Rabu, 13 Oktober 2010

Terima Kasih Musang Dalam PKR

Aku mengucapkan terima kasih kepada musang - musang jahat yang berada dalam PKR. Mereka yang terdiri daripada irang - orang tertentu yang menyokong kononnya dia mempunyai sumbangan besar dalam perjuangan. Mereka sanggup menipu dan meniupkan api perpecahan dalam parti yang telah mula menjadi harapan rakyat.

Dengan pembinaan blog ANTI orang tertentu dan menyerang individu tertentu. Blog ANTI individu tertentu walaupun tidak mempunyai hubungan dengan TOKOH yang dikatakan hebat dalam berjuang namun saya yakin blog itu dibina oleh penyokong - penyokong TOKOH "hebat" itu.

Dengan melemparkan amaran kepada calon - calon Timbalan Presiden sebagai contoh hilang kerusi MB dan sebagainya merupakan tindakan jijik dan paling keji dalam sejarah politik pembangkang Malaysia. Serangan - serangan seperti ini membuatkan saya terfikir, tokoh yang dikatakan "hebat" sangat itu mulia atau tidak? Apakah dia mahu kuasa sahaja. Adakah dia mahu melihat parti yang mula mendapat sokongan rakyat musnah begitu sahaja?

Ada suara dalam parti tersebut mengatakan dia sememangnya mahukan kerusi tertinggi dalam KERAJAAN negeri Selangor. Kerusi apa? Silalah cari sendiri.

Buat mereka yang terbabit dalam projek memusnahkan parti TERIMA KASIH. Anda MUSANG JAHAT!

1 ulasan:

  1. Inilah dia, bagi orang-orang yang tamakkan wang ringgit dan kuasa. Sanggup menggadaikan perjuangan. Perjalanan perjuangan kita sudah makin menghampiri kejayaan, tetapi dilondehkan oleh mereka-mereka yang musang berbulu ayam ini.

    Aku sumpah mereka-mereka ini jadi tempoyak supaya senang ditenyeh-tenyeh walaupun dengan timun.

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.