Pada 6 Julai 2009, kita bakal menyaksikan peperangan yang paling bersejarah untuk tahun ini. Peperangan di sebuah negeri yang sememangnya terkenal sebagai benteng terakhir umat Islam dan Pakatan Rakyat. Ketika saat pembangkang diasak bertubi - tubi, Terengganu hilang, PAS kehilangan banyak kerusi Parlimen, keADILan satu kerusi sahaja, Kelantan tetap menjadi benteng terakhir pembangkang. Negeri yang juga menyaksikan perbezaan kerusi dengan pembangkang BN Kelantan hanyalah satu. TG Nik Aziz bersendirian berdepan dengan kejahatan Umno dan BN. Ketika itu tidak timbul isu PERPADUAN!!!!!! Yang timbul hanyalah..TERUSKAN BELASAH PAS!!
Semua pemimpin pembangkang menjadikan Kelantan sebagai kubu terakhir untuk merencana serangan keatas Zionis BN. Kelantan sudah menjadi umpama kubu terakhir tentera Kedah menghadapi serangan terakhir penjajah Thai dan British. Setelah perancangan demi perancangan dibincangkan, hasilnya kemenangan untuk rakyat pada PRU-12 telah berjaya. Penjahat Zionis BN tumbang dengan teruk. 2/3 majoriti hilang di tangan Pakatan Rakyat.
Sekarang bumi Kelantan akan menjadi medan pertempuran yang cukup dahsyat. Umno yang menggunakan tentera bawahan iaitu SPR yang telah menetapkan hari mengundi pada hari berkerja. 14 Julai 2009 jatuh pada hari Selasa. Kita boleh lihat BN akan menggunakan segala macam penipuan untuk mengalah gergasi politik iaitu PAS. Pertempuran kali ini bukanlah pertempuran antara dua parti politik sahaja. Pertempuran kali ini bagi memastikan sokongan kepada kerajaan Pakatan Rakyat dibawah pimpinan TG. Nik Aziz masih relevan. Walaupun TG Nik Aziz pernah dilabelkan orang yang sudah tidak mustajab doanya namun bagi rakyat Malaysia khasnya anak muda, tetap menjadi pujaan hati. Walaupun sudah berumur, namun suaranya tetap mendapat sambutan hebat dari anak muda. Walaupun dihina oleh musuh dan juga orang dalam yang mengaku sebagai ahli parti PAS, TG Nik Aziz tetap akan mendapat sokongan padu. Anak muda sedih dengan mereka yang cuba membuat onar terhadap pemerintahannya. TG Nik Aziz lebih mengenali Umno daripada orang lain.
Perang kali ini harus disertai oleh semua lapisan masyarakat. Yang berparti, tidak berparti, yang rapat dengan orang politik, yang tidak rapat dengan orang politik, NGO, NGI dan lain - lain harus turut serta dalam pertempuran ini. Anak muda harus serta dalam pertempuran ini. Pertahankan kubu kuat Pakatan Rakyat. Inilah kubu kuat rakyat. Kubu yang menyebabkan kita mampu mengangkat muka ketika saat rakyat dikalahkan oleh Zionis BN. Anak muda, semboyan perang akan ditiupkan secara rasmi pada 6 Julai 2009. Bumi Manik Urai medan bagi membuktikan anak muda bersama TG Nik Aziz. Bumi Manik Urai medan bagi kita memberitahu pada Najib dan suaminya Rosmah, angkara mereka di Perak tidak akan kita lupakan malah kita terus ingati peristiwa tersebut. Kita juga akan memberitahu kepada Zionis BN, kita tidak akan mengizinkan tindakan zalim mereka terhadap DSAI yang bakal dibicarakan nanti.
Kehadiran kita dengan penuh garang akan memberi signal jelas kepada Zionis BN. Ini bumi Pakatan Rakyat. Jangan sesekali menghantar samseng - samseng bodoh ke sini. Oh ya, Khairy sila datang ke Manik Urai. Kehadiran dan kenyataan bodoh anda akan memenangkan kami.
Anak Muda..Bersedia!!!
Patrolling Japan’s Expressways In A Porsche 912 Police Car
10 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.