Sekarang, peperangan epik akan berlaku di Manik Urai. Peperangan antara dua gergasi lama didalam alam politik Malaysia akan tercetus sedikit masa lagi. PAS telah berjaya mengalahkan Umno sebanyak dua kali di dalam pilihanraya kecil baru - baru ini. Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. Tahun ini merupakan tahun malang buat musuh tradisinya iaitu Umno.
Peperangan epik yang sememangnya di tunggu - tunggu oleh semua orang. Umno yakin akan merampas kerusi ini daripada PAS. PAS yakin kerusi ini akan dikekalkan kerana kerusi ini telah lama dipertahankan hatta ketika PAS dalam keadaan lemah pada tahun 2004. Siapa yang bakal berjaya. PAS sememangnya menunggu saat ini untuk membelasah Umno di Manik Urai. PAS sememangnya bakal menggunakan senjata - senjata yang berat untuk menghapuskan Umno di Manik Urai. Jeneral perang PAS di Perak telah dicederakan dengan begitu teruk. Nizar (MB Perak) telah dicederakan oleh Umno. Askar - askar PAS sememangnya menunggu saat ini. Umno boleh saja menurunkan gangster - gangster keparat yang tidak punya otak untuk tolong membantu jentera mereka. Tapi apalah sangat jika mahu dibandingkan dengan semangat berkobar - kobar oleh askar - askar PAS yang sedang menunggu mereka di Manik Urai.

Ayuh rakyat Kelantan, ayuh Rakyat Malaysia. Manik Urai sedang menunggu kalian semua. Bumi Manik Urai, kami datang!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.