Memaparkan catatan dengan label Harga Barang Naik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harga Barang Naik. Papar semua catatan

Selasa, 22 Februari 2011

Harga Minyak Nak Naik Lagi!!??

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.
Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya. Sumber : Utusan

-----------------------------------------------------

Dahulu Pak Lah buat silap, bila umum harga minyak naik dia sendiri yang umum. Tapi zaman Najib tak lagi. Dia suruh pensyarah, tauke kedai minyak, presiden persatuan mangkuk hayun mana entah yang akan keluarkan kenyataan

Hari ini, kerajaan Malaysia sekali lagi menggunakan taktik busuk macam itu. Apalah nasib kita. Dulu janji dah tak naikkan harga minyak. Sekarang secara tiba - tiba harga minyak macam dan bakal dinaikkan. Semuanya pasti berlaku selepas pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau.

Oh ya, penyokong tegar Umno undilah Umno lagi. Jangan lupa, bila mengundi anda semua boleh berseronok dengan kenaikan harga minyak.

Buat pengundi atas pagar, sila fikir dengan waras. Bila harga minyak naik saja, secara agresif harga barang akan naik. Jadi silalah buat keputusan yang wajar. Jangan bebankan rakyat Malaysia jika anda mengundi BN. Kami tak sanggup harga minyak dan harga barang naik lagi.

Buat pemuda Pakatan Rakyat. Jangan diam saja. Sudah lama mereka khianat rakyat. TOlonglah, bawa suara kami ke jalanraya sekali lagi!!

Barisan Nasional dan Umno...tunggu!! Masa anda semua akan tiba!

Isnin, 7 Februari 2011

Pemuda Pakatan Penakut

Ini suara rakyat. Suara yang semakin lama semakin gelisah. Harga barang semakin naik. Gaji tidak naik. Dari harga minyak hinggalah harga bawang, semuanya telah naik mendadak. Namun tiada satu pun berani membawa suara ini dengan lebih keras. Adakah cukup dengan kenyataan di media sahaja?

Hey, pemuda Pakatan Rakyat. Dimana keberanian kalian semua? Kenapa harus diam menikus? Kenapa tidak mahu membawa suara kami ke jalanraya. Malu jika Tan Sri Khalid Ibrahim mampu membawa suara rakyat ke jalanraya untuk isu air. Kenapa isu yang lebih besar kalian semua takut?

Kami rakyat sedia turun ke jalanraya. Sudah bertahun gas pemedih mata, tembakan air kimia dan hentakan belantan FRU kami terima. Semuanya itu tidak pernah mematahkan semangat kami. Kami sedia turun sekali lagi ke jalanraya untuk memberitahu kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini, kami sudah bosan dengan janji - janji palsu mereka.

Harga barang semakin menggila naik. Tanyalah pada mereka yang sudah berkeluarga, tanyalah mereka yang bujang. Semuanya mengeluh, kenapa pemuda Pakatan Rakyat diam sahaja. Apakah kalian semuanya hanya mahu membantah pada pilihanraya yang ternyata berat sebelah? Apakah suara kami hanya berguna pada pilihanraya sahaja?

Tolonglah kami. Bawa suara kami ke tempat sewajarnya. Kami sudah bosan dengan kerajaan penipu ini. Kami sudah terhimpit dengan harga barang yang semakin gila ini. Anak - anak muda Malaysia bersedia, apakah kalian semua tidak bersedia?

Rabu, 26 Januari 2011

Angin Perubahan Mula Bertiup Kencang

Beberapa minggu dahulu diktator Tunisia telah ditumbangkan. Anak muda Tunisia bangun menentang kezaliman dan keborosan yang dilakukan oleh isteri ketua negara tersebut. Ratusan ribu telah bangkit menentang regim tersebut. Akhirnya tumbang.


Hari ini dan detik ini, kebangkitan sedang berlaku di bumi Mesir. Ratusan ribu anak muda sedang bertempur dengan hebatnya dengan para tentera dan aparat polis. Gas pemedih mata dan tembakan peluru hidup sedang dilepaskan. 3 orang gugur syahid menentang regim Mobarak yang disokong penuh oleh Yahudi Zionis.

Apa tanggungjawap kita sekarang? Kita sedang dihimpit kesusahan. Barang semakin naik. Sedangkan isteri perdana menteri kita iaitu Rosmah sedang enak dengan makanan yang sihat - sihat. Pergi melancong sana - sini. Satu jabatan baru diwujudkan atas nama First Lady Of Malaysia di Jabatan Perdana Menteri. Isteri perdana Menteri sedang rakus mengaut kekayaan negara. Intan permata dipakai dengan harga jutaan ringgit.

Tapi kita sedang mengikat perut. Kita sedang mengeluh harga barang yang semakin naik. Harga makanan di gerai - gerai dan di restoran sedang melambung naik. Sedangkan gaji kita masih seperti itu. Apakah kita sekadar sanggup membiarkan nasib kita dihina sebegitu rupa. Maruah kita, hak kita, periuk nasi kita sedang dirampas oleh isteri perdana menteri kita. Wang kita dibelanjakan untuk tujuan yang tidak mendatangkan keuntungan.

Oh, anak muda Malaysia. Dimana kalian semua. Tidakkah kalian semua tidak kasihankan orang kampung. Oh anak muda Malaysia. Aku menyeru agar kalian tidak lagi tidur. Bangunlah..bangkitlah. Acukan tangan mu keudara. Perjuangan kita bukan sekadar pilihanraya tapi jalanraya yang sedang terbentang luas.

Oh anak muda Malaysia, kasihanilah generasi yang akan datang. Mereka terpaksa menanggung beban yuran pembelajaran yang tinggi. Mereka terpaksa hidup dengan kos sara hidup yang terlampau tinggi jika kita tidak bangun dan bangkit menuntut hak kita.

Angin perubahan sedang berlaku di dunia Arab maka kita juga harus bangkit sama!!

Rabu, 19 Januari 2011

Nak Subsidi Balik Tak?

