Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pilihanraya. Papar semua catatan

Selasa, 7 Disember 2010

Wajib Tolak BN

Sesebuah negara jika mahu terus maju kedepan harus sentiasa melakukan perubahan. Perubahan yang semestinya menguntungkan rakyat. Tapi jika sesebuah kerajaan itu tidak mahu berubah. Terus - menerus merompak hasil rakyat, menaikkan harga barang sesuka hati maka bersiap - sedialah untuk kita menyaksikan kejatuhan negara tersebut.

Kita rakyat Malaysia harus mahu tidak mahu menolak BN pada pilihanraya umum nanti. Kita tolak bukan kerana kita percayakan Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR). Kita WAJIB menolak BN kerana bebanan yang mereka letakkan keatas bahu kita semakin lama semakin banyak. Kita yang bekerja penat - lelah, siang dan malam dan bersabung nyawa untuk sesuap nasi namun mereka yang bergelar MENTERI dan PERDANA MENTERI yang mendapat segala macam keistimewaan. Dari mekap isteri hingga ke sesuap nasi, SEMUANYA SUBSIDI. Kita rakyat? Subsidi ditarik atas nama pembangunan ekonomi.

Zaman sistem khalifah masih berada di dalam muka bumi ini. Dari sudut buku sejarah ramai Khalifah - khalifah agung yang menggunakan duit sendiri untuk membantu rakyat. Mereka tidak pernah sesekali menggunakan duit yang wajib menjadi hak rakyat untuk kepentingan mereka. Lihatlah sejarah Aurangzeb, Salahudin Al-Ayubi, Harun Al-Rasyid, Sultan Muhammad Fatih dan sebagainya. Mereka begitu amanah dalam menunaikan kewajiban mereka sebagai pemimpin. Mereka cukup takut untuk menggunakan dana negara untuk tujuan keraian diri mereka sendiri. Lihat sahaja sejarah Harun Al-Rasyid.

Namun Perdana Menteri dan para menteri BN cukup rakus menggunakan duit rakyat. Perbelanjaan Rosmah ke luar negara sahaja sudah mencecah puluhan juta. Alat soleknya mencecah ratusan ribu. Semuanya menggunakan wang rakyat. Mana mungkin mereka mampu membeli dan memperolehinya dengan sekadar wang gaji yang mereka perolehi. Semuanya dengan hasil pengutipan cukai yang tinggi dari rakyat. Mereka berseronok ke luar negara dengan hasil titik - peluh rakyat yang bekerja siang malam.

Disaat rakyat semakin terhimpit dengan masalah kewangan, BN terus menaikkan harga barang. Subsidi minyak petrol, gula, susu, tepung dan lain - lain telah ditarik. Semuanya atas nama pembangunan. Pernahkah mereka terfikir untuk memotong gaji para menteri. Jika menteri dan PERDANA MENTERI benar berjiwa rakyat, merekalah yang harus kedepan menjadi contoh dalam menangani duit negara yang semakin mengecil ini. Jika benar mereka mahu melakukan pembangunan untuk kepentingan rakyat, subsidi merekalah yang harus dipotong terlebih dahulu. Bukannya subsidi rakyat. Bukan subsidi barang keperluan rakyat.

Sekarang rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan negara. Kita yang dipaksa membayar lebih untuk membangunkan negara. Sedangkan pemimpin BN bersenang - lenang. Mereka kaya dan kaya dan terus kaya. Harta berjuta di dalam dan di luar negara. Mereka tidak pernah merasakan kesusahan yang kita hadapi. Mereka dari minyak petrol hingga ke bil eletrik semuanya dibayar. Lantaklah harga petrol nak naik berapa banyak sekalipun, mereka tidak peduli. Kerana mereka tidak perlu membayarnya. RAKYAT YANG BAYAR BUAT MEREKA. Lantaklah harga tepung nak naik. Mereka tidak perlu ambil pusing kerana RAKYAT YANG AKAN MEMBAYAR DUIT TEPUNG TERSEBUT.

Adakah ini adil buat kita. Kita dipaksa berkorban sedangkan mereka tidak. Adilkah kah? Jika rakyat terus menyokong BN, maka mereka harus bersedia untuk menerima lebih banyak kenaikan harga minyak, tepung, susu, gula dan barangan keperluan asas lain.

Mahukah kita terus dipergunakan seperti KELDAI. Mahukah kita terus dibodohkan? Bangunlah rakyat. TUNJUKKAN SIAPA KITA SEBENARNYA!!

Isnin, 6 Disember 2010

Pilihanraya Semakin Hampir

Pilihanraya semakin hampir. Gendang perang mula dipukul oleh Najib. Konvensyen BN menjadi medan membantai PKR. Kita rakyat Malaysia harus memerhatikan secara dekat gerak kerja parti pemerintah iaitu BN untuk memastikan kemenangan secara total pada pilihanraya kelak.

