Selasa, 4 Mei 2010

Kenapa Saya Sokong Pakatan Rakyat (1)

"no.... it's not disorder that we want
and it's no anarchy
we need freedom and justice
we want to be free"

ACAB - Freedom & Justice


Menjadi aspirasi diri saya untuk melihat kebebasan yang sebenar dapat dikecapi oleh semua rakyat Malaysia. Saya berminat untuk melihat kebebasan rakyat bersuara dalam erti kata sebenar meluahkan pendapat demi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya apabila kebebasan yang berbentuk ilmiah ini dikembangkan dan diperkenalkan negara pasti maju. Negara Malaysia yang tercinta ini pasti akan melahirkan intelek - intelek yang berkualiti dengan penghasilan bahan - bahan bacaan yang bagus untuk rakyat.

Menjadi idaman saya dan seluruh anak muda Malaysia untuk melihat keadilan dapat dilaksanakan secara meluas. Keadilan dapat dilaksanakan tanpa memilih bulu. Apabila keadilan dapat dilaksanakan saya yakin semua anak muda Malaysia percaya segala bentuk rasuah yang merugikan negara pasti akan lenyap sama sekali.

Mampukah Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional memenuhi aspirasi anak muda Malaysia sekarang ini? Satu persoalan yang mampu membuatkan kita terus berfikir dan berfikir. Barisan Nasional umum diketahui tidak pernah sama sekali mengangkat suara rakyat sebagai sumber inspirasi untuk membangunkan negara. Jika suara rakyat itu menyebabkan mereka rimas maka suara rakyat itu segara dicop sebagai hasutan dan berniat jahat. Pernahkah Barisan Nasional mengambil suara rakyat? Jika benar mereka mendengar suara rakyat kenapa rintihan rakyat mengenai harga minyak, gula, tepung dan terbaru GST tidak diendahkan. Mereka tetap mahu melaksanakan akta GST dengan cara membeli ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bacul dan bangsat supaya mereka mendapat kembali 2/3 majoriti supaya mudah untuk mereka meluluskan akta tersebut.

Rakyat tidak dibenarkan mengkritik Barisan Nasional, Najib, Rosmah dan Raja - raja Melayu walaupun kehadiran mereka sebenarnya tidak membantu rakyat. Kita mengkritik supaya mereka menjadi lebih efisyen. Menjadi lebih dekat dengan rakyat. Apa kelayakan mereka sehingga mereka tidak boleh dikritik? Apakah raja - raja kita ini lebih mulia daripada Saidina Umar Al-Khattab? Sahabat Rasulullah s.a.w yang dijamin syurga pernah dikritik oleh seorang wanita atas isu emas kahwin. Walaupun Saidina Umar terkenal dengan garang dan tegasnya, tidak pernah sama sekali Saidina Umar menghukum wanita tersebut. Apabila kritikan dibenarkan maka negara pasti akan kedepan kerana idea - idea yang bernas dari rakyat diguna-pakai. Jika BN, Najib, Rosmah dan Raja - raja Melayu tidak mahu mendengar suara rakyat. Maka lagi 300 tahun kehidupan rakyat di kampung - kampung pasti tidak akan terbela. Salahkah rakyat mengkritik kalian semua? Salahkah kami rakyat Malaysia mempersoalkan kehadiran dan tindakan kalian semua yang sememangnya menjengkelkan rakyat?

Pakatan Rakyat membenarkan kebebasan suara. Membenarkan rakyat bersuara dan meluahkan ketidakpuasan hati mereka jika Pakatan Rakyat mentadbir negeri mereka tidak efisyen. Buktinya?

The square is located at the stage of the Millennium Square on the sea-front side of the Esplanade

The Speakers’ Square in Penang is the first of its kind outside a university campus in the country.