Saban hari kita terus mencongak wang kita. Cukup atau tidak hingga bulan. Cukupkah jikalau yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Cukupkah kalau secara tiba - tiba anak datang kepada ayah atau ibu untuk meminta wang perbelanjaan. Setiap kali kita mendapat gaji kita harus buat kira - kira agar anak dan isteri kita cukup makan hatta kita terpaksa mengikat perut. Si bujang juga terpaksa mengikat perut.

Semuanya kerana semuanya telah naik. Harga makanan terpaksa dinaikkan setelah harga minyak masak, bawang, tepung, gula, harga tong gas dan lain - lain telah naik mendadak. Harga minyak petrol juga naik dan ini menambahkan lagi kekusutan kita. Apa salah kita? Kita taat menyokong kerajaan selama puluhan tahun. Kita tidak melawan hatta kuasa raja - raja Melayu ditarik pun kita masih taat.

Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan perbelanjaan boros menggila dari isteri PM iaitu Rosmah? Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan menaikkan harga - harga keperluan? Subsidi makanan telah ditarik. Subsidi yang paling utama telah diganggu oleh BN. Salahkah kita untuk menikmati subsidi tersebut. Rakyat ini hina sangatkah? Rakyat ini memang anjing kurap ditepi jalankah?

Khir Toyo merompak wang negeri Selangor ratusan juta. Wang negeri yang sepatutnya disalurkan pada rakyat negeri Selangor akhirnya masuk ke lubang poket Khir Toyo. Itu bagi kawasan negeri. Bagaimana pula negara? Sudah pembaziran yang tersangat dahsyat telah dilakukan. Apabila negara tiada wang siapa yang menjadi mangsa? Kita. Rakyat. Rakyat Malaysia tempat mereka menjadikan sandaran untuk memenuhkan kembali wang negara. Keji sangat perangai mereka.

Persoalan sekarang jikalau mahu kita mengembalikan hak kita. Senang. Pilih yang mana tidak menyusahkan rakyat. Sebagai contoh, pilih kerajaan yang memberi air percuma kepada rakyat jangan pilih kerajaan yang ikut cakap kontraktor. Kita pilih kerajaan dimana jika rakyatnya kena berhenti kerja tapi kerajaan tolong sediakan kerja lain untuk rakyatnya. Jangan sesekali pilih kerajaan yang menarik hak kita.

Undi BN, harga tepung naik. Undi BN, harga air akan naik. Undi BN, harga bawang akan naik. Undi BN, harga minyak akan naik. Ha..fikir secara elok. Nak subsidi atau BN?

Isnin, 10 Januari 2011

Ingat BN Ingat Duit Kita

Selepas 2008 cuba kita jujur dan tanya pada diri sendiri. Apakah kehidupan kita lebih baik dari sebelumnya. Apakah kita mendapat hasilnya walaupun kita bekerja keras dan jujur dalam melakukan pekerjaan. Kita melakukan overtime berpuluh jam namun tetap kita terasa kesempitan hidup yang melanda.

Ingat Bn ingat duit kita yang telah dirembat dengan hebatnya. Projek mewah - mewah, pembaziran video klip Rosmah Mansor, ketirisan projek yang melibatkan negara dengan kos yang tak masuk akal, rasuah sana - sini. Akibat perkara buruk seperti ini maka kita dipaksa menerima harga barang dinaikkan. Naik bukannya sedikit, tapi tersangat tinggi.

Gaji masih ditakuk lama sedangkan harga barang semakin naik. Tepung, susu, gula, bawang, tong gas, minyak tanah, RON 95 dan sebagainya semuanya telah naik menggila. Semuanya kerana kita yang mengizinkan perkara tersebut terjadi. Kalau kita menghalang perkara seperti ini terjadi sudah pasti sekarang kita tidak cepat jatuh sakit kerana memikirkan bagaimana mahu mencari duit lebih.

Jika kita tidak mengizinkan projek yang melibatkan kepentingan negara berlaku ketirisan sudah pasti duit negara akan selamat. Sebut harga pada mulanya RM10 Juta naik kepada RM 1 Billion. Semuanya kerana mahu memastikan kroni - kroni mereka mengaut keuntungan secara maksimum. Apabila jumlah sedemikian rupa digunakan dan dibazirkan, siapa yang rugi? Kita!!

Najib kata jangan menang sorak nanti kampung tergadai. Tapi sekarang ini kita tak bersorak pun kampung, tanah, duit tergadai. Jatuh papa kedana. Kasihan kita ini. Makin menjadi bebal akibat lama diperintah oleh Umno. Tapi mahukah kita terus dibebalkan. Sudah pasti tidak mahu. Caranya?

UBAH SEBELUM PARAH (dah parah dah pun)

Khamis, 6 Januari 2011

Naik Dan Terusss Naik

Menurutnya, harga bawang kecil Burma naik daripada RM8.50 kepada RM20 seguni manakala bawang besar daripada RM6.50 kepada RM18 seguni.
Sumber : Sinar Harian

Mana pergi GAPS, mana pergi PERKASA, mana pergi penjilat Umno, mana pergi pejuang ketuanan Melayu tak tentu hala ini. Yang merempat miskin di kampung adalah orang Melayu. Sekarang nak beli bawang pun tak mampu dah.

Barang naik dan terus naik. Ianya akan terus naik bertambah teruk jika Bn menang besar dalam pilihanraya kali ini. Membenarkan BN menang besar akan menyebabkan poket kita berlubang teruk. Nilai RM10.00 akan jadi macam RM1.00. Cepat habis. Nasi Lemak dari harga RM1.00 akan jadi RM2.00.

Realiti yang rakyat Malaysia harus hadapi. Realiti yang orang Melayu harus hadapi. Ketuanan Melayu yang mereka laungkan hanyalah tin kosong. Ketuanan Melayu yang tak menolong membantu atau memastikan harga barang tidak naik. Sebab yang miskin papa-kedana adalah orang Melayu. Jangan nafikan, ini realiti!

