Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BN. Papar semua catatan

Isnin, 27 Disember 2010

1Malaysia Gagal

1Malaysia walaupun niatnya baik tapi bagi kesemua rakyat Malaysia merasakan ianya projek yang gagal sama sekali. Jutaan telah dilaburkan, namun hasilnya tetap busuk. Walaupun pelbagai iklan telah dikeluarkan, namun rakyat Malaysia tetap tidak menerima konsep ini yang tidak jelas hala tujunya.

Rakyat Malaysia sekarang mentaliti mereka bukan seperti mentaliti kuno Perkasa dan rakan - rakannya. Mereka boleh menerima sahabat - sahabat mereka yang terdiri daripada bangsa bukan Melayu. Tapi mereka menolak 1Malaysia bukan kerana semata - mata isu politik. Semuanya kerana kebebalan Najib yang menaikkan harga barang secara mendadak. Mereka atau kita semakin tersepit semuanya kerana kenaikan harga barang. RM10.00 tidak bermakna pada hari ini. Gaji tidak naikkan. Semuanya menyesakkan otak kita.

1Malaysia tidak bermakna jika kita yang dipaksa menerima kesan kenaikkan harga minyak, barang, dan keperluan lain. Pak - pak menteri, Perdana Menteri, Rosmah dan lain - lain yang mendapat subsidi tidak akan dan mustahil untuk merasai kesusahan rakyat. Mereka cukup pandai berbicara Rakyat Didahulukan. Tapi sekarang rakyat berkata dalam diri mereka sendiri, apakah yang didahulukan. Poket kitakah? Kita sekarang ditipu bulat - bulat. Najib dan Rosmah membodohkan kita. Apakah kita mahu menjadi bodoh?

Kita tidak bodoh. Kita pasti akan menghumban BN. Semuanya kerana idea 1Malaysia yang telah gagal sama sekali. Dari ugutan otak kuno PERKASA hinggalah pemuda Umno yang kuno, semuanya telah menggagalkan 1Malaysia. Ugutan yang berbaur perkauman. Ugutan dengan menggunakan agama suci Islam (namun segala tindak - tanduk mereka tidak mewakili Islam). Apakah ini bererti 1Malaysia itu berjaya? Tidak.

1Malaysia sekarang sudah dipandang sinis. 1Malaysia terpaksa dibebankan dengan kenaikan harga barang demi memuaskan nafsu Rosmah. Demi memuaskan nafsu serakah pemimpin Umno yang membolot projek sebanyak mungkin dengan harga yang tidak masuk akal. Apabila keborosan nafsu syaitan oleh Rosmah dan pemimpin Umno, maka ini melenyapkan terus nilai positif 1Malaysia. 1Malaysia gagal dan busuk di mata rakyat. Dalam dunia ini jika menyusahkan rakyat, pasti akan mendatangkan penentangan.

Penentangan ini semakin membara. 1Malaysia semakin dibenci oleh rakyat. 1Malaysia semakin dianggap menyusahkan rakyat. 1Malaysia semakin dianggap oleh rakyat sebagai alat untuk menyusahkan rakyat. Alat untuk menaikkan harga barang, alat untuk menaikkan harga minyak.

Tahun 2011 merupakan tahun yang bakal menimbulkan aksi penentangan yang ketara. Semuanya kerana rakyat pasti harga pasti akan melambung naik. Dari peralatan sekolah hinggalah soal makan minum di rumah. Semuanya naik sedangkan gaji tidak naik - naik. Gaji naik RM10.00, harga barang naik 2 kali ganda. Tertekan. Apa tanggungjawap kita? Mahu jadi bodoh atau cerdik?

Ubah sebelum parah...

TOLAK BN!!

Selasa, 21 Disember 2010

Menyepak Keluar BN Dari Putrajaya

Saban hari kita semakin terhimpit dengan kenaikkan harga barang. Kita dipaksa untuk membeli harga barang yang adakalanya menyebabkan kita terpaksa mengikat perut agar kita terlepas untuk makan malam. Bayangkan pula jika yang sudah berkahwin dan mempunyai anak?

Kita dijanjikan dengan pelbagai janji oleh BN khasnya Najib dan Rosmah. Bangunan tinggi sana - sini. Kemudahan awam yang bersifat nombor satu dunia. Semuanya hebat dan terhebat di dalam dunia. Tapi percayakah kita semua? Dahulu Pak Lah menjanjikan koridor sana - sini. Namun dalam menjanjikan koridor sana - sini kita masih dihimpit dengan wang didalam saku cepat habis. Harga barang melambung naik. Walaupun Pak Lah sanggup mencemar duli pergi ke negeri Kelantan dengan menjanjikan pembangunan yang maha dahsyat, namun dengan kesempitan wang semuanya dilihat tidak berguna.

Sekarang janji manis yang terlalu manis oleh Najib dan Rosmah dilakukan semula. Janji - janji seperti Pak Lah dikitar - semula oleh Najib dan Rosmah. Bangunan 100-tingkat, pembangunan ekonomi yang mantap dan hebat dan macam - macam lagi. Tapi Najib dan Rosmah tetap tidak mampu menaikkan taraf kehidupan rakyat. Kita dipaksa membayar harga mahal kerana hasil pembelanjaan mewah oleh BN. Kita sudah tidak punya wang. Negara sudah tidak punya wang. Maka rakyatlah menjadi mangsa. Kita rakyat dipaksa menambahkan duit negara dengan dipaksa membayar harga barang yang melampau tinggi akibat dari pembelanjaan boros oleh pemimpin BN!