Apa tanggungjawap kita? Kita sebagai rakyat yang cerdik dan pandai harus menilai kepada siapa undi ini patut diberikan. Kepada siapa sokongan secara 100% harus kita berikan. Apakah kepada kerajaan yang menaikkan harga minyak dan sebagainya? Apakah kepada kerajaan yang sentiasa meniupkan api perkauman.

Kita sebagai anak muda Malaysia harus sentiasa menilai apakah tindakan memotong subsidi barang keperluan ini satu tindakan bijak. Harga minyak RON95 telah dinaikkan. Harga gula naik. Harga tepung naik. Harga kelapa naik. Segala macam harga sudah dinaikkan. Tapi yang pasti GAJI KITA TIDAK NAIK!

Pilihanraya semakin hampir. Kita harus bijak menggunakan peluang yang ada. Kita harus memberi pengajaran kepada parti memerintah iaitu BN bahawa jangan permainkan rakyat lagi. Kita sudah muak dengan janji palsu yang mereka taburkan. Dahulu mereka menjanjikan harga RON95 tidak dinaikkan. Tapi sekarang sudah naik. Mereka menjanjikan rakyat akan hidup senang tanpa kenaikkan sebarang harga barang keperluan asasi.

Kita harus merebut peluang ini dengan memastikan kita memangkah kepada mereka yang benar - benar membantu rakyat. Saya mengundi orang yang tepat dan akhirnya saya mendapat air percuma sebanyak RM20.00. Tapi sayangnya kerajaan BN yang bersifat Yahudi cuba merampas hak kami rakyat Selangor. Jika kita mahu senang dan aman, cuba berfikir secara halus dan rasional. Kepada siapa kita harus berikan undi ini.

Pilihanraya semakin hampir. Pastikan Suara Rakyat Suara Keramat bukan suara pemimpin penipu menjadi suara keramat.

HIDUP RAKYAT!!

Selasa, 1 September 2009

Pilihan JALANRAYA Saja Jawapannya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh, Kedah.

Oleh itu, menurut SPR, pilihanraya kecil tidak perlu diadakan di DUN tersebut.

Sumber : Malaysiakini


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dari dulu lagi Hishamuddin Rais (tukartiub) dan rakan - rakannya dah tulis. Berpuluh tulisan mereka mengatakan, pilihanraya hanyalah sebahagian daripada proses demokrasi. Pilihanraya adalah alat kosmetik demokrasi oleh mereka yang mahu terus memerintah. Mereka dapat menggunakan pelbagai penipuan semasa proses pilihanraya ini berlangsung.

Aku secara peribadi setelah melihat pelbagai bukti yang dikemukan oleh MAFREL, ANFREL ternyata pilihanraya di Malaysia tidak pernah akan bersih.

Ya benar, Pakatan Rakyat menang, ya benar Pakatan Rakyat telah berjaya memerintah dengan hasil undian rakyat.

Tapi cuba lihat Perak, setelah surat perletakkan jawatan dua ekor monyet yang melompat itu secara sah telah ditandatangi oleh mereka TETAP SPR menolak permohonan untuk mengadakan PRK di kedua - dua kawasan tersebut.

Terbaru Kedah, apalagi nak diharapkan?

Jangan harap Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia. Percayalah!!

Najib dan Rosmah tidak akan membiarkan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia!!

ANAK MUDA, BERSIAP TURUN KE JALANRAYA!!

ITU MEDAN KITA!!

Rabu, 10 Jun 2009

Segerakan Pilihanraya Tempatan

Saya menyeru kepada semua kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat agar menyegerakan pilihanraya tempatan supaya rakyat di negeri masing - masing dapat memilih ahli majlis tempatan di kawasan masing - masing.

Saya sebagai rakyat yang duduk di negeri Selangor apabila melihat situasi yang berlaku di negeri Pulau Pinang berasa terpanggil untuk mendesak semua kerajaan negeri agar segera melaksanakannya. Sedih, jijik dan mual dengan melihat aksi - aksi keanak - anakkan oleh mereka yang terlibat. Lihatlah dan nilaikannya sendiri.

Kepada Ketua Menteri dan Menteri - menteri Besar Pakatan Rakyat, segerakanlah pilihanraya untuk majlis tempatan ini. Benar kelicinan pemilihan ahli majlis tempatan berlaku di Kelantan. Tapi kita harus ingat. Bumi Kelantan berbeza dengan negeri - negeri yang baru sahaja diperintah oleh Pakatan Rakyat. Rakyat di negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, dan Perak (yang bakal dirampas kembali) adalah negeri yang sekian lama diperintah oleh regim Zionis BN. Otak karat biru dan budaya kerja Zionis Umno masih melekat di dalam fikiran ahli - ahli majlis yang baru bersalin kulitnya dari Umno kepada Pakatan Rakyat mahupun rakyat. Kelantan mempunyai sejarah politik yang cukup menarik. PAS pernah memerintahnya dahulu. Tapi di negeri - negeri yang baru diperintah ini sudah pasti pilihanraya tempatan teramat perlu.