Sekarang fikir secara mendalam dan bijaksana. Nak undi Umno dan BN lagi ke tak?

Selasa, 4 Januari 2011

Kita Nak Kena Lagi

Kalau dia nafi makna betul lah nak jadi. Kalau kerajaan kata harga gula tak naik bohong. Dah naik harga gula. BN kata tak naik harga minyak. Penipu, dah naik pun harga minyak.

Apa yang BN nafikan pasti akan terjadi. Kalau BN kata jamin rakyat tak hidup susah. Bohong, sekarang kita sudah hidup susah. Duit dalam poket cepat sangat habis sedangkan belanja sama saja. Tidak boros. Selalu kena tipu. Dah naik bosan kena tipu dengan kerajaan penipu BN.

Sekarang isu terbaru isu minyak masak. Mula - mula disembunyikan dulu minyak masak. Bagi gempar satu Malaysia. Rakyat kelam - kabut mencari minyak masak. Dari Tesco hingga kedai runcit. Minyak masak disita. Restoran makanan mula terasa bahangnya. Semuanya hanya kerana satu keinginan. Keinginan untuk menaikkan harga minyak masak. Sedangkan kita ini pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di Asia

Hari ini BN menafikan harga minyak masak tak naik. Bohong. Munafik. Penipu. Itu semua gendang- gendang awal harga minyak masak akan dinaikkan. Rakyat dah kena tipu lagi. Persatuan bodoh dan bebal macam Perkasa dan GAPS (jelmaan orang KJ dulu, sebab KJ tiada kuasa dia lari pegi ke Ibrahim Ali..macam Yahudi perangai), akan buat tak tahu. Dia sibuk mengenai Ketuanan Melayu padahal yang hidup merempat nanti orang Melayulah.

Hei rakyat Malaysia. Kita nak kena tipu. Kita dah lama sangat kena tipu. Kenapa tidak mahu berubah. Kenapa tidak mahu menganyang BN. Kenapa biarkan maruah kita dihina sebegitu rupa. Seronok sangatkah ditipu?

Ubahlah sebelum dah parah (padahal semakin parah dah ni)

Isnin, 3 Januari 2011

Ganyang Umno

Dalam keadaan negara yang semakin menggelisahkan, Umno masih lagi bersuka - ria. Ramai pemimpinnya bersuka - ria sedangkan rakyat gelisah dengan kenaikkan harga barang yang menggila.

Wajarkah kita terus mempertahankan keegoan Umno selamanya. Perlukah kita merobohkan keegoan Umno? Semua persoalan itu harus kita jawap untuk diri kita sendiri. Kita rakyat yang bijak dan cerdik. Harus pandai memilih jawapan yang mana satu benar - benar menguntungkan kita. Untung dalam erti kata kita mampu hidup senyum, kita tidak mengeluh acapkali mahu membeli barang peralatan sekolah yang melambung naik. Kita mengeluh setiap kali membeli barangan dapur yang semakin gila tinggi harganya.

Kita perlu cerdik apakah Ketuanan yang mereka jeritkan itu benar - benar membantu kita? Kita perlu jadi pandai apakah benar - benar laungan 1Malaysia benar - benar dihayati oleh pemimpin negara. Jika kita fikir dengan lebih mendalam maka kita akan ketahui, semuanya itu hanyalah untuk meraih undi kita. Jika mereka masih menang, selepas itu pasti mereka akan membodohkan kita. Kita juga yang rugi.

Ganyang Umno agenda kita pada tahun ini. Jika kita terus diam maka masa depan negara akan punah. Kita terpaksa membela biawak hidup yang suka pada dunia popular dan glamour (Rosmah). Kita dipaksa menambahkan tabung negara dengan menaikkan harga barang secara mendadak. Semuanya kerana berlaku ketirisan dalam perbelanjaan negara. Projek harga 1 juta naik kepada 10 Juta hanya kerana kroni. Apakah kita mahu terus jadi sedemikian rupa? Kita dipaksa menanggung hutang negara sedangkan pemimpin negara berjoli sakan. Adilkah?

Wajib tahun ini kita pasangkan niat untuk menganyang Umno selumat - lumatnya. Tiada lagi jalan penyelesaian yang baik buat diri kita. Tiada lagi jalan untuk kita berbaik dengan Umno. Mereka mengkhianat kita selama puluhan tahun. Sudah tiba masanya kita ganyang mereka. Ganyang Umno bererti kita mahu Malaysia selamat. Bererti kita mahu melihat bangsa Melayu itu hebat tanpa tongkat penipu yang direka oleh Umno. Kita mahu melihat Islam diletakkan tempat sewajarnya. Ganyang UMNO!!

Isnin, 27 Disember 2010

1Malaysia Gagal

1Malaysia walaupun niatnya baik tapi bagi kesemua rakyat Malaysia merasakan ianya projek yang gagal sama sekali. Jutaan telah dilaburkan, namun hasilnya tetap busuk. Walaupun pelbagai iklan telah dikeluarkan, namun rakyat Malaysia tetap tidak menerima konsep ini yang tidak jelas hala tujunya.

Rakyat Malaysia sekarang mentaliti mereka bukan seperti mentaliti kuno Perkasa dan rakan - rakannya. Mereka boleh menerima sahabat - sahabat mereka yang terdiri daripada bangsa bukan Melayu. Tapi mereka menolak 1Malaysia bukan kerana semata - mata isu politik. Semuanya kerana kebebalan Najib yang menaikkan harga barang secara mendadak. Mereka atau kita semakin tersepit semuanya kerana kenaikan harga barang. RM10.00 tidak bermakna pada hari ini. Gaji tidak naikkan. Semuanya menyesakkan otak kita.

