Saya menyeru kepada semua kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat agar menyegerakan pilihanraya tempatan supaya rakyat di negeri masing - masing dapat memilih ahli majlis tempatan di kawasan masing - masing.
Saya sebagai rakyat yang duduk di negeri Selangor apabila melihat situasi yang berlaku di negeri Pulau Pinang berasa terpanggil untuk mendesak semua kerajaan negeri agar segera melaksanakannya. Sedih, jijik dan mual dengan melihat aksi - aksi keanak - anakkan oleh mereka yang terlibat. Lihatlah dan nilaikannya sendiri.
Kepada Ketua Menteri dan Menteri - menteri Besar Pakatan Rakyat, segerakanlah pilihanraya untuk majlis tempatan ini. Benar kelicinan pemilihan ahli majlis tempatan berlaku di Kelantan. Tapi kita harus ingat. Bumi Kelantan berbeza dengan negeri - negeri yang baru sahaja diperintah oleh Pakatan Rakyat. Rakyat di negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, dan Perak (yang bakal dirampas kembali) adalah negeri yang sekian lama diperintah oleh regim Zionis BN. Otak karat biru dan budaya kerja Zionis Umno masih melekat di dalam fikiran ahli - ahli majlis yang baru bersalin kulitnya dari Umno kepada Pakatan Rakyat mahupun rakyat. Kelantan mempunyai sejarah politik yang cukup menarik. PAS pernah memerintahnya dahulu. Tapi di negeri - negeri yang baru diperintah ini sudah pasti pilihanraya tempatan teramat perlu.
Saya merayu, biarlah rakyat diutamakan. Kuota semua itu perlu ketika kerusi ahli majlis tempatan itu bakal dipertandingkan bukannya secara lantikan. Peristiwa yang berlaku di Pulau Pinang harus dijadikan iktibar. Ingat kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat. Rakyat sedang melihat kamu semua. Ambil iktibar di Terengganu. Hanya sepenggal memerintah.
Semua Presiden parti harus menggesa Ketua Menteri dan Menteri Besar mereka segera melaksanakan pilihanraya majlis tempatan. Biar rakyat tentukan. Saya anak muda atau tidak rasminya mewakili anak muda Malaysia mahu melihat Pakatan Rakyat berjaya. Suara anak muda jangan diperkecilkan. Suara kami tidak pernah berubah sejak tahun 1998 hinggalah pilihanraya kecil Penanti. Bukit Gantang suara anak muda di peti 3 dan 4 tidak berubah. Sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat. Bagi anak muda, Pakatan Rakyat pembela rakyat. Bila cadangan untuk menyegerakan pilihanraya tempatan merupakan suara anak muda yang mahu Pakatan Rakyat terus sukses dan berjaya.
Patrolling Japan’s Expressways In A Porsche 912 Police Car
7 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.