Kekuatan dan pengaruh anak muda tidak harus dipandang enteng. Walaupun seringkali dianggap kelompok pengacau, anak - anak yang nakal, kaum perosak dan sebagainya oleh orang yang lebih berusia daripada mereka. Ya, benar! Kami memang satu kelompok masyarakat yang sering membuat bising dan kecoh. Kenapa kami berbuat sedemikian rupa? Kerana jika berlaku suatu kepincangan, ketidakadilan, kezaliman dan yang sewaktu dengannya, selalunya anak mudalah yang akan menegurnya secara lantang. Suara anak mudalah yang akan menjerit - jerit sehingga mereka yang ditegur tersedar dari lamunan mimpi. Suara anak mudalah yang menyebabkan si jahat yang selama ini bernaung dibawah nama pemimpin terkejut bangun.
Ya, suara anak muda bakal menahan gelombang fitnah yang bakal menimpa di bumi Manik Urai. Terbaru suara pemuda upahan Umno telah membuat fitnah dan cuba membuat satu isu gempar terhadap TG Nik Aziz. Isu yang kononnya mampu membuatkan pengundi - pengundi atas pagar beralih arus. Jika anak muda yang berada disetiap genap bumi Malaysia ini bersatu, percayalah fitnah jahat ini akan terkubur.
Lihat sahaja di Permatang Pauh, kerana anak muda yang bersatu teguh tidak kira mat rempitnya, mat keretanya, mat skema, mat segala macam mat mampu duduk bersama, fitnah jahat terhadap DSAI hilang dan lenyap sama sekali. Percubaan pemuda upahan Umno untuk memasang banner fitnah tumpas kerana ketangkasan anak - anak muda Malaysia menggagalkan cubaan tersebut. Poster - poster berunsurkan perkauman dibuang hasil gerakan bersepadu anak - anak muda Malaysia.
Ini tidak bererti anak - anak muda Malaysia menjadi askar Pakatan Rakyat yang taat setia. Anak - anak muda Malaysia sudah cerdik menilai yang mana satu permata dan yang mana satu kaca. Kami tidak mudah diperkotak - katikkan. Kami tahu yang mana satu yang patut kami ikut. Manik Urai kami yakin Pakatan Rakyat di pihak yang benar. Kami akan berjuang memastikan kemenangan buat Pakatan Rakyat.
Sebab itu kenapa artikel kali ini menyeru anak - anak muda Malaysia agar turun beramai - ramai dan bersatu - padu untuk menahan gelombang fitnah jahat dari puak - puak Zionis BN. Jika anak - anak muda tidak bersatu untuk menahan gelombang fitnah jahat ini dimana ianya baru bermula, maka Manik Urai akan menjadi medan melemparkan fitnah yang maha dahsyat....
Project 964: The RWB Transformation
23 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.