KUALA LUMPUR, June 1 – The race is on for the Najib administration to have a bigger footprint in the one space where it has not been able to dominate or influence discourse – the Internet.
Sumber : TheMalaysianInsider
-------------------------------------------------------------
Jika saudara - saudari membaca keluhan dari BN, mereka akui mereka gagal menguasai media alternatif iaitu Internet. Apa puncanya?
Puncanya senang sahaja. Wujudlah puluhan ribu blogger pro-BN namun anak - anak muda tetap memandang sepi dengan isu yang dibawa oleh blogger - blogger BN. Blogger - blogger BN bagi anak - anak muda Malaysia dianggap sebagai penyambung berita dan isu - isu yang ada di media perdana. Blogger - blogger BN harus terima hakikat ini. Pakatan Rakyat tidak mempunyai akses untuk memasuki berita dari media perdana. Dari RTM hingga ke Bernama. Kebanyakkan berita yang masuk hanyalah bersifat tuduhan kepada Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia bukannya bodoh mahu menerima bulat - bulat cerita dan berita yang keluar dari media perdana yang terang - terang berpihak kepada BN. Mereka mengkaji dan menganalisa setiap berita itu dengan membuat perbandingan dengan ulasan dan berita yang ada di dalam alam internet ini.
Blogger BN harus faham, media perdana yang wujud di Malaysia ini jarang sekali memberi liputan meluas aktiviti kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Media perdana jarang sekali mendapatkan penjelasan terhadap sesuatu isu daripada para pimpinan Pakatan Rakyat. Sehingga menimbulkan tanda tanya kepada rakyat Malaysia apakah benar perkara ini dilakukan oleh Pakatan Rakyat? Ini menyebabkan mereka mula mencari sumber berita yang lain.
Nasihat saya kepada blogger BN. Hentikan usaha anda. Blog - blog anda tidak akan memberi impak yang jelas kepada anak - anak muda dan rakyat Malaysia. Ya blog - blog anda semua menerima kunjungan pembaca mencecah puluhan ribu pembaca tapi adakah anda semua berjaya mempengaruhi mereka? Tidak....usaha anda gagal...gagal sama sekali.
Usaha anda hanya berjaya jika media tidak berat sebelah maka barulah blog - blog anda mungkin memberikan sedikit impak. Buat masa sekarang...GAGAL!!!!
Reimagining The Devil Z: A Datsun 240Z Restomod Tribute
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.