Dahulu Khairy sekarang Rosmah. Apa kena - mengena watak ini dalam politik Malaysia. Apa yang mereka telah lakukan sehingga wujud persamaan antara mereka berdua ini. Seorang lelaki seorang wanita. Seorang menantu bekas perdana menteri seorang lagi isteri perdana menteri.
Dahulu Khairy ketika baru muncul dalam alam politik Malaysia setelah mendapat sijil nikahnya amat angkuh. Semua orang dilanggarnya. Habis orang lama dalam Umno dipijaknya. Khairy mengangkat dirinya menjadi manusia paling agong dalam Malaysia. Berita dalam media eletronik dan cetak dipaksa menyiarkan apa sahaja aktiviti yang dilakukannya. Dari isu kemanusiaan hinggalah hebatnya Khairy menyerang seteru parti politiknya.
Khairy mula dibenci setelah dia mula menunjukkan kurang ajarnya di Pilihanraya Kecil Ijok. Dia dibenci kerana menggerakkan ratusan kumpulan gangster yang berlesen untuk membuat aksi ganas terhadap penyokong PAS dan keADILan. Masih segar dalam ingatan ada seorang penyokong PAS berusia awal 40an dibelasah hingga berdarah kepala penyokong PAS tersebut di Ijok. Akibat peristiwa itu rakyat Malaysia mula membuka mata. Inikah orang yang patut disokong menjadi pemimpin kita nanti. Hasilnya, BN hampir lingkup pada pilihanraya Mac 2008.
Sekarang Khairy mula menerima bahangnya. Apabila bapa mertuanya sudah tiada sebagai pemimpin nombor satu Malaysia. Dia mula terasa bahang apabila kata - katanya sudah tidak laku. Hasil kajian yang langsung tak memberi makna kepada Najib dan BN. Mereka yang dahulu menjilat bontotnya sudah mula menghilangkan diri. Mereka dahulu bersungguh membela Khairy akhirnya hilang. Khairy mula berseorangan dalam apa jua isu. Inilah bahananya apabila terlalu menonjol dalam semua bidang. Khairy dilihat ada masanya berlagak seolah - olah dialah pemimpin nombor satu negara.
Itu cerita tahun 2004 hinggalah 2008. Cerita disaat BN memperolehi undi popular yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia dan juga undi paling teruk juga dalam sejarah Malaysia. Cerita tahun 2009 mula menunjukkan simptom yang sama. Watak baru mula muncul. Namun watak ini rakyat mula menyedarinya ketika suaminya masih belum menjadi Perdana Menteri. Watak yang mula menyibukkan diri dalam apa jua urusan suaminya. Menyibuk hingga menimbulkan bibit - bibit kebencian rakyat terhadap dirinya. Siapa dia? Rosmah Binti Mansur.
Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, isteri Perdana Menteri mengaku dirinya Wanita Pertama atau First Lady. Dari isteri Tunku Abdul Rahman hingga ke Pak Lah. Hatta Dr. Mahathir pun isterinya tidak pernah mengaku dirinya sebagai Wanita Pertama. Mereka semua tahu, Wanita Pertama adalah pemaisuri Yang Dipertuan Agong. Semua orang faham. Walaupun pemimpin paling zalim iaitu Mahathir sekali pun tidak pernah membiarkan isterinya menjadi Wanita Pertama. Tapi Rosmah, begitu angkuh sekali mengangkat dirinya menjadi Wanita Pertama.
Ketika Permaisuri Agong masih hidup dan ada, Rosmah telah melanggar protokol yang sekian lama diamalkan dalam negara kita ini. Rosmah gila kepada populariti. Bagi dirinya, dia mahu wajahnya sentiasa keluar di dada akhbar dan di dalam media eletronik. Selagi mana dirinya masih beristerikan kepada Najib, wajib bagi diri Rosmah untuk mempopularkan diri sendiri. Tidak pernah dalam sejarah politik Malaysia dan tamadun negara ini, isteri Perdana Menteri menyibuk dalam ucapan hari kebesaran sebagai contoh Hari Raya. Namun Rosmah telah memecah tradisi ini. Selain daripada menyibuk disebelah Najib, dia juga turut menyampaikan ucapan. Oh Rosmah, aku jijik melihat kelakuan mu.
Terbaru Rosmah sekali lagi mengangkat dirinya menjadi Wanita Pertama. Tanpa segan - silu menolak tepi peranan Wanita Pertama sebenar negara ini. Malaysia makin lama makin merapu perjalanannya. Bayangkan perkara sekecil ini Rosmah boleh melanggarnya. Bukannya tiada dalam perlembagaan mengenai siapakah Wanita Pertama ini. Tapi demi dunia popular Rosmah sanggup merendahkan kedudukan orang lain. Tapi apa yang perlu dihairankan kalau anak perempuan sendiri sanggup dicederakan agar rakyat Malaysia menganggap Rosmah masih dara ketika mengahwini Najib.
Perkara yang sama sedang berulang kembali. Ada suara - suara kecil mengatakan, tanah KTM diserahkan kepada Singapura kerana campur tangan Rosmah. Sama saja ketika Khairy tengah popular satu ketika dahulu. Menjual tanah negara kepada orang asing di hujung Johor atas nama pembangunan.
BN musnah kerana campur tangan ahli keluarga yang melampau. Contoh terdekat Khairy. Nah sekarang Rosmah pula yang cuba menghancurkan BN sekali lagi. Pakatan Rakyat selain daripada terus - menerus menyerang dasar - dasar yang merugikan rakyat, mereka juga mendapat isu yang kecil tapi menyengat iaitu penglibatan secara langsung Rosmah dalam dasar menghancurkan negara. Oh ya, Najib sama sahaja dengan Pak Lah.
JDM Power Roams The Streets Of Manila
23 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.