Selasa, 2 Jun 2009

Itulah Sebabnya Kena Cari Kontraktor Yang Jujur






Dah memang menjadi amalan kerajaan Malaysia. Aku berani cakap. Kontraktor yang buat pembinaan ini mesti bermasalah. Kenapa aku cakap dah jadi amalan kerajaan Malaysia. Sebagai contoh Ini buktinya :

Sebuah konsortium yang diketuai syarikat Jepun hari ini diberikan kontrak besar RM1.3 bilion bagi membina saluran paip air bawah tanah dari Pahang ke Selangor. Kontrak itu ditandatangani di Putrajaya antara kerajaan persekutuan dengan Shimizu Corp sebagai syarikat utama, Nishimatsu Construction Co dan dua syarikat tempatan UEM Builder dan IJM Corp.

Kontrak ini boleh menjadi kontroversi baru apabila Nishimatsu kini sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah di Jepun dan beberapa tahun lalu dituduh cuai dalam satu projek pembinaan di Singapura.Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin Fah Kui bagaimanapun berkata imej negatif syarikat tersebut tidak menjadi masalah selagi ia mampu menyiapkan projeknya seperti ditenderkan.

Chin bercakap demikian dalam satu sidang akhbar majlis tandatangan tersebut. Wakil keempat-empat syarikat tersebut tidak hadir.

Sumber : Malaysiakini

Bagi kerajaan Barisan Nasional, yang penting siap. Kesan yang bakal terjadi selepas pembinaan, nombor dua...haaaa Undilah Lagi!!!!

5 ulasan:

  1. Kontraktor jujur tu sama dengan mekanik jujur. Rare species. Dari kontraktor kecik sampeile yang besor. Top in the list yang tidak jujur ialah mereka yang dapat projek kerana kroni. Kontraktor dan mekanik jangan marah ye. Kot mike dari kalangan yang jujur Yong doakan murahkan rezeki. Ingat buku akaun mike Allah yang pegang ye.

    BalasPadam
  2. Nak cari kontraktor jujur punya payah..nak cari mekanik jujur pon sama..kes ni semua kebuloq nak kaya cepat..

    Terima kasih kerana singgah ke blog saya nie..

    BalasPadam
  3. hahah ini taktik beb..

    bina, runtuh, bina lagi, runtuh lagi..haha

    BalasPadam
  4. Bina, runtuh.. bina lagi, runtuh lagi..haha

    BalasPadam
  5. tu la pasal...gua takut pembinaan Pahang - Selangor Water Transfer tu..mau setahun lepas tu bocor paip tu..aduhhh

    anyway terima kasih

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.