Memaparkan catatan dengan label Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rakyat. Papar semua catatan

Selasa, 21 Jun 2011

BERSIHkan Malaysia (2)

Saban hari kita mendengar ugutan – ugutan yang melampau daripada PERKASA (pertumbuhan gemuk – gemuk melantak). Ugutan untuk menggagalkan perhimpunan rakyat. Ugutan untuk memastikan jumlah ratusan ribu yang bakal hadir pada 9/7/2011 akan gagal. Apa jawapan kita? TIDAK

PERKASA sudah menjadi perkakas atau balaci yang paling tidak bermaruah kepada Umno dan Barisan Nasional. Pemimpin mereka ketika dahulu tiada kuasa sanggup menjual muka bertandang di rumah Anwar Ibrahim dan rumah Tuan Guru Nik Aziz. Semuanya hanya semata mahu mendapatkan kerusi parlimen di Pasir Mas. Apabila sudah dapat terus dia meninggalkan kita. Kesian ahli PERKASA berketuakan penipu dan tiada punya maruah. Maruah Ibrahim Ali hanyalah bernilai kerusi parlimen yang berusia 4-5 tahun sahaja. Kasihan kan?

Kita rakyat Malaysia tidak begitu. Kita punya maruah yang cukup bernilai harganya. Kita tidak perlu menjadi barua untuk menjadi insan mulia disisi masyarakat. Sebagai muslim cukup mendapat pengiktirafan daripada Allah. Jiwa kita BERSIH. Hati kita BERSIH. Perjuangan kita BERSIH.

Ugutan yang Perkasa lakukan tidak mampu melemahkan semangat kita. Perhimpunan kita hanya satu, MENUNTUT Pilihanraya yang adil dan bebas dari unsur – unsur membeli undi. Kenapa Perkasa takut? Perkasa yang berketuakan pemimpin yang tidak punya maruah takut kalah pilihanraya yang akan datang. Ibrahim Ali mengharapkan agar penglibatan penuh dia dengan usaha mengugut rakyat ini segala jentera kerajaan dan tipu daya syaitan akan bersama dan bakal menolong dia bagi menghadapi kemarahan rakyat pada pilihanraya yang akan datang.

Kita rakyat Malaysia harus jangan gusar dengan ugutan picisan ini. Ugutan bacul yang takut kalah pilihanraya kelak. Seruan buat anak muda Malaysia, bangunlah dan bangkitlah. Malaysia memerlukan anda semua! Bangunlah Harimau Malaysia! Jangan bersembunyi lagi!

HIDUP RAKYAT!!

Jumaat, 11 Februari 2011

Menanti Laungan Rakyat

Cemburu aku kepada rakyat Tunisia. Cemburu aku kepada rakyat Mesir. Cemburu aku pada rakyat Yaman. Cemburu aku pada rakyat Jordan. Cemburu aku pada rakyat Algeria. Cemburu kerana mereka berani menyuarakan pendapat mereka. Mereka tanpa segan - silu menuntut hak mereka kepada penguasa yang lama berkuasa dan zalim.

Aku cemburu kerana laungan rakyat yang suatu ketika dahulu di Malaysia amat ditakuti. Aku cemburu kerana suara rakyat sudah kurang kedengaran. Kali terakhir aku mendengarnya ketika menyokong kerajaan negeri Selangor mempertahankan air percuma kepada rakyatnya. Bilakah agaknya suara rakyat akan berkumandang sekali lagi.

Ketika artikel ini sedang ditulis jutaan rakyat Mesir sedang bergembira menyambut kemenangan menggulingkan pemimpin yang menjadi pencacai Israel. Pembunuh rakyat Palestin. Mereka sedang berpelukan dan menangis kegembiraan kerana telah berjaya menggulingkan pemimpin yang zalim, jahat dan kejam ini iaitu Hosni Mubarak. Aku cemburukan rakyat Mesir. Kalian semua pejuang rakyat. Kalian semua telah syahid di jalan yang benar. Syurga sedang menunggu kalian. Menjatuhkan pemimpin yang bersubahat dengan Yahudi adalah penting.

Aku rindukan suara rakyat Malaysia. Aku rindukan laungan oleh ratusan ribu rakyat pada tahun 1998, 2000, 2007, 2009 dan terakhir 2010. Aku rindukan bagaimana kita berarak sama. Membentuk rantai manusia dan bergerak menuju kedepan. Dihadapan kita telah bersiap - sedia aparat Umno dan BN. Berwarna merah. Amaran diberi. Kita tetap tidak mundur. Kita maju kedepan, terus maju. Laungan makin kuat kedengaran. Kita akan bertambah semangat kalau ada orang yang kita harapkan ada bersama kita. Pancutan air kimia dilepaskan. Kita tidak berundur. Gas pemedih mata dilepaskan, kita tetap tidak berundur. Kita berkumpul kembali.

Rakyat Malaysia semua, tidakkah kalian semua rindukan detik itu? Kita dalam keadaan semua harga barang naik. Gaji tidak naik. Kita semakin hidup susah. Walaupun kita masih boleh makan, tapi kita tetap mengeluh mengenang nasib kita di masa hadapan. Orang susah seperti kita ini sangat terkesan dengan kenaikan harga barang.

Rakyat Malaysia, jalanraya sedang menunggu kita. Laungan keramat sudah lama tidak keluar dari anak tekak kita. Bangunlah, bangkitlah...Masa depan Malaysia ditangan kita!!

Isnin, 7 Februari 2011

Pemuda Pakatan Penakut

Ini suara rakyat. Suara yang semakin lama semakin gelisah. Harga barang semakin naik. Gaji tidak naik. Dari harga minyak hinggalah harga bawang, semuanya telah naik mendadak. Namun tiada satu pun berani membawa suara ini dengan lebih keras. Adakah cukup dengan kenyataan di media sahaja?

