Siapakah tukang bisik? Apakah tugas tukang bisik? Bagaimana mereka boleh muncul? Dimana mereka berada?
Tukang bisik jika di Indonesia disamakan dengan tukang hasut. Tugas tukang bisik ini akan menghasut benda - benda negatif. Mereka sering memberi idea yang salah terhadap individu atau tokoh - tokoh tertentu. Maka apabila idea itu dibeli dan diguna - pakai oleh individu atau tokoh maka hasilnya segala gerak kerja mereka akan tempang dan salah.
Sekarang ini tukang bisik yang jahat sedang berkeliaran di sana - sini. Khasnya di dalam Parti Keadilan Rakyat. Mereka sedang cuba mempengaruhi pemikiran beberapa pemimpin yang ada didalam parti tersebut. Percaya atau tidak mereka ini tidak ramai. Mereka ini hanyalah segelintir individu yang cuba menanam saham keatas beberapa pemimpin tertentu yang dilihat berpotensi menjadi pemimpin besar. Maka mereka mula memasang jala atau jaring untuk memastikan pemimpin tersebut tersangkut dengan jerangkap samar mereka.
Mereka ini tidak semulia seperti Hishamuddin Rais, Syed Shahrir dan beberapa orang lagi. Orang yang mulia seperti mereka akan tetap pendiriannya. Mereka jika tidak suka dengan gaya membuli orang ini maka dengan tegas mereka katakan tidak. Hatta untuk bekerjasama juga tidak sanggup dilakukan. Tapi bagi mereka yang berhati syaitan kecil ini, mereka cuba makan keliling. Pihak A mereka bekerja pihak B mereka bekerja. Dibocornya rahsia pihak A dan dibocornya rahsia pihak B kepada A. Hasilnya perpecahan pasti berlaku. Hasil usaha yang dilakukan oleh mereka yang berhati syaitan ini.
Saya tidak salahkan Azmin Ali 100%. Tapi saya salahkan tukang bisik yang menghasut Azmin Ali untuk terus menganggu Tan Sri Khalid Ibrahim. Tukang bisik yang menghasut Azmin Ali untuk sabotaj jentera pilihanraya kecil Hulu Selangor terhadap Zaid Ibrahim. Tukang bisik seperti ini sedang rapat dengan Azmin Ali. Itu sebahagian contoh jenis - jenis tukang bisik yang berada didalam parti tersebut. Mereka ini tidak ramai. Tapi mereka inilah yang telah menganggu perjalanan parti tersebut. Mereka merasakan diri mereka cerdik pandai dalam politik. Padahal baru setahun jagung dalam politik. Tapi segala tindakan mereka bukannya membantu parti tapi merosakkan parti.
Mereka merasakan buah fikiran mereka dengan mencantas orang baik - baik adalah tindakan yang betul dalam politik. Tapi malangnya tindakan mereka telah menimbulkan persepsi yang negatif kepada rakyat. Mereka angkuh dengan mengatakan orang lain tidak sepandai mereka dan lemah segalanya. Tapi kita juga jangan terkejut jika kita dapati mereka yang kononnya ikhlas membantu rakyat modus operandi mereka sama saja dengan gerakan jentera Umno dan Barisan Nasional. Ada juga segelintirnya sedang bekerja dengan pihak tertentu di dalam Umno. Mereka inilah yang sedang membocor rahsia parti kepada Umno. Ya, mereka boleh katakan kita juga mendapat rahsia daripada pihak Umno tapi apakah balasan yang kita berikan? Rosakkan parti yang menjadi harapan kepada rakyat ini dengan memberi maklumat kepada Umno?
Buat Tukang Bisik yang hebat menghasut. Anda hebat sekarang ini kerana dapat memegang beberapa tokoh tertentu dalam parti. Tapi percayalah langkah anda pasti dapat dikesan. Jangan sampai rakyat mencemuh anda. Tindakan anda sebenarnya menyumbang kepada pepecahan yang wujud dalam parti ini. Ingat...tindakan jahat anda pasti akan dapat dikesan dan dihebahkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.