Isnin, 27 Jun 2011

BERSIHkan Malaysia : Buat Unit Amal

Masih bermain di fikiran aku ketika tahun 2007, 100,000 rakyat berarak menuju ke Istana Negara untuk menzahirkan perasaan kecewa kita kepada Yang Dipertuan Agong. Sejarah itu tidak dapat aku lupakan dan akan menjadi bahan cerita yang bakal diceritakan kepada generasi yang akan datang.

Namun disebalik kejayaan itu, setiap kali aku mengenang pengorbanan “tentera merah” yang tertera tulisan Unit Amal membuatkan aku sering sahaja sebak. Tidak pernah sepanjang hidup aku mendapat perlindungan yang cukup istimewa. Dari saat pertama hinggalah perhimpunan kita itu berakhir di Masjid Negara, Unit Amal tetap utuh membuat rantai manusia untuk memastikan keselamatan aku dan puluhan ribu yang lain selamat.

Sudah pasti mereka yang diserang secara ganas oleh FRU di Masjid Jamek tidak dapat melupakan peristiwa itu. Sudah pasti mereka yang berada di Masjid Jamek tidak akan melupakan pengorbanan Unit Amal yang menjadi benteng yang kuat kepada rakyat. Ketika FRU mara dan menghayunkan belantan kearah rakyat, merekalah yang menadah badan mereka untuk memastikan rakyat selamat. Dengan laungan “Allahuakhbar” semangat mereka tidak pernah luntur dan gentar. Mahu berundur tidak sama sekali.

Ketika aku sedang menulis, air mata aku sedang menitis. Bagi aku mereka inilah panglima – panglima rakyat yang sebenar. Ketika semangat rakyat sudah mula goyah sedikit apabila mula melihat FRU sudah mula mara, mereka inilah yang menaikkan kembali semangat rakyat. Dengan rantaian manusia yang kukuh, himpunan BERSIH yang dijangka dapat digagalkan ternyata gagal sama sekali. BERSIH 2007 berjaya.

Unit Amal, aku merayu dan menundukkan kepala. Aku merayu kepada seluruh Unit Amal yang berada merata Malaysia agar kembali dan membela aku dan ratusan ribu rakyat lain. Unit Amal, aku akan menjadi lebih bersemangat jika melihat kalian semua datang kembali dan membentuk rantaian manusia. BERSIH 2011 akan gagal sama sekali jika “tentera merah” Unit Amal tiada. Unit Amal akan menjadi nadi utama kepada perhimpunan kali ini. Unit Amal pembela rakyat dan rakyat pasti bersama mereka.

Unit Amal penting kepada kita semua. Tanpa mereka yang terus – menerus mengawal kita dan menahan pukulan aparat – aparat BN iaitu FRU sudah pasti kita akan bercerai – berai. Unit Amal bakal menjadi sejarah yang penting dalam perjuangan rakyat. Unit Amal bakal menjadi sebutan di bibir anak – anak muda Malaysia. Barisan utuh yang kuat juangnya.

Unit Amal, kami menunggu anda semua!!

Ahad, 26 Jun 2011

BERSIHkan Malaysia : Buat Anak Muda!

Tinggal 2 minggu sahaja lagi perhimpunan raksasa yang bakal dihadiri oleh ratusan ribu rakyat bakal berlangsung. 2007, kita berjaya mengumpulkan kira – kira 100,000 rakyat. Apakah tahun 2011 kita berjaya?

Ya, dengan izin Allah kita pasti berjaya. Anak – anak muda harus bangun dan bangkit menyuarakan perasaan marah kita dan benci kita kepada penipuan yang dilakukan oleh BN dan kuncu – kuncunya. Apa guna usia muda kalau kita tidak pedulikan masa depan Negara kita. Apa guna tenaga masih gagah tidak digunakan untuk Negara. Apa guna masa muda jika tidak terlibat dalam lipatan sejarah Malaysia. Apa guna usia muda anda semua?