Hey, pemuda Pakatan Rakyat. Dimana keberanian kalian semua? Kenapa harus diam menikus? Kenapa tidak mahu membawa suara kami ke jalanraya. Malu jika Tan Sri Khalid Ibrahim mampu membawa suara rakyat ke jalanraya untuk isu air. Kenapa isu yang lebih besar kalian semua takut?

Kami rakyat sedia turun ke jalanraya. Sudah bertahun gas pemedih mata, tembakan air kimia dan hentakan belantan FRU kami terima. Semuanya itu tidak pernah mematahkan semangat kami. Kami sedia turun sekali lagi ke jalanraya untuk memberitahu kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini, kami sudah bosan dengan janji - janji palsu mereka.

Harga barang semakin menggila naik. Tanyalah pada mereka yang sudah berkeluarga, tanyalah mereka yang bujang. Semuanya mengeluh, kenapa pemuda Pakatan Rakyat diam sahaja. Apakah kalian semuanya hanya mahu membantah pada pilihanraya yang ternyata berat sebelah? Apakah suara kami hanya berguna pada pilihanraya sahaja?

Tolonglah kami. Bawa suara kami ke tempat sewajarnya. Kami sudah bosan dengan kerajaan penipu ini. Kami sudah terhimpit dengan harga barang yang semakin gila ini. Anak - anak muda Malaysia bersedia, apakah kalian semua tidak bersedia?

Selasa, 7 Disember 2010

Wajib Tolak BN

Sesebuah negara jika mahu terus maju kedepan harus sentiasa melakukan perubahan. Perubahan yang semestinya menguntungkan rakyat. Tapi jika sesebuah kerajaan itu tidak mahu berubah. Terus - menerus merompak hasil rakyat, menaikkan harga barang sesuka hati maka bersiap - sedialah untuk kita menyaksikan kejatuhan negara tersebut.

Kita rakyat Malaysia harus mahu tidak mahu menolak BN pada pilihanraya umum nanti. Kita tolak bukan kerana kita percayakan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR). Kita WAJIB menolak BN kerana bebanan yang mereka letakkan keatas bahu kita semakin lama semakin banyak. Kita yang bekerja penat - lelah, siang dan malam dan bersabung nyawa untuk sesuap nasi namun mereka yang bergelar MENTERI dan PERDANA MENTERI yang mendapat segala macam keistimewaan. Dari mekap isteri hingga ke sesuap nasi, SEMUANYA SUBSIDI. Kita rakyat? Subsidi ditarik atas nama pembangunan ekonomi.

Zaman sistem khalifah masih berada di dalam muka bumi ini. Dari sudut buku sejarah ramai Khalifah - khalifah agung yang menggunakan duit sendiri untuk membantu rakyat. Mereka tidak pernah sesekali menggunakan duit yang wajib menjadi hak rakyat untuk kepentingan mereka. Lihatlah sejarah Aurangzeb, Salahudin Al-Ayubi, Harun Al-Rasyid, Sultan Muhammad Fatih dan sebagainya. Mereka begitu amanah dalam menunaikan kewajiban mereka sebagai pemimpin. Mereka cukup takut untuk menggunakan dana negara untuk tujuan keraian diri mereka sendiri. Lihat sahaja sejarah Harun Al-Rasyid.

Namun Perdana Menteri dan para menteri BN cukup rakus menggunakan duit rakyat. Perbelanjaan Rosmah ke luar negara sahaja sudah mencecah puluhan juta. Alat soleknya mencecah ratusan ribu. Semuanya menggunakan wang rakyat. Mana mungkin mereka mampu membeli dan memperolehinya dengan sekadar wang gaji yang mereka perolehi. Semuanya dengan hasil pengutipan cukai yang tinggi dari rakyat. Mereka berseronok ke luar negara dengan hasil titik - peluh rakyat yang bekerja siang malam.

Disaat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kewangan, BN terus menaikkan harga barang. Subsidi minyak petrol, gula, susu, tepung dan lain - lain telah ditarik. Semuanya atas nama pembangunan. Pernahkah mereka terfikir untuk memotong gaji para menteri. Jika menteri dan PERDANA MENTERI benar berjiwa rakyat, merekalah yang harus kedepan menjadi contoh dalam menangani duit negara yang semakin mengecil ini. Jika benar mereka mahu melakukan pembangunan untuk kepentingan rakyat, subsidi merekalah yang harus dipotong terlebih dahulu. Bukannya subsidi rakyat. Bukan subsidi barang keperluan rakyat.

Sekarang rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan negara. Kita yang dipaksa membayar lebih untuk membangunkan negara. Sedangkan pemimpin BN bersenang - lenang. Mereka kaya dan kaya dan terus kaya. Harta berjuta di dalam dan di luar negara. Mereka tidak pernah merasakan kesusahan yang kita hadapi. Mereka dari minyak petrol hingga ke bil eletrik semuanya dibayar. Lantaklah harga petrol nak naik berapa banyak sekalipun, mereka tidak peduli. Kerana mereka tidak perlu membayarnya. RAKYAT YANG BAYAR BUAT MEREKA. Lantaklah harga tepung nak naik. Mereka tidak perlu ambil pusing kerana RAKYAT YANG AKAN MEMBAYAR DUIT TEPUNG TERSEBUT.

Adakah ini adil buat kita. Kita dipaksa berkorban sedangkan mereka tidak. Adilkah kah? Jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain.

Mahukah kita terus dipergunakan seperti KELDAI. Mahukah kita terus dibodohkan? Bangunlah rakyat. TUNJUKKAN SIAPA KITA SEBENARNYA!!

Jumaat, 26 November 2010

Anak Muda Selangor Harus Bangkit!

Buktikan pada semua warganegara Malaysia bahawa anak muda Selangor mampu mengubah keadaan.

