Tahun 2009, PAS sudah semakin kuat dengan bantuan rakan - rakannya dari Pakatan Rakyat. Sudah pastinya Manik Urai akan dipertahankan habis - habisan. Umno akan menggunakan peluang ini mencari balik semangat yang telah hilang oleh mereka. Dari Permatang Pauh ke Penanti, semuanya gagal buat mereka. Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang sekarang dalam keadaan bahaya dengan kes rasuahnya, telah memulakan kempennya dengan menggerakkan jentera pemudanya yang baru. Pemuda Umno kali ini saya jamin, tidak akan berani garang dan berlagak samseng bodoh di Manik Urai. Bagi pemuda Pakatan, turunnya Khairy adalah satu rahmat. Setiap kata - katanya, sudah pasti mengundang bahaya buat Bn. Hasilnya, Bn Kalah!!
Jentera Pakatan Rakyat waktu inilah digunakan peluang yang ada untuk mempereratkan perpaduan di kalangan kalian semua. Perpaduan inilah yang harus dihargai. PAS harus menghargai keADILan dan DAP. Begitu juga kedua parti tersebut. Buktikan kepada pengundi atas pagar di sana dan juga di Malaysia, keretakan yang berlaku dahulu akibat isu kerajaan perpaduan dahulu sebenarnya tidak wujud. Tunjukkan kepada pengundi Manik Urai, inilah kerajaan perpaduan yang sebenarnya.

Jadi sebagai anak muda yang senantiasa menyokong arus perubahan, mahu Manik Urai menjadi sekolah untuk mengeratkan kerjasama antara 3 parti utama ini. Manik Urai ini bakal menjadi satu medan dimana jika Pakatan Rakyat berjaya pertahankannya InsyaAllah, hatta tentera pun tidak dapat memusnahkannya....
HIDUP RAKYAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.