Sesungguhnya setan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). Surah 5:91 |
3 Julai hari kita membantah judi satu Malaysia. Ayat diatas dipetik dari Al-Quran yang menjadi kitab pedoman umat Islam. Kita umat Islam membantah judi kerana yakin setiap seruan yang diarahNya pasti ada kebenarannya.
Baik Buddha, Hindu, Kristian, Yahudi dan pelbagai lagi agama membantah aktiviti perjudian ini. Judi merupakan satu perkara yang teramat buruk perbuatannya. Kita membantah kerana tidak mahu judi menjadi satu perbuatan yang rutin dalam sesebuah keluarga dan individu. Sudahlah lesen judi terbesar diberikan kepada Lim Goh Tong sekarang lesen judi sekali lagi mahu diberikan kepala Tauke kepada Umno iaitu Vincent Tan.
Malaysia sudah lama terdedah dengan budaya judi. Akibat keghairahan pemimpin Umno pada waktu itu dengan memberi lesen - lesen judi kepada mereka yang dirasakan layak. Memang judi satu perniagaan yang untung. Ekonomi negara pasti naik mendadak. Namun naik mendadak dengan memerah wang rakyat. Menggoda rakyat supaya berjudi untuk merompak duit rakyat.
Kenapa? Sebab sekarang Malaysia sudah mahu tumbang. Negara kita Malaysia keadaan kewangannya sudah semakin tenat. Cara untuk mengumpul duit dengan cara pantas adalah melalui judi. Jika mahu menaikkan barang sudah pasti BN akan kehilangan undi. Maka cara yang baik adalah menghalalkan sesuatu yang haram supaya nanti bila judi sudah jadi kebiasaan dan menyebabkan rakyat derita. Mereka Umno akan berkata. bukan salah kami, kamu semua rakyat yang bersalah kerana siapa yang suruh kamu berjudi teruk - teruk.
Jadi untuk mengelakkan kita dipersalahkan. Bangkit dan bantah perjudian yang melampau ini. Katakan kepada Najib, cukup! Kami bantah judi!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.