Anak muda Selangor mampu menghalang perancangan Iblis kerajaan pusat dan Syabas untuk menaikkan harga air yang SELAMA INI KITA NIKMATI SECARA PERCUMA!!

HARUS KITA BANGKIT MENENTANG PENJAJAH YANG PERANGAI MACAM YAHUDI ZIONIS!! UMNO DAN SYABAS MERUPAKAN ZIONIS YANG JAHAT!!

Ayuh bangkit...

Menyeru ratusan ribu anak muda Selangor agar bangun dan bangkit. Pertahankan hak kita. Jangan biar mereka merampas yang kita nikmati selama ini. Bangun...Bangun.

HIDUP RAKYAT!!!

Sabtu, 23 Oktober 2010

Jangan Mimpi Pakatan Tawan Putrajaya

PRU-13 bakal diisytiharkan dalam masa terdekat ini. Ada yang yang menjangkakan tahun depan dan ada yang menjangkakan 2012. Semuanya telah bersiap-sedia dengan jentera pilihanraya masing - masing baik BN mahupun Pakatan Rakyat. Niat mereka hanya satu, mempertahankan kuasa dan mengambil-alih kekuasaan yang sedia ada.

Namun sedarkah kita terutamanya rakyat, jika ditakdirkan kita semua sebulat suara menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan impian melihat Putrajaya ditawan oleh kita menjadi kenyataan, apakah ianya benar - benar menjadi kenyataan? Apakah ianya akan diizinkan oleh Rosmah dan Najib Tun Razak?

Mari kita melihat kenyataan Najib mengenai kuasa yang bakal mereka pertahankan :
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini." Sumber : Malaysiakini

Ini semua signal jelas bahawa walau Pakatan Rakyat yang buat sementara waktu ini menjadi harapan untuk membela rakyat menang besar sekali pun, Umno dengan konco - konconya akan tetap mempertahankan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Mereka sesekali tidak membenarkan kita yakni rakyat merampas kuasa yang ada pada mereka. Biarlah satu semenanjung jatuh ke tangan Pakatan, biarlah Sarawak jatuh ke tangan Pakatan dan biarlah Sabah jatuh ke tangan Pakatan tapi untuk membiarkan Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat tidak mereka sesekali membenarkannya.

Najib sudah pun memberi amaran awal kepada Pakatan Rakyat dan rakyat. Umno dan konco - konconya akan sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan kuasa yang mereka ada itu tidak jatuh ke tangna rakyat. Apakah kita rakyat sedar akan kenyataan ganas Najib itu? Apakah kita rakyat sudah bersiap - sedia dengan tindakan ganas Najib itu?

Berani saya katakan, Pakatan Rakyat jika mengikut logik akal hanya dapat memerintah selama 3 hari sahaja. Kenapa 3 hari? Najib akan mengarahkan seluruh samseng - samseng yang berada di dalam parti tersebut dan NGO yang mengaku MELAYU membuat huru - hara sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Hatta bilangan mereka 100 orang sudah cukup untuk mengizinkan darurat diisytiharkan. Sememangnya bunga - bunga darurat yang bakal mereka lancarkan memang akan terjadi.

Persoalan yang ada kepada saya dan mungkin orang lain. Apakah pilihanraya dapat mengubah kerajaan yang serba bodoh ini. Apakah pilihanraya benar - benar dapat memberikan keriangan kepada rakyat? Apakah pilihanraya benar - benar dapat memberikan hak rakyat untuk menukar kerajaan yang sedia ada?

Bak kata Hishamuddin Rais aka TukarTiub : "Jika pilihanraya dapat mengubah sesuatu sudah pasti pilihanraya itu diharamkan." Logiknya ada. Suara Keadilan diharamkan. Harakah diharamkan dijual di tempat awam. Majalah Wasilah diharamkan. Semuanya diharamkan kerana telah membentuk kesedaran rakyat. Telah menyedarkan rakyat betapa kejinya kerajaan yang ada pada hari ini.

Nah, sekarang media baru (blog, facebook, media alternatif) mula diberi tekanan. SKMM telah mula melancarkan serangan kepada Malaysiakini.Apa sahaja yang dapat menganggu kuasa mereka semuanya akan diserang, diharamkan, ditangkap hatta dibunuh. Kita tidak punya pilihan. Jika media - media diharamkan apatah lagi pilihanraya. Sudah pasti pilihanraya ini akan diharamkan. Apa tanggungjawap kita? Diam? Memerhatikan saja?

Hanya satu sahaja untuk melawan aksi kejam Umno ini. Hanya satu saja untuk menyatakan secara tegas buat Umno dan PERKASA yang bakal membuat onar suatu hari kelak. Jika pilihanraya diharamkan, kita pilih PILIHANJALANRAYA!!

Isnin, 8 Mac 2010

Najib Tertekan, Rakyat Yang Ditekan

Semakin hari, orang suruhan Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Tun Razak dalam keadaan tertekan. Suaminya Rosmah sedang dalam kepanasan. Kepanasan akibat mereka sudah salah taktik dalam menyerang Pakatan Rakyat. Mereka fikirkan dengan membeli beberapa Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat maka sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat akan semakin mengecil. TIDAK!! Semakin hari semakin meluat rakyat terhadap mereka.

Maka disebabkan rakyat semakin membenci mereka, maka dengan penuh taat setianya POLIS sekali lagi ingin diperkudakan oleh Umno dan Barisan Nasional. Arahannya, semua majlis khas Pakatan Rakyat yang boleh menyebabkan ribuan atau puluhan atau ratusan ribu yang akan hadir...SERANG DAN GAGALKAN. Bagus...buatlah lagi. Bak kata - kata Mahfuz Omar "Terima kasih kepada pihak polis kerana telah menyebabkan rakyat lagi benci pada Umno." Najib sekarang sudah membuat cara - cara kejam dan zalim persis Mahathir Mohammad. Jangan biarkan rakyat terdedah dengan maklumat dari pihak Pakatan Rakyat. UMNO MEMANG MINAT MAHU MELIHAT RAKYAT JADI BODOH!! MINAT MAHU MELIHAT MELAYU ITU TERUS SUKA BERKHAYAL DAN DIPERMAINKAN!!