Hey anak muda Malaysia. Mereka boleh sahaja mengugut kita. Tapi kita punya rakyat di belakang kita. Kita punya Maha Pencipta di belakang kita. Kita tidak perlu gusar dengan mereka. Jangan takutkan sebuah pertubuhan yang berketuakan tidak punya maruah. Sedangkan semut hitam belum tentu punyai rasa hormat pada ketua mereka. Mereka mahu halang kita? Ketika mereka mendengar suara ratusan ribu rakyat sudah pasti mereka akan jadi lemah semangat. Apabila derapan kaki oleh ratusan ribu rakyat sudah pasti menggetarkan hati mereka. Percayalah anak muda Malaysia, mereka akan patah balik jika suara yang kita laungkan itu benar – benar kuat. Bukan saja mampu menakutkan pertubuhan yang tidak punya maruah itu malah anak menantu juga takut dan suara kita pasti akan digeruni oleh si DIA yang berada di Putrajaya.

Hey Anak Muda! Rakyat Malaysia sedang menanti kita! Orang – orang kampung sedang menantikan kejayaan kita dalam menuntut perubahan. Jika anak muda Mesir, Tunisia dan di mana saja berjaya, mana mungkin kita tidak boleh!! Marilah kita menjadi sebahagian dalam sejarah ini. Biar esok – esok sebelum kita di panggil kembali oleh Pencipta kita, dapatlah kita berceritakan sesuatu pada generasi yang akan datang.

Hey Anak Muda Malaysia! Simpan tarikh 9/7/2011 dalam calendar. Jangan lupa! Jangan bimbang! Ayuh kita mara kehadapan! Laungkan sekuat – kuat hati kita!

HIDUP RAKYAT!
BERSIH BERSIH..PILIHANRAYA!!

Selasa, 21 Jun 2011

BERSIHkan Malaysia (2)

Saban hari kita mendengar ugutan – ugutan yang melampau daripada PERKASA (pertumbuhan gemuk – gemuk melantak). Ugutan untuk menggagalkan perhimpunan rakyat. Ugutan untuk memastikan jumlah ratusan ribu yang bakal hadir pada 9/7/2011 akan gagal. Apa jawapan kita? TIDAK

PERKASA sudah menjadi perkakas atau balaci yang paling tidak bermaruah kepada Umno dan Barisan Nasional. Pemimpin mereka ketika dahulu tiada kuasa sanggup menjual muka bertandang di rumah Anwar Ibrahim dan rumah Tuan Guru Nik Aziz. Semuanya hanya semata mahu mendapatkan kerusi parlimen di Pasir Mas. Apabila sudah dapat terus dia meninggalkan kita. Kesian ahli PERKASA berketuakan penipu dan tiada punya maruah. Maruah Ibrahim Ali hanyalah bernilai kerusi parlimen yang berusia 4-5 tahun sahaja. Kasihan kan?

Kita rakyat Malaysia tidak begitu. Kita punya maruah yang cukup bernilai harganya. Kita tidak perlu menjadi barua untuk menjadi insan mulia disisi masyarakat. Sebagai muslim cukup mendapat pengiktirafan daripada Allah. Jiwa kita BERSIH. Hati kita BERSIH. Perjuangan kita BERSIH.

Ugutan yang Perkasa lakukan tidak mampu melemahkan semangat kita. Perhimpunan kita hanya satu, MENUNTUT Pilihanraya yang adil dan bebas dari unsur – unsur membeli undi. Kenapa Perkasa takut? Perkasa yang berketuakan pemimpin yang tidak punya maruah takut kalah pilihanraya yang akan datang. Ibrahim Ali mengharapkan agar penglibatan penuh dia dengan usaha mengugut rakyat ini segala jentera kerajaan dan tipu daya syaitan akan bersama dan bakal menolong dia bagi menghadapi kemarahan rakyat pada pilihanraya yang akan datang.

