Sibuk sekarang Umno dan juak - juaknya bersalakkan mengatakan Anwar agen CIA. Lagu lama dimainkan semula. Nasi basi digoreng semula dan dihidangkan kepada rakyat. Anwar dituduh alat CIA, Yahudi dan sebagainya. Namun ada atau tidak satu dokumen lengkap yang diberikan mengatakan Anwar agen CIA?
Umno gila tapi rakyat jangan jadi gila. Siapa yang bersekongkol dengan APCO? Siapa yang bermatian mempertahankan APCO? Siapa yang membayar APCO puluhan juta setahun? Siapa? Anwar ataupun Najib?
Jika benar Anwar alat Yahudi dan CIA, kenapa dia dikecam hebat oleh satu pertubuhan Yahudi tertua di dunia ini dengan mengatakan Anwar anti-semitik? Kenapa Umno sekarang bermatian untuk membuat fitnah bodoh ini? Apakah Umno lemas dengan tuduhan yang kukuh daripada Anwar yang mengatakan Najib (Umno) menggunakan nasihat Zionis untuk menaikkan imej dia?
Agen CIA sudah basi. Semenjak tahun 1998 hingga tahun 2010, lagu sama dimainkan. Sila kemukakan bukti. Dapatkan dokumen bertulis daripada CIA yang mengatakan Anwar memang talibarut CIA. Jika benar mahu mempertahankan kedaulatan negara ini sila halau APCO. Kenapa tidak mahu menghalau APCO? Sebab APCO ini hanyalah fitnah. Kalau begitu jangan ambil tindakan terhadap Anwar kerana kamu semua wahai pencacai Umno, Umno dan Najib tidak punya bukti terhadap Anwar.
APCO memang sifatnya Zionis. Setelah dikecam hebat oleh rakyat, segera gambar Pengarah Urusan mereka iaitu Paul Stadlen dihilangkan. Jika benar mereka bukan Zionis Yahudi kenapa harus takut? Sudah terbukti hanya mereka yang menganut fahaman Zionis saja yang mempunyai sifat sebegitu. Kenapa Umno masih tidak mahu faham? Kenapa pencacai Umno masih buta tuli?
Sekarang mereka iaitu Umno, pencacai Umno lemas dengan suara mengatakan Umno-APCO. Mereka mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada isu Najib jadi KUDA TUNGGANGAN Yahudi Zionis melalui APCO. Segera cerita lama dibangkitkan kembali. Aduhai Umno, sedih dengan kalian semua.
Buat orang Melayu yang sensitif dengan perkataan CIA, Yahudi dan sebagainya. Cuba berfikir, siapa yang sekarang ini alat Yahudi Zionis. Anwar atau Najib? Siapa yang upah APCO? Anwar atau Najib?
Project 964: The RWB Transformation
13 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.