Sekarang Najib dalam keadaan tertekan. Ekonomi negara bukannya pulih sepenuhnya lagi. Semua angka yang diberikan kerana kerajaan Umno telah menyuntik duit ke dalam ekonomi kita dengan harapan kadar perkembangan ekonomi mencatatkan sedikit perkembangan positif. Walhal, kadar pemintaan terhadap produksi kita tidak menunjukkan perkembangan. Negara luar sudah tidak mahu mengimport barangan mereka. Contohnya, pembekal ikan daripada Thailand dan Indonesia sudah tidak mahu membekalkan ikan kepada kita. Kenapa jadi begitu? Kerana kerajaan Umno tidak tahu memerintah. Gagal dalam meningkatkan kualiti hidup rakyatnya. Mereka hanya tahu...EKONOMI ADALAH BANGUNKAN BANGUNAN...BUKANNYA NAIKKAN TARAF HIDUP RAKYAT!!

Jadi mereka gusar. Gusar kerana rakyat sudah mula nampak kebobrokan mereka. Kegagalan mereka dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kegagalan mereka menangani gelombang berterusan daripada Pakatan Rakyat yang semakin hari mula mempamerkan kekuatannya kerana hasil daripada lompatan dari katak - katak yang keji dan paling HINA dalam sejarah tamadun manusia. Rakyat sudah mula mahu menunjukkan signal kebangkitan. 15 Mac 2010, merupakan tarikh dimana rakyat akan memberikan isyarat pertama kepada kerajaan Umno di bangunan Parlimen pada jam 9.00 pagi. JANGAN LANCARKAN DASAR GST!! Jika kerajaan bersungguh - sungguh mahu melancarkan GST percayalah jika tahun 2008 Semenanjung Malaysia hampir jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, jangan terkejut kalau pada PRU 13 satu semenanjung Malaysia akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan hampir suku kekuasaan Umno dan Barisan Nasional di Sabah dan Sarawak akan hilang.

Jika tidak dibendong kemarahan rakyat dari awal, maka hilanglah kekuasaan mereka. Tapi mereka lupa, rakyat sudah yakin dan menetapkan bahawa Umno dan Barisan Nasional harus pupus menjelang PRU 13. Anak muda sekarang semuanya sudah nampak. Umno pengkhianat sebenar. Umno bukan pembela Melayu. Sebagai contoh ketika BERPULUH TAHUN MEMERINTAH PULAU PINANG. APA YANG SUDAH JADI PADA MELAYU PULAU PINANG!! Semuanya telah lari keluar dari pulau tersebut.

Umno sudah tertekan. Tugas kita rakyat Malaysia khasnya anak muda jangan berhenti menyerang. Seranglah Umno semahu - mahunya. Hancurkan Umno selumat - lumatnya. Umno pengkhianat Melayu. Mereka yang buang kuasa raja - raja. Mereka yang tarik biasiswa Melayu. Mereka penjual tanah Melayu di Pulau Pinang. Mereka merobohkan surau - surau di sekitar Selangor. Bukannya Pakatan Rakyat!!

UMNO..RIWAYAT KAMU SEDANG DIPERHATIKAN SECARA RAPAT OLEH RAKYAT!
TAPI PERCAYALAH...NYAWA KAMU SEDANG NAZAK dan BAKAL DISEMBELIH OLEH RAKYAT MALAYSIA!!

HIDUP RAKYAT!!

Rabu, 3 Mac 2010

Bertahanlah Rakyat

Kerja Zionis Yahudi semakin rancak. Usaha membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat yang bermasalah sedang rancak dilaksanakan.

Beberapa orang telah keluar. Mereka keluar atas nama bangsa Melayu dan seorang lagi kononnya atas isu diktator.

Bertahanlah wahai rakyat. Jangan sesekali lari dari medan perjuangan. Kita sedang dilanda serangan yang paling jijik oleh Najib dan Rosmah. Kita sedang sedaya - upaya dilemahkan.

Jutaan ringgit sedang dilaburkan. INI BUKAN MASA KITA MENUDING JARI KEPADA SESIAPA.INI MASA KITA MEMPERKUATKAN IMAN KITA DAN SEMANGAT KITA MENUMBANGKAN UMNO. Bukannya warkah sana - sini.

BERTAHANLAH RAKYAT MALAYSIA. MUNAFIK dan PENJAHAT sememangnya tidak berhenti untuk mengecewakan kita. Mereka adalah syaitan yang bertopengkan manusia. Hanya yang lemah semangat sahaja yang akan tersungkur di pertengahan medan perjuangan.

BANGKITLAH RAKYAT. NAIKKAN SEMANGAT MU....LAWAN UMNO HABIS-HABISAN. AKU MENGHASUT KAMU JIKA JUMPA WAKIL RAKYAT YANG MENGKHIANAT HINA MEREKA SEHABIS - HABISNYA. NYATAKAN PERASAAN MARAH KITA.

RAKYAT...BANGKIT!!
HIDUP RAKYAT!!

Rabu, 24 Februari 2010

Suara Rakyat Suara Keparat

Suara Rakyat Suara Keramat...ya ada benarnya.

Suara yang cuba dinafikan hak mereka oleh pihak Zionis Malaysia. Namun akhirnya suara ini berjaya dapat menumbangkan 2/3 majoriti Zionis Malaysia iaitu Bn.

Hari ini suara ini cuba dikeparatkan oleh Najib dan Perdana Menteri Malaysia iaitu Rosmah.

