggal 2 hari sahaja lagi, perhimpunan raksasa Rakyat Menentang ISA semakin hampir. Saya sebagai individu yang bakal turut serta dalam perhimpunan tersebut berasa teramat teruja untuk menyertai perhimpunan. Anak muda tanpa pemberontakan dan penentangan adalah anak muda yang skema habis.

Membayangkan ratusan ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara. Gelombang merah dan hitam berarak umpama TSUNAMI. Amarah rakyat terhadap akta zalim dari suduh kemanusiaan dan agama. Laungan demi laungan akan dilaungkan.

JANGAN PEDULI sama PEWARIS dan PEKIDA, mereka lupa dalam ISA insan yang paling ramai ditahan di bawah akta ini adalah MELAYU...MELAYU...kalau ada ahli PEKIDA baca blog ini. Tolong sedarkan diri...MELAYU yang paling ramai kena tahan.

Pastikan kita berada di dalam sejarah moden ini. BERSIH kita berjaya. PPSMI kita berjaya. Sekarang akta kejam ini menunggu kejayaan kita untuk memprotesnya.

HIDUP RAKYAT!!
MANSUHKAN ISA!!