Aku seorang Muslim dan Melayu. Aku cuba menjadi Muslim yang baik walaupun tidak sebegitu sempurna. Idola aku Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh terbaik aku. Dari kehidupan peribadinya hinggalah kepada cara Baginda s.a.w mentadbir negara. Apabila aku melihat wujud kumpulan - kumpulan melampau yang cuba mencemarkan nama baik agama ini maka aku harus bangkit lawan.
Perkasa cuba menjadi hero untuk orang Melayu. Tapi dalam masa yang sama, telah mencemarkan maruah orang Melayu kerana telah menyebabkan bangsa - bangsa lain menyampah dengan bangsa ini. Mereka telah menganggap orang Melayu sama saja kurang ajarnya dengan Perkasa dan Umno. Kadang - kala tindakan mereka yang menggunakan nama agama suci ini juga telah menyebabkan penganut agama lain menjadi bertambah jauh daripada Islam.
Dari isu kalimah Allah hingga masuk dalam masjid. Semuanya diMelayukan oleh Perkasa dan Umno. Sedangkan zaman Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah jadi begitu. Islam tidak diArabkan hatta Islam itu sendiri bercanggah dengan naluri asal orang Arab. Aku begitu geli dengan mereka ini. Geli sifat munafik yang mereka tonjolkan. Mulut kata perjuangkan untuk bangsa dan agama tapi dalam masa mereka rela bersama - sama orang yang melakukan rasuah, terang - terang menindas rakyat dengan menaikkan harga minyak dan harga barang.
Ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w Abdullah bin Ubay merupakan ketua munafik pada zaman tersebut. Selepas kewafatan baginda s.a.w, lahir seorang lagi iaitu Abdullah bin Saba'. Masuk Islam namun dalam masa yang sama berniat menghancurkan agama ini dengan mencetuskan persengketaan sesama Islam. Di Malaysia, wujud seorang individu yang perangai sama macam dua insan yang dilaknat ini. Permainan menempel muka dengan muka pengemis yang menimpa simpati. Aku masih ingat wajah Ibrahim Ali ketika sambutan hari Raya di rumah Anwar Ibrahim. Muka sedih dan tidak berdaya datang memohon simpati. Datang ke rumah Tuan Guru Nik Aziz meminta pertolongan agar diberi kerusi Pasir Mas. Bila sudah menang. Memang melepaskan anjing. Sekarang dicubanya menggigit Anwar Ibrahim dan TG Nik Aziz. Menyalak tak tentu hala. Cuba memecah-belahkan undi orang Melayu. Dahulu sanggup turun ke jalanraya menentang kenaikan harga minyak di KLCC. Sekarang, diam takut menikus. Bacul dan jantan yang tiada telur apabila kuasa dan duit sudah diberikan. Lagi bangsat daripada Yahudi Zionis.
Aku Melayu, melihat gelagat Perkasa yang sememangnya menipu dan cubaan membodohkan orang Melayu menyebabkan aku merasa cukup jijik. Melayu bodoh maka senanglah mereka menjilat tangan Najib kerana jika Melayu jadi bodoh maka Umno akan terus berkuasa. Operasi membodohkan Melayu harus dilaksanakan secepat mungkin. Lagi tebal kebodohan Melayu lagi berkuasalah Umno. Apabila berkuasanya Umno maka lagi senanglah mereka merompak harta rakyat. Apabila harta rakyat dirompak maka Perkasa mengharapkan sedikit sebanyak harta itu diberikan kepada mereka.
Aku Melayu dan aku faham sejarah. Suruh ahli - ahli kumpulan Perkasa baca balik buku teks sejarah tingkatan tiga (walaupun tak sampai 10% betul). Melayu berasal dari mana. Wilayah Yunan, Xinjiang. Dimana Xinjiang? China. Jadi apa perlu kita bergaduh. Sedangkan kita serumpun. Itu belum dikira manusia berasal dari Nabi Adam. Perkasa jangan jadi keldai. Cukup kamu seorang keldai tapi jangan diseret sama orang - orang Melayu menjadi keldai juga. Cukup kamu semua yang bodoh tapi dibodohkan minda orang - orang Melayu.
Aku Melayu. Malu aku apabila dicalitkan najis kebebalan Perkasa dan Umno atas nama Ketuanan Melayu. Malu aku apabila orang sebangsa aku sanggup jadi pak turut Perkasa dalam isu yang sengaja khas direka oleh Perkasa dan Umno. Sudahlah kita dibebalkan dengan sejarah rekaan Munsyi Abdullah, British dan Thailand sekarang kita sekali lagi dibengapkan oleh Perkasa dan Umno.
Melayu jangan jadi layu. Melayu harus tunjukkan kepada bangsa - bangsa lain bahawa kita sebenarnya cerdik. Kita mampu berubah. Kita mampu berfikir secara waras. Kita boleh bertolak - ansur dalam sesuatu perkara. Kita tidak gila macam Perkasa dan Umno. Kita tidak bodoh seperti Umno dan Perkasa.
Aku Melayu dan Islam. Aku memilih untuk menolak Umno dan Perkasa. Kalian semua bagaimana?
tamat
Project 964: The RWB Transformation
14 jam yang lalu
Kamu adalah Melayu Progresif yang mempunyai pandangan luas tak senang dibohongi oleh sesiapa mau melayu atau bangsa lain.
BalasPadamSyabas,
Kenntzen
terima kasih Kenntzen
BalasPadamSalam Dragsuperstar,
BalasPadamMemang betul tulisan tuan.
UMNO memang nak bodohkan kaum Melayu.
Jadi kita mesti sebarkan tulisan tuan di kampung2 dan kepada makcik/pakcik felda.
Tuan boleh sebarkan tak?
Saya akan beritau saudara-mara dan kawan2 saya bila balik kampung.
Aku memang lebih sejahtera tanpa UMNO. Gerombolon UMNO tu hanya tau buat kacau bilau. Memang tak ade harmoni. PM yang sokong kacau bilau patut di halau keluar dari putrajaya. Gerombolon UMNO to pencuri, penyamun...begitu jugak binatang2 polis yang begitu kejam.
Terima kasih pada tuan kerana cakap benar.
Semoga tuan sihat dan umur panjang untuk menegakkan demokrasi Malaysia.
orang kampung
the chinese also has to extend their friendwhip arms to the malays. the more we are divided-and-ruled, the longer umno(baru) will be in power.
BalasPadammostly, i'll say chinese are kiasu. how many younger chinese generations in malaysian can speak bahasa fluently and have malay friends?
i mean, malay friends that u hang out regularly with. not mere classmates or co-workers. THAT IS THE PROBLEM!
4RAKYAT
wasalam...
BalasPadamterima kasih orang kampung diatas komen yang tersgt baik..
dont worry bro...ramai lagi melayu yg nampak perkara sebenar
BalasPadamtq bro...sejuk sikit hati ni
BalasPadam