Setelah isyarat yang diberikan pada Mac 2008, Bn masih angkuh dengan suara rakyat. Harga minyak dinaikkan. Harga gula dinaikkan. Tarif elektrik sekejap lagi kita akan ketahui sama ada naik atau tidak.

Suara rakyat sedang dikeparatkan oleh Umno. Sayangnya masih ada orang yang menyokong Umno.

Walhal rakyat miskin sedang terdesak untuk terus hidup. Apakah orang yang menyokong Umno tidak sedar dan buta perut. Punca kekalahan mereka adalah kerana harga barang yang naik melampau. Ya sekarang kamu tidak akan terasa kekalahannya kerana kamu tidak dapat menghidu kemarahan rakyat kerana hidup kamu telah ditutup dengan TAIK - TAIK pemimpin Umno.

Suara Rakyat Suara Keparat bagi mata dan telingan orang Umno.

Tapi bagi pejuang rakyat...Suara Rakyat Suara Keramat.

Suara yang susah dibaca. Suara yang tiba masanya....meletup dan Bn tersungkur buat kali ke-2. Amin.

HIDUP RAKYAT!!

Rabu, 3 Februari 2010

Anwar Ibrahim Simbol Kebangkitan Rakyat

Suka atau tidak sememangnya insan yang bernama Anwar Ibrahim merupakan simbol kebangkitan rakyat. Kita harus bersyukur kehadrat Allah kerana mencetuskan isu besar pada tahun 1998 yang menyebabkan gelombang kebangkitan rakyat besar - besaran yang berterusan hingga ke hari ini.

Sekarang isu yang sama telah dicetuskan. Jutaan rakyat Malaysia sedang menantikan kesilapan yang akan dilakukan oleh Saiful dan para pemfitnah tidak takut pada Allah. Semalam kita dapat menyaksikan bagaimana ribuan manusia datang membanjiri mahkamah. Semua pimpinan tertinggi parti politik datang menunjukkan sokongan menyertai perhimpunan membantah fitnah bangsat kedua ini. Perpaduan segera mula dibentuk pada saat keretakan yang dicetuskan oleh anasir - anasir Umno yang gilakan kuasa.

Kebangkitan rakyat atas isu fitnah ini telah menyebabkan secara tidak langsung semangat yang selama agak sudah lena atau tidur secara tiba - tiba bangun dan bangkit. Amarah rakyat yang sudah agak lama tidur telah bangun dan bersedia untuk berjuang semahu - mahunya. Anwar Ibrahim sudah menjadi ikon jatuh bangunnya perjuangan rakyat. Jika Anwar Ibrahim lesu maka lesunya gerakan rakyat. Ini bukan soal mahu membodek inilah hakikat sebenarnya. Umno nampak perkara ini maka untuk melumpuhkan terus sama sekali Pakatan Rakyat yang sedikit sebanyak menyuarakan hak rakyat, maka Anwar Ibrahim harus dihapuskan. Takkan kita yang diberi hidayah untuk menentang Umno tidak nampak?

Anak muda hari ini harus mengambil peluang atas peristiwa ini. Jadikan ianya sejarah dalam hidup kita. Sekurang - kurangnya apabila kita sudah tua, sejarah ini akan menjadi kenangan kita hingga akhir hayat kita. Gerakan Reformasi adalah nadi rakyat. Lagi keras suara kita maka lagi cepatlah kerajaan mahazalim ini tumbang. Jika gerakan reformasi lesu lambat lagilah kerajaan Zionis ini tumbang.

Sekarang ribuan rakyat sudah dan telah berada di mahkamah. Kita patut turut serta dalam sejarah yang tidak ternilai harganya. Pastikan sejarah yang pernah tertulis ratusan ribu rakyat berhimpun menentang Mahathir diulang kembali. Pastikan ianya lebih hebat. Ini bukan soal Anwar Ibrahim. Ini soal bagaimana mahkamah telah dipermainkan. Bayangkan jika ini terjadi pada anak - anak saudara. Dituduh merompak dan dipenjarakan walaupun tidak melakukannya. Walaupun bukti tidak ada. Namun mahkamah milik mereka berkuasa maka anak kita terkorban.

Bangkitlah anak muda...
Bangkitlah rakyat Malaysia..

Malaysia perlu diselamatkan!!

BANGUN!! BANGUN!! KITA LAWAN!!

REFORMASI!!

Selasa, 2 Februari 2010

Perang Kedua Terbesar Negara Sudah Bermula

Dianggarkan lebih 1,000 rakyat pelbagai bangsa dan lapisan usia mula membanjiri mahkamah sehingga polis mula membuat kawalan di pintu masuk kandang perbicaraan.

Mendengar gelombang 'reformasi' tali menali oleh satu kelompok kepada satu kelompok yang lain, mengingatkan Harakahdaily pada peristiwa reformasi sedekad yang lalu.

Sumber : harakah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anak muda wajib bangkit.

Ini bukan soal Anwar Ibrahim ini soal bagaimana kita dapat melihat fitnah paling jijik telah dilemparkan.

Laungan reformasi telah kembali bergema. Kita harus sambutnya dan melaungkan dimana saja kita berada.

Penuhi ruang angkasa kawasan kita dengan laungan tersebut.

Penuhi setiap kawasan rumah kita dengan poster - poster membantah fitnah dahsyat ini.

Kita wajib bangkit. Bangkit semahu - mahunya.

Laungan keramat ini sudah mula dikejutkan. Laungan yang asalnya dan aslinya telah kembali muncul dengan perasaan amarah yang berkobar - kobar.

BANGKIT ANAK MUDA....BANGKITLAH!!

RE-FOR-MA-SI!!