Apa tugas kita jika tidak terus mahu dipermainkan sebegini rupa. Sudah lama kita dipermainkan. Kita dipaksa menjadi bodoh dengan menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin BN. Apakah kita mahu terus menjadi bodoh dan tuli? Apakah terus mahu dipermainkan seperti manusia yang tidak punya otak? Kita cerdik dan kita harus buktikan. Berikan satu signal jelas kepada mereka, bahawa kita sudah menyampah dengan gaya mereka memperbodohkan kita. Kita bakal menghumban mereka. Kita bakal mentalkinkan mereka. Rakyat Malaysia harus memastikan BN karam dan disepak keluar dari Putrajaya.

Sudah tidak ada gunanya jika kita terus memberi peluang BN memerintah negara ini hatta negeri sekali pun. Kita sudah melihat contoh terbaik dari Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Semuanya telah menikmati pemberian demi pemberian oleh kerajaan negeri. Sepanjang BN memerintah apa yang kita dapat? Masanya sudah tiba kita menghumbankan BN ke Laut China Selatan. Harus dan wajib!!

Khamis, 16 Disember 2010

Rakyat VS. BN

Kita rakyat harus bangkit menentang Umno dan Barisan Nasional. Pertempuran kita menentang BN sudah sampai tahap menentang Umno dan Barisan Nasional umpama menentang tentera Yahudi Israel.

Tiada yang lebih kejam di dunia ini jika hendak dibandingkan dengan tentera Yahudi Israel. Umno dan BN kekejaman mereka sudah sampai ketahap itu. Kita sekarang sudah dihalang dari bersuara. Kita dihalang dari mendapat keistimewaan dikecapi khasnya rakyat Selangor contohnya air. Kita dihalang dari mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. Kita dihalang dari mendapat cerita dari sebelah pihak. Kita dipaksa menerima saja arahan dari Barisan Nasional.

Bukankah itu tindakan Yahudi Israel. Melarang rakyat Palestin mendapat makanan hanya kerana menyokong Hamas. Bukankah itu tindakan Yahudi Israel dengan menghalang rakyat Palestin mendengar ucapan pemimpin Hamas. Bukankah itu tindakan Yahudi Israel yang menghalang wartawan daripada mendapat cerita sebenar. Umno dan Barisan Nasional sama sahaja dengan Yahudi Israel. Sedikit pun tiada berbeza.

Kita sekarang sama sahaja dengan rakyat Palestin. Tiada punya apa - apa untuk pertahankan hak kita. Semuanya dihalang. Kita dipaksa menerima harga barang mahal. Sama juga dengan rakyat Palestin akibat tindakan Yahudi Israel menyekat bantuan. Umno dan BN menarik subsidi. Rakyat Palestin yang mengundi Hamas ditekan dan disiksa. Rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat dihalang dan disiksa. Sama sahaja dengan Yahudi Israel.

Tapi rakyat Palestin tahu pilihanraya bukanlah segala - galanya. Mereka bangkit melawan. Lawan semahu - mahunya. Mereka membenci Yahudi Israel semahu - mahunya. Ini kerana Yahudi Israel menghalang mereka dari bergerak dan berfikir secara bebas. Mereka dijajah baik tanah lahir mereka hinggalah hak asasi mereka. Mereka melawan dengan perasaan yang tidak gentar dengan ancaman polis dan muntahan peluru.

Kita harus melawan BN begitu juga. Biarkan mereka menyemburkan air asid kepada kita. Biarkan mereka membaling gas pemedih mata. Namun untuk berundur tidak sama sekali. Kita harus menolak BN. Sekarang BN sudah melakukan satu lagi kezaliman dengan menggantung Anwar Ibrahim hanya kerana mereka tidak mampu menjawap isu APCO. Mereka menggantung Ahli Parlimen lain untuk memastikan BN mendapat 2/3 majoriti agar senang mereka membuat penipuan pada pilihanraya kelak dengan membuat persempadanan baru kawasan - kawasan parlimen.

Jahat, kejam, Yahudi dan licik sungguh BN. Rakyat harus bangkit. Ini bukan soal Pakatan Rakyat melawan BN. Ini soal rakyat melawan BN. Kita harus kembalikan hak - hak yang bagus kepada tempat sewajarnya. Sudah tiba masanya kita bangun dan bangkit. Sudah lama BN membuat khianat kepada kita.

Bangun dan lawan. BN sama saja dengan Yahudi Israel.

Undi BN Satu Bencana

Kita sering merungut apabila harga minyak naik. Marah - marah. Kita merungut semahu - mahunya bila Najib dan Rosmah menaikkan harga barang sesuka hati. Kita marah apabila barang keperluan asasi subsidinya ditarik. Namun apabila tiba masa mengundi, anda semua mengundi BN. Apabila tiba masanya ada yang tak pergi mengundi. Apabila tiba masanya anda mula terpengaruh dengan dakyah Ketuanan Melayu.

