Selasa, 25 Mei 2010

Malaysia Jahanam Bawah Umno

Orang Melayu, sepatutnya anda sekarang sudah pandai berfikir. Jangan biarkan diri anda terus dibodohkan, dibangangkan, dan ditipu secara bulat - bulat dan terang - terangan oleh Umno.

Kita selalu merungut kerana kebanjiran pekerja tenaga luar. Bangla, Indon, Myanmar, Vietnam, dan lain - lain. Kita merungut kerana ada majikan yang sanggup menipu visa perlancongan yang diberikan kepada mereka ini. Sekarang kerajaan mahu pula memberi kebenaran untuk masuk ke negara ini TANPA MENGGUNAKAN VISA.

"PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberi semula kemudahan transit tanpa visa kepada warga India, Sri Lanka, Pakistan dan Bangladesh mulai 1 Julai depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan memberi semula kemudahan tersebut adalah kerana kerajaan mendapati ia memberi faedah kepada industri pelancongan negara.

"Satu ketika dulu, pernah diadakan (kemudahan transit tanpa visa ini) tetapi atas sebab-sebab tertentu, ia ditarik balik." Sumber : Mstar


Oh Melayu, janganlah kita masih merungut jika kita nampak kebanjiran warga asing dalam kerja. Janganlah kita marah jika kita melihat kebanjiran tenaga kerja dalam negara kita telah diambil secara haram oleh mereka ini. Sudah pasti kebenaran masuk tanpa visa ke negara kita tercinta ini akan disalah-gunakan oleh mereka yang begitu terdesak untuk mencari sesuap nasi yang halal.

Kita marah, bengang, naik angin tapi kita jugalah yang memilih pemimpin yang sedang merosakkan KETUANAN Melayu, KETUANAN RAKYAT, dan yang paling penting KEDAULATAN NEGARA! Kita mudah meloncat dengan isu - isu yang dibangkitkan oleh alat perkakas Yahudi iaitu PERKASA. Tapi kita lemah dan diam apabila isu judi dihalalkan, kebenaran masuk ke dalam negara kita tanpa visa. Melayu kenapa begitu lemau anda semua?

Anak muda Malaysia yang berbangsa Melayu, syukur kerana majoritinya telah berubah. Namun masih ada yang terus jadi bodoh. Masih ada yang sanggup jadi sang keldai dengan terus - menerus menyokong apa sahaja tindakan bodoh dari parti pemerintah iaitu Umno.

Renungkanlah orang Melayu, negara tergadai. Renungkanlah orang Melayu, kita dipaksa secara lembut untuk berjudi. Renungkanlah orang Melayu dan berfikir secara waras. Umno alat Yahudi. Mereka sudah terlalu lama membodohkan anda. Berubah dan cuba sekali berubah menjadi suatu bangsa yang progesif. Hidup secara aman dengan bangsa - bangsa yang lain. Kenapa kita harus terus bergantung harap dengan Umno yang perangai Yahudi ini.

Melayu, jika anda semua tidak berubah, aku berjanji dengan diri ini akan terus menyalahkan anda semua kerana telah membiarkan negara ini tergadai sedikit demi sedikit hasil kerana anda memberi undi dan sokongan tidak berbelah bagi kepada Umno Yahudi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.