Bulan September bulan gerakan REFORMASI dilancarkan. Pada tahun 1998, puluhan, ratusan, ribuan, ratusan ribu dan berjuta anak muda telah bangun menyokong gerakan REFORMASI. Agenda perubahan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim (selepas pemecatan beliau dari Umno oleh Mahathir) segera disambut oleh anak muda pada waktu itu. Dengan semangat berkobar - kobar laungan keramat RE-FOR-MA-SI dilaungkan serata pelusuk negeri.
Sahutan atau laungan ini akhirnya telah membawa kepada perhimpunan raksasa dan terbesar dalam sejarah moden Malaysia apabila ratusan ribu rakyat telah berhimpun di Masjid Negara dan berarak ke Dataran Merdeka pada 20 September 1998. Siapa sahaja yang pernah terlibat atau terbabit dengan peristiwa itu akan terasa kenikmatan dan kemanisan perhimpunan tersebut. Kita seolah - olah mahu kembali ke zaman itu bukan kerana nostalgia semata - mata, tetapi kita mahu menunjukkan pada saat itulah gerakan reformasi bermula dengan aksi penentangan kepada rejim Zionis Umno yang berterusan hingga ke saat ini.
Tidak salah untuk aku sebagai anak muda (pada waktu itu hanya berusia 15 tahun) untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada kekanda - kekanda pejuang reformasi yang telah berusaha gigih untuk memastikan gerakan ini berjaya. Dari Hishamuddin Rais hingga ke Allahyarham Tan, semuanya berjasa kepada gerakan Reformasi ini. Hari ini benih - benih yang ditanam telah mula sedikit menampakkan hasil. Walaupun masih belum ketara dan berjaya sepenuhnya tapi kalian semua berjaya menimbulkan kesedaran kepada rakyat. Kalian semua berjaya membuka mata rakyat betapa pentingnya REFORMASI untuk negara tercinta kita ini.
Universiti Bangsar Utama, tempat dimana ratusan anak muda menimba ilmu bagaimana mahu penjadi pejuang sebenar. Apakah pejuang yang hanya tahu bercakap tapi tiada perlaksanaan atau pejuang yang cakap tapi apabila tiba masanya untuk berjuang hingga menumpahkan darah dan air mata maka pejuang seperti ini akan berada di barisan hadapan. Universiti Bangsar Utama (UBU) sudah menjadi satu nama besar dalam gerakan reformasi. Ramai dari mereka telah berjaya dalam semua sektor yang melibatkan perjuangan. Dari sektor kilang hinggalah ke Kesatuan Buruh dan parti politik. Semuanya hanya mempunyai matlamat yang satu, agar segala kepincangan dalam negara ini berjaya diubah. Tanyalah kepada Nurul Izzah Binti Anwar, betapa besarnya sumbangan UBU kepada gerakan reformasi dalam negara ini. Tanyalah Tian Chua, pengorbanan apa yang telah dilakukan oleh UBU. UBU pernah kehilangan seorang akitivisnya selama 60 hari angkara akta kejam ISA. Pejabat UBU di Bangsar Utama pernah digeladah oleh Special Branch. Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh UBU ketika itu. UBU lahir dari perjuangan menuntut reformasi di jalanraya, maka selagi tidak berjaya laungan reformasi akan tetap dilaungkan di jalanraya kerana jalanraya adalah tempat bermulanya sesuatu kerajaan zalim itu tumbang. Kepada aktivis - aktivis UBU contohnya Amin Iskandar, Jonah, Rafzan (Rafzan antara mahasiswa yang dibuang universiti kerana menyokong ISA dimansuhkan), Khairil, Ayien (Tok Ampoo), Rahmat, dan ramai lagi. Aku ucapkan terima kasih kerana perjuangan kalian dan pengorbanan kalian membawa kepada hilangnya kuasa 2/3 majoriti rejim Zionis Umno.
Aku juga tidak akan melupakan pejuang - pejuang reformasi yang nama mereka tidak direkodkan. Kalian semua adalah pejuang sejati kerana tidak mengejar nama dan pangkat. Kalian semua hanya mahu memastikan kerajaan zalim ini dapat ditumbangkan. Darah yang meleleh dari kepala kalian akibat hentakan cota oleh FRU dengan izin Tuhan pasti akan membuahkan hasil. Perit - jerih kalian semua ketika menuntut reformasi dilaksanakan selama 12 tahun ini pasti akan dibalas dengan balasan yang lebih baik. Lihatlah hasil perjuangan kalian, dengan hilang kuasa 2/3 majoriti rejim Zionis Umno mereka terpaksa berlembut dengan rakyat. Bila kerajaan Pulau Pinang bagi RM400 kepada pekerja kerajaan, Najib (ketua baru Rejim Zionis Umno) juga terpaksa memberikan RM500.00 kepada pekerja kerajaan agar tidak dilihat sebagus Lim Guan Eng. Perjuangan gerakan reformasi sebenarnya untuk rakyat. Bukannya untuk Anwar Ibrahim semata, kerana jika kita terus mendesak dan mendesak, rejim Zionis Umno akan terpaksa tunduk juga kepada kita. Rakyat adalah raja kepada mereka. Walaupun mereka masih degil dan bodoh sombong dengan menaikkan harga barang, tapi percayalah jika kita terus berjuang mereka bukan sahaja terpaksa akur dengan kehendak rakyat malah kemungkinan mereka juga akan kehilangan kuasa.
Reformasi tidak akan berjaya jika kita hanya mengharapkan pilihanraya. Pilihanraya jika dapat mengubah kerajaan, sudah pasti ianya akan diharamkan. Pilihanraya hanyalah salah satu kaedah atau cara atau juga jalan untuk kita meranapkan kesombongan rejim Zionis Umno. Jangan harap rejim Zionis ini dapat ditumbangkan jika kita hanya mahu menumbangkan mereka melalui pilihanraya. Ingat, Umno pernah mendaruratkan negara pada tahun 1969 dengan rusuhan kaum ciptaan mereka. Tidak mustahil andaikata Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya benda sama juga mereka akan lakukan. Reformasi yang bermula di jalanraya harus diakhiri di jalanraya juga. Laungan keramat, aksi penentangan terhadap kekejaman polis adalah perjuangan reformasi yang sebenar.
Aku sekali lagi mahu mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada pejuang reformasi kerana kalian semualah yang telah membuka mata aku untuk turut serta berjuang. Apabila melihat kesungguhan yang ditunjukkan aku terpanggil untuk turut serta. Dengan pengorbanan harta dan nyawa tiada tolok bandingnya, aku juga terpanggil untuk menjadi seperti kalian semua. Perjuangan ini akan kita teruskan hingga apa yang kita inginkan iaitu rejim Zionis Umno tumbang. Terima kasih moga jasa kalian akan dibalas oleh Tuhan dengan sebaik - baik balasan.
RE-FOR-MA-SI!!!!!
dan perjuangan ini berterusan
Always Meet Your Hero Car: My Day With The Need for Speed BMW M3 GTR
12 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.