Adakalanya saya tergelak melihat mereka yang marah - marah itu apabila tiba masanya semuanya taat mengundi kembali BN. Tapi bila harga barang naik dengan segera kemarahan itu meluap - luap naik. Habis semua pemimpin BN dihamunnya. Tiada yang satu pun baik dari pemimpin BN. Semuanya dikeji habis. Tapi macam biasa, bila tiba pilihanraya undi kembali BN. Termakan, terhasut dan mudah sangat untuk dihasuti dengan janji - janji palsu BN. Terpedaya dengan janji bahawa harga barang akan turun, hak melayu terpelihara, Kampung A akan jadi macam Kuala Lumpur dan sebagainya. Tapi setelah 50 tahun, harga barang terus naik, orang Melayu semakin hilang tanahnya, kuasa raja dirampas, Kampung A terus mundur habis kuat talian internet dimasukkan.

Baiklah, kita taat kepada pemerintah. Selama 50 tahun kita taat. Tidak pernah berubah undi kita kepada mereka. Namun sedarkah kita mereka dalam diam - diam mengkhianati kita. Mengkhianati ketaatan kita kepada mereka. Lihat saja mereka dengan tenang merampas hak raja - raja Melayu. Kita mengharapkan mempertahankan kuasa raja. Tapi mereka pula yang merampasnya. Kita mengharapkan mereka menyenangkan hidup kita. Tapi sekarang Najib dan Rosmah mula menyusahkan kita dengan kenaikkan harga barang yang melampau.

Apakah ini bentuk bencana yang kita sedang hadapi. BN diberikan amanah namun BN jugalah yang mengkhianatinya. Ini merupakan satu bencana. Kita ditimpa bencana. Kenapa kita harus disiksa sebegini kejam. Kenapa mereka iaitu BN mengkhianati ketaatan kita. Apakah kita ini tidak bernilai disisi mata mereka? Nampak sangat kita ini hanya penting ketika pilihanraya saja. Sudah mendapat kuasa kita dilayan seperti sampah. Begitu hina kita dimata mereka.

Kita harus bertanya pada diri kita. Adilkah BN memperlakukan kita sebegitu rupa. Apakah kita mahu terus dilayan sebegini rupa. Apakah kita mahu bencana harga barang naik terus menimpa kita. Apakah kita mahu bencana tanah rizab Melayu dirampas oleh BN lagi. Kita harus menolak bencana ini dengan menyatakan pada diri kita sendiri. Undi BN bawa Bencana.

Selasa, 23 November 2010

Mampukah BN Ditumbangkan?

Kita sering diajukan persoalan tersebut. Adakalanya kita memberi jawapan yang enak - enak dan lunak untuk didengar. Kita memaksa diri kita dibuai mimpi yang indah dengan mengimpikan kemenangan yang hebat dan berjayanya Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya. Bila difikirkan balik sedapnya angan - angan itu tiada tandingnya.

Tapi pernahkah kita berfikir secara mendalam apakah mampu Bn ditumbangkan? Dengan kaedah apa yang kita harus lakukan untuk membenam Bn. Apakah cukup sekadar dengan ceramah perdana, tulisan - tulisan pedas dan kritis dari blogger - blogger terhadap Umno dan Barisan Nasional? Apakah kita sudah memastikan Harakah dan Roket sampai ke tangan orang kampung?

Jika ditanya kepada saya, jawapannya TIDAK! Tidak sama sekali. Jangan mimpi jika mengikut logik akal Bn dapat ditumbangkan. Perjalanan kearah kemenangan secara total masih terlalu jauh. Kita mungkin menang bergaya di Semenanjung tapi di Kepulauan Borneo iaitu Sarawak dan Sabah masih lagi menjadi taruhan sejati buat Bn. Kawasan tersebut kawasan tabung keselamatan undi Bn. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri secara jujur dan ikhlas. Jika Sarawak dan Sabah terus - menerus menjadi kawasan paling selamat buat Bn apakah mampu kita melihat Pakatan Rakyat menggantikan Bn?

Ada juga mengeluarkan idea, BN tidak kuat tapi Pakatan Rakyat yang bodoh. Bodoh kerana diri - sendiri bercakaran. Saya malas mahu mengulas apa yang berlaku kepada Parti Keadilan Rakyat. Saya mengharapkan lepas sahaja perhimpunan Agung mereka semuanya tamat. Saya bukan ahli parti. Ikutkan jika Bn itu adil dan SPR itu adil sudah lama saya menghumban keluar Pakatan Rakyat khasnya wakil - wakil rakyat PKR. Tapi atas dasar mahu menamatkan keangkuhan pemimpin Umno buat sementara waktu saya tekadkan hati juga untuk terus menyokong Pakatan Rakyat. Ketika PKR sedang bergolak, media Umno dengan senang hati memainkan isu tersebut. Setiap hari, tanpa penat. Bohong kalau tiada rakyat Malaysia yang termakan dengan dakyah tersebut. Imej PKR semakin busuk kerana percakaran yang mereka lalui sekarang ini. Sekarang langkah untuk memulihkannya berada ditangan Anwar Bin Ibrahim. Jika berjaya dia menghimpunkan kembali ratusan ribu anak muda maka selagi itulah Bn akan gagal merampas negeri - negeri yang sedang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Kekuatan utama Pakatan Rakyat adalah anak muda. Baik sebahagiannya besarnya dari orang Islam dan Melayu hinggalah ke Cina dan India. Jika pemimpin utama tidak menunjukkan minat mereka kepada anak muda maka jangan harap parti tersebut akan berkembang. PAS beruntung kerana TG Nik Aziz dilihat garang dan tegas. Cukup untuk menimbulkan rasa hormat dan dokongan penuh daripada anak muda. Jangan terkejut sekarang populariti Menteri Besar Kedah dikalangan anak muda melonjak naik. Kesannya kerana media perdana memutarkan bibit - bibit beliau memarahi media. Ya, akan ada yang kata itu tindakan tidak wajar. Tapi buat anak muda Kedah ianya sudah cukup menimbulkan rasa hormat dan sokongan penuh kerana beliau menunjukkan sifat penentangan yang kuat. Mungkin ada yang tidak percaya, silalah pergi ke Kedah dan soal anak - anak muda yang berada di sana. Jika keadaan terus - menerus sebegini maka PAS di sesetengah negeri berada di dalam keadaan yang cukup selesa. Bagaimana PKR?

