Hari ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat secara rasminya menolak kerajaan perpaduan. Hari ini juga Umno dan Zionis BN terdiam seketika di saat mereka sangkakan Pakatan Rakyat akan berpecah. Hari ini juga Zionis BN terkedu bantuan oksigen yang mereka sangka akan tiba tidak kunjung tiba.
Namun rakyat Malaysia jangan bersenang - lenang dengan perkhabaran baru ini. Usaha mereka untuk merealisasikan kerajaan perpaduan dan mahu melihat Pakatan Rakyat retak akan tetap diteruskan. Mereka yang menjadi boneka Umno dan juga Umno tidak akan duduk diam. Mereka akan tetap menyerang. Selangor dari mula waktu penubuhannya, sering kali diganggu oleh mereka yang tidak bertanggungjawap. Kerajaan perpaduan ditawarkan pada waktu yang saat genting ketika itu. Namun atas desakan rakyat mahu melihat Zionis BN ditumbangkan, tawaran kerajaan perpaduan ketika itu lenyap seketika.
Tidak mengapa kita biarkan dahulu kerajaan perpaduan yang ditamatkan riwayat buat sementara waktu. Untuk memastikan riwayat kerajaan perpaduan itu benar - benar padam, maka Manik Urai menjadi medannya. Medan untuk memberitahu kepada Umno dan boneka Umno bahawa rakyat Manik Urai yang bakal mewakili rakyat Malaysia benar - benar mahu menolak sebarang rundingan gelap mahupun terang dengan Umno.
Rakyat Malaysia bukannya bodoh, kalau atas nama mahu memperbaiki sistem ekonomi negara, masalah umat, masalah jenayah untuk diperbincangkan, sudah pasti perbincangan itu akan pasti dirahmati dan dipersetujui. Namun atas nama perkongsian kuasa, jangan harap!! TG Nik Aziz memahami sakit dan pilu hatinya apabila kerajaan yang dipimpinnya saban hari diganggu - gugat. Mereka yang tidak merasakannya bolehlah menutup mulut. Kekejaman dan kezaliman anda hadapi belum tentu dapat mengatasi perasaan sedih TG Nik Aziz.
Saya merayu buat anak muda Malaysia, bantulah kubu kuat Pakatan Rakyat ini. Kubu ini merupakan benteng Pakatan Rakyat. Jika Manik Urai tewas di tangan Zionis BN, maka bersiap - sedialah isu kerajaan perpaduan akan dimainkan sekali lagi, DSAI bakal dihumbankan ke penjara sekali lagi, Pakatan Rakyat berpecah dan paling malang sekali pada PRU-13, Pakatan Rakyat hilang semua kerusi. Zionis BN sekali lagi menjadi kejam dan yang paling menyedihkan, Kelantan telah jatuh ke tangan Zionis BN.
Saya menyeru dan merayu kepada semua anak muda Malaysia turunlah beramai - ramai, bantu jentera Pakatan Rakyat di Kelantan. Anak muda Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak marilah membantu pemimpin Agung Pakatan Rakyat ini. TG Nik Aziz memerlukan bantuan kita.
HIDUP RAKYAT!!!
Five Reasons Why We Love The BMW M3 GTR
2 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.