1Malaysia tidak bermakna jika kita yang dipaksa menerima kesan kenaikkan harga minyak, barang, dan keperluan lain. Pak - pak menteri, Perdana Menteri, Rosmah dan lain - lain yang mendapat subsidi tidak akan dan mustahil untuk merasai kesusahan rakyat. Mereka cukup pandai berbicara Rakyat Didahulukan. Tapi sekarang rakyat berkata dalam diri mereka sendiri, apakah yang didahulukan. Poket kitakah? Kita sekarang ditipu bulat - bulat. Najib dan Rosmah membodohkan kita. Apakah kita mahu menjadi bodoh?

Kita tidak bodoh. Kita pasti akan menghumban BN. Semuanya kerana idea 1Malaysia yang telah gagal sama sekali. Dari ugutan otak kuno PERKASA hinggalah pemuda Umno yang kuno, semuanya telah menggagalkan 1Malaysia. Ugutan yang berbaur perkauman. Ugutan dengan menggunakan agama suci Islam (namun segala tindak - tanduk mereka tidak mewakili Islam). Apakah ini bererti 1Malaysia itu berjaya? Tidak.

1Malaysia sekarang sudah dipandang sinis. 1Malaysia terpaksa dibebankan dengan kenaikan harga barang demi memuaskan nafsu Rosmah. Demi memuaskan nafsu serakah pemimpin Umno yang membolot projek sebanyak mungkin dengan harga yang tidak masuk akal. Apabila keborosan nafsu syaitan oleh Rosmah dan pemimpin Umno, maka ini melenyapkan terus nilai positif 1Malaysia. 1Malaysia gagal dan busuk di mata rakyat. Dalam dunia ini jika menyusahkan rakyat, pasti akan mendatangkan penentangan.

Penentangan ini semakin membara. 1Malaysia semakin dibenci oleh rakyat. 1Malaysia semakin dianggap menyusahkan rakyat. 1Malaysia semakin dianggap oleh rakyat sebagai alat untuk menyusahkan rakyat. Alat untuk menaikkan harga barang, alat untuk menaikkan harga minyak.

Tahun 2011 merupakan tahun yang bakal menimbulkan aksi penentangan yang ketara. Semuanya kerana rakyat pasti harga pasti akan melambung naik. Dari peralatan sekolah hinggalah soal makan minum di rumah. Semuanya naik sedangkan gaji tidak naik - naik. Gaji naik RM10.00, harga barang naik 2 kali ganda. Tertekan. Apa tanggungjawap kita? Mahu jadi bodoh atau cerdik?

Ubah sebelum parah...

TOLAK BN!!

Rabu, 22 Disember 2010

Wajib Buang Najib Kerana Rosmah

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99. sumber : Malaysiakini

Jelas kita perlua menolak Najib (BN) kerana keborosan isterinya Rosmah. Rosmah yang berangan mahu menjadi wanita pertama telah membazirkan wang rakyat. RM 4 juta lebih bukanlah amaun yang sikit. Jumlah itu telah terlalu tinggi. Jika diagihkan kepada orang miskin di negara ini sudah pasti ratusan orang bakal menerima bantuan daripada jumlah yang teramat tinggi itu.

Yang merosakkan negara bukan Cina, bukan India, bukan Melayu. Yang merosakkan negara adalah Rosmah. Rosmah lah punca negara kita semakin bankrup. Sifatnya yang sentiasa mahu melebihi daripada orang lain teramat merbahaya. Dia tidak mahu dilihat sebagai orang yang kedua. Dia sentiasa mahu dilihat pertama dan penting. Hatta menderhaka kepada Pemaisuri Agong. Akibat mahu memastikan nafsunya dilaksanakan. Ratusan juta telah dikeluarkan demi nafsunya yang tiada batas. Dari Video Klip karaoke hinggalah Majlis Wanita Pertama. Siapa dia Rosmah untuk mendapat peruntukan sedemikian rupa?

Kalaulah ratusan juta itu disalurkan pada rakyat bawahan alangkah eloknya. Tapi disalurkan pada Rosmah. Pembaziran yang teramat dahsyat. Wang negara dibazirkan. Kita yang terpaksa membayarnya dengan dipaksa menerima harga barang yang melambung naik. Apa tanggungjawap kita? Diam? Memaksakan diri terus menjadi bodoh? Jadi lembab macam PERKASA?

Untuk Selamatkan Malaysia..Buang Najib Maka Rosmah Pembazir akan HAPUS!!

Selasa, 21 Disember 2010

Menyepak Keluar BN Dari Putrajaya

Saban hari kita semakin terhimpit dengan kenaikkan harga barang. Kita dipaksa untuk membeli harga barang yang adakalanya menyebabkan kita terpaksa mengikat perut agar kita terlepas untuk makan malam. Bayangkan pula jika yang sudah berkahwin dan mempunyai anak?

Kita dijanjikan dengan pelbagai janji oleh BN khasnya Najib dan Rosmah. Bangunan tinggi sana - sini. Kemudahan awam yang bersifat nombor satu dunia. Semuanya hebat dan terhebat di dalam dunia. Tapi percayakah kita semua? Dahulu Pak Lah menjanjikan koridor sana - sini. Namun dalam menjanjikan koridor sana - sini kita masih dihimpit dengan wang didalam saku cepat habis. Harga barang melambung naik. Walaupun Pak Lah sanggup mencemar duli pergi ke negeri Kelantan dengan menjanjikan pembangunan yang maha dahsyat, namun dengan kesempitan wang semuanya dilihat tidak berguna.

Sekarang janji manis yang terlalu manis oleh Najib dan Rosmah dilakukan semula. Janji - janji seperti Pak Lah dikitar - semula oleh Najib dan Rosmah. Bangunan 100-tingkat, pembangunan ekonomi yang mantap dan hebat dan macam - macam lagi. Tapi Najib dan Rosmah tetap tidak mampu menaikkan taraf kehidupan rakyat. Kita dipaksa membayar harga mahal kerana hasil pembelanjaan mewah oleh BN. Kita sudah tidak punya wang. Negara sudah tidak punya wang. Maka rakyatlah menjadi mangsa. Kita rakyat dipaksa menambahkan duit negara dengan dipaksa membayar harga barang yang melampau tinggi akibat dari pembelanjaan boros oleh pemimpin BN!