Sengaja tidak mahu menyentuh DAP kerana parti tersebut sememangnya mendapat sokongan kuat daripada anak muda Cina dan India. Saya hanya khuatirkan pada PKR. Parti yang asalnya menjadi harapan anak muda dan menjadi kebanggaan anak muda untuk membawa benderanya kemana sahaja. Jika Anwar Ibrahim atau siapa sahaja yang berada dalam parti tersebut gagal menjadi ikon untuk anak muda. Maka siap - sedia untuk menghadapi kemerosotan undi dari anak muda.

Jadi dengan penulisan yang panjang lebar. Cuba kita renung sejenak khasnya PAKATAN RAKYAT. Mampukah kita semua menumbangkan Bn?

Khamis, 27 Mei 2010

Padan Muka Kita

Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini. Seterusnya

_____________________________________________

Sokonglah lagi BN. Jangan sedih wahai pentotok Umno dan BN. Jangan merungut. Jangan kita mengeluh kalau dalam poket duit kita tinggal sedikit sahaja.

Kita patut berbangga dengan hasil kita yang telah taat mengundi Umno terutamanya orang Melayu yang terpengaruh dengan ketuanan Melayu dan keagungan Sultan sedangkan mereka ini hanya ada di Istana. Tidak pernah merasai perit kesusahan kita.

Yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana.

Pilihanraya tahun lepas aku beri undi aku pada Pakatan Rakyat. Aku tidak akan teragak - agak untuk memberi undi aku kepada mereka sekali lagi pada PRU yang akan datang. Undi BN bermakna segala macam barang akan naik.

Isnin, 26 April 2010

Najib, Jangan Berseronok Lagi

Apa pun tahniah kepada Bn kerana telah berjaya menipu Melayu dan sekali gus memenangi PRK Hulu Selangor. Tapi satu persoalan yang harus ditanya kepada diri mereka sendiri. Cukupkah kemenangan dengan majoriti 1,000 lebih sahaja. Sedangkan beratus juta telah dirasuahkan kepada pengundi - pengundi di kawasan Hulu Selangor namun hasilnya amat menyedihkan.

Bn harus sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum cukup gagah. Mereka masih tidak mampu menahan amarah gelombang anak muda Malaysia. Mereka tidak boleh menipu diri mereka sendiri bahawa semua anak muda dan mereka yang berada di kawasan bandar telah menolak mereka secara total. Menolak mereka kerana mereka bukan lagi menjadi pilihan untuk menjadi pemerintah yang melindungi rakyat.

Apakah dengan kemenangan yang diperolehi semalam sudah cukup membuatkan Bn kuat semula? Bn terpaksa mengerahkan semua jentera, kementerian, media, ratusan juta ringgit dan menipu bersama - sama dengan SPR barulah mereka mampu menang. Satu kerusi, Bn terpaksa berhempas - pulas untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang serba tempang. Apakah para pimpinan BN mampu tersenyum puas? Apakah para pemimpin BN mampu tidur lena dengan kemenangan yang tidak seberapa ini?

Mereka harus sedar, Pilihanraya Umum bakal tiba. Mereka sedar sebenarnya mereka tidak mampu menahan gelombang amarah rakyat. Najib kata ianya satu referundum, ya memang referundum untuk mengukur kekuatan Bn yang sebenarnya. Dengan kemenangan yang sedikit ini, Najib pasti dan sememangnya pasti telah mendapat satu signal jelas bahawa mereka yang berada di bandar masih bencikan Bn.

Peristiwa Ijok jika diizinkan pasti akan berlaku kembali. Mereka menang dengan majoriti seribu namun kita rampas kembali dengan bergaya dan menawan Selangor. Ini sememangnya menakutkan Bn. Orang bandar, anak muda tak kira apa bangsa dan agama sebulat suara menolak Umno dan Bn. PRU masih lagi jalan berliku buat Umno dan Bn. Jangan sesiapa pun baik dari Umno, MIC, MCA menafikannya. Jalan yang berduri dan merbahaya sedang menunggu mereka.

