Sabtu, 16 Januari 2010

Lepas Harga Petrol, Harga Gula, Broadband..Ni MInyak Masak Pulak??!!

UALA LUMPUR : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkemungkinan akan menurunkan atau memansuhkan subsidi minyak masak selepas perbincangan kementerian itu bersama Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sejak akhir tahun lalu.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Mohd Zain Mohd Dom, berkata kerajaan sedang menyemak kadar subsidi minyak masak yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM1 bilion setahun.

Sumber : EraPakatan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Allah Tuhan Sekalian Alam,

Apa lagi nasib sahabat - sahabatku di negara Malaysia ini.

Kita sekarang diera pemimpin merampas duit dalam poket kita secara paksa.

Kita dipaksa kerana untuk membangunkan negara dan membayar hutang negara kerana keborosan mereka ketika berbelanja.

Kita menjadi mangsa.

Kenapa masih ada yang tidak mahu membukakan mata?

Kenapa?

Apakah mereka masih sanggup diperbodohkan atau sememangnya mereka itu bodoh?

Rakyat Malaysia...kita wajib bangkit.

Jangan biarkan mereka mempermainkan kita lagi.

Kita sudah pun menghukum mereka pada Mac 2008. Pastikan pada Pilihanraya yang akan datang kita hukum mereka semahu - mahunya.

Buat anak muda...satu pertanyaan buat kalian semua.

Jika semboyan ditiupkan...apakah kalian semua akan turun ke jalanraya?

Buat makcik - makcik dan kepada siapa sahaja yang masih tetap menyokong Umno. Jangan merungut kalau esok makan di kedai harga nasi goreng kampung mencecah RM 5.00.

Rakyat Harus Bangkit...

LAGI MAU SOKONG UMNO?

2 ulasan:

  1. nak cover harga minyak naik, entah ape la lagi spekulasi yg diorang nak keluarkan

    BalasPadam
  2. kebodohan seorang wartawan.

    "adakah faktor bakal kenaikan harga minyak masak ada kaitan dengan penstrukturan semula dasar subsidi petrol negara?"

    "tidak, itu tiada kaitan kerana lori yang mengangkut minyak masak itu menggunakan diesel dan takde kaitan dgn penstrukturan petrol"

    "demikianlah saudara janji dari seorang menteri bahawa harga minyak masak tidak akan naik dalam masa terdekat ini"

    hahahahahahahampeh.

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.