Hari ini isteri Rosmah konon berang dengan tindakan Yahudi Zionis yang telah membunuh belasan aktivis kemanusiaan yang menuju ke Gaza. Najib kononnya membantah tindakan Yahudi Zionis menyerang aktivis - aktivis berkenaan dari belakang.
Tapi apakah Najib lupa dengan kematian Allahyarham adik Aminulrasyid? Beliau mati ditembak dari belakang. Apakah tindakan itu tidak zalim dan pengganas. Najib sememang manusia yang paling kuat menipu.
Kalau benar Najib menentang keganasan sepatutnya dia adil dan mengarahkan Ketua Angkatan Katil Polis Musa Hassan agar diam menutup mulut. Bukannya mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati. Tindakan Najib dan Musa sama seperti Benjamin Netanyahu yang mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati keluarga mangsa serangan kejam tentera laknat Zionis.
Sebelum bercakap isu Zionis teropong dulu Zionis tempatan yang dipimpin oleh kamu Najib. Sekarang APCO sedang menyorok dan melarikan diri. Alamat di website mereka telah dihilangkan. Mereka bimbang mereka akan dihalau oleh para pejuang rakyat. Najib menjadi alat APCO. Najib bercakap seolah dia tidak pernah bersikap seperti Yahudi Zionis.
Sebelum akhiri penulisan ini. Tok Guru Najib adalah Mahathir. Mahathir juga pernah membunuh rakyatnya sendiri. Ingat peristiwa Memali. Menembak para mangsa dari belakang!!
UMNO-APCO....JAHANAM!!
Always Meet Your Hero Car: My Day With The Need for Speed BMW M3 GTR
15 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.