Kemenangan yang mereka kecapi sebenarnya pahit untuk ditelan. PR walaupun kalah namun sebenarnya sedang tersenyum lebar. PRU yang akan datang menjanjikan satu keputusan yang sama dan mungkin lebih kepada Pakatan Rakyat. Kenapa Pakatan Rakyat tersenyum lebar? Kerana mereka sedar kemampuan mereka untuk menandingi gelombang jentera Bn dalam satu - satu P.Kecil teramatlah susah. Namun jika PRU diisytiharkan, maka jentera BN yang datang berbondong - bondong datang ke sesuatu kawasan akan berselerakan ke serata negara dan ini akan melemahkan jentera mereka. Duit yang beratus - ratus juta ditaburkan terpaksa dibahagikan ke serata negara. Maka Pakatan Rakyat mempunyai harapan.

Namun Bn masih tetap ada talian hayat iaitu SPR. SPR sebagai barua tetap Bn akan tetap memastikan BN menang pilihanraya nanti. WAJIB untuk kita terus menyerang SPR semahu - mahunya. Lihat sahaja yang berlaku di Hulu Selangor, beribu pengundi telah dipindah keluar dari kawasan tersebut. Tujuannya hanya satu, MENANGKAN BN. Namun SPR juga tahu kemampuan mereka untuk menipu masih terbatas. Ya mereka berjaya sekali dua, namun sampai bila. Menipu tahun 2004, 2008 terbungkus. Menipu di Hulu Selangor, tidak semestinya dapat menipu satu Selangor.

Jadi tugas Pakatan Rakyat, sudah tiba masanya serangan harus kerap ditujukan kepada kawasan - kawasan kampung. Satu kawasan bandar, 10 kawasan kampung harus diterangkan. Jadikan ianya satu amalan wajib jika mahu menang dengan lebih bergaya.

Tapi satu persoalan yang nak dilemparkan kepada semua. Kalaulah pilihanraya ini mampu menumbangkan BN, sudah pasti pilihanraya ini diharamkan. Sekian.

Khamis, 22 April 2010

Layakkah Kamalanathan Menjadi Pemimpin?

Tinggal beberapa hari sahaja lagi PRK untuk parlimen Hulu Selangor. Tinggal beberapa hari saja lagi pengundi - pengundi di kawasan parlimen tersebut akan memilih siapa yang bakal menjadi ahli Parlimen untuk kawasan tersebut.

Namun sebelum anda semua membuat keputusan untuk memilih, cuba anda semua fikir secara tenang. Sekarang di mata anda ada dua orang yang bakal mewakili suara anda ke Parlimen. Seorang yang bernama Zaid Ibrahim yang mengaku kesalahan beliau yang meminum arak ketika waktu mudanya. Seorang lagi yang bernama Kamalanathan yang menipu anda tentang pendidikan yang diperolehi oleh beliau kononnya yang diperolehi di Edith Cowan University yang berpengkalan di luar negara.

Baik, sekarang cuba kita fikir secara mendalam. Dia telah menipu tentang status pendidikan dia secara terang - terangan. Apakah anda semua pengundi parlimen Hulu Selangor yakin dengan janji - janji yang dia telah war - warkan? Apakah anda semua yakin yang dia Kamalanathan akan menunaikan janji kempen ketika Pilihanraya Kecil Hulu Selangor?

Jika status pendidikan boleh ditipu sudah pasti anda semua juga boleh kena tipu. Orang penipu selalunya hidupnya akan terus menipu. Jika dia menjanjikan pembangunan untuk kawasan Hulu Selangor tanya balik pada diri kita, jika status tahap pendidikan dia boleh tipu adakah setiap janji - janji kempen dia harus kita percaya? Jika dia menjanjikan suara anda semua akan dibawa ke Parlimen, tanya pada diri kita jika status pendidikan dia boleh tipu apakah benar suara kita akan dibawa ke Parlimen? Jika dia menjanjikan masalah - masalah yang wujud di kawasan Parlimen Hulu Selangor akan selesai, tanya pada diri kita jika status pendidikan dia boleh bohong kepada kita, benarkah masalah - masalah yang wujud di kawasan Hulu Selangor akan selesai?

Zaid Ibrahim tidak menipu. Segala kesalahan zaman muda - mudi beliau dengan jujur dia mengaku. Cuba tanya pada diri kita, apakah Zaid Ibrahim ini layak menjadi wakil suara anda ke Parlimen? Dia jujur, sudah pasti suara anda akan kedengaran di Parlimen. Dia jujur, jika dia menjanjikan masalah - masalah yang ada di kawasan anda akan cuba beliau selesaikan bersama dengan Menteri Besar Selangor, sudah pasti dia akan cuba sedaya - upaya untuk menyelesaikannya. Orang jujur pasti akan mengotakan janjinya. Orang jujur tidak sama sekali akan cuba membohong dan menipu anda kalian. Orang jujur tidak sama sekali akan cuba memperbodohkan anda semua.

Fikirlah secara mendalam. Keputusan di tangan anda. Anda penentu untuk kawasan anda sendiri.

Rabu, 14 April 2010

Hulu Selangor : Simbol Penolakan Cengkaman Zionis

Tidak guna kita bertempik melolong membantah kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin. Tidak guna kita memaki hamun pimpinan negara Yahudi Zionis kerana telah membunuh ratusan ribu rakyat Palestin. Tidak guna semuanya itu jika KITA SANGGUP melantik satu syarikat kesemua lembaga pengarahnya merupakan orang kuat pimpinan sebuah negara haram Yahudi Zionis.

