Setelah berlaku tsunami besar - besaran yang mengakibatkan Umno dan Barisan Nasional kehilangan 2/3 majoriti, kehilangan Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan gagal merampas Kelantan, Umno kelihatan semakin bengong dalam setiap gerak - kerja yang mereka rancang. Mereka akan membangkang atas apa juga isu yang pada akhirnya menampak kebodohan mereka.
Masih segar dalam ingatan ketika kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma kepada rakyat negeri tersebut, Khir Toyo (si peroboh kampung Melayu) membantah idea tersebut. Mereka sanggup menentang sesuatu perkara walaupun perkara tersebut menyenangkan hati rakyat sedikit. Sudah pasti rakyat akan merasa senang hati dengan pemberian air percuma. Umno khuatir dengan pemberian tersebut menyebabkan rakyat negeri Selangor akan terus - menerus menyokong Pakatan Rakyat. Umno sedar mereka tidak mampu buat seperti mana kerajaan Pakatan Rakyat buat. Tugas Umno untuk memerintah hanyalah untuk mengkayakan kroni hatta pemandu Khir Toyo mempunyai pemandu sendiri.
Apabila kerajaan Pakatan Rakyat memberikan duit bantuan kepada warga emas di Pulau Pinang, puak - puak Umno mengamuk sakan. Kenapa mereka harus mengamuk sakan? Kenapa mereka membantah pemberian mulia seperti ini? Kerana mereka tidak mahu rakyat tahu selama ini kerajaan negeri mempunyai duit yang banyak namun malangnya tidak pernah sampai ke tangan rakyat. Mereka tidak mahu dicop sebagai pemimpin yang menipu. Mutakhir ini heboh pemimpin Umno mengatakan wang ehsan kepada warga emas sumbernya dari duit judi. Umno lupa bahawa sumber pendapatan negara juga datang dari Genting Highlands, Berjaya Group, Guiness Stout, Anchor Beer. Kenapa ini tidak ditentang habis - habisan jika benar - benar mahu membela kesucian duit ini. Munafik sungguh pemimpin Umno dan penyokong Umno.
Semakin lama mereka menyerang semakin nampak kebodohan Umno. Jangan terkejut jika ditakdirkan Umno menang sekali pada PRU 13, menteri - menteri yang berbangsa Cina akan ditarik kerana hanya mahu menghukum bangsa Cina yang tidak mahu menyokong BN lagi. Umno terus terdesak. Mereka akan menjadi orang gila kerana mereka sudah tidak tahu dimana lagi patut menyerang kerajaan Pakatan Rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat cuba memberikan yang terbaik buat rakyat. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mementingkan bangunan besar sebalik pembangunan rohani iaitu rakyat merasa selesa, aman, dan macam - macam lagi. Umno tersilap besar jika mahu merasuah rakyat dengan janji - janji palsu pembangunan. Kami tidak mahu pembangunan besar, bangunan tinggi - tinggi, yang kami mahukan harga barang rendah dan hidup kami tenang dan aman. Bukannya seperti sekarang, akibat harga barang naik mendadak maka kadar jenayah melambung naik.
Tugas kita rakyat, jika benar - benar mahu melihat Malaysia yang lebih elok dan indah, jangan berhenti menyerang puak - puak penipu ini. Jangan sesekali mempercayai cerita dusta mereka ini. Umno dalam keadaan mabuk. Bak kata sedutan filem Ahmad Albab, "Macam Yahudi mabuk!" Itulah Umno sekarang. Mereka mabuk dan muntah - muntah akibat daripada terkejut kehilangan kuasa. Mereka demam terkejut kerana tidak mempercayai kuasa mereka semakin menipis.
Buat rakyat Malaysia, ayuh bangkit dan terus bangkit.
Always Meet Your Hero Car: My Day With The Need for Speed BMW M3 GTR
12 jam yang lalu
Ayuh! bangkity segera dan hapuskan hegemoni UMNO dalam politik tanahair! hapuskan UMNO/Bn nescaya hidup kita aman dan temteram. Wang kita bertimbun-timbun untuk diagih2kan kepada anak2 kita yang hendak belajar, kepada fakir miskin yang makan bercatu, duit kita berlambak!
BalasPadamTetapi dipoketkan UMNO dan kuncu-kuncu mereka untuk kehidupan mewah persis raja-raja. tak percaya? tengok mahligai khir Toyo, tengok istana najib dan semua kaum kerabat UMNO samada di desa atau di kota. Mereka sama belaka, penjarah!