Apa tugas kita jika tidak terus mahu dipermainkan sebegini rupa. Sudah lama kita dipermainkan. Kita dipaksa menjadi bodoh dengan menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin BN. Apakah kita mahu terus menjadi bodoh dan tuli? Apakah terus mahu dipermainkan seperti manusia yang tidak punya otak? Kita cerdik dan kita harus buktikan. Berikan satu signal jelas kepada mereka, bahawa kita sudah menyampah dengan gaya mereka memperbodohkan kita. Kita bakal menghumban mereka. Kita bakal mentalkinkan mereka. Rakyat Malaysia harus memastikan BN karam dan disepak keluar dari Putrajaya.

Sudah tidak ada gunanya jika kita terus memberi peluang BN memerintah negara ini hatta negeri sekali pun. Kita sudah melihat contoh terbaik dari Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Semuanya telah menikmati pemberian demi pemberian oleh kerajaan negeri. Sepanjang BN memerintah apa yang kita dapat? Masanya sudah tiba kita menghumbankan BN ke Laut China Selatan. Harus dan wajib!!

Khamis, 16 Disember 2010

Undi BN Satu Bencana

Kita sering merungut apabila harga minyak naik. Marah - marah. Kita merungut semahu - mahunya bila Najib dan Rosmah menaikkan harga barang sesuka hati. Kita marah apabila barang keperluan asasi subsidinya ditarik. Namun apabila tiba masa mengundi, anda semua mengundi BN. Apabila tiba masanya ada yang tak pergi mengundi. Apabila tiba masanya anda mula terpengaruh dengan dakyah Ketuanan Melayu.

Adakalanya saya tergelak melihat mereka yang marah - marah itu apabila tiba masanya semuanya taat mengundi kembali BN. Tapi bila harga barang naik dengan segera kemarahan itu meluap - luap naik. Habis semua pemimpin BN dihamunnya. Tiada yang satu pun baik dari pemimpin BN. Semuanya dikeji habis. Tapi macam biasa, bila tiba pilihanraya undi kembali BN. Termakan, terhasut dan mudah sangat untuk dihasuti dengan janji - janji palsu BN. Terpedaya dengan janji bahawa harga barang akan turun, hak melayu terpelihara, Kampung A akan jadi macam Kuala Lumpur dan sebagainya. Tapi setelah 50 tahun, harga barang terus naik, orang Melayu semakin hilang tanahnya, kuasa raja dirampas, Kampung A terus mundur habis kuat talian internet dimasukkan.

Baiklah, kita taat kepada pemerintah. Selama 50 tahun kita taat. Tidak pernah berubah undi kita kepada mereka. Namun sedarkah kita mereka dalam diam - diam mengkhianati kita. Mengkhianati ketaatan kita kepada mereka. Lihat saja mereka dengan tenang merampas hak raja - raja Melayu. Kita mengharapkan mempertahankan kuasa raja. Tapi mereka pula yang merampasnya. Kita mengharapkan mereka menyenangkan hidup kita. Tapi sekarang Najib dan Rosmah mula menyusahkan kita dengan kenaikkan harga barang yang melampau.

Apakah ini bentuk bencana yang kita sedang hadapi. BN diberikan amanah namun BN jugalah yang mengkhianatinya. Ini merupakan satu bencana. Kita ditimpa bencana. Kenapa kita harus disiksa sebegini kejam. Kenapa mereka iaitu BN mengkhianati ketaatan kita. Apakah kita ini tidak bernilai disisi mata mereka? Nampak sangat kita ini hanya penting ketika pilihanraya saja. Sudah mendapat kuasa kita dilayan seperti sampah. Begitu hina kita dimata mereka.

Kita harus bertanya pada diri kita. Adilkah BN memperlakukan kita sebegitu rupa. Apakah kita mahu terus dilayan sebegini rupa. Apakah kita mahu bencana harga barang naik terus menimpa kita. Apakah kita mahu bencana tanah rizab Melayu dirampas oleh BN lagi. Kita harus menolak bencana ini dengan menyatakan pada diri kita sendiri. Undi BN bawa Bencana.

Isnin, 13 Disember 2010

Subsidi Rakyat Untuk Rosmah

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengatakan program menarik subsidi rakyat mendapat pujian daripada Korea Selatan. Sila lihat dahulu sejarah Korea Selatan. Berapa ramai orang miskin di sana berbanding kita. Sila lihat perjuangan yang mereka pegang. Hanya untuk rakyat.

Benar BN hanya menarik subsidi petrol, diesel, LPG (GAS) dan gula. Tapi impaknya kepada makanan ruji yang lain. Dari sebuku roti kepada nasi lemak semuanya melibat industri petroluem. Apakah perlu kita menarik subsidi penting bagi mereka? Sedangkan rakyat bawahan sedang bergelut berjuang mati-matian untuk mendapatkan sesuap nasi.

Kenapa rakyat yang harus dibebankan. Kenapa subsidi mekap Rosmah tidak ditarik. Kenapa subsidi melancong Rosmah tidak ditarik. Kenapa subsidi ubah - suai rumah Rosmah tidak ditarik. Kenapa subsidi untuk PERMATA tidak ditarik. Kenapa gaji Najib tidak dipotong. Kenapa yang menjadi keistimewaan Rosmah dan Najib dan juga para balaci (menteri) BN tidak ditarik? Mereka hidup mewah. Rumah besar - besar, kereta mewah, melancong disana - sini. Tidak pernah merasai kesusahan orang kampung di negeri - negeri yang berada dalam Malaysia ini. Siapa mereka yang mengatakan ini semua tidak membebankan rakyat?