Pengundi Hulu Selangor, khasnya orang - orang Melayu di sana. Cuba tanya pada diri sendiri. Mana lebih penting ketuanan Melayu atau Kedaulatan Malaysia. Malaysia merupakan tempat lahir, tempat mencari rezeki dan tempat kita suatu hari nanti akan bersemadi di sini. Bumi Malaysialah lahir yang kita sering terikut dengan laungan Ketuanan Melayu. Namun sekarang bumi inilah sedang dicerobohi dengan oleh Yahudi Zionis melalui syarikat yang bernama APCO. Benar ketika berkempen nanti akan datang Puteri Umno, Pemuda Umno, PERKAKAs Umno dan BN datang mengatakan "Kita hanya melantik tidak bererti kita membenarkan mereka kuasai kita". Tapi makcik - makcik, pakcik - pakcik dan pada semua orang, Yahudi Zionis bukannya bodoh. Untuk menguasai sesebuah negara bukan bererti dengan menjajah secara fizikal atau dalam bahasa yang mudah untuk difahami bukannya dengan mereka melakukan terhadap rakyat Palestin. Cukup dengan kita melantik syarikat mereka, percayalah sekarang ini perisik - perisik kerajaan Yahudi Zionis sedang bertebaran di muka bumi Malaysia tercinta ini. Apa guna kita memberikan undi kepada BN sedangkan mereka sanggup menggadaikan maruah negara.

Pengundi Hulu Selangor cuba buka minda anda. Memberi undi kepada BN bererti kita rela melihat Yahudi Zionis menceroboh kedaulatan negara kita. Memberi undi kepada BN bererti kita REDHA rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Yahudi Zionis. Buangkanlah ego kita selama ini yang taat setia memberi undi kepada BN. Malaysia lebih penting daripada ego kita. Jangan sampai ego kita menggadai maruah negara dan kedaulatan negara kita. Kita sanggup membenarkan kerajaan membayar RM 77 Juta kepada syarikat APCO bererti kita membenarkan tindakan juga para pemegang saham dalam syarikat tersebut yang pernah membunuh ratusan ribu rakyat dan pejuang Palestin.

Pengundi Hulu Selangor anda semua bertanggungjawap kepada semua rakyat Malaysia. Undi anda akan menjadi satu simbol penentangan rancangan jahat Yahudi Zionis terhadap negara kita. Jika undi ini diberikan kepada BN yang rela membayar RM 77 Juta setahun kepada syarikat bangsat ini bererti anda telah menggadaikan masa depan anak - anak Malaysia yang masih kecil. Jika undi ini diberikan BN yang sanggup melacurkan kedaulatan negara ini bererti anda semua sanggup melihat tentera Yahudi Zionis bertebaran di muka bumi Malaysia. Jika undi ini diberikan kepada BN ini bererti anda semua merelakan dan menghalalkan jenayah perang yang dilakukan oleh pengarah - pengarah syarikat APCO ini terhadap rakyat Palestin dan yang paling menakutkan jika undi ini diberikan kepada BN, Malaysia bakal menjadi serangan ganas oleh mereka yang anti Zionis sebagaimana yang berlaku di Indonesia, India, Pakistan, Iraq, Sepanyol dan banyak lagi. Ini kerana mereka ini bersekongkol dengan kekejaman dan kebangsatan Yahudi Zionis. Caranya mereka mengiktiraf dan membuat perniagaan dengan syarikat - syarikat Yahudi Zionis seperti BN melantik APCO.

Pengundi Hulu Selangor, sekarang kuasa ditangan anda. Ini bukan soal Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Ini soal kedaulatan negara. Berikan satu amaran jelas kepada BN, halau segera anasir Yahudi Zionis dari negara kita dengan cara tidak memenangkan calon BN. Kita harus memberi undi kepada mereka yang mendedahkan pakatan jahat antara APCO dan BN. Memberi undi kepada mereka yang berniat baik bererti kita mahu SELAMATKAN MALAYSIA.

Tanam dalam pemikiran kita, Undi BN bermakna mengundi YAHUDI!

Rabu, 17 Mac 2010

Orang Asal Bangkit

Esok (hari ini sepatutnya) masyarakat penduduk asal negara kita ini, akan berhimpun di Putrajaya. Mereka bangkit kerana mempertahankan hak mereka. Tanah yang mereka terokai beribu tahun dahulu sekarang cuba dirampas secara paksa oleh kerajaan Zionis Umno dan Barisan Nasional.

Saya menyeru kepada semua pimpinan politik agar turun bersama - sama mereka di Putrajaya.

Lagu ini saya tujukan sekali lagi khas buat mereka yang sedang dan akan berjuang untuk masyarakat yang tertindas ini.

Sabtu, 16 Januari 2010

Kata Satu Malaysia..Ni Apa Ni?

Selepas beberapa bulan tercetus isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah suci tersebut digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1Malaysia hahaha...ok serius balik.

Mana pergi slogan Satu Malaysia ni. Ini dah kategori dua Malaysia. Yang semenanjung TAK boleh yang kepulauan Borneo boleh pula.