Ahad, 31 Januari 2010

Kasihan Rakyat Malaysia

Aku hari ini rasa sungguh kasihan kepada rakyat Malaysia. Kebanyakkan mereka yang satu ketika dahulu benar - benar memperjuangkan nasib rakyat Malaysia disaat kegilaan harga minyak naik, harga barang naik dan segala macam harga naik sekarang sudah diam menikus takut. Ya menikus takut mungkin kerana kuasa yang mereka baru kecapi telah menyebabkan mereka diam. Tidak dinafikan masih ada segelintir yang masih menyuarakan keluh - resah rakyat sekarang ini. Tapi mereka yang lain? Suaranya kurang keras dan senyap terus.

Aku sedih melihat mereka ada masa terperangkap dengan permainan yang dicipta khas oleh Umno dan Barisan Nasional. Sudah banyak kali mereka terperangkap. Isu Allah umpamanya, kita harus melihat kenapa selama ini mahkamah yang dipegang secara total oleh Umno dengan sewenang - wenangnya membenarkan nama Allah digunapakai oleh pihak Kristian. Tujuan Umno hanya satu, untuk dilihat sebagai juara dan mencetuskan rusuhan agama. Namun masih ada bengap susu terus - menerus memperbesarkan isu tersebut. Sepatutnya kita menyerang Umno kerana keputusan mahkamah yang telah pun dirancangkan. INI SEPATUTNYA!!

Umno telah berjaya mengalihkan perhatian pemimpin Pakatan Rakyat dari membicarakan isu hak - hak rakyat Malaysia. Perhatikan secara rapat aktiviti kepimpinan Pakatan Rakyat sekarang. Isu Khalid Samad dan Hassan Ali, Zahrain dengan Lim Guan Eng, dan pelbagai macam lagi akhirnya telah menyebabkan sebahagian besar daripada mereka telah lupa suara rintihan rakyat Malaysia dengan kenaikkan harga barang yang sudah masuk peringkat pertama. Mereka disibukkan dengan isu yang dibangkitkan oleh anasir - anasir Umno. Siapakah anasir - anasir Umno? Dari mereka yang kebulur jawatan MB Selangor hinggalah kepada bekas Ahli Umno Bukit Bintang.

Suka atau tidak insan yang sekarang paling teruk dihalang, dizalimi dan ditindas adalah Anwar Ibrahim. Lihat saja kekekangan pihak berkuasa dari beliau terus berucap amat ketara. Kerana apa? Kerana beliau tidak putus - putus memberi penerangan betapa pentingnya rakyat dibela. Betapa pentingnya kesan kenaikan harga barang kepada rakyat. Hasilnya beliau tidak benar berucap di sesetengah kawasan. Aku mengimpikan semua pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara mempertahankan hak rakyat. Bangun bersama - sama rakyat untuk mempertahankan hak mereka. Namun sekarang? Lihatlah Malaysiakini, TheMalaysianInsider, dan apa sahaja berita online, sudah kurang suara - suara pemimpin bangun membela nasib rakyat.

Rakyat Malaysia sekarang sudah terkontang - kanting. Tiada satu daripada pemimpin yang satu ketika dahulu sibuk memperjuangkan hak rakyat mengeluarkan kenyataan membela rakyat. Ya segelintirnya masih ada. Tidak dinafikan. Namun sekarang mereka yang suatu ketika dahulu lantang terus diam. Mana mereka semua ini? Dalam hal membela rakyat. Aku hormat dan tunduk kepada usaha TG Nik Aziz untuk membela dan mempertahankan hak rakyat negeri Kelantan. Kesungguhan mereka yang berada ditepi TG Nik Aziz untuk menyokong tindakan menuntut royalti minyak amat dikagumi. Hasilnya puluhan ribu rakyat datang berhimpun di stadium. Dengan berbuat sedemikian sudah pasti rakyat Kelantan akan menyayangi dan menyokong penuh kerajaan yang sedia ada. Bagi mereka kerajaan seperti ini yang dilihat benar - benar membela rakyat dan dengan izin Tuhan kerajaan seperti inilah akan didokong oleh rakyat.

Tujuan aku mengaitkan Anwar Ibrahim dan kerajaan Kelantan adalah untuk renungan semua pihak. Kami rakyat!! Rakyat yang mahukan pembelaan. Jika kalian semua yang sekarang sudah empuk di kerusi parlimen dan sudah tidak mahu keras membela rakyat tunggu sahaja hukuman kami. Kalian semua yang sudah semakin sibuk dengan permainan Umno dan dimainkan oleh Umno dan lupa penderitaan rakyat tunggu sahaja jeritan kuasa kami.

Kasihan rakyat Malaysia...memang kasihan.

Siapa yang mahu membela mereka ini? Siapa?

Ahad, 24 Januari 2010

Anak Muda Aksi Perlawanan Harus Bertambah Keras

Keadaan semakin meruncing. Harga petrol dijangka naik pada bulan Mei. Harga gula telah naik. Harga minyak masak dijangka naik. Kini kemungkinan besar harga beras juga dijangka naik.

Kita rakyat Malaysia semakin tertekan. Gaji tidak naik - naik namun harga melambung naik dengan dahsyat. Kerajaan BN sudah tidak punya duit kerana semua ini adalah kesilapan mereka. Mereka rasakan membangunkan bangunan itu lebih ekonomi walhal itulah perbuatan maha membazir.

Apa yang tinggal untuk kita? Kita semakin tertekan. Hutang terpaksa dibuat hanya semata - mata untuk hidup didalam dunia gila ini yang direka oleh Bn. Sudahlah ibubapa kita bakal menanggung kos tinggi kerana setiap minggu anak - anak mereka dipaksa balik ke rumah. Bayangkan jika keluarga di Johor anak bersekolah di Kedah. Bayangkan kos yang terpaksa mereka hadapi. Sudahlah yuran semakin mahal.

Anak muda Malaysia. Nasib Malaysia ditangan anda semua. Berusahalah kita untuk terus melawan. Allah bersama orang - orang yang tidak putus asa.

Politik Malaysia semakin menggila.

Kita tidak lagi boleh berpeluk tubuh untuk menunggu siapa yang bakal memimpin kita.