Saya merayu, biarlah rakyat diutamakan. Kuota semua itu perlu ketika kerusi ahli majlis tempatan itu bakal dipertandingkan bukannya secara lantikan. Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang harus dijadikan iktibar. Ingat kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat. Rakyat sedang melihat kamu semua. Ambil iktibar di Terengganu. Hanya sepenggal memerintah.

Semua Presiden parti harus menggesa Ketua Menteri dan Menteri Besar mereka segera melaksanakan pilihanraya majlis tempatan. Biar rakyat tentukan. Saya anak muda atau tidak rasminya mewakili anak muda Malaysia mahu melihat Pakatan Rakyat berjaya. Suara anak muda jangan diperkecilkan. Suara kami tidak pernah berubah sejak tahun 1998 hinggalah pilihanraya kecil Penanti. Bukit Gantang suara anak muda di peti 3 dan 4 tidak berubah. Sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat. Bagi anak muda, Pakatan Rakyat pembela rakyat. Bila cadangan untuk menyegerakan pilihanraya tempatan merupakan suara anak muda yang mahu Pakatan Rakyat terus sukses dan berjaya.

Rabu, 18 Februari 2009

Perak Bergolak Kembali..Hahaha

MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN
Feb 18, 09 6:50pm

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

sumber : Malaysiakini

---------------------------------------------------------------------------------

Sekali lagi Negeri Perak bergolak. Speaker DUN Perak V.Sivakumar telah menggantung mereka. Jika BN mahu memecat Speaker DUN Perak tersebut hanya dengan satu cara. BUBARKAN DUN PERAK!! HANYA ITU SAHAJA CARANYA UNTUK MELANTIK SPEAKER BARU.

Mampukah BN menghadapi pilihanraya sekali lagi?? Dengan pungutan suara sebanyak 74 % rakyat negeri Perak yang mahukan sekali lagi pilihanraya mampukah BN menahan gelombang kebangkitan rakyat negeri Perak.

p/s Umno pasti akan menggunakan taktik sama ketika merampas tampuk pemerintahan dari PAKATAN RAKYAT..Apa pun kita nantikan saja gerak langkah Najib dan para PANGLIMA daripada PAKATAN RAKYAT..


Sabtu, 7 Februari 2009

Bersalahkah Anwar Bin Ibrahim?

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!

Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.

Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.

Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!

Jumaat, 6 Februari 2009

Nizar = Anwar

Ya,
Memang Nizar sama dengan Anwar. Jika tahun 1998 Anwar menentang Mahathir Mohamad dan pada ucapan penutupan sebelum beliau ditangkap, beliau pernah mengatakan "Satu Anwar Hilang, Beribu Yang Akan Muncul". Di hadapan ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau di Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka beliau telah memberikan ucapan berapi dan laungan reformasi, Suara Rakyat Suara Keramat telah menjadi satu laungan legenda sepanjang zaman.

Sekarang obor perjuangan rakyat itu telah diambil oleh Nizar. Beliau dipaksa letak jawatan oleh Sultan Azlan Shah yang dipengaruhi oleh Najib Abdul Razak (Ingat 5/2/2009). Beliau jatuh dan rakyat angkat beliau kembali. Beliau dianggap hero oleh rakyat khasnya rakyat Perak. Puluhan ribu rakyat bersorak dan mengangkat beliau dan beliau dengan begitu semangat mengatakan beliau tidak akan berhenti dari berjuang dan NAJIB akan BERKUBUR DI PERAK!!!

Hari ini beliau akan bersolat di Masjid Ubudiah. Teringat ketika waktu mula - mula Anwar dipecat, Masjid Abu Bakar di Bukit Damansara menjadi tempat beliau mula - mula menggerakkan kuasa rakyat. YB Nizar, gunakan peluang ini untuk menggerakkan rakyat Perak. Menjelajahlah satu negeri Perak dengan ucapan keras, berapi dan bersemangat. Kemudian jelajah satu Malaysia dan kemudian kembali semula ke Ipoh. Di sana pasti ratusan ribu rakyat akan berhimpun menuntut agar pilihanraya negeri diadakan semula

Nizar, pergilah berjuang. Panglima Nizar!! Anak - anak muda Perak dan Malaysia sedang menanti anda. Gelombang REFORMASI ketiga sudah tiba!!!

Rabu, 4 Februari 2009

Perak : Pilihanraya Semula

Aku tak boleh kalau tak cakap pasal politik ni..sorry la sapa yang konon cerdik sangat tu..aku memang suka politik..ok??

Perak sekarang sedang melalui satu kemelut politik yang teruk. Sejak dari bulan Mac hingga sekarang. Kemelut yang mereka tempuhi teramatlah dahsyat dan inilah yang harus dibayar oleh rakyat Perak kerana mahukan KEBENARAN.

Bagi aku senang je..MB Perak tolong nasihatkan Sultan agar isytiharkan pilihanraya mengejut (Snap Election) dengan segera.

Ramai juga yang berfikiran sedemikian rupa contoh sahabat aku ini iaitu Amin, dia juga berfikiran sedemikian rupa. Pakatan Rakyat kalau kome semua nak perintah lagi..apa tunggu lagi yeop..