Kita rakyat Malaysia harus jangan gusar dengan ugutan picisan ini. Ugutan bacul yang takut kalah pilihanraya kelak. Seruan buat anak muda Malaysia, bangunlah dan bangkitlah. Malaysia memerlukan anda semua! Bangunlah Harimau Malaysia! Jangan bersembunyi lagi!

HIDUP RAKYAT!!

Isnin, 13 Jun 2011

BERSIHkan Malaysia!

Tanggal 9/7/2011 bakal menyaksikan ratusan ribu rakyat Malaysia bakal berhimpun di Kuala Lumpur. Tujuannya hanya satu untuk menuntut pilihanraya yang lebih adil. Kita mahu menunjukkan kepada Yang Dipertuan Agong yang rakyat selama ini merasa tertipu dengan sistem pilihanraya yang ada sekarang.

Namun hak kita untuk berhimpun bakal diperkosakan oleh Najib dan Hishamuddin. Hak kita untuk berhimpun seperti mana yang dapat dinikmati oleh Perkasa dan Umno bakal dinafikan oleh pihak berkuasa. Siapa kita? Kita juga rakyat Malaysia yang berhak berhimpun di depan Istana Negara. Kita juga punyai hak yang sama dengan Perkasa yang bebas berhimpun di depan Utusan Malaysia, di depan ibu pejabat keADILan, dan sebagainya. Kenapa kita tidak boleh? Kenapa?

Jawapannya kerana perhimpunan Perkasa dan Umno tidak pernah mendapat sambutan. Cukup bertuah jika kehadiran mereka dapat mencecah 10,000 orang. Sedangkan hakikatnya dengan diangkut bas, makanan, diberikan pelbagai buah hati dan imbuhan baru dapat mencecah kira - kira 5000 orang sahaja. Sedangkan kita rakyat, tanpa perlu semua itu dapat sahaja jumlah mencecah puluhan malah ratusan ribu rakyat. Kerana apa kita ramai? Kerana inilah suara rakyat yang sebenar. Kita rela datang dari Perlis hingga ke Johor untuk datang berhimpun sama di ibukota Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Kita bukannya penjilat setia kerajaan. Kita bukannya insan yang sanggup menggadai maruah diri dan keluarga hanya demi untuk kuasa yang tidak kekal ini. Kita bukannya sehina Ibrahim Ali. Kita bukannya sejijik Umno. Kita ada nilai dan maruah yang tidak boleh dibeli dengan kuasa dan wang ringgit.

Mereka semuanya cemburu dengn kekuatan rakyat. Walaupun perhimpunan mereka telah diwar - warkan di media perdana dan sebagainya namun tetap tidak mampu mencecah ribuan orang yang datang dengan ikhlas. Itu sebab kenapa mereka cemburukan kita. Nah, sekarang mahu mengugut kita. Mahu membuat perhimpunan pada hari yang sama. Pada tahun 2007 mereka juga pernah cuba mengugut kita. Mahu menghimpunkan 200,000 orang. Namun kita tidak takut dan gentar. Sedangkan hentakan dan sepakan FRU berani kita hadapi inikan pula segerombolan pemuda gemuk - gemuk yang pendek akal. Ini bukan bererti kita mahu bergaduh dengan mereka. Tapi kita mahu memberitahu kepada kumpulan gemuk - gemuk yang mengaku panglima, jangan mengugut kita dengan ugutan yang pendek akal. Kami semua ada maruah dan tidak mudah goyah dengan ugutan seperti itu.

Buat rakyat Malaysia yang melihat Malaysia BERSIH harus datang pada 9/7/2011. Kita harus turut serta menjadi sebahagian daripada saat dan waktu bersejarah ini kerana inilah perhimpunan yang paling bersejarah yang bakal anak cucu kita lihat.

HIDUP RAKYAT!!