Jika kita tidak bangkit dari sekarang, maka selagi itulah Bn akan terus - menerus menindas rakyat.

Pandang wajah - wajah pakcik - pakcik dan makcik - makcik di kampung yang hidupnya susah.

Pandang wajah - wajah ibubapa yang semakin berkerut wajah mereka.

Apa lagi yang Bn mahu korek secara paksa dari poket kita.

Siap - sedialah!!

Jika semboyan ditiupkan.....kita mara.

Keluar dari celah - celah kota, daerah untuk mara kejalan raya. Mereka si penzalim Bn cukup takut melihat aksi anak muda kerana mereka dapat membayangkan kerajaan mereka akan tumbang kelak.

Satu persoalan anak muda Malaysia..adakah anda semua telah bersedia?

HIDUP RAKYAT!!

Sabtu, 16 Januari 2010

Kata Satu Malaysia..Ni Apa Ni?

Selepas beberapa bulan tercetus isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah suci tersebut digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1Malaysia hahaha...ok serius balik.

Mana pergi slogan Satu Malaysia ni. Ini dah kategori dua Malaysia. Yang semenanjung TAK boleh yang kepulauan Borneo boleh pula.

Kasihan orang Islam Semenanjung. Macam akidah kalian semuanya tak kuat. Perlu ada pembelaan sedangkan umat Islam di Sabah dan Sarawak kuat akidah mereka dan tidak perlu ada pembelaan terhadap perkara yang tak menjadi masalah kepada agama mulia ini iaitu agama Islam.

Orang Islam semenanjung disibukkan dengan perkara - perkara kecil sedangkan orang Islam di Sabah dan Sarawak sibuk memperkemaskan dan memperkuatkan akidah mereka.

Kenapa orang Islam semenanjung disibukkan dengan perkara - perkara kecil? Sebab senang Umno nak membohong hangpa. Senang nak ciluk duit hangpa. Bila timbul isu besar hangpa pun senang la kena auta. TAPI TAK SEMUA MACAM ITU LAH....YANG PERANGAI MACAM ITU TOTOK UMNO...

Bn terdesak sekarang..

Di semenanjung kena hentam...di Sarawak dan Sabah risau undi jatuh.

Jadi buatlah polisi yang berbeza...

Lepas ini ada 3 Malaysia pulak....hebat kau Rosmah ehhh silap Najib.

Fikir masak - masak...

LAGI MAU SOKONG UMNO?

Rabu, 13 Januari 2010

Lagi Satu Punca Yang Kita Nak Kena Dah....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 Feb ini untuk perbicaraan kes saman syarikat Belgium, Fitraco NV, terhadap Eye
on Malaysia (EOM) Sdn Bhd dan satu lagi syarikat berhubung kegagalan syarikat pengendali roda gergasi itu menjelaskan hutang sebanyak RM17 juta.

Hakim Anantham Kasinather menetapkan tarikh tersebut dalam kamar semasa kes tersebut dipanggil untuk pengurusan hari ini.

Pada 15 Sept, 2009, Fitraco NV, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu, memfailkan saman terhadap EOM dan MST Ad Suria Sdn Bhd selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang itu bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang kita patut tahu kenapa GST (akta cukai tambahan) dikenakan, gula naik, harga minyak naik, khidmat jalur lebar (broadband) nak dinaikkan kadar bayarannya dan bermacam bala lagi kita nak kena.

Sebab kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan Umno dan Bn yang pandai berhutang. Tidak pandai mengurus. Bijak bangunkan bangunan tapi tidak pandai membangunkan ekonomi dan menguruskan ekonomi.

Ya siapa aku untuk bicara soal ekonomi. Tapi kalau macam inilah puncanya kita sebagai rakyat tertekan. Budak kecil tadika lagi pandai uruskan wang.

Bagi aku secara peribadi untuk menarik pelancong tak menjadi isu, tapi kita kenalah pandai membayar apa yang kita pakai dan sewa atau mendapat kembali keuntungan.

Punca ianya jadi begini? Sebab kerajaan Malaysia suka pada budaya sub sana - sini.

Akhirnya elok benda tu harga RM 10.00 dah tak pasal - pasal kena RM 40.00.

Mana kerajaan nak cekau duit? Mana? Mana?

KITALAH RAKYAT!! SEDUT DUIT KITA MACAM HARAM!!

Lagi mau sokong Umno?

Isnin, 11 Januari 2010

Umno Parti Pengganas

"Malays will see no reason to dialogue as they see themselves as having given up enough already and suspicions will arise that Tan Sri Dr Koh Tsu Koon is reviving the Interfaith Council idea. This will not stop the violence. In fact, it may make it worse," said Akhramsyah.

Sumber : The Edge

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maksud ayat di atas adalah berbunyi begini :

" Melayu akan melihat tidak ada alasan untuk dialog ketika mereka melihat diri mereka sebagai orang yang diberikan sudah cukup dan akan timbul kecurigaan bahawa Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah menghidupkan semula Majlis Interfaith idea. Ini tidak akan menghentikan keganasan. Bahkan, hal itu mungkin membuat lebih buruk"

Ini bukti Umno pendokong keganasan. Kenapa Musa Hassan tak tahan saja manusia perosak seperti ini? Kenapa Hishamuddin Hussein tak menahan mangkuk ini?

Oh Ya...dia Umno...Umno atas pada undang - undang. Berani kerana undang - undang dibawah mereka...

Kepada semua rakyat Malaysia...orang macam ini kita mahu sokongkah? Orang dari parti Umno ini kita mahu sokong.

Tolak Keganasan yang dianjurkan oleh Umno.

Tolak mereka ke Laut China Selatan..

Umno Jahat...

Umno khianat Rakyat...

Umno Pembunuh..

Sekian dan terima kasih

Isnin, 4 Januari 2010

Benarkah Enjin Jet Hilang?

