Khamis, 4 Ogos 2011

Lancarkan BERSIH 3.0!

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang semalam menunjukkan Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru. Sumber : Malaysiakini

Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi, genap sebulan peristiwa 9 Julai 2011. Namun apa hasilnya? Satu nyawa sudah terkorban, ribuan tercedera dan ribuan lagi ditangkap. Hasilnya SPR tetap menjadi keldai tunggangan Umno dan Barisan Nasional. SPR tetap menjadi pak turut apa sahaja kehendak Najib Razak. Ini adalah hasilnya dan kita tidak boleh nafikan.

Apa tindakan selanjutnya? Dengan pendaftaran segera ratusan ribu warga PATI menjadi warganegara Malaysia merupakan titik - tolak betapa Malaysia dalam keadaan bahaya. Demi mempertahankan kuasa, Umno sanggup menggadaikan negara kita. Negara yang sudah kita bina 50 tahun lebih dan rakyatnya sudah mula mengenali antara satu sama lain telah digadaikan kepada warga PATI yang sudah pasti tidak kenal akan budaya hormat - menghormati kita bina selama ini. Kita warga Malaysia terus diam membisu.

Mahu tidak mahu BERSIH 3.0 harus dilaksanakan. Ini jawapannya. Buat anak muda jika tempoh hari tidak menyertai BERSIH harus faham kenapa ratusan ribu rakyat turun ke jalanraya. Mereka ini semua sayangkan negara Malaysia. Mereka tidak mahu warga PATI yang entah datang dari mana datang menjadi warganegara Malaysia dan membuat kacau - bilau budaya hormat - menghormati yang kita bina ini. BERSIH 3.0 harus dibuat dengan skala yang lebih besar. Beritahu kepada Najib dan SPR bahawa Malaysia akan diselamatkan dan diBERSIHkan dari warga PATI yang suatu hari nanti akan membuat kacau - bilau di negara kita.

Buat anak muda yang mengeluh dan mengeji BERSIH kerana mengganggu perjalanan mereka ke sana - sini. Jangan jadi manusia pentingkan diri - sendiri. Ya benar anda semua terperangkap dengan kesesakan lalu - lintas yang luar biasa. Semuanya kerana polis yang menjadi aparat Umno. Umno yang takut hilang kuasa. Anda semua pentingkan diri - sendiri walaupun negara kita sedang digadaikan kepada warga PATI yang tidak sampai beberapa tahun tinggal di dalam negara kita. Anda semua mengeluh kenapa ramai sangat warga PATI berkeliaran di dalam negara kita. Tapi anda juga tidak mahu memBERSIHkan negara kita dari wabak PATI. Anda lebih rela melihat negara tergadai daripada kesenangan diri anda tergadai.

Buar rakyat Malaysia, ayuh sekali lagi kita gegarkan Malaysia. BERSIH 3.0 harus dilancarkan!!!

1 ulasan:

  1. tak kisah la sapa sekali pun..
    apa yang pasti / yang penting komen yang bernas...

    BERSIH memang ok...sngat ok..
    bukti kita kepada kebobrokan KERAjaan dan kesetiaan Sultan..

    tetapi kesan / masalah dari BERSIH akan menyebabkan rakyat yang lack of info..

    terutama yang ada hal ke kl.. orng2 kampung
    yang kurang kemudahan telekomunikasi...
    yang tak pasai2 jammed.. serius semua ni
    merupakan pekali / faktor yang akan menyebabkan
    kepada tak suka kepada pembangkang.. dari suka jadi tak suka.. serius..

    so tolong hati2..jangan main pukui gendang bersih.. masih ramai golongan lalang

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.