Ahad, 3 Januari 2010

Sayang Dibiarkan Kotor

Semalam aku berjalan - jalan bersama - sama ahli keluarga. Sudah lama aku tidak berjalan bersama mereka. Ya lah, masing - masing sibuk dengan tugasan masing - masing dan sebagai anak muda keluar bersama rakan - rakan sudah menjadi acara mingguan. Jadi aku mengambil keputusan untuk keluar meluangkan masa bersama mereka.

Destinasi yang aku tuju adalah Pantai Bagan Lalang. Tujuannya sebab nak makan makanan laut yang dikatakan murah dan segar. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari Bandar Baru Bangi. Kira senang cakap "Pergi lapar balik pun lapar". Perjalanan tak jauh dalam lebih kurang 20 km sahaja. Tapi jalan kampung kan, kereta banyak, traffic light banyak.

Perjalanan yang menarik dapat tengok rumah - rumah kampung yang cantik. Sampai sahaja aku di sana. Bersama anak - anak buah pergi ke pantai Bagan Lalang.

Sayang...teramat - amat sayang.

Keindahan alam semulajadi telah terbiar. Tempat riadah bersama keluarga telah tercemar dengan sampah - sarap. Aku tertanya - tanya salah siapa? Ya memang masyarakat yang bersalah tapi dalam masa yang sama kenapa ianya jadi begitu teruk. Seolah - olah pantai yang cantik permandangannya tidak berjaga dan dijaga.

Bagan Lalang 2


Bagan Lalang



Kalau tengok gaya segala kerja - kerja penyelenggaraan dibawah Majlis Daerah Sepang...

Ada yang kata pantai itu telah dijual kepada Sepang Goldcoast di zaman Khir Toyo..

Hai entahlah...

Kalau betul semua nak dijual....

Tapi mohon juga kerajaan negeri Selangor memantau keadaan ini...teruk sangat dah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.