Jika benar Najib dan Rosmah memegang perjuangan yang betul, sudah pasti perbelanjaan negara akan dikurangkan. Tidak dibuangkan kepada projek - projek yang membazir. Bangunan 100 tingkat, PERMATA mendapat berjuta - juta dan apa saja yang membazir. Tapi mampukah mereka berbuat sedemikian rupa? Tidak. Mereka sudah kenyang bulat dan gemuk dengan perbelanjaan boros. Kenapa saya kata begitu. Lihat sahaja video klip yang dilakonkan oleh Rosmah. Anda pasti belanjanya kurang dari seribu ringgit? Sudah pasti ratusan ribu sudah dilaburkan keatas kepala Rosmah. Ini contoh perbelanjaan yang tidak waras oleh Rosmah dan Najib. Bayangkan kalau yang lain. Semuanya digunakan melalui duit rakyat. DUIT KITA!!!

Najib tahu negara tidak punya wang. Mahu disekat keinginan isterinya Rosmah tidak mampu. Caranya, tekan rakyat. Kita perah duit rakyat. Baru ekonomi mampu berkembang. Kita yang menjadi mangsa. Kita yang harus menanggung beban yang dibuat oleh BN. Apa salah kita? Kita taat mengundi BN. Tapi apakah ini hasilnya? Kita taat mengundi BN selama 50 tahun lebih, tapi apakah ini yang dibalasnya?

Tepuk dada tanya selera, iman dan hati. Jika terus - menerus kita menyokong, percayalah kita akan terus dibebankan oleh BARISAN NASIONAL.

Isnin, 9 Ogos 2010

Diktator Sudah Muncul

Hari ini, ketika ini (ketika tulisan ini sedang dikarang), beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO-NGO telah ditahan oleh pihak polis. Mereka ditahan kerana tidak dibenarkan membantah kenaikan harga minyak, gula, tong gas dan macam - macam barang keperluan yang lain di Kampung Kerinchi.

Beberapa hari yang lepas, pihak polis telah menggempur kawasan persendirian di selatan tanah air iaitu Johor Bahru. Menangkap, memukul sebahagian daripada pendengar ceramah di kawasan tersebut. Tingkah - laku Yahudi Zionis telah berlaku di sana.

Pada 1/8/2010 ketika ratusan rakyat berhimpun di Petaling Jaya, pihak polis telah menggempur sekali lagi ratusan rakyat Malaysia yang membantah akta Yahudi Zionis iaitu ISA. Kanak - kanak telah ditolak dengan kejam. Orang tua dipaksa berundur ketepi dengan perisai yang mereka pakai. Suasana ini tiada bezanya di Baitul Maqdis dan Gaza.

Semuanya tidak boleh. Firaun manusia yang paling dilaknat oleh Allah kerana kezalimannya terhadap rakyat Mesir. Mereka yang bersimpati dengan Nabi Musa a.s akan dihukum dan diseksa semahu - mahunya. Mereka akan dikejar dan ditangkap oleh pihak berkuasa pada waktu itu. Nabi Musa a.s telah dikejar hingga ke laut Merah dan Firaun akhirnya tumpas akibat belahan laut yang ditakdirkan oleh Allah dan Firaun tenggelam.

Dahulu pada tahun 1998-2003, Mahathir digelar Mahafiraun kerana kekejamannya terhadap rakyatnya sendiri. Rakyat yang tidak sependapat dengan dia dipukul, diterajang, disepak, ditumbuk, dan diseksa. Ribuan rakyat Malaysia pernah tercedera akibat kezaliman dan kekejaman Mahathir pada waktu itu. Siapa yang dilihat mengancam kekuasaan dia maka hukuman keras akan dijatuhkan. Tangkapan ISA berleluasa. Namun lihatlah, Bn hampir tumbang. Namun kerana menyedari Bn akan musnah ditangan dia, maka Mahathir meletak jawatan kerana bimbang imej dia akan tercemar dengan begitu teruk.

Sekarang, Najib mula mengikuti jejak langkah Mahathir. Mahafiraun ke-2 sedang mula menunjukkan taringnya. Percayalah tindakan kejam akan berlaku sekali lagi. Kita rakyat Malaysia yang membantah segala keputusan gila dari Najib akan diseksa. Kita akan dipukul oleh pihak polis. Kita tidak dibenarkan bersuara. Kita dipaksa untuk mengiyakan segala keputusan yang merugikan rakyat. Kita dididik oleh Najib untuk menjadi pak turut. Kita dipaksa oleh Najib untuk menjadi rakyat yang paling bodoh dalam sejarah tamadun Malaysia ini.

Apakah tindakan ini akan berjaya? Tidak! Mana mungkin kita dapat berdiam diri. Ketika rakyat sedang mengikat perut untuk mencari sesuap nasi. Ketika rakyat mengeluh dengan kesan kenaikan harga petrol, gula, tong gas dan bermacam lagi, Najib dan Rosmah seronok bercuti di luar negara dengan menggunakan wang rakyat!! Adilkah ini? Salahkah kita bersuara mengenainya? Salahkah kita membantah segala perbuatan zalim Najib ini?

Rakyat dipaksa berkorban wang ringgit, tapi nafsu tamak haloba Rosmah tidak pula dipaksa untuk dikurangkan. Apa punya jenis pemimpin seperti ini? Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan? Bohong. Najib pembohong! Rakyat sekarang ini dibantai secara diam - diam. Rakyat dipaksa menerima keputusan gila Najib. Rakyat dipaksa menyokong Barisan Nasional. Bukankah ini diktator namanya?

Najib akan dikenangkan sebagai pemimpin paling tidak berguna dalam sejarah Malaysia. Ketika rakyat sedang bersedih dengan kesan kenaikan harga barang, dia dan Rosmah begitu seronok joli sana - sini, membazir sana - sini, habiskan duit rakyat sesuka hati. Apalah nasib rakyat Malaysia. Jika kita bersuara kita dihentak kiri dan kanan. Jika kita tidak bersuara bermakna kita seronok diBANGANGkan oleh Najib. Elok dihentak dari menjadi bangang. Bangun dan bangkit dan bersuaralah akan hak kita. Jangan biarkan kita diperintah oleh pemimpin yang paling tidak guna dalam sejarah Malaysia.

