Rabu, 3 Februari 2010

Anwar Ibrahim Simbol Kebangkitan Rakyat

Suka atau tidak sememangnya insan yang bernama Anwar Ibrahim merupakan simbol kebangkitan rakyat. Kita harus bersyukur kehadrat Allah kerana mencetuskan isu besar pada tahun 1998 yang menyebabkan gelombang kebangkitan rakyat besar - besaran yang berterusan hingga ke hari ini.

Sekarang isu yang sama telah dicetuskan. Jutaan rakyat Malaysia sedang menantikan kesilapan yang akan dilakukan oleh Saiful dan para pemfitnah tidak takut pada Allah. Semalam kita dapat menyaksikan bagaimana ribuan manusia datang membanjiri mahkamah. Semua pimpinan tertinggi parti politik datang menunjukkan sokongan menyertai perhimpunan membantah fitnah bangsat kedua ini. Perpaduan segera mula dibentuk pada saat keretakan yang dicetuskan oleh anasir - anasir Umno yang gilakan kuasa.

Kebangkitan rakyat atas isu fitnah ini telah menyebabkan secara tidak langsung semangat yang selama agak sudah lena atau tidur secara tiba - tiba bangun dan bangkit. Amarah rakyat yang sudah agak lama tidur telah bangun dan bersedia untuk berjuang semahu - mahunya. Anwar Ibrahim sudah menjadi ikon jatuh bangunnya perjuangan rakyat. Jika Anwar Ibrahim lesu maka lesunya gerakan rakyat. Ini bukan soal mahu membodek inilah hakikat sebenarnya. Umno nampak perkara ini maka untuk melumpuhkan terus sama sekali Pakatan Rakyat yang sedikit sebanyak menyuarakan hak rakyat, maka Anwar Ibrahim harus dihapuskan. Takkan kita yang diberi hidayah untuk menentang Umno tidak nampak?

Anak muda hari ini harus mengambil peluang atas peristiwa ini. Jadikan ianya sejarah dalam hidup kita. Sekurang - kurangnya apabila kita sudah tua, sejarah ini akan menjadi kenangan kita hingga akhir hayat kita. Gerakan Reformasi adalah nadi rakyat. Lagi keras suara kita maka lagi cepatlah kerajaan mahazalim ini tumbang. Jika gerakan reformasi lesu lambat lagilah kerajaan Zionis ini tumbang.

Sekarang ribuan rakyat sudah dan telah berada di mahkamah. Kita patut turut serta dalam sejarah yang tidak ternilai harganya. Pastikan sejarah yang pernah tertulis ratusan ribu rakyat berhimpun menentang Mahathir diulang kembali. Pastikan ianya lebih hebat. Ini bukan soal Anwar Ibrahim. Ini soal bagaimana mahkamah telah dipermainkan. Bayangkan jika ini terjadi pada anak - anak saudara. Dituduh merompak dan dipenjarakan walaupun tidak melakukannya. Walaupun bukti tidak ada. Namun mahkamah milik mereka berkuasa maka anak kita terkorban.

Bangkitlah anak muda...
Bangkitlah rakyat Malaysia..

Malaysia perlu diselamatkan!!

BANGUN!! BANGUN!! KITA LAWAN!!

REFORMASI!!

5 ulasan:

  1. kalau mahkamah kanggaru ulang balik kputusan macam 1998, jom kita ramai2 turun kl wat demo... hanya demo jalanan ja yang blh wat puak2 umno ni reti apa makna keadilan dan demokrasi...

    BalasPadam
  2. WAJIB bangun!!
    Bangun dan bangun terus kita lawan...

    BalasPadam
  3. lari topik sikit.

    harapan aku adalah untuk kita kekal konsisten. jgn tunggu isu je baru nak mengamuk.

    aku lihat banyak puak kita yang tutup sebelah mata je doktrin zionis bertopengkan nama 1malaysia.

    banyak pula yang menentang pro-PR secara membuta tuli.

    banyak yang nak dingomelkan. isu perang zulkifli noordin vs. khalid samad. Adukataruna. Nik Aziz disalibkan. kepala babi dijadikan mainan bola baling.

    kita perlukan suara yang konsisten atau apa yang kita dapat hanyalah penyokong atas pagar yang tidak mengenal erti sebenar makna perjuangan.

    golongan ini hanya perlu dihamburkan sedikit dengan wang ringgit, pasti berpalinglah mereka memamah habuan2 rasuah politik itu.

    BalasPadam
  4. bagi aku,
    harapan bila isu anwar ini timbul segala keresahan yang berlaku dapat dihapuskan sama sekali.

    Keretakan yang dicipta oleh anasir - anasir Umno akan terpadam sama sekali.

    Maka perpaduan yang kukuh akan terbentuk kembali.

    Isu penting untuk menggerakkan rakyat.

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.