Ahad, 10 Januari 2010

Rakyat Tak Bodoh Yang Bodoh Najib

Aku memang bangga dengan rakyat Malaysia. Walaupun ada segelintirnya terperangkap dengan permainan Najib namun majoritinya tidak sedemikian. Masih ramai lagi yang berfikiran waras.

Anak muda Malaysia tidak ramai yang turut serta dalam demo anjuran mereka - mereka yang menganggap diri mereka lebih pandai dari Rasulullah s.a.w. Demonstrasi yang hanya mencecah ratusan orang sahaja. Tidak langsung dapat mencecah angka ribuan umat. Berbeza dengan perhimpunan rakyat membantah kezaliman kerajaan Mesir terhadap rakyat Palestin dengan membina tembok sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Zionis Yahudi Israel. Lebih 1ooo rakyat Malaysia berhimpun membantah tindakan kejam kerajaan Mesir itu.

Apa yang boleh kita lihat disini. Buatlah percubaan untuk mencetuskan kemarahan sesama kaum. Rakyat Malaysia hanya dari jauh melihatnya dan mentertawakannya. Kita masih rasional. Bukannya bodoh sebagaimana mereka itu. Kita mampu menilainya. Najib dalam keadaan terdesak. Tidak sampai setahun memerintah terlalu banyak kontroversi yang dihadapinya. Serangan bertali - arus dari mereka yang menyampah dengan Rosmah dan melihat kekejaman Najib memerintah dan mengendalikan ekonomi menyebabkan Najib terpaksa bertahan dan ada masanya sesak nafas.

Cubaan demi cubaan untuk mengalihkan rakyat daripada masalah sebenar gagal. Dari isu kerajaan Selangor hinggalah cubaan melagakan pimpinan PAS namun tetap tidak berjaya. Rakyat hanya berhenti seketika daripada meneropong kepimpinan Najib namun kembali meneropongnya kembali. Najib lemas. Rosmah lemas. Umno lemas. BN sesak. Maka perancangan dibuat.Mahkamah konon - konon membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak Kristian. Bantahan demi bantahan dibuat. Hishamuddin Hussein membenarkan demonstrasi. Najib kata tak boleh halang mereka berdemo. Minyak dititiskan keatas api yang tak berapa nak menjadi itu. Maka gereja terbakar kerana perbuatan sesetengah yang menganggap Najib membenarkan. Demonstrasi dirancang dan diadakan. NAMUN TETAP GAGAL MENDAPAT SAMBUTAN!!

Setelah melihat demo gagal, maka mereka terpaksa membuat konon - konon simpati dengan isu gereja yang dibakar. Bantuan diberikan RM 500,000 diberikan kepada gereja terbabit. Namun bolehkah rakyat membuat prasangka buruk terhadap Najib bahawa sememangnya dia mahu mencetuskan ketegangan kaum? Tidak. Tidak sama sekali. Terlajak perahu boleh tarik balik terlajak kata - kata dan menyebabkan musibah terjadi sudah pasti amat susah untuk dilupai.

Najib sedang cuba sedaya - upaya untuk mengekalkan kuasa. Serangan bertali - arus oleh rakyat menyebabkan Najib sanggup membunuh rakyat Malaysia sendiri. GST yang bakal dikenakan terhadap rakyat bakal mengundang kemarahan rakyat yang maha dahsyat. Harga gula naik, kadar bayaran broadband akan dinaikkan dan harga baru petrol akan dikenakan. Semuanya pasti mengundang kemarahan rakyat tidak kira apa kelas dan kasta sekali pun. Maka untuk mengelakkan kemarahan rakyat kekal sampai PRU ke-13, maka isu - isu jijik seperti ini dimainkan.

Aku tetap bangga dengan anak muda Malaysia. Rata - rata tidak berminat dengan mainan songsang Najib. Hanya mereka yang sengal sahaja terikut.

Sekarang aku menyeru kepada semua pihak agar kembali tumpu kepada perhatian kepada pemerintahan Najib. Perhatikan harga - harga barang tidak naik. Perhatikan ekonomi kita. Perhatikan semuanya. Pastikan Najib sesak nafas dengan keprihatinan kita dan yang paling penting. Seranglah sebanyak mungkin.

HIDUP RAKYAT!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.