Kita sedang ditakdirkan untuk berjuang secara lebih agresif dibawah era pemerintah kuku besi Najib. Rebutlah peluang ini. Waktu yang indah ini harus direbut untuk diri kita. Kita berjuang menentang diktator. Jadikan ianya satu pengalaman yang paling berharga. Diktator sudah muncul apa tanggungjawap kita? Hanya satu jawapannya. LAWAN!!

Khamis, 15 Julai 2010

Terima Kasih Ketuanan Melayu

Harga petrol dan diesel akan dinaikkan 5 sen berkuatkuasa tengah malam ini.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terima kasih kepada PERKASA (yang bodoh), terima kasih pemuda Umno yang memperjuangkan pasir, terima kasih Najib dan terima kasih kepada pengundi Melayu yang menyokong Umno atas nama Ketuanan Melayu.

Saya berasa cukup bangga kerana dipaksa menerima keputusan gila ini hasil daripada perjuangan dan undi kalian semua. Saya sekarang ini sedang menangis gembira kerana hasil kenaikkan semua harga barang akan turut naik. Saya sedang seronok dengan berita ini kerana gaji saya masih ditakut sama. Tapi harga barang akan naik mendadak. Lepas ini harga sekeping roti canai dari RM0.80 jadi RM 1.00. Saya punya gaji tak cukup besar untuk menampung kegilaan harga barang ini. Tak mengapa saya suka.

Lepas ini harga tambang teksi akan naik. Harga kos pengangkutan pasti akan naik. Tak mengapa gaji saya kecil. Sayakan orang Melayu yang dipaksa menerima keputusan kalian semua yang menyokong Umno. Lepas ini tariff elektrik akan naik. Jika dahulu saya membayar bil elektrik sebulan RM 40.00 maka sudah pasti lepas ini saya terpaksa membayarnya sebanyak RM 80.00. Tak mengapa, saya ucapkan terima kasih kepada kalian semua yang mengundi Umno.

Saya berharap sangat, kalian semua yang terpengaruh dengan ketuanan Melayu agar terus termakan dengan slogan tersebut. Ya, slogan ketuanan Melayu inilah yang telah menaikkan harga minyak, tepung, gula dan segala macam lagi. Sokong sampai kalian semua tak dapat makan.

Saya Melayu, tapi kenapa saya merasakan diri saya ditipu oleh Umno? Kenapa saya yang Melayu ini berasa tertipu dengan Umno dengan dikenakan harga minyak yang naik mendadak? Apakah perlu saya tak menyokong Ketuanan Melayu lagi yang nyata menyusahkan saya?

Khamis, 10 Jun 2010

Najib Tin Kosong

Kung kung kung, tin kosong kalau diketuk sememangnya menghasilkan bunyi yang kuat. Kecoh hingga satu rumah kedengaran. Kalau diketuknya tin yang lebih besar maka lagi kuatlah bunyi yang dihasilkan. 1Malaysia, belanjawan berbillion - billion, rancangan demi rancangan, program demi program, tapi apa yang berjaya dihasilkan?

Ketika mula - mula Pak Lah memerintah Malaysia, tahap popularitinya naik hingga ke 91%. Paling tinggi dalam sejarah moden Malaysia. BN hampir berjaya menyapu bersih kerusi - kerusi di Parlimen. Namun setelah 2-3 Pak Lah memerintah, setelah janji demi janji ditaburkan, rancangan demi rancangan diwar - warkan, koridor demi koridor dijanjikan namun tiada satu berjaya dilaksanakan. Malah yang menyakitkan hati apabila harga minyak dinaikkan. Harga barang mendadak naik. Semuanya atas nama pembangunan. "KERAJAAN PERLUKAN WANG UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA". Hasilnya popularitinya jatuh dan BN KALAH BESAR!!

Hari ini BN masih belum lagi boleh menarik nafas lega. Kemenangan di Hulu Selangor tidak bermakna kerana mereka hanya berjaya meraih undi majoriti 1000 lebih sahaja. Malah BN dikejutkan dengan kemenangan Pakatan Rakyat di Sarawak. Kubu kuat BN. Apa signifikan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam kes ini. Hulu Selangor pengundi di sana memberikan kemenangan yang tipis buat BN kerana mereka mahu melihat apakah BN benar - benar menunaikan janji mereka. Manakala di Sibu, isyarat jelas ditunjukkan kepada BN bahawa mereka tidak terpedaya dengan janji - janji manis BN.

Jika disimpulkan situasi ini jelas menunjukkan bahawa BN sekarang dalam keadaan bahaya. Bahaya kerana mempunyai ketua seperti Najib. BN akan punah jika terus menyimpan Najib sebagai ketua. Pelbagai rancangan tidak berjaya kerana Najib sekarang sudah terkena penyakit FLIP FLOP Pak Lah. Sudah diberikan lesen judi dikatakan pula tidak diberi. Rancangan demi rancangan ditaburkan namun tiada satu dilaksanakan.

Sudahlah pelbagai rancangan dibuat namun tidak berjaya, harga barang pula bakal dinaikkan. Dahulu harga minyak, harga tepung dinaikkan. Sekarang GST bakal dikenakan. Potongan subsidi akan dilaksanakan. Mereka semuanya akan mengatakan semuanya itu atas nama pembangunan. Bagi mereka pembangunan jika mahu dilaksanakan maka rakyat yang harus ditekan. Rakyat yang harus berlapar. Namun untuk mereka yang merasai kelaparan tersebut jauh sama sekali. Mereka tidak pernah akan mencuba merasa keperitan hidup rakyat jika subsidi makanan dan GST dilaksanakan. Mereka semuanya dari mekap ROSMAH hingga ke makanan semuanya percuma. Jika benar mereka mahu menolong rakyat, potong dulu semua subsidi yang diberikan kepada mereka ini. Ini duit rakyat yang diberikan melalui cukai.

