Harga petrol dan diesel akan dinaikkan 5 sen berkuatkuasa tengah malam ini.
Sumber : Malaysiakini
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih kepada PERKASA (yang bodoh), terima kasih pemuda Umno yang memperjuangkan pasir, terima kasih Najib dan terima kasih kepada pengundi Melayu yang menyokong Umno atas nama Ketuanan Melayu.
Saya berasa cukup bangga kerana dipaksa menerima keputusan gila ini hasil daripada perjuangan dan undi kalian semua. Saya sekarang ini sedang menangis gembira kerana hasil kenaikkan semua harga barang akan turut naik. Saya sedang seronok dengan berita ini kerana gaji saya masih ditakut sama. Tapi harga barang akan naik mendadak. Lepas ini harga sekeping roti canai dari RM0.80 jadi RM 1.00. Saya punya gaji tak cukup besar untuk menampung kegilaan harga barang ini. Tak mengapa saya suka.
Lepas ini harga tambang teksi akan naik. Harga kos pengangkutan pasti akan naik. Tak mengapa gaji saya kecil. Sayakan orang Melayu yang dipaksa menerima keputusan kalian semua yang menyokong Umno. Lepas ini tariff elektrik akan naik. Jika dahulu saya membayar bil elektrik sebulan RM 40.00 maka sudah pasti lepas ini saya terpaksa membayarnya sebanyak RM 80.00. Tak mengapa, saya ucapkan terima kasih kepada kalian semua yang mengundi Umno.
Saya berharap sangat, kalian semua yang terpengaruh dengan ketuanan Melayu agar terus termakan dengan slogan tersebut. Ya, slogan ketuanan Melayu inilah yang telah menaikkan harga minyak, tepung, gula dan segala macam lagi. Sokong sampai kalian semua tak dapat makan.
Saya Melayu, tapi kenapa saya merasakan diri saya ditipu oleh Umno? Kenapa saya yang Melayu ini berasa tertipu dengan Umno dengan dikenakan harga minyak yang naik mendadak? Apakah perlu saya tak menyokong Ketuanan Melayu lagi yang nyata menyusahkan saya?
Project 964: The RWB Transformation
14 jam yang lalu
asal mmg tak berapa setuju aah kenaikan ni.
BalasPadamnak 0 subsidi, tp pada masa yg sama tak up pendapatan rakyat.
byk lubang2 dah dalam integriti pembelajaan negara.
jadi stendbyla kadar jenayah akan makin bertambah
artis pun dh jual body dan dada(h)
kalau betol la penggunaan dana negara..kita tak lalui benda mcm ni...elok projek 1 juta..sebab kroni kena up jadi 40 juta..wang sapa pakai? kita gak
BalasPadamRakyat Diperbodohkan, Keuntungan Didahulukan.. Apakah inilah slogan "1 Malaysia" sebenarnya?
BalasPadamSource:
BalasPadam(http://www.transformation.gov.my:8080/)
Ini merupakan soal selidik yang tidak logik, cuba saudara sekalian click "No" dekat soalan pertama, " Setujukah subsidi dikurangkan? Jikalau saudara pilih "no", maksudnya soalan lazim kedua and ketiga tidak wujud, tetapi sistemnya tidak dapat "submit" tanpa jawapan kedua and ketiga yang secara default, mengganggap saudara setuju kepada kenaikan subsidi.
Sistem intelektual yang mengkagumkan.
Do you agree that Government subsidies (which amounted to RM74 billion in 2009) need to be reduced so that they are more targeted to those in need?
Yes
No
Do you agree that the savings from the reduction of subsidies could be used more efficiently and productively on projects that would benefit the Rakyat?
Yes
No
Please select an answer
In your opinion, what should be the timeline to reduce Government subsidies?
1 Year
3 Years
5 Years
Please select an answer.
rakyat ditipu hidup-hidup oleh Najib...sebab kita ada NKRA...Najib Kerja Rosmah Arah...
BalasPadam