Kita sering merungut apabila harga minyak naik. Marah - marah. Kita merungut semahu - mahunya bila Najib dan Rosmah menaikkan harga barang sesuka hati. Kita marah apabila barang keperluan asasi subsidinya ditarik. Namun apabila tiba masa mengundi, anda semua mengundi BN. Apabila tiba masanya ada yang tak pergi mengundi. Apabila tiba masanya anda mula terpengaruh dengan dakyah Ketuanan Melayu.
Adakalanya saya tergelak melihat mereka yang marah - marah itu apabila tiba masanya semuanya taat mengundi kembali BN. Tapi bila harga barang naik dengan segera kemarahan itu meluap - luap naik. Habis semua pemimpin BN dihamunnya. Tiada yang satu pun baik dari pemimpin BN. Semuanya dikeji habis. Tapi macam biasa, bila tiba pilihanraya undi kembali BN. Termakan, terhasut dan mudah sangat untuk dihasuti dengan janji - janji palsu BN. Terpedaya dengan janji bahawa harga barang akan turun, hak melayu terpelihara, Kampung A akan jadi macam Kuala Lumpur dan sebagainya. Tapi setelah 50 tahun, harga barang terus naik, orang Melayu semakin hilang tanahnya, kuasa raja dirampas, Kampung A terus mundur habis kuat talian internet dimasukkan.
Baiklah, kita taat kepada pemerintah. Selama 50 tahun kita taat. Tidak pernah berubah undi kita kepada mereka. Namun sedarkah kita mereka dalam diam - diam mengkhianati kita. Mengkhianati ketaatan kita kepada mereka. Lihat saja mereka dengan tenang merampas hak raja - raja Melayu. Kita mengharapkan mempertahankan kuasa raja. Tapi mereka pula yang merampasnya. Kita mengharapkan mereka menyenangkan hidup kita. Tapi sekarang Najib dan Rosmah mula menyusahkan kita dengan kenaikkan harga barang yang melampau.
Apakah ini bentuk bencana yang kita sedang hadapi. BN diberikan amanah namun BN jugalah yang mengkhianatinya. Ini merupakan satu bencana. Kita ditimpa bencana. Kenapa kita harus disiksa sebegini kejam. Kenapa mereka iaitu BN mengkhianati ketaatan kita. Apakah kita ini tidak bernilai disisi mata mereka? Nampak sangat kita ini hanya penting ketika pilihanraya saja. Sudah mendapat kuasa kita dilayan seperti sampah. Begitu hina kita dimata mereka.
Kita harus bertanya pada diri kita. Adilkah BN memperlakukan kita sebegitu rupa. Apakah kita mahu terus dilayan sebegini rupa. Apakah kita mahu bencana harga barang naik terus menimpa kita. Apakah kita mahu bencana tanah rizab Melayu dirampas oleh BN lagi. Kita harus menolak bencana ini dengan menyatakan pada diri kita sendiri. Undi BN bawa Bencana.
Khamis, 16 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.