Kasihan orang Islam Semenanjung. Macam akidah kalian semuanya tak kuat. Perlu ada pembelaan sedangkan umat Islam di Sabah dan Sarawak kuat akidah mereka dan tidak perlu ada pembelaan terhadap perkara yang tak menjadi masalah kepada agama mulia ini iaitu agama Islam.

Orang Islam semenanjung disibukkan dengan perkara - perkara kecil sedangkan orang Islam di Sabah dan Sarawak sibuk memperkemaskan dan memperkuatkan akidah mereka.

Kenapa orang Islam semenanjung disibukkan dengan perkara - perkara kecil? Sebab senang Umno nak membohong hangpa. Senang nak ciluk duit hangpa. Bila timbul isu besar hangpa pun senang la kena auta. TAPI TAK SEMUA MACAM ITU LAH....YANG PERANGAI MACAM ITU TOTOK UMNO...

Bn terdesak sekarang..

Di semenanjung kena hentam...di Sarawak dan Sabah risau undi jatuh.

Jadi buatlah polisi yang berbeza...

Lepas ini ada 3 Malaysia pulak....hebat kau Rosmah ehhh silap Najib.

Fikir masak - masak...

LAGI MAU SOKONG UMNO?

Rabu, 13 Januari 2010

Lagi Satu Punca Yang Kita Nak Kena Dah....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 8 Feb ini untuk perbicaraan kes saman syarikat Belgium, Fitraco NV, terhadap Eye
on Malaysia (EOM) Sdn Bhd dan satu lagi syarikat berhubung kegagalan syarikat pengendali roda gergasi itu menjelaskan hutang sebanyak RM17 juta.

Hakim Anantham Kasinather menetapkan tarikh tersebut dalam kamar semasa kes tersebut dipanggil untuk pengurusan hari ini.

Pada 15 Sept, 2009, Fitraco NV, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu, memfailkan saman terhadap EOM dan MST Ad Suria Sdn Bhd selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang itu bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sekarang kita patut tahu kenapa GST (akta cukai tambahan) dikenakan, gula naik, harga minyak naik, khidmat jalur lebar (broadband) nak dinaikkan kadar bayarannya dan bermacam bala lagi kita nak kena.

Sebab kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan Umno dan Bn yang pandai berhutang. Tidak pandai mengurus. Bijak bangunkan bangunan tapi tidak pandai membangunkan ekonomi dan menguruskan ekonomi.

Ya siapa aku untuk bicara soal ekonomi. Tapi kalau macam inilah puncanya kita sebagai rakyat tertekan. Budak kecil tadika lagi pandai uruskan wang.

Bagi aku secara peribadi untuk menarik pelancong tak menjadi isu, tapi kita kenalah pandai membayar apa yang kita pakai dan sewa atau mendapat kembali keuntungan.

Punca ianya jadi begini? Sebab kerajaan Malaysia suka pada budaya sub sana - sini.

Akhirnya elok benda tu harga RM 10.00 dah tak pasal - pasal kena RM 40.00.

Mana kerajaan nak cekau duit? Mana? Mana?

KITALAH RAKYAT!! SEDUT DUIT KITA MACAM HARAM!!

Lagi mau sokong Umno?

Jumaat, 8 Januari 2010

Memang Ular Kepala Dua!!!


Perdana menteri mengarahkan polis untuk meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat, susulan kejadian membakar sebuah gereja di tengah-tengah kontroversi isu 'Allah'.

Sumber : Malaysiakini 8/1/2010

BERITA SEBELUMNYA

Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.

Sumber : Malaysiakini 7/1/2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasinya macam ini...haishh punya nak bagi orang Melayu lain supaya celik

Ada dua watak seorang ayah dan anak.

Ayah : Abu kenapa kau bakar gereja tu

Abu : Laa dah ayah bagi green light macam suruh mengamuk

Ayah : Bila masa aku bagi

Abu : Semalam..ayah bagi green light untuk demo untuk tanda bantahan..saya pon tgk ayah macam ok je..henjut terus la

Ayah : Ye ke?

Abu : Ayah ni macam ular kepada dua....

Paham tak?

Tolonglah faham..

Najib..kau baru je memerintah dah kena hentam teruk...suka kan? Kau mesti suka..

Tu KPI kau hahaha

Depa Mula Dah



Sumber : TheMalaysianInsider
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku tak nak bagi suasana lagi panas.

Tapi ini akan berlaku demo hari ini.

Demo yang direstui oleh Najib...siapa tak kenal Najib. Pencetus huru - hara.

Demo yang direstui oleh Hishamuddin Pondan.

Kita anak muda wajib pergi demo bantah kebiadapan MESIR.

Itu lebih utama.

JUMPA DI TABUNG HAJI LEPAS ITU BERARAK KE KEDUTAAN MESIR.

RIBUAN NYAWA ANAK PALESTIN SEDANG TERANCAM.

Khamis, 7 Januari 2010

TUMBANGKAN KERAJAAN BN!!!!

Saya menyeru kepada semua anak muda Malaysia.

Bersiap - sedialah...jika ada semboyan ditiupkan..kita gempur habis - habisan.

Mereka iaitu BN sudah makin lama tidak menghiraukan kita.

Harga minyak naik dari RM 1.75 jadi RM 1.80.