Pegawai A : "Bos kita tak cukup duit ni."

Jib Jib : "Takpa jangan risau kita buat silap mata."

Pegawai A : "Macam mana tu bos."

Jib Jib : " Ala kita claim kosong ja."

Pegawai A : "Claim kosong? Macam mana tu bos."

Jib Jib : "Ish kau ni bengap, kita kata enjin jet dah sampai pastu kita submit claim untuk dapatkan duit berjuta."

Pegawai A : "Tapi bos esok kalau audit check takdak macam mana."

Jib Jib : "Kita kata dah hilang apa susah."

Jadi kepada siapa yang baca dialog ni...LU PIKIRLAH SENDIRI.

Memang tu kerja depa...buat - buat ada pastu claim pastu kata hilang.

Dalam poket...dalam poket!!

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Datang 2010

Esok bermula tahun baru. Tahun 2010 yang belum pasti bagaimana kita mahu mengisinya.

Sedih, duka, seronok, bahagia, gelak - tawa, menangis, sakit, sihat, hidup, meninggal dunia dan apa sahaja sudah pasti akan dilalui oleh mereka yang terpilih.

Buat mat - mat rempit teruskan usaha sedarkan pemimpin agar menyediakan tempat anda semua berlumba jika tiada jangan marah kalau kami semua merempit di jalanraya.

Buat anak - anak muda buat sahaja apa yang kita suka tapi jangan sesekali melupakan tanggungjawap kita kepada negara dengan mengikuti secara rapat isu - isu yang membabitkan kepentingan negara.

Buat semua rakyat Malaysia, siap - sedia untuk poket anda dibocorkan dengan cukai - cukai yang bakal DIKENAKAN...

Tahun 2009 kenangan dan pengalaman yang wajar dijadikan iktibar.

Tempuhi tahun baru dengan lebih bergaya dan berjaya.

Yang tak kahwin boleh rancang kahwin tahun 2010.

Yang tak ada awek dan balak hehehe boleh cari tahun 2010.

Apa pun...jadikan tahun lepas sebagai pengajaran.

TAHUN 2010 suka atau tidak...merupakan tahun bertempur buat rakyat Malaysia.

Buat permulaannya harga gula naik.

Esok macam - macam lagi yang akan naik.

Rakyat? WAJIB UNTUK NAIK MARAH!!!

Selamat Datang 2010...TAHUN AMARAH RAKYAT!!!

Selasa, 29 Disember 2009

KM Sarawak Yang Kebuloq Kuasa

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyelar tindakan golongan tertentu yang bertindak untuk menghasut rakyat agar membenci kerajaan.

"Kita berpolitik untuk menentukan perjuangan kita dan tidak mengetepikan soal pokok untuk menolong rakyat. Sejak akhir-akhir ini, muncul golongan tertentu yang lapar dan dahaga untuk mendapat kuasa memekik sana sini menghasut rakyat.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sapa kebuloq kuasa sekarang ni? Orang yang memekik bela hak rakyat atau hangpa yang rampas tanah orang asal (asli) untuk nama pembangunan yang mengayakan kaum kerabat?

Sapa yang lapar kuasa? Orang yang membela orang - orang asal dari terus ditipu atau kamu yang sewenang - wenangnya menghambat mereka keluar dari tanah mereka?

Sudahlah Taib Mahmud....

Ramai orang Asal kena tipu dengan kau...nasib kau baik saja. Sebab sana takdak internet..kalau ada..MATI LA KUASA KAMU!!!

Isnin, 21 Disember 2009

Rakyat Makin Lama Makin Tertindas

Aku tak nak bicara soal demokrasi, hak bersuara, hak bebas berhimpun sebab sudah ramai yang akan membincangkan perkara tersebut.

Hari ini aku nak menulis secara ringkas mengenai hak kehidupan rakyat yang semakin lama semakin tertindas.

GST atau Akta Tambahan Cukai akan diperkenalkan tahun 2010. Makna kata lain, kita sebagai pengguna akan dipaksa membayar lebih jika mahu membeli barangan dan perkhidmatan.

Cuba kita renung balik khasnya pekerja swasta dengan gaji yang rendah, mampukah kita membeli - belah dengan hati yang tenang. Mahukah anak muda khasnya yang bujang ini mahu membeli nasi goreng dengan harga RM5.00 dengan gaji yang masih tidak berganjak dari 3 tahun dahulu. Alasan yang diberi oleh kerajaan kerana mahu membangunkan negara. Walhal negara sudah tidak punya wang. Petronas sudah mula mencatatkan keuntungan yang tidak memberangsangkan. Puncanya kerana kerajaan yang diperintah oleh Umno boros berbelanja. Mereka hanya tahu membangunkan bangunan bukannya ekonomi!! Hasilnya kita rakyat dipaksa membayar cukai yang tinggi. MEREKA SUDAH UMPAMA PENJAJAH BRITISH!!

Sekarang saham - saham GLC akan dijual kepada pihak luar yang mampu membelinya. GLC fungsinya dahulu untuk menguntungkan dan mengkayakan negara ini. Walaupun dibantah sesetengah pihak kerana sudah pasti harga barang akan naik namun setiap keuntungan itu akan masuk ke kantung wang negara. Tapi jika GLC ini dijual sudah pasti setiap keuntungan yang dikecapi tidak masuk ke kantung negara. Jadi kenapa mereka menjualnya? Kerana negara sudah tidak punya wang. Jika menjual GLC ini, negara akan memperolehi duit dalam jangka masa pendek. Jangka masa panjang? Rakyat yang menderita. Harga barang sudah pasti akan dimaksimumkan.

Jadi aku nak tanya pada semua orang....masihkah kita mahu memilih kerajaan macam ini?

Memang betul rakyat yang menentang mereka dahulu mengatakan "BN - Barang Naik!!"