Kenapa kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang bersungguh - sungguh mahu melihat kebebasan suara ini dilaksanakan? Kerana mereka yakin dan tahu jika rakyat dibenarkan, negeri yang mereka diamanahkan untuk mentadbir pasti negeri ini akan kedepan kerana idea - idea rakyat akan digunapakai. Hanya orang yang berada dalam Barisan Nasional sahaja yang mahu memperbodohkan rakyat dengan tidak membenarkan rakyat bersuara dan menganggap rakyat bodoh dan tidak tahu mengenai pentadbiran negara. Mereka yakin mereka itu utusan Tuhan yang sentiasa dijaga pemikiran mereka. Ya kerana kononnya pemikiran mereka terjaga maka Pulau Batu Putih dan kawasan yang kaya dengan minyak terlepas ke negara asing. Kenapa boleh terlepas? Kerana mereka tidak membenarkan perkara seperti ini dibincangkan secara meluas oleh rakyat. Malaysia mempunyai 28 Juta rakyat. Mana mungkin tiada idea atau cadangan yang bernas terbit dari akal fikiran mereka. Tapi inilah hasilnya, kerana menyangka rakyat bodoh kita terlepas kesemuanya.

Saya benci kepada Bn kerana mereka gemar menganggap rakyat Malaysia bodoh. Mereka sebenarnya tidak pernah menghormati rakyat dan tidak menganggap rakyat Malaysia itu mulia di mata mereka. Oleh kerana mereka biadap dengan rakyat dan suka memperbodohkan rakyat, maka saya mengambil keputusan menyokong Pakatan Rakyat. Kenapa saya menyokong, kerana buat masa sekarang mereka dilihat menghormati rakyat. Mereka menghormati dengan cara mengangkat suara rakyat ketempat sepatutnya. Walaupun musuh - musuh mereka selalu sahaja membuat demonstrasi namun tidak pernah pula kita melihat mengarahkan polis untuk membelasah para peserta demonstrasi. Mereka tetap mendengar kritikan mereka walaupun ada kritikan mereka dilihat bodoh dan sengal tambahan lagi jika datang dari Perkasa.

Ini sepatutnya yang ada pada sebuah kerajaan. Mereka memuliakan kedudukan rakyat. Saya senang dengan sikap kerajaan seperti ini. Kita dilihat sebahagian daripada pentadbiran negeri. Kita dibenarkan memberi idea kepada mereka. Bukan seperti Bn yang mereka sangkakan diri mereka diturunkan wahyu oleh Tuhan. Yakin yang mereka tidak pernah silap. Saya menyokong Pakatan Rakyat walaupun mereka masih muda dalam memerintah (kecuali Kelantan) namun berusaha mengembalikan hak rakyat yang asas. Kita rakyat juga tidak mahu wujud segelintir masyarakat yang menyalahgunakan kebebasan ini dengan menghina agama lain dan kaum lain. Jika wujud sekali pun kita tetap mahu ianya diselesaikan secara berdialog dan ini yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bukannya terus terpekik terlolong macam Umno dan Perkasa.

Kebebasan inilah yang diberikan kembali kepada rakyat oleh kerajaan Pakatan Rakyat membuatkan saya terus berminat dengan mereka. Walaupun adakalanya tindakan mereka ada tempangnya tapi mengizinkan untuk kita mengkritik mereka dengan hati terbuka. Barisan Nasional? Kritik sahaja terus dicop pengkhianat, kritik saja terus dicop parti pembangkang, kritik saja terus dicop tidak tahu bersyukur. BN sememangnya sudah mahu mengambil kerja Tuhan. Kebebasan bersuara sememangnya akan melahirkan masyarakat yang cerdik kerana ianya akan memaksa otak kita untuk menjawap atau memberikan hujah yang baik kepada kerajaan mahupun kepada sahabat - sahabat kita. BN mengajar kita untuk menerima apa saja keputusan yang dibuat walaupun kita tahu ianya salah. Namun kita tidak berani menegur kerana BN telah mengajar rakyat jangan mengkritik hatta keputusan mereka KEDAULATAN NEGARA TERGADAI!!

bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.