Harga gula naik.

Sekarang harga minyak mahu naik lagi.

Apa lagi yang kita mahu harapkan?

Ketuanan Melayu tidak bererti jika kita ditindas sekarang ini.

Bangun...bangun...

Jangan takut...demonstrasi hak kita!!

Hak Kita!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PETALING JAYA: There will be two price strucutures for petrol from May 1 - one for Malaysians and another for foreigners - Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said on Thursday.

For Malaysians, the price of petrol will also be based on engine capacity, which means that not all would be entitled to subsidised fuel, he added.

baca sampai habis

Sumber : The Star

Selasa, 5 Januari 2010

GST Sudah Masuk Langkah Pertama

Malam tahun baru 2010 dengan TIBA -TIBA kerajaan umum menaikkan harga gula.

Sekarang, kerajaan tengah sibuk - sibuk nak mengkaji kadar bayaran khidmat jalur lebar.

INGAT - INGAT...kalau sibuk kaji - kaji ni tanda nak naikkan harga.

Jaga - jaga...kadar bayaran nak naik tu.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar pada masa ini supaya perkhidmatannya dapat diperluaskan kepada lebih ramai pelanggan dan pada kadar yang tidak membebankan mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. - Berita Hairan

Tidak membebankan? Hahahahahahaa.....aku rasa nak ludah kat mulut para menteri Malaysia.

Tak beban bagi orang hangpa. Kami ini? Macam mana!!??

TOLAK BN....TOLAK BN...

Isnin, 4 Januari 2010

Benarkah Enjin Jet Hilang?

Pegawai A : "Bos kita tak cukup duit ni."

Jib Jib : "Takpa jangan risau kita buat silap mata."

Pegawai A : "Macam mana tu bos."

Jib Jib : " Ala kita claim kosong ja."

Pegawai A : "Claim kosong? Macam mana tu bos."

Jib Jib : "Ish kau ni bengap, kita kata enjin jet dah sampai pastu kita submit claim untuk dapatkan duit berjuta."

Pegawai A : "Tapi bos esok kalau audit check takdak macam mana."

Jib Jib : "Kita kata dah hilang apa susah."

Jadi kepada siapa yang baca dialog ni...LU PIKIRLAH SENDIRI.

Memang tu kerja depa...buat - buat ada pastu claim pastu kata hilang.

Dalam poket...dalam poket!!

Umno Sebelum Nak Bela Agama..Tengok Gambar Ini Dahulu

Aku rasa jijik dengan permainan terbaru Umno kali ini.

Isu penggunaan nama Allah sengaja mereka reka supaya umat Islam di Malaysia akan bangkit dan menganyang orang - orang Kristian di Malaysia.

13 May yang kedua sedang dirancang.

Terpulang pada semua orang yang telah terpengaruh dengan dakyah mereka kali ini, tapi percayalah mereka sedang merancang untuk menumpahkan darah rakyat Malaysia.

Mereka ingin menjadi juara segala juara...

SEBELUM UMNO NAK BELA ISLAM...SILA TEROPONG BALIK




Macam ini punya perangai nak jadi juara Islam....sudahlah Umno..
Berlakon nombor satu..ni lagi bangsat...rumah Allah kena roboh...takdak pulak hangpa mengamuk...

Lagi mau percaya konon depa ini bela Islam...

Sudahlah...mahkamah bawah depa...semua benda telah dirancang...percayalah!!

Sabtu, 2 Januari 2010

Lawak Tahap Boleh Sesak Nafas

HULU SELANGOR, Jan 2 – Umno mengecam PAS kerana mahu memperlekehkan program Umno Juara Rakyat yang akan dilancarkan Jan 9 ini dengan kempen Umno Pengkhianat Rakyat yang secara kebetulan akan diadakan pada hari yang sama di negeri yang sama.

“Mereka tidak wajar (buat demikian),” kata ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat program berkenaan di Pusat Komuniti Bukit Sentosa, Bandar Bukit Sentosa di sini hari ini.

Sumber : TheMalaysianInsider

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Serius...ini adalah lawak yang paling best pernah aku baca.

Bukan Umno pengkhianat rakyat ke?

Saat ekonomi tengah tak berapa nak elok dan gaji tak naik - naik hangpa bagi HARGA GULA NAIK!!

Saat rakyat sedang cuba membuat sedikit simpanan hangpa perkenalkan GST (Akta Cukai Tambahan)

Lagi tak nak mengaku hangpa semua ni pengkhianat rakyat?

Lagi nak mengaku hangpa juara rakyat?

Hahahahahahhahahaaaaa...terkentut aku gelak..

Kepada siapa sahaja yang baca blog ini....tolong buka minda dan nilai apa yang aku huraikan kali ini...

Umno Juara Rakyat? hahahahhahahha.....

Khamis, 31 Disember 2009

Hadiah Tahun Baru Untuk Kita

Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tahniah buat pendokong Bn yang totok. Harga barang telah pun naik.

Buat permulaannya adalah harga gula yang akan naik.

Selepas ini roti. Selepas macam - macam lagi.

Kepada semua rakyat Malaysia...kerajaan macam ini ke kita nak mereka tadbir kita?

Najib dan Rosmah serta BN....WELCOME TO HELL...

Rakyat akan hukum kamu!!