Sekarang Najib sudah menjadi Pak Lah. Cakap berpusing - pusing. Kata - kata yang dihamburkan tiada satu pun yang boleh kita percaya. Sekejap buat sekejap tak. Keputusan belum muktamad. Najib tahu jika dilaksanakan semua perkara yang membebankan rakyat maka tamatlah riwayat BN. Jadi dia mahu menunggu mandat baru. Jika diberikan mandat yang lebih besar maka bermulalah episod gelap rakyat Malaysia. Terpulang pada anda semua.

Saya menulis atas nama sayangkan negara dan rakyat Malaysia. Tidak berniat mahu mencerca mana - mana individu, kumpulan ataupun pertubuhan. Saya menulis mahu menyedarkan rakyat betapa pentingnya kita mempertahankan hak kita daripada dirampas oleh kroni - kroni mereka yang jahat ini. Jangan menghukum cepat sangat kerana apa ditulis adalah untuk menyedarkan anda semua sebelum terlambat. Jangan sesudah menghukum maka apabila duit didalam poket tidak cukup baru kita mahu mengeluh. Sedarlah semua itu sudah terlambat.

Khamis, 27 Mei 2010

Padan Muka Kita

Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini. Seterusnya

_____________________________________________

Sokonglah lagi BN. Jangan sedih wahai pentotok Umno dan BN. Jangan merungut. Jangan kita mengeluh kalau dalam poket duit kita tinggal sedikit sahaja.

Kita patut berbangga dengan hasil kita yang telah taat mengundi Umno terutamanya orang Melayu yang terpengaruh dengan ketuanan Melayu dan keagungan Sultan sedangkan mereka ini hanya ada di Istana. Tidak pernah merasai perit kesusahan kita.

Yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana.

Pilihanraya tahun lepas aku beri undi aku pada Pakatan Rakyat. Aku tidak akan teragak - agak untuk memberi undi aku kepada mereka sekali lagi pada PRU yang akan datang. Undi BN bermakna segala macam barang akan naik.

Rabu, 24 Februari 2010

Lagi Harga Barang Dan Keperluan Naik!!!!!

Kabinet akan memutuskan mengenai tarif baru elektrik esok, kata Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, kementeriannya telah mengemukakan kertas cadangan mengenai semakan tarif tenaga kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

"Sekiranya Kabinet meluluskannya, akan terdapat kenaikan, tidak mungkin penurunan,” kata beliau kepada pemberita pada majlis Tahun Baru Cina Tenaga Nasional Bhd. di sini.

Mengenai peratusan kenaikan, Fah Kui berkata: “Saya tidak boleh beritahu kerana mungkin esok Kabinet membuat keputusan lain.”

Sumber : Utusan Lidah Umno

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lepas satu - satu.

Dulu gula. Ini pula harga minyak bakal naik sampai jadi RM3.00.

Tinggal apa lagi untuk rakyat Malaysia. Habis semua naik. Gaji tak naik - naik juga.

Kita ini sampah di mata pemimpin Umno.

Tapi ada juga yang masih sayang pada Umno. Seronok kot dianggap sampah oleh Umno.

Ura - ura mahu menaikkan tarif elektrik sudah lama.


Sekarang mungkin sudah sampai masanya benda itu dinyatakan dan dilaksanakan.

Rakyat? Tunggu sahaja pilihanraya.

Sapa yang nak bawa suara rakyat ni...siapa??!!!!!!!

Kasihan Rakyat Malaysia...Kasihan

LAGI MAU SOKONG UMNO!!

Sabtu, 16 Januari 2010

Lepas Harga Petrol, Harga Gula, Broadband..Ni MInyak Masak Pulak??!!

UALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkemungkinan akan menurunkan atau memansuhkan subsidi minyak masak selepas perbincangan kementerian itu bersama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sejak akhir tahun lalu.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan sedang menyemak kadar subsidi minyak masak yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM1 bilion setahun.

Sumber : EraPakatan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Allah Tuhan Sekalian Alam,

Apa lagi nasib sahabat - sahabatku di negara Malaysia ini.

Kita sekarang diera pemimpin merampas duit dalam poket kita secara paksa.

Kita dipaksa kerana untuk membangunkan negara dan membayar hutang negara kerana keborosan mereka ketika berbelanja.

Kita menjadi mangsa.

Kenapa masih ada yang tidak mahu membukakan mata?

Kenapa?

Apakah mereka masih sanggup diperbodohkan atau sememangnya mereka itu bodoh?

Rakyat Malaysia...kita wajib bangkit.

Jangan biarkan mereka mempermainkan kita lagi.

Kita sudah pun menghukum mereka pada Mac 2008. Pastikan pada Pilihanraya yang akan datang kita hukum mereka semahu - mahunya.

Buat anak muda...satu pertanyaan buat kalian semua.

Jika semboyan ditiupkan...apakah kalian semua akan turun ke jalanraya?

Buat makcik - makcik dan kepada siapa sahaja yang masih tetap menyokong Umno. Jangan merungut kalau esok makan di kedai harga nasi goreng kampung mencecah RM 5.00.

Rakyat Harus Bangkit...

LAGI MAU SOKONG UMNO?

Selasa, 12 Januari 2010

Tahniah Muslimat PAS, Yang Lain Macam Mana?

KUALA LUMPUR, 12 Jan: Ekoran kenaikan harga gula 1 Januari lalu, Dewan Muslimat PAS Selangor akan menyerahkan memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya esok.

Memorandum itu akan diserahkan oleh Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan bersama Ajk Dewan Harian di Putrajaya jam 3 petang esok.

Sumber : Harakah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku sebagai anak muda berterima kasih kepada Muslimat PAS kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di dalam hati rakyat.

Kami menunggu parti - parti lain untuk membantah secara keras kenaikkan harga gula ini.

NGO -NGO lain yang mengaku hero rakyat di mana kalian?

Kami rakyat marhaen semakin tersepit.

Segala macam benda akan naik harga.

Minyak, khidmat jalur lebar (broadband) dan macam - macam lagi.

Tolonglah...

Suarakan bantahan kami ini